Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

🎵: 06

[Waiting Room]

Selesai sahaja aku menukar pakaian aku, aku duduk di depan cermin untuk makeup dan hairstyle

Aku mengambil telefon aku yang berada di atas meja makeup apabila ada panggilan masuk.

Nama Yuri tertera di atas skrin telefon aku.

Yobosaeyo~

[Yobosaeyo, Yeoreum]

Kenapa kau telefon aku?

[Kau tertinggal eraphone kau dekat kelas tadi]

Ouh yeke. Patutlah aku rasa macam ada benda yang tak cukup je.

[Kau kat mana?  Nak aku datang jumpa kau tak?]

Tak payahlah. Aku ada dekat tempat jauh ni. Esok je lah kau bagi earphone tu.

[Kau pergi mana jauh-jauh tu? Bukan nak ajak aku]

A-Aku...nak beli barang sikit. Jadi aku pergi bandar terus.

[Ouh yeke. Aku dengan Yena pun ada dekat bandar ni. Dah alang-alang kitaorang ada dekat bandar ni, bolehlah jumpa.]

T-Tak payahlah. Aku dah nak balik ni. Kau buat apa dekat bandar?

[Hari ni kan hari Khamis, aku nak tengok persembahan Donghan lah~]

Bwo?! Jadi kau ada dekat Bangunan M lah sekarang ni?!

[Yela. Takkan dekat ladang pulak. Dah lah. Aku dah nak masuk ke dalam bangunan M ni. Aku bagi earphone tu esok. Bye]

B--

Tidak sempat aku nak habiskan kata-kataku, dia terlebih dahulu menutup panggilan itu.

Tak guna punya kawan...

Sekejap.

Dia cakap apa tadi?

Dia cakap dia nak tengok persembahan Donghan kan?!

Jadi, dia akan tengok persembahan aku sekali lah?!

What the--

Aduhaiii malunya akuuuu

Kenapalah dia ada dekat sini.

Macam mana aku nak fokus nanti.

Huhuhuuuu...


•••

Aku berdiri di belakang pentas untuk bersiap sedia membuat persembahan.

Di situ terdapat beberapa group idol lain yang turut menunggu di situ.

Masing-masing memanaskan badan memandangkan penyanyi seperti kami banyak menari. Jadi kami perlu memanaskan badan untuk mengelak daripada sebarang kecederaan.

Semasa aku sedang meregangkan tangan, tanpa aku sengaja aku terpukul seseorang di sebelah aku.

"Maafkan sa--ya..."

Aku tergamam seketika melihat Donghan berada di sebelah aku.

Dia ni lagi.

Dimana aku berada, pasti dia ada.

Dia hanya mengangguk kecil kepalanya lalu membetulkan kedudukan micnya.

"Donghan!!!! Saranghae!!!!"

Sekejap.

Macam aku kenal suara tu.

Aku mengendap sedikit bahagian tempat penonton di depan pentas.

Jelas kelihatan Yuri bersama Yena di situ.

Mereka berdua berdiri betul-betul di depan pentas.

"Donghan!!! Hwiting!!!!"

Mereka berdua sahaja yang menjerit paling kuat disitu.

Aduhaiii kawan siapa tuu

Buat malu je lah...


"Kim Donghan-ssi, kamu boleh naik pentas" arah satff yang bertugas di belakang pentas.

Donghan menganggukan kepalanya lalu naik atas pentas.

Baru sahaja Donghan mendaki 1 anak tangga, semua peminatnya bersorak untuk dia.

Melihat situasi itu membuatkan aku respect dengan dia.

Aku harap aku dapat jadi macam dia...


Aku menyaksikan persembahan Donghan dari monitor yang disediakan di belakang pentas.

Donghan sempat mengedipkan sebelah matanya apabila camera rakam wajahnya secara dekat.

Wink yang dia berikan itu membuatku turut terpesona.

Kuat betul aura dia tu sampai aku pun tergoda.

"Sunny, sedia untuk naik pentas selepas Donghan" beritahu staff di situ.

Aku menganggukan kepalaku tanda faham.

Memandangkan program itu dibuat live, jadi semua idol terpaksa bergegas naik pentas.

Aku berdiri di tepi tangga menunggu Donghan selesai buat persembahan.

"Sunny!" Panggil seseorang.

Aku memandang seorang yeoja yang duduk di tempat penonton.

Yeoja itu melambaikan tangan padaku.

Aku rasa terharu apabila ada orang mengenali aku.

Aku balas lambaian dia.

Yeoja itu menutup mulutnya terkejut kerana tidak percaya aku balas lambaian tangannya.

Tiba-tiba aku jadi malu pulak melihat riaksinya itu.

Hehehehe...

Aku melemparkan senyuman kepadanya lalu kembali fokus pada Donghan yang berada di atas pentas.

Selang beberapa saat, akhirnya Donghan selesai buat persembahan.

Sebaik sahaja lagu tamat, aku terus naik atas pentas.

Manakala Donghan bergegas turun ke bawah pentas.

Kami berdua sempat bertentangan mata semasa kami bertembung di atas pentas.

Aku berdiri di posisi aku, begitu juga dengan back-up Dancer.

"Sunnyyyyyyyyy!!!!"

Terhincut bahuku dek terkejut mendengar mereka menjerit nama aku.

Aku tersenyum malu lalu bertukar serious memandangkan lagu dah nak mula.

Pada masa yang sama, aku sempat bertentangan mata dengan Yuri di bawah pentas.

Aduhai.

Malulah aku kalau ada kawan yang tengok persembahan akuuuu

Huhuhuhuuuu

•••


Tamat sahaja lagu, aku dan back-up Dancer terus berlari turun dari pentas.

Disebabkan aku tidak berhati-hati, aku tergelincir di atas tangga.

Nasib!

Ada seseorang menahan aku dari terjatuh.

Aku membuka mataku perlahan-lahan lalu mendongak memandang pemilik tangan yang menahan aku dari jatuh.

Eh?

Dia ni kan...

"Gwenchana?" Soalnya.

"N-Nae. Kamsahamnida" ucapku teragak-agak.

Dia balas dengan senyuman lalu naik atas pentas bersama membernya yang lain.

"Sunny, gwenchana?" Soal Minhyuk Oppa.

"Nae.." jawabku lalu kembali memandang ke arah penyelamat aku yang sudah berada di atas pentas itu.

Dialah Kino...

•••


Habis je persembahan terakhir, semua idol naik ke atas pentas untuk membuat penutupan.

Aku sebenarnya tak berapa kenal idol-idol yang ada di situ. Yang cuma aku kenal idol yang lama-lama macam Super junior.

Ouh ye, ada lagi seorang idol yang aku kenal dekat sini.

Kim Donghan😒

Aku memandang Donghan yang berdiri di sebelah kiri aku.

Aku dah malas nak cakap.

Kenapa dia asyik berada di samping aku??

Ada magnet pada kami berdua ke??

Aku dah muak tengok muka dia. Dah lah dekat sekolah jumpa dia juga.

Aku mengalihkan pandangan aku di sebelah kanan aku pula.

Oh!

Lelaki ni...

Kino dari boygroup PENTAGON.

Mataku terus merenung wajahnya. Senyumannya itu membuatku terpaku.

Oh! Oh! Dia pandang akuuuu

Kami berdua saling bertatapan.

Dia berjalan ke arah aku sambil melemparkan senyuman.

Mataku langsung tidak terkelip semasa melihat senyumannya itu.

"Annyeonghasaeyo" sapanya mesra.

"A-Annyeonghasaeyo" balasku gagap.

"Awakkan yang saya terlanggar dekat depan tandas pagi tadi" soalnya.

Mataku terbutang.

"Ma-Macam mana awak kenal saya?" Soalku terkejut.

Yela, macam mana aku tak terkejut. Masa tu aku tutup separuh wajah aku.

Macam mana dia boleh kenal aku??

"Saya boleh kenal awak dari mata awak" ujarnya sambil merenung anak mata aku.

Aku membeku apabila dia merenung aku begitu.

Dup Dap Dup Dap Dup Dap

Berdebar-debar aku dibuatnya.

Baru je aku nak cakap sesuatu dengannya, tiba-tiba Donghan mencelah.

"Annyeonghasaeyo, Sunbaenim" sapa Donghan pada Kino.

"Yah, tak payahlah panggil Sunbae. Kita sebaya kot" ujarnya sambil bersalaman dengan Donghan.

Oh! Dia sama umur dengan aku lah~

Aku tak tahu pulak~

Hehehe

Aku memandang Kino dan Donghan yang saling berbual di sebelah aku.

Aku dah lah berada di tengah-tengah, lepastu diorang berbual di sebelah aku.

Aku ni dijadikan tembok ke??

Heloo aku ada dekat sini lahh.

Tak nak ajak aku berbual sekali ke~

Huh.😒










TBC

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro