🎵: 07
☀️☀️☀️
Aku berjalan ke sekolah dalam keadaan mengantuk.
1 malam aku berada di bilik latihan malam tadi sebab buat latihan tarian untuk perbaiki tarian aku.
Lepastu tu, pagi tadi aku kena pergi bangunan K pulak untuk buat raptai sebab petang ni ada program muzik siaran langsung.
Habis sekolah ni, aku kena pergi sana balik.
Aku cuma dapat tidur dalam 2,3 jam je malam tadi.
Mandi pun dekat tandas syarikat je.
Nak buat macam mana...
Inilah kehidupan aku sekarang...
Aku perlu terimanya.
Aku memandang sebelah aku apabila ada seseorang melanggar bahuku.
Haish...
Dia lagi...
Aku tak sebut nama dia pun, korang mesti dah tahu siapa orangnya.
Aku pandangnya sekilas pandang lalu kembali memandang ke hadapan.
"Lemahnya kau pagi ni" tegurnya.
Aku tidak balas apa-apa dan hanya mengeluh berat.
"Teruk sangat ni sampai tak boleh nak bercakap. Kau tak tidur ke malam tadi?"
"Nae" jawabku sepatah.
"Kau buat apa je malam tadi? Jangan cakap yang kau belajar sampai tak boleh tidur. Terbaiklah kau kalau tak tidur sebab belajar."
"Ingat aku jenis macam tu ke"
"Habis tu, kau buat apa je malam tadi?"
"Adalah. Kau tak perlu tahu pun"
Donghan mengeluh kecil lalu masukkan tangannya ke dalam kocek seluarnya.
"Jakkaman. Tali kasut kau terbuka tu." Beritahu Donghan sambil menunjuk tali kasut aku yang terbuka.
"Biarlah. Aku malas nak ikat"
"Ikatlah. Nanti jatuh"
"Tak jatuh pu--"
Tidak sempat aku nak habiskan kata-kataku, aku terpijak tali kasut aku sendiri.
Nasib Donghan sempat menahan aku.
"Ha, kan aku dah cakap. Biar aku ikatkanlah"
"Tak payah. Nanti kau ikat mati"
"Taklah. Aku ikat biasa je. Dah duduk diam-diam"
Aku berhenti berjalan dan membiarkan Donghan mengikat tali kasut aku.
Semasa melihat Donghan yang sedang mengikat tali kasut aku itu, aku terfikir sesuatu.
"Donghan, kau tak takut ke kalau ada fans kau nampak kau ikatkan tali kasut perempuan?" Soalku.
Donghan bangun sebaik sahaja dia selesai ikatkan tali kasut aku.
"Walaupun aku idol, tapi aku pun manusia juga." Ujarnya sambil merenung anak mata aku.
Kata-katanya itu terus menusuk ke dalam hati aku.
"Kajja" ujarnya lalu berjalan pergi.
Kata-katanya itu terus bermain-main dalam fikiran aku.
Betul apa yang Donghan katakan itu.
•••
[Kelas]
Sebaik sahaja sampai di kelas, aku terus melelapkan mata.
Dapat tidur beberapa minit pun jadilah.
Dah teruk sangat mengantuk ni.
Selang beberapa minit, aku membuka mataku apabila terdengar bunyi bising yang dibuat oleh rakan sekelas aku.
Diorang ni satu hari tak buat bising memang tak sah.
Tak senang aku nak ti--
Membutang mataku apabila melihat sebelah aku bukan Yuri.
"Puas tidur?" Tegurnya apabila perasan aku mencelitkan mataku.
Aku terus mengangkat kepala aku kerana terkejut melihat Donghan yang duduk di tempat Yuri.
"Yah! Kau buat dekat sini? Ini bukan tempat kau lah" soalku.
"Yuri minta tukar tempat duduk sekejap. Dia nak buat Tik tok dengan si Jaehwan tu" beritahu Donghan.
Aku memandang Yuri dan Jaehwan yang sedang sibuk membuat tiktok.
"Kau tak join pulak?" Soalku pada Donghan.
"Tak boleh. Agensi aku tak bagi"
Aku menganggukan kepalaku tanda faham.
Tegas juga agensi dia.
Nasib aku dapat Samcheon aku sendiri.
"Yeoreum Annyeong" sapa Soyou yang datang dari kelas sebelah.
"Annyeong. Kenapa? Nak pinjam buku?" Soalku yang sudah tahu niatnya datang ke kelas aku.
"Hehehe pandailah kau." Ujarnya dengan sengihan.
Aku hanya mampu mengelengkan kepala.
Aku mengeluarkan buku yang dia ingin pinjam itu.
Pada masa yang sama, kad syarikat artis aku terkeluar dari beg aku semasa aku keluarkan buku itu.
Aku terus jadi gelabah.
Baru je aku nak ambil kad itu sebelum sesiapa nampak, ada satu tangan yang terlebih dahulu mengambil kad itu.
Aku memandang pemilik tangan itu.
Donghan.
Tidak sempat aku nak rampas kad itu, Donghan terlebih dahulu melihat kad itu.
Dia memandang aku terkejut.
Habislah akuuuuu
"Apa tu?" Soal Soyou ingin tahu.
"T-Tak ada apa. Nah ambillah buku ni. Pergi salin cepat, nanti Saem sampai" kataku sambil menolaknya pergi.
"Sampai hati kau halau aku"
Aku tidak menghiraukan apa yang dikatakan oleh Soyou itu dan terus tolaknya pergi.
Selepas Soyou keluar dari kelas itu, aku kembali duduk di tempat aku.
Aku rampas kad itu lalu simpan semula di dalam beg aku.
"Kau...Sun--"
Aku terus menutup mulutnya.
Gila ke dia nak cakap kuat-kuat dalam kelas ni.
"Tak. Aku bukan sunny. Itu cuma kad peminat je" kataku cuba bohong dia walaupun ianya sudah jelas ianya benar.
Donghan mengalihkan tanganku dari mulutnya.
"Mana ada kad peminat macam tu. Itu kan kad masuk syarikat History Entertainment"
"Adalah. Kau je tak tahu"
Donghan mengeluh berat lalu menyilangkan tangannya.
"Sekarang bagitahu aku perkara yang sebenar"
"Perkara sebenar apanya? Aku tak ada apa-apa pun nak bagitahu kau"
"Betul ni? Kalau macam tu bagi aku kad tu"
"Mana boleh"
"Kenapa tak boleh pulak?"
"Se-Sebab kad ni limited edition tau"
Donghan berfikir sejenak lalu keluarkan telefonnya dari kocek seluarnya.
Dia tiba-tiba mengambil gambar aku.
"Yah, kau nak buat apa dengan gambar aku tu" soalku panik apabila dia tiba-tiba mengambil gambar aku.
Donghan tidak berkata apa-apa dan terus membuat sesuatu di telefonnya itu.
Aku duduk rapat dengan dia melihat apa yang dia ingin buat dengan gambar aku itu.
Donghan membuka apps edit gambar lalu edit gambar aku itu.
Rambut aku ditukar menjadi warna oren lalu panjangkannya. Wajahku dimakeup sedikit.
Aku tergamam melihatnya sedaya upaya untuk buktikan yang aku ini adalah Sunny.
"Ha, tengok ni. Memang jelas yang kau ni Sun--" sekali lagi aku menutup mulutnya.
Aku mengeluh berat dan cuba terima apa yang berlaku sekarang ni.
Betullah orang kata, rahsia takkan kekal lama...
"Baiklah. Betul apa yang kau cakap tu. Aku adalah Sunny" kataku pasrah.
Donghan menutup mulutnya kerana terkejut dengan pengakuan aku.
"Yah, kenapa kau rahsiakan semua ni?"
"Aku tak naklah orang tahu. Aku malulah. Lagipun, asalnya aku tak nak pun jadi idol. Tapi Samcheon aku pujuk aku. Lepas fikir masak-masak, aku pun jadilah idol. Lagipun arwah Appaku nak tengok aku berdiri di atas pentas besar." Beritahuku.
"Tapi macam mana Agensi kau setuju untuk rahsiakan identiti kau?"
"Sebab CEO agneci aku adalah Samcheon aku"
"BWO?!"
TBC
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro