🎵: 08
"BWO?!"
"Ish kau ni. Tak payahlah kuat-kuat"
"Seriouslah CEO History Ent tu Samcheon kau"
"Iyeee.."
"Woahh Daebak. Mesti kau selalu jumpa pelakon-pelakin dekat situ"
"Tak adalah selalu. Tak semua aku jumpa."
"Okeylah tu dapat jumpa walaupun tak selalu. Aku ni, langsung tak pernah jumpa diorang. Dahlah agensi tu ada ramai pelakon-pelakon terkenal"
"Jadi...kau boleh rahsiakan perkara ni?"
"Rahsiakan apa?"
"Rahsiakan pasal Sunny"
"Ouhh pasal tu eh. Emm...kalau aku tak nak rahsia. Kau nak buat apa?"
"Kalau kau tak nak rahsia...aku...culik kau. Aku bawa kau jauh dari orang ramai. Lepastu biarkan kau mati kelaparan"
Donghan memandang aku seram.
"Kau boleh rahsiakan tak ni?"
"Emm..boleh. Tapi! Ada syarat"
"Ish kau ni. Tak ikhlas lah. Apa syaratnya?"
"Syaratnya ialah...kalau aku ada apa-apa masalah, kau kena tolong aku. Okey?"
"Itu je? Okey. Aku setuju."
Donghan tersenyum sinis.
"Kalau macam tu, aku nak kau derma jantung kau pada aku"
"Bwo?! Kau gila ke? Tak nak aku"
"Hahahahah gurau je lah."
Aku memandangnya geram.
"Hey, korang. Rancak berbual. Korang berbual apa je?" Soal Yuri yang baru habis buat tiktok.
"Tak ada apa. Kitaorang cuma berbual kosong je" ujarku.
"Yeke? Ke ko--"
"I'm a trouble, trouble, trouble~
I,I,I like it~"
Aku tergamam apabila Yuri set alarm telefonnya dengan menggunakan lagu aku.
"Yah, kau guna lagu tu?!"
"Yelah. Lagu ni dah buat aku ketagih. Bestlah lagu ni" ujarnya.
Aku memandang Donghan yang tersenyum sinis pada aku.
Aku memberi isyarat supaya dia tidak membuka mulutnya dan memberitahu perkara sebenar pada Yuri.
Selepas aku hantar bermacam-macam isyarat padanya, dia hanya tergelak kecil.
Semakin geram aku tengok dia.
Mentang-mentang dia tahu rahsia aku, dia nak mempermainkan aku.
Tengoklah aku cari rahsia kau. Huh!😤
•••
[Padang]
Penat oii main badminton dengan Yuri.
Bukan penat pukul bola tangkis, tapi penat kutip bola tangkis jatuh.
Disebabkan aku malas dah nak kutip, aku bagi orang ganti aku.
Rasakan kepenatan melayan si Yuri tu.
Huhuhuhuuu
"Ambilkan botol air aku" minta seseorang.
Aku memandang pemilik suara itu.
Donghan.
"Ambillah sendiri" kataku lalu pandang ke arah lain.
Donghan mengeluh berat lalu berjalan mendekati aku.
Dia bongkokkan badannya sehingga separas wajahku.
Mataku membulat.
"A-Apa kau buat ni?" Soalku terkejut.
Dia merenung anak mataku lama.
Aku membeku dalam posisi yang tidak selesa itu.
"Bukan kau suruh aku ambil botol air aku sendiri ke?" ujarnya lalu mengambil botol airnya yang betul-betul berada di belakang aku.
Aku tercengang.
Selepas Donghan dapatkan botol airnya, dia duduk di sebelah aku.
"Berapa lama kau jadi pelatih?" Soal Donghan tiba-tiba.
"Nae?"
"Berapa lama kau jadi pelatih?" Ulang Donghan.
"Emm...lebih kurang 5 bulan"
"Woahh, untunglah"
"Kenapa untung pulak? Berapa lama kau jadi pelatih?"
"Beberapa tahun jugalah aku jadi pelatih."
"Tak pelah. Janji dah debut"
Donghan mengangguk kecil kepalanya.
"Habis sekolah ni kau pergi program siaran langsung tu ke?"
"Nae. Kau pun?"
Donghan menganggukan kepalanya tanda 'ya'
"Kau tahu tak, aku ada lah juga rasa curiga dengan kau masa mula-mula jumpa kau sebagai Sunny."
"Jinjja? Apa yang kau curiga?"
"Ikatan tali kasut kau"
"Ikatan tali kasut aku?"
"Ikatan tali kasut kau lain daripada lain."
"Mana ada lain. Ramailah yang ikat tali kasut macam ni. Kau je yang tak tahu"
"Tapi, kau orang pertama yang aku nampak ikat tali kasut macam tu. Emm..selain tu, aku ada curiga benda lain pada kau"
"Apa?"
"Mata kau"
"Mata aku? Seriouslah? Kino sunbae tu pun kenal aku sebab mata aku"
"Kau dah terserempak dengan Kino sunbae sebelum ni?"
"Haah. Masa tu kitaorang terlanggar satu sama lain dekat depan tandas. Masa tu aku dah tak pakai rambut palsu jadi aku selubung seluruh badan aku dengan hoddie. Masa terserempak dengan dia, aku cuma dedahkan mata aku je. Tapi masa dekat atas pentas semalam, dia kenal aku."
"Kau tak takut ke identiti kau terdedah? Kino sunbae pun kenal kau melalui mata kau. Baik kau dedahkan identiti kau dari sekarang"
"Tak naklah. Aku nak teruskan macam ni. Emm...patut ke aku pakai makeup tebal-tebal lagi?"
"Tak payahlah tebal-tebal. Kau tak cantik kalau makeup tebal-tebal"
"Jinjja? Jadi aku cantik walaupun pakai makeup nipis?"
Donghan merenung wajah aku seketika lalu menganggukan kepalanya.
"Nae. Kau lebih cantik macam ni je"
Aku terdiam seketika.
Dup Dap Dup Dap Dup Dap
Kenapa jantung aku tiba-tiba berdegup dengan laju ni.
Kena puji je kot.
Takkan sampai rasa macam ni??
"Ehem" aku berdehem cuba cari topik lain untuk dibualkan.
"Kau...tiru warna rambut aku eh" soalku apabila jumpa topik lain untuk dibualkan.
"Aku tiru? Sorry sikit. Kau yang tiru warna rambut aku" balasnya.
"Aku yang guna warna rambut tu dulu. Jadi kau yang tiru."
"Mana ada. Music video aku keluar terlebih dahulu sebelum music video kau eh"
"Tapi teaser music video aku yang keluar dulu."
"Itu teaser. Jadi tak kira"
"Mana boleh. Teaser pun kena kira okey"
"Tak boleh"
"Boleh"
"Tak boleh"
"Boleh"
"Tak boleh"
"Boleh"
"Tak bo--"
"Apa yang boleh dengan tak boleh ni? Cuba cerita sikit" celah Jaehwan.
Kami berdua memandang Jaehwan sekilas lalu pergi dari situ.
"Kena pinggir lagi..." Gumam Jaehwan sedih.
TBC
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro