×××PROLOG×××
[Graduet Day]
Aku memandang seseorang yang tidak jauh dari aku dengan senyuman.
Hanya memandang wajahnya sahaja boleh membuatkan aku tersenyum.
"Yah, Yerim-ah. Pergilah ambil gambar dengan dia. Bila lagi nak dapat peluang ambil gambar dengan dia. Nanti dia dah jadi idol, lagi susah kau nak jumpa dengan dia." Ujar Hayoung iaitu kawan baikku.
Aku mengelengkan kepala aku perlahan.
"Tak naklah. Aku tak nak nampak sangat yang aku suka dia" balas ku yang masih menatap 'si dia' yang sedang ambil gambar dengan peminatnya.
Baru jadi Pelatih, dah ada peminat. Apatah lagi selepas dia dah jadi idol nanti.
"Yerim-ah. Kitakan dah graduet, kau ada rancang apa-apa selepas habis sekolah ni? Macam...sambung belajar?"
"Emm..aku memang ada rancang nak sambung belajar"
"Kalau kau sambung, kau nak ambil jurusan apa?"
"Emm...jurusan solekan"
"Solekan? Kenapa kau pilih jurusan tu? Bukan keputusan kau okey ke? Omma kau mesti nak kau ambil jurusan yang lebih baik. Omma kau kan jenis yang tegas. Omma kau okey ke nanti?"
"Buat apa nak ambil jurusan yang kita tak minatkan. Nanti pandai-pandailah aku pujuk Omma aku tu."
"Peliklah kau ni. Keputusan dah okey, tapi tak nak ambil jurusan yang lebih baik. Suka hati kaulah. Janji aku bahagia"
Aku hanya melemparkan senyuman lalu sambung memandang 'si dia'
×××××××××××
[CAST]
Hyunjae THE BOYZ as
Lee Jaehyun / Hyunjae
××××××××××
ULZZANG girl as
Jeong Yerim / Readers
×××××××××××
PERINGATAN:
Ini hanya rekaan cerita semata-mata. Tidak ada kena mengena dengan orang yang hidup atau yang telah meninggal dunia.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro