Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

SM - 01

....Nova Highschool....

Hari pertama persekolahan sudah pun mulai riuh tentang berita hangat yang membuatkan RK tertanya-tanya.

“Korang, VR dah balik sinilah,”

“Weyh, serius la. OMG, habislah kita. Lepas ni mesti tak ada yang nak pandang lepas Queenka sekolah ni dah balik,”

We're really done for it,”

Dah macam kena apa dah semua pelajar lepas mendengar berita tentang keberadaan VR sudah kembali.

                        ..............................  

“Pengumuman hari ini. Diminta semua pengawas sekolah dari tingkatan 2 hingga tingkatan 5 berkumpul di bilik mesyuarat selepas ini. Perhimpunan tamat,” kata seorang pengawas selaku pengacara majlis.

                      
                        ..............................

Airell baru saja menapakkan kakinya di hadapan bilik mesyuarat. Pada hari ini, akan diadakan mesyuarat perlantikan ketua pengawas dan untuk mengisi kekosongan jawatan.

“Baiklah, semua sudah ada ke?” soal cikgu disiplin, Cikgu Faizul.

Semua pengawas yang berada di dalam bilik itu mengangguk.

“Okey, seperti yang kamu semua ketahui, kami guru-guru sudah pun membuat keputusan siapa yang bakal dilantik sebagai ketua pengawas dan penolongnya,” kata Cikgu Faizul.

Semua pengawas mula berbisik sesama mereka.

“Aku syak mesti abang fame kita ni,” bisik Thaqif kepada RK.

“Haih... Tak nak la aku. Bazir tenaga je. Malas doh,” balas Khairul.

“Baiklah, setiap tidakan or hukuman akan di sekolah ini 100% akan diberikan kepada ketua pengawas kita pada tahun ini, Tengku Khairul Hanafi dan dibantu oleh AJKT pengawas lelaki Red Knight,”

Terkejut mereka apabila mereka dipanggil oleh Cikgu Faizul. Mereka yang ketika itu duduk di barisan belakang, dengan berat hatinya terpaksa ke hadapan.

Next, untuk penolong. Erm... Sebenarnya kita ada beberapa cadangan tapi buat masa sekarang ni, kami melantik Amani untuk menolong Kahirul. So, no objections. Dimiss,” kata Cikgu Faizul.

RK membuat reaksi macam 'what the hell is going on'.

Kenapa perlu dia? Tak ada orang lain ke?” soal Rayyan.

Why Rayyan? You tak suka ke I jadi penolong Khairul? Lagipun kami ni match bila bersama. Betul tak Khairul?” dah mula la perangai gedik Amani ni.

“Eh, bro jom ah masuk kelas,” ajak Aidan. Naik meluat tahap maksima dia bila hadap si minah sorang ni.

Terus RK beredar dari bilik mesyuarat.

5 NITRO

“Korang, cikgu tak ada. So, buat kerja sendiri,” kata Thaqif kepada rakan sekelasnya.

“Weyh, aku ada benda baru aku nak cerita ni,” ujar Thaqif.

“Haa... Cerita la,” kata Zafriell.

“Tadi masa aku nak turun dari pejabat, aku ada nampak kereta lain park dekat parking lot students. Aku usha gila doh nombor plat dia. Bukan calang-calang kereta yang aku nampak. Semua new edition. Kalau ada balik nanti korang usha la sikit,” kata Thaqif dengan sungguh.

“Cop, cop... Pagi tadi aku ada dengar budak-budak ni cakap pasal VR. Natang apa tuu?” soal Airell.

Naqiu yang sedang syok minum air terus tersedak. Zafriell menepuk belakang Naqiu.

“Kau pahal Naq? Tetiba je tersedak,” ujar Aidan mengangkat keningnya.

“Tak ada apa-apa la,” balas Naqiu.

“VR? Hmm... Aku macam pernah dengar pasal diorang? Dulu, sebelum aku pindah sini budak-budak lama aku pernah gosip pasal diorang. Entahlah. Tak kenal,” kata Khairul.

Semua mata memandang Aidan.

“Apa pandang-pandang, aku cungkil mata korang dengan pembaris ni sekor-sekor karang,” kata Aidan dengan nada dingin sambil memegang pembarisnya.

“Ish, kau ni orang baru pandang sikit nak mengamuk, pahal? Cuba la cakap elok-elok sikit,” tegur Rayyan.

Aidan menjeling Rayyan. Namun, Rayyan endahkan saja.

“Ni, kau kan dah sekolah dekat sini sejak dari form 1 lagi. Takkan tak kenal,” soal Airell.

“Aku bukan apa. Tapi aku dulu mana la ambil tahu pasal group-group hot dekat sekolah ni. By the way, aku dulu kelas nombor dua a.k.a Hydra mana pernah nak jejak kaki ni dekat kelas nombor satu ni. Kalau kau tanya aku, aku rasa diorang tu kelas ni la,” kata Aidan sambil menunjukkan jarinya ke bawah.

Yang lain meng'oh'kan saja. Khairul memandang Iskandar yang sedang ayik membaca buku.

“Weyh, Iskandar sini jap!” jerit Thaqif menghentak meja.

“Opocotmakkauhijau,” latah Iskandar.

Thaqif dan Zafriell sudah pun ketawa terbahak-bahak. Yang lain buat macam 'seriously bro'.

“Eh, korang ni. Nak apa?” soal Iskandar.

“Sinilah kejap. Kitaorang nak tanya kau something ni,” ajak Naqiu.

Iskandar mengheret kerusinya ke RK.

“Haish... Apa-apa jelah korang ni. Selalunya tak macam ni pun. Tegas, garang and paling penting muka ketat,” kata Iskandar selamba.

“Eh, eh... Kau nak kena tale ke nak kena lesing dengan aku,” balas Aidan.

“Rileks, rileks. Sabar bang. Sabar itu separuh daripada iman,” kata Iskandar.

“Banyaklah kau punya sabar. Nasib aku ni baik lagi tau,” kata Aidan.

“Ni, kitaorang nak tanya kau pasal VR je,” kata Airell.

“APA? VR? BIAR BETIK?” jerit Iskandar. Zafriell yang berada di hadapan Iskandar terus menekup mulutnya.

“Shh... Jangan cakap kuat-kuat. Jatuh reputasi kitaorang ni karang,” kata Rayyan.

“B... betul k... ke ni k... korang nak t... tanya pasal VR?” soal Iskandar gagap.

“Betul la,” jawab RK.

“Yang kau gagap tu dah kenapa?” Rayyan pelik.

“Haih... Macam ni, dulu ada satu kumpulan pelajar perempuan yang dipanggil Violet Rose atau singkatan VR. Terdiri daripada 8 orang gadis yang cantik, pandai and  ala semua lengkap la especially sifat dingin. Diorang ni terkenal gila, sampai budak sekolah lain pun kenal diorang. Tapi seorang daripada mereka telah meninggal dunia. Seminggu selepas pemergian arwah, diorang jadi lagi dingin tahap merah. Kalau kena marah diorang memang takkan bagi belas kasihan dah,” kata Iskandar panjang lebar.

“Serius la weyh, macam seram je doh,” kata Naqiu. Meremang bulu romanya bila dengar Iskandar cerita.

“Ni kalau Amani tahu, boleh runtuh sekolah,” kata Iskandar.

“Aik, apasal pula?” soal Khairul.

“Amani and the gang tu anti gila dengan VR lagi-lagi leader diorang tu,”

RK hanya mengangguk setuju.

                        .............................

Kringg!

RK baru sahaja hendak ke parking lot students. Mata mereka tertumpu terhadap 7 buah kereta yang berada di situ.

“Bapak ah, weyh ni kereta siapa ni doh?” soal Rayyan.

“Tak silap aku ni la kereta yang aku nampak tadi,” kata Thaqif.

“Gila gempak weyh. Siapa la yang dapat beli kereta macam ni memang untung bai,” kata Naqiu. Sempat lagi dia mengintai ke dalam salah satu kereta itu.

“Apa siak korang ni! Tak ada kerja ke apa. Intai-intai kereta orang. Ummi korang tak ajar ke hah? Ya Allah,” ceramah ustaz Khairul.

“Cewah, kau nak jadi ustaz ke? Tetiba mode ustaz kau muncul. Hahaha,” kata Aidan.

Yang lain turut ketawa.

Terus Khairul masuk ke dalam kereta Audi A8 nya meninggalkan perkarangan sekolah dengan rasa sedikit malu. Yang lain juga turut meninggalkan perkarangan sekolah.

Tanpa mereka sedari mereka diperhatikan.

“Fuhh, nasib diorang tak usik kereta kita. Kalau tak, dah lama aku siat-siat kulit diorang tu,” – ??

“Dah, jom kita gerak. Diorang pun dah pergi dah tu,” – ??

To be continue

SM - 01: –tamat–

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro