🎵: 04
Eh, sekejap.
Itukan Donghan!
Aku terus pandang ke arah depan apabila mata kami saling bertatapan.
Jantung aku berdegup dengan laju takut jika identiti aku terdedah.
"Cik Kim tolong betulkan wayar MIC saya"
"Baiklah. Sekejap ye"
Suara dia betul-betul berada di belakang aku!
Aduahiiii
Janganlah berdiri dekat-dekatttt
Aku tarik nafas,
lalu lepas...
Aku cuba menenangkan diri aku.
Aku rasa kewujudan Donghan lebih membuatkan aku rasa gementar berbanding pentas pertama aku.
Huhuhuu
Mungkin aku terlalu gementar, bibir aku jadi kering.
"Minhyuk Oppa. Oppa ada bawa lipbam Yeo-- Sunny tak? Bibir sunny keringlah" soalku pada Manager Ahn.
Uish, sikit lagi aku nak sebut nama sebenar aku.
"Ada. Nah"
"Gomawo~"
Disebabkan tangan aku berpeluh, lipbam itu terlepas dari pegangan aku.
Lipbam itu jatuh lalu bergolek ke arah seseorang.
Lipbam itu betul-betul berhenti di kaki seseorang.
Baru sahaja aku ingin mengambil lipbam itu, ada satu tangan yang terlebih dahulu mengambil lipbam itu.
Aku mendongakkan kepalaku melihat pemilik tangan itu.
Ianya Donghan.
Okey aku mengalah.
"Nah" dia hulurkan lipbam itu pada aku.
"Terima kasih" jawabku tanpa memandang wajahnya.
Aku ambil lipbam itu lalu kembali memandang ke arah hadapan.
"Awak sunny kan?" Soal Donghan secara tiba-tiba.
Mendengar sahaja nama aku disebutkan, aku pun pandangnya.
"N-Nae. Saya Sunny" kataku teragak-agak.
"Tahniah sebab berjaya debut" ucap Donghan.
Rasa agak pelik dan janggal mendengar ucapan itu dari mulut dia.
"Terima kasih" ucapku dengan senyuman kekok.
"Sunny, giliran kamu sekarang ni" beritahu Manager Ahn.
"Nae~ saya...pergi dulu" kataku pada Donghan sambil menundukkan sedikit kepalaku.
"Jakkaman" panggil Donghan.
Aku kembali memandangnya.
"Tali kasut awak terbuka" beritahunya.
Aku melihat tali kasut aku yang ternyata memang terbuka.
"Terima kasih sebab bagitahu" ucapku lalu mengikat tali kasut aku di situ juga.
Sepanjang aku mengikat tali kasut aku, dia hanya merenung aku yang sedang ikat tali kasut.
Selesai sahaja aku ikat tali kasut aku, aku bangun lalu kembali memandangnya.
"Saya pergi dulu" kataku sambil menundukkan sedikit kepalaku.
Dia juga turut menundukkan kepalanya.
Selepas aku masuk ke dalam studio pentas itu, aku terus melepaskan keluhan berat.
Uish nasib tak kantoi.
Kekok gila tadi aku cakap dengan dia.
Itu dah habis kawal tu..
Haih... Janganlah terserempak dengan dia lagi...
•••
Selesai sahaja raptai, aku dan staff-staff lain bergegas ke bilik persalinan aku untuk bersiap pergi ke sekolah pula.
Sebaik sahaja masuk ke dalam bilik, aku terus buka rambut palsu dan baju yang sedang aku pakai.
Staff-staff yang lain tolong aku bukakan MIC dan sebagainya.
Selesai sahaja aku tukar baju, aku pergi ke tandas untuk bersihkan makeup.
Aku sarungkan hoddie bagi menutupi pakaian sekolah aku begitu juga dengan rambut dan wajahku.
Aku cuci muka aku sebersih yang boleh.
Selesai sahaja aku bersihkan makeup, aku kembali sarungkan hoodie.
Selepas semuanya selesai aku pun keluar dari tan--
"Argh"
Aku memegang kepalaku apabila kepalaku terhantuk pada sesuatu yang tidak terlalu keras dan tidak terlalu lembut.
Aku membuka mataku dan pandang objek yang telah aku langgar.
Kalau tengok dengan teliti...
Aku rasa aku dah terlanggar seseorang...
Perlahan-lahan aku mendongak memandang pemilik badan yang aku langgar itu.
Terbutang mataku apabila melihat seorang jejaka yang sangat kacak.
Aku tak berapa kenal dengan dia ni. Tengok dari wajahnya yang kacak tu macam idol...
"Maafkan saya..." Ucapku sambil menundukkan wajahku.
"Tak apa. Awak tak salah pun. Saya yang salah sebab lalu depan tandas ni...maafkan saya..." Ucapnya yang turut menundukkan kepalanya.
"Sa-Saya kena pergi dulu. Jumpa lagi nanti" kataku lalu berjalan pergi sambil menutup separuh wajahku.
Aku sempat memandangnya yang masih berdiri berdekatan dengan tandas semasa aku berjalan pergi.
Dia melemparkan senyuman padaku apabila mata kami saling bertembung.
Aku nak balas senyuman pada dia tapi dia tak nampak pulak sebab aku tutup mulut dengan hidung aku.
•••
[Sekolah]
Minhyuk Oppa berhentikan aku di tempat biasa yang aku arahkan sebelum ni.
"Nanti lepas habis sekolah, Oppa ambil Yeoreum."
"Okey"
Aku tutup pintu van lalu berjalan menunju ke sekolah.
Semasa aku sedang hayal memandang burung gagak yang berterbangan di langit, tiba-tiba ada seseorang menepuk bahu aku dari belakang.
Aku menoleh ke arah belakang lalu terpapar wajah KIM DONGHAN!
Dia ni lagi.
Aku hanya pandang di sekilas pandang lalu pandang ke arah lain.
"Yah, kenapa kau jalan laluan ni? Bukan ke rumah kau sebelah sana?" Soal Donghan yang berjalan di sebelah aku.
"Macam mana kau tahu rumah aku dekat sana? Kau stalk aku eh?" Soalku sambil memandangnya tajam.
"Ma-Mana ada. Aku tahulah sebab selalu nampak kau jalan ikut laluan sana tu"
"Suka hati akulah nak ikut jalan mana. Sibuk je. Kau tu kenapa jalan kaki pulak? Mana van kau?"
"Aku malas nak turun dekat depan sekolah. Ada ramai sangat orang. Nanti sesak"
"Sesak-sesak pun disebabkan dia..." Gumamku.
"Apa kau cakap tadi?"
"Adalah~ Siapa suruh pekak"
Untuk kali pertama Donghan memandang aku geram.
"Jakkaman" arah Donghan.
"Tali kasut kau tu dah nak terbuka" beritahu Donghan.
Aku pandang tali kasut aku. Apa yang Donghan katakan itu betul.
Aku melututkan sebelah kaki aku lalu ikat tali kasut aku.
"Kenapa kau ikat macam tu. Memanglah senang terbuka. Nak aku ikatkan t--"
"Tak payah! Hari tu aku terpaksa gunting tali kasut aku sebab tak boleh buka. Ini tali kasut baru tau. Jangan mengada-ngada nak tolong ikatkan tali kasut aku." Amaran ke sambil mencekak pinggang.
Geram ni geram.
Donghan mengeluh kecil lalu membatalkan niatnya untuk ikatkan tali kasut aku.
Selesai sahaja aku ikat tali kasut aku, aku pun bangun.
Aku memandang Donghan yang termenung memandang kasut aku.
Aku melambai-lambai tangan aku di depan muka dia.
Dia mengelipkan matanya lalu pandang aku.
"Kenapa kau pandang kasut aku macam tu? Kenapa? Cantik ke kasut aku? Ini jenama mahal tau. Kau idol mesti ada banyak duit. Kau belilah satu" kataku sambil menggoyang-goyangkan kaki aku.
"Bukan. Aku macam pernah nampak cara ikatan tali kasut tu" ujarnya.
"Mestilah kau pernah nampak. Kebanyakkan pelajar ikat tali kasut macam ni lah" beritahuku.
"Iye ke?"
"Iye la. Dah jom masuk seko--"
"Jakkaman"
Eh dia ni.
"Apa?"
Tanpa berkata apa-apa, dia tiba-tiba mengambil sesuatu di atas kepalaku.
"Ada benang atas kepala kau" beritahunya sambil menghulurkan benang yang dia maksudkan.
Aku melihat benang yang berwarna oren itu dengan teliti.
Eh! Ini macam rambut palsu aku!
Aku cepat-cepat buang benang itu ketepi.
Donghan memandang aku pelik.
"Jom masuk sekolah" kataku dengan senyuman seperti tiada apa-apa berlaku.
TBC
Maaf sebab lambat update.
Sekarang author dah sambung belajar jadi tak ada masa nak buat.
Banyak assignment nak kena buat.
Author cuba update kalau ada time free.
❤️
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro