SM - 10
....Nova Highschool....
Rayyan menutup pintu kereta Zafriell. Hari ni Rayyan tumpang Zafriell sebab kaki dia terseliuh masa main futsal semalam. Tengok-tengok ada orang tawar diri nak jadi driver la.
“Hati-hati,” kata Zafriell.
“Ye,”
‘Dia ingat aku ni budak kecil ke, ish,’ omel hati Rayyan.
Mereka berjalan masuk ke kelas. Ada juga beberapa pelajar telah tiba. Budak-budak intelligent la siapa lagi. Beberapa minit kemudian Zafriell keluar pergi menjalankan tugas. Rayyan mengeluh berat apabila dilanda kebosanan.
Seketika itu, ada suara yang menyentakkannya di pintu.
Kelihatan VR masuk ke kelas dengan riak wajah yang happy semacam. Siap bergurau lagi.
“Morning,” sapa Ashreena.
Rayyan hanya tersenyum.
“Aih, baru kena pukul dah bisu?” sindir Ashreena.
“Apa?” Rayyan mengeluarkan suaranya.
“Haa, ada pun suara. Ingatkan dah bisu dah,” sakat Ashreena.
‘Entah kenapa aku rasa lepas kejadian semalam, hati aku rasa tenang. Peace, walaupun aku dalam mode move on dengan dia,’ bisik hati Ashreena.
Dia bangun dari duduknya untuk bertugas di pintu pagar.
“Kau tak bertugas ke?” soalnya.
“Tak. Malas la,” jawab Rayyan.
“Eleh, member headprefect boleh cite ah,” Ashreena melangkah keluar dari kelas.
Mikayla's POV
Aku dan Erina 'bersiar-siar' di sekitar restricted area. Di situlah tempat di mana kami memberi hukuman kepada pelajar.
“Bila kau nak pulangkan pendrive tu?” soalku.
“Kalau boleh ASAP. Tapi kau tak nak tahu ke kenapa dia simpan data kita,” kata Erina sambil mengetatkan tali sport shoesnya.
“Cakap pasal Khairul, kenapa semalam diorang lain macam je aku tengok, seram doh,” tuturku.
“Playboy image. Dulu, diorang tu playboy gila tapi mungkin disebabkan diorang terikat dengan jawatan ni. Tu yang diorang change and that's why diorang hot,”
Kami keluar dari restricted area. Dari jauh sudah kelihatan sebuah susuk yang amat aku kenali. Siapa lagi kalau bukan budak junior atau lebih tepat lagi adik sepupu Izz. Yup, Kebanyakan ahli keluarga Izz bersekolah di sini.
Budak itu berhenti tercungap-cungap.
“Ada apa ni, Naurah?” soalku.
“Kak Kayla... Kak Ash, dia gaduh dengan Senior Mika... dekat depan pintu pagar,” tersekat-sekat bicaranya.
“Apa?” jerit aku dan Erina serentak.
Selepas diberitahu kami bergegas ke sana.
Apabila kami tiba, ramai pelajar berkumpul. Kelihatan Naqiu dan Zafriell cuba untuk meleraikan mereka tapi, diorang pula yang kena tempias. Aku berdehem lalu memberi laluan kepada aku dan Erina.
“Eh, apasal kau ni? Dasar perempuan tak guna!” tengking Mika.
“Berani kau! Apa masalah kau, hah? Tetiba je serang aku,” marah Ashreena. Siap tarik-tarik rambut lagi.
Aduh, dah macam drama tak berbayar pula.
Zafriell dan Naqiu menarik mereka.
“Enough la Ash,” tutur Zafriell meleraikan pergaduhan.
“Akak, dah la tu,” pujuk Erina.
Aku melihat hujung bibir Ash berdarah. Perempuan tu punya pasal.
“Discipline room, NOW,” tegasku. Semua pelajar yang berkumpul dah kecut.
“Yang lain masuk kelas, jangan nak tercegat dekat sini,” arah Erina. Diorang pun apa lagi belesup la masuk kelas.
Mika memandangku tidak puas hati.
Zafriell dan Naqiu hanya menggelengkan kepala. Mereka berjalan di belakang, takut bergaduh je diorang tu.
End of POV
Bilik disiplin
Suasana hening. Sekarang ni Mika dan Ashreena sedang menghadap Khairul dan Mikayla.
“Awak dah kenapa, Mika? Dulu masalah humban kepala junior dalam mangkuk tandas. Sekarang, dengan pengawas pula, dekat pintu pagar tu yang tak tahan,” kata Khairul.
“Tapi sekurang-kurangnya I taklah pergi pegang lelaki sana-sini,” dalih Mika sambil menyindir.
Telinga Ashreena panas.
“Kau cakap macam kau pernah nampak je,” tutur Ashreena.
“Yes, aku nampak dengan mata kepala aku. Siap peluk-peluk lagi. Depan public tu. Kau rasa? Dengan crush aku pula tu,”
“Kau ni kan, apasal busybody sangat? Eieiei, nak je aku zass kau la sebab dah habis sabar,”
Dan di situ, bermula la sesi tarik-menarik rambut lagi.
“Weyh, dah la tu,” kata Zafriell dan Naqiu lalu meleraikan mereka.
Kebetulan juga, masa tu Rayyan masuk ke dalam bilik itu bersama Izz, Elyana dan yang lain.
“That's enough Mika,” dia menarik tangan Ashreena jauh dari Mika.
“What now? Apa lagi kau nak?” jerkah Rayyan.
“You la. Pergi peluk perempuan tak guna ni dah kenapa? Ingat I tak tahu,”
“Ish, kau ni tak habis-habis lagi ke? Dulu masukkan kepala junior dalam jamban tuduh dia suka mengorat aku. Ni dengan Ashreena pula. Eh, kau tak ada hak la,”
“Apa you ni? I sayang dekat you tahu tak?”
“If I care about it. Aku tak pandang la perempuan tak ada adab macam kau,”
“Ey, you bitch. Apa kau dah buat si Rayyan tu ha?” marah Mika.
Ashreena menayangkan muka menyampah.
“Hei, jangan suka suki kau panggil dia bitch. Kau panggil dia tu lagi aku tak akan teragak-agak nak lempang kau,” bentak Rayyan.
Muka Mika memerah. Dia terus keluar dari bilik itu.
Ashreena duduk pada kerusi berdekatan lalu mengurut dahinya.
“Eh, minah tu macam-macam masalah la,” rungut Ashreena.
Rambutnya terasa seperti disiat-siat je. Sakit weyh.
“Sorry, Ash,” ujar Rayyan.
“Not your fault, right?” balas Ashreena lalu melangkah keluar.
Kata-kata mereka mati di situ.
“Psst, Izz,” dia memandang Mikayla.
Izz hanya tersenyum seribu selepas Mikayla mengisyaratnya.
“Anggap je dah selesai,” balas Izz.
....beberapa hari kemudian....
Sebuah kereta Vellfire parking di hadapan sekolah. Kelihatan Mikayla turun dari kereta yang dipandu oleh Pak Man.
Bagasinya diturunkan.
“Terima kasih ye, Pak Wan,” Mikayla menunduk 45 darjah.
Sebelah tangannya memegang bagasinya manakala sebelah lagi memegang payung sebab hujan renyai.
Ramai pelajar berkumpul. Hari ni sekolah mereka mengadakan adventure semester camp. Tetapi tempat bagi setiap kelas berbeza.
Mikayla berjalan ke arah rakan sekelasnya. Tiba-tiba payungnya dirampas.
“Tumpang ye,” kata Khairul mengambil payungnya.
Sengaja sebenarnya dia mengambil.
“Urgh,” Mikayla mendengus geram.
“Kalau aku tak nak?”
“Aku dah ambil dah pun,” balasnya selamba. Dari jauh Amani memandang mereka tidak puas hati.
“Alamak, gila weyh. Ada orang tangkap cintan depan kita, weyh. Woohoo,” seloroh Erina.
“Jealous aku,” sokong Akma.
“Kenapa? Kau pun nak ke? Meh sini payung tu aku pegangkan,” sampuk Thaqif. Satu kelas riuh bersorak nama mereka.
“Eh, pergi jauh-jauh la. Sibuk je,” larang Akma.
Tidak lama selepas itu, sebuah kereta BMW berhenti di hadapan mereka. Dua manusia keluar dari perut kereta. Rayyan keluar sambil memegang payung dan disebelahnya kelihatan Ashreena bersamanya.
Korang nak tahu macam mana Erina sampai dulu dari Ashreena? Mari kita bercerita.
Flashback on
Di rumah twin
“Akak, kau tak nak saing Nana ke?” soal Erina.
“Taklah. Nanti ada orang tumpangkan,” balas Ashreena selamba.
“Uuu, siapa tu~ Mesti Rayyan kan~” riak Erina penuh sinis.
“....,” Ashreena blushing.
“So, betullah? Tak apa kalau macam tu Nana gerak dulu,” kata Erina.
Ashreena hanya mengangguk.
Enjin keretanya dihidupkan lalu bergerak ke sekolah.
Flashback off
“Jealous doh,” laung Akma.
“Aku dah offer kau tak nak,” sakat Thaqif.
“Diam la, hanat,”
Ambik kau sampai kena setepek dengan Akma.😂
Thaqif mencebik.
Di sudut lain,
Izz sedang bersandar pada sebatang pokok yang rendang.
“Tengoklah tu, secocok sangat diorang tu dengan partner masing-masing,” kata Izz sambil tersenyum kelat.
“Yeah, tapi kau pun boleh tahan secocok dengan partner kau, dik,” jawab satu suara.
“Akak Izzaty, please la Izz dengan dia tak ada apa-apa pun. Jurang antara kitaorang sangat jauh. Akak pun tahukan yang Izz ni introvert,” kata Izz.
“Apa-apa jelah. Akak support je sebab kau kan adik akak,” kata suara itu sambil tersenyum(?).
Tanpa Izz sedari ada seseorang yang sedang memerhatikannya.
‘Jadi, betullah yang Izz memang ada kebolehan tu,’ bisik hati orang itu.
“Kelas 5 Nitro, masuk ke dalam bas yang pertama,” kata guru pengiring.
Mereka semua berpusu-pusu masuk ke dalam kelas. Daisies menahan rasa amarah mereka apabila VR duduk sebelah crush masing-masing.
Khairul memakai headphonenya lalu memejamkan mata.
Ting!
Satu mesej masuk ke telefon Mikayla.
VR🥀🥀🔥🔥
Akma
Weyh, apa aku nak cakap ni? Si Thaqif tu duk menanya aku pasal pendrive Khairul.
Erina
Kau biar betuii. Siot la. Jangan takutkan aku. Benda tu ada kat aku.
Izz
Buat tak tahu je.
Akma
Bila weyh, kau nak bagi balik. Ish.
Ashreena
Tanya Erin.
Erina
Manalah aku tahu. Kayla suruh aku simpan dulu.
Me
Ok. Kau sanggup ke nak bagi dekat Khairul mau dia penggal kita nnti.
Ashreena
Seram doh. Kau dapat rasa tak yang diorang rapat dengan kita sebab nk korek something.
Me
Tu la pasal.
Elyana
Kita plan je dulu. Kalau dah nak tertangkap tu cepat-cepat la kita pulangkan. Deal?
Ashreena
Deal. Seram doh aku. Nasib aku ni baik bukan mcm adik aku tu.
Erina
Akak!
Terdengar bunyi Ashreena mengaduh sakit apabila ditendang oleh adik sendiri dari belakang.
Akma
ASAP
Elyana
Mana Amy doh?
Me
Ada ni ha. Tidur depan aku. Sama je dua-dua ni.
Akma
LOL. Rimas bai aku. Si Thaqif ni asyik jenguk aku chat siapa. Nak je aku siat dia ni.
Izz
Sabar weyh.
Erina
Anak orang tu. Kau jangan.
Akma
Aku jamin bila turun bas nanti dia takkan dapat tengok dunia. Hahaha.
Me
Gila ke apa. Mau kau jadi suspek kang.
Ashreena
Kau ni. Kesian melaun tu.
Elyana
Apa siot kau ni Ash.
Ashreena
😛
Tamat sahaja mereka berchat, Mikayla menutup telefonnya.
To be continue
SM - 10: –tamat–
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro