Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

×××56[LAST]×××

[ 1 Minggu kemudian ]

Percutian kali ni, berbeza buat aku kerana!

Aku akan bercuti bersama dengan namchin aku~😚

Kalau dulu semasa di Busan, kitaorang hanya sebagai bekas rakan sekelas.

Tapi sekarang! kami pergi bercuti sebagai pasangan kekasih.💑

Ha! Lagi satu!
Kali ni, Hyunjae yang akan memandu~

Aku tak sabar menanti hasil percutian kami kali ini.😄

•••

[ Mingyu house ]

Seperti dulu, kami berkumpul di rumah Mingyu sebelum bergerak.

Semasa kami berdua tiba, boleh dikatakan semua telah sampai.

"Wow, lain macam aura korang berdua hari ni" tegur Hayoung.

Aku tersengih malu.

"Korang, berapa banyak kereta yang pergi ni? Kalau ada kosong aku nak tumpang" soal Taeyang.

"Aku dengan Hyunjae bawa kereta. Seokmin mesti bawa van dia. Kereta kitaorang semua ada kosong. Kau pilih jelah nak naik siapa" beritahu Mingyu.

"Aku tak nak naik Van Seokmin. Aku dah serik naik van dia dulu. Malu woi!" kata Taeyang yang mengingati kembali kenangan buruknya bersama van Seokmin.

"Aku pun tak nak naik van dia tu"

"Aku pun!"

7 orang yang tiada kenderaan terus berkerumun ke arah Mingyu dan Hyunjae.

Mereka semua ingin naik kereta dengan Mingyu dan Hyunjae untuk mengelak dari naik van Seokmin.

"Takkan semua nak naik kereta aku dengan Hyunjae. Paling tidak pun seorang kena naik dengan Seokmin" kata Mingyu rasa serba sah dengan mereka.

"Tolong aku Mingyu.. aku dah serik naik van dia Mingyu..."

"Betul tu Mingyu. Cukup-cukuplah aku buat action depan orang masa tu.."

Mingyu mengeluh berat.

Dia rasa sangat simpati dengan mereka. Dia juga serik naik van Seokmin hari tu.

Vvroomm!🚗

Pandangan kami teralih ke arah bunyi kuat itu.

Terbutang mata mereka apabila ada sebuah kereta Lamborghini Veneno merah yang boleh buka bumbungnya berhenti di depan rumah Mingyu.

Semakin membulat mata mereka apabila Seokmin yang keluar dari kereta itu dengan bergayanya.

"Gilalah" gumam Jun yang tergamam.

Bukan dia je, semua tergamam!

"Yah, Seokmin. I-tu...kereta kau ke?" Soal Mingyu gagap. Tak tahu kenapa, tetapi seluruh badannya mengigil.

Mana tak mengigilnya, ada sebuah kereta yang bernilai RM 19.27 juta berada di depan rumahnya.

"Nae. Ini kereta aku. Wae?"

Semua tidak dapat berkata apa-apa.

"Hello guys~ korang okey tak?" Soal Seokmin sambil melambai-lambai tangannya di depan wajah Taeyang yang berdiri berdekatan dengannya.

"Itu..kereta Lamborghini Veneno kan?" Soal Taeyang untuk kepastian.

"Nae. Wae? Teruk sangat ke? Patut ke aku bawa van aku je? Kesian dia merajuk sebab tak bawa dia" kata Seokmin sedih apabila teringat akan van kesayangannya.

"Jangan! Jangan! Kereta ni dah okey!"

"Jinjja? Kalau macam tu, siapa yang nak naik dengan aku?"

"AKUUUUUU!!!"

•••

Selepas bermesyuarat selama 59 minit 59 saat, akhirnya kami telah mengagihkan mereka yang tiada kenderaan.

Hayoung, Jiho dengan Gyuri naik dengan aku dan Hyunjae.

Sewoon, Jun, Jangjun, dengan Lina naik dengan Mingyu.

Taeyang yang bertuah naik dengan Seokmin. Mereka berdua pakai kaca mata hitam memandangkan bumbung kereta itu dibuka.

Masing-masing menunjukkan kemacuran mereka sepanjang perjalanan itu.

•••

🚗🚗🚗

"Hyunjae-ah, chukahae sebab menang song of the year hari tu. Tak sia-sia aku vote group kau hari tu. Bangga gila aku masa kau memang hari tu" kata Jiho teruja.

"Ah, Jinjjayo? Gomawo" ucap Hyunjae terharu.

"Hyunjae-ah. Kau ada terserempak dengan group STAY? Kau jumpa dengan Jinhyun tak? Korang ada berbual ke?" Soal Hayoung teruja memandangkan dia adalah peminat group bernama STAY itu.

"Kitaorang ada juga terserempak masa dekat belakang stage. Kami cuma sapa gitu je sebab kami masih tak rapat" beritahu Hyunjae.

"Ouh yeke. Hyunjae-ah. Boleh tak lain kali kalau kau terserempak dengan dia lagi, kau minta tanda tangan dia?"

"Yah, kau sepatutnya sokong member sendiri. Bukan sokong group lain. Ini mesti kau tak vote THE BOYZ" marah Gyuri.

"A-Aku...adalah vote THE BOYZ..." kata Hayoung gagap.

Gyuri memandang Hayoung tajam.

"Gwenchana. Lagipun kitaorang dah menang pun. Tengoklah kalau kitaorang terserempak lagi, aku minta tanda tangan dia" kata Hyunjae sambil menjeling ke arah cermin memandang Hayoung di belakang.

Hayoung tersenyum gembira.

"Gomawo~" ucap Hayoung sambil menepuk bahu Hyunjae.

"Ops! Mianhae Yerim..." Kata Hayoung secara tiba-tiba.

Aku memandangnya pelik.

"Mianhae? Wae?" Soalku bingung.

"Aku takut kau cemburu kalau aku sentuh Hyunjae. Mianhae.."

Aku tergamam.

"Aku tak kisahlah."

"Eleh...cakap je tak kisah. Tapi sebenarnya marah. Lain kali aku akan berhati-hati ye~"

"Yah, aku okeylah. Kau ni buat aku jadi macam yeoja yang sensitif pulak." Kataku serba salah.

Hayoung hanya tersengih di belakang.

"Yerim-ah. Jadi maksudnya hari yang kau kata nak balik awal tu, kau nak jumpa Hyunjaelah?" Soal Gyuri.

"Nae"

"Sejak bila korang suka sama suka ni?" Soal Jiho ingin tahu.

"Sejak sekolah" jawab aku dan Hyunjae serentak.

Gyuri dan Jiho dibelakang memandang kami terkejut.

Hayoung pula hanya tersenyum memandangkan dia telah tahu semua cerita tentang kami.

"Woahh meremang bulu roma aku" kata Gyuri sambil mengusap lengannya.

"Aku pun"

Aku dan Hyunjae hanya mampu tersenyum.

"Eh? Hujanlah" kata Hayoung yang memandang ke arah luar tingkap.

•••

[ Meanwhile in Seokmin & Taeyang side]

Taeyang mengenyitkan matanya pada seorang yeoja yang sedang memandu apabila Seokmin memotong kereta yeoja itu.

Yeoja itu tersenyum malu melihat kenyitan Taeyang itu.

Taeyang tersenyum bangga kerana berjaya mengoda yeoja-yeoja di atas jalan itu.

"Terbaiklah kau Seokmin" kata Taeyang teruja sambil menepuk bahu Seokmin.

Seokmin hanya balas dengan sengihan.

💧💧💧

"Eh? Hujanlah. Seokmin, tutup bumbung ni" arah Taeyang.

Seokmin menekan butang di sebelah radio.

Taeyang memandang belakang pelik.

"Kenapa bumbungnya tak naik?" Soal Taeyang kebingungan.

Tanpa menjawab soalan Taeyang, Seokmin terus menekan butang itu.

Berapa banyak pun Seokmin tekan, Bumbung kereta itu tetap tidak naik.

"Yah, betul ke butang yang kau tekan tu. Hujan dah nak lebat ni" kata Taeyang risau.

"Betullah. Inilah butangnya." Kata Seokmin yang tidak henti-henti Menekan butang itu.

⛈️⛈️⛈️

"Yah! Hujan dah lebat ni!" Kata Taeyang yang sudah separuh basah.

Taeyang berhenti menekan butang itu apabila dia teringat sesuatu.

"Yah, wae?" Soal Taeyang kebingungan.

"Aku lupa kereta ni tak ada bumbung" beritahu Seokmin.

"BWO?! Bukan ke kereta ni sepatutnya ada bumbung?!"

"Aku bukan kaya pun nak beli kereta mahal ni. Jadi aku minta diorang buang bumbungnya sebab nak kurangkan harga" beritahu Seokmin.

"WHAT THE F**K! YAH! KALAU KAU TAK ADA DUIT, TAK PAYAHLAH BELI KERETA NI! HUARGHHHHHHH!!! KENAPA MALANG SANGAT HIDUP AKU NIIIIIII OM--" Kata-kata Taeyang terhenti apabila air lopak yang dilanggar oleh kereta sebelahnya merecik ke arah Taeyang.

Kini 100% badannya basah.

Pada masa yang sama, yeoja yang dia kenyikan mata tadi memotong kereta Seokmin.

Yeoja itu pandang Taeyang lalu gelakannya.

Kawannya yang duduk di belakang sempat mengambil gambar Taeyang.

"HUARGHHHHHHH OMMAAAAA!!!"


•••

[Daegu]

"Woahhh terbaiklah Mingyu! Pandai kau cari tempat" Puji Lina.

Kali ini mereka berpeluang bermalam di villa yang berhadapan dengan pantai lagi.

"Taeyang, macam mana? Best dapat naik kereta mahal?" Soal Jangjun yang lebih kepada sindiran.

Taeyang memandang Jangjun menyampah.

"Yah, Taeyang. Mana rambut kau yang tadi? Sempat pulak kau tukar gaya rambut kau" sindir Sewoon pula.

Taeyang terus berlalu pergi masuk ke dalam villa kerana tidak tahan dengan sindiran kawannya.

Mereka yang lain tergelak besar apabila teringat kejadian di jalan raya tadi.

•••

🌙🌙🌙
[No One Pov]

"Weh! Aku nampak Jangjun bunuh Sewoon!" Kata Mingyu dengan semangatnya.

"Mana ada aku bunuh Sewoon. Aku dengan Taeyang dekat CCTV tadi"  bantah Jangjun.

"Entah kau ni, Jangjun dengan akulah"  sokong Taeyang.

"Yah! Aku nampak tadi. Dia bunuh Sewoon depan mata aku!" Kata Mingyu tidak puas hati.

"Jangjun cakap dia dengan Taeyang. Maksudnya kau self reportlah ni" tuduh Jun.

"Mana ada! Woahhh pandai eh korang. Kau imposterkan sebab tu kau menyebelahi Jangjun!" Mingyu semakin bengang apabila tiada sesiapa mempercayainya.

"Eh, main tuduh-tuduh pulak. Dah kantoi nak tuduh kitaorang pulak" kata Taeyang lalu pandang Jangjun di sebelahnya.

"Betul tu!" Tambah Jangjun.

"Okey! Aku vote Mingyu!"

"Okey!"

"Aku pun vote Mingyu"

"Mingyu! Mingyu!"

"Yah, aku bukan imposterlah!"

"Vote! Vote!"

"Yah, Mingyu cepat vote. Kau seorang je belum vote"

Mingyu memandang mereka geram.

Akhirnya Mingyu vote diri sendiri.

' Mingyu was not imposter'

"Yah! Kenapa tak cakap yang kau bukan imposter?!" Marah Jun.

"Habis yang aku cakap tadi tu apa?"

"Lain kali bantahlah apa yang kitaorang cakap"

"Okey. Aku salah.." kata Mingyu mengalah.

Sewoon yang merupakan salah seorang yang dah mati, menepuk bahu Mingyu.

"Chill bro~" kata Sewoon yang langsung tidak kisah dengan game itu.

Semasa mereka semua sibuk bermain game 'Among Us' itu, Hyunjae yang merupakan orang pertama yang mati tidak tahu mahu melakukan apa. Akhirnya, dia memanggil Yerim yang sedang melihat Hayoung bermain.

Yerim tidak sertai mereka kerana telefonnya sudah kehabisan bateri.

Hyunjae mencuit bahu Yerim secara senyap-senyap.

Yerim menoleh ke arah Hyunjae.

"Jom keluar" kata Hyunjae dengan hanya mengerakkan mulut.

Yerim memandang kawan-kawannya yang sibuk bermain game lalu senyap-senyap mengangkat punggungnya.

Yerim perlahan-lahan mengikut Hyunjae berjalan keluar dari rumah.

"KANTOIIII!!!! Yah! Jangjun weh!"

Langkah mereka berdua terhenti apabila Lina menjerit.

Mereka berdua memandang kawan-kawan mereka yang sedang bertekak.

"AKU DAH CAKAP JANGJUN IMPOSTER TADI!"

"Bukan akulah! Jun yang bunuh Lina"

"What? Aku?"

"Vote dia weh!"

Hyunjae dan Yerim meneruskan langkah mereka.

Hyunjae menghulurkan tangannya pada Yerim apabila Yerim selesai memakai sandelnya.

Yerim menyambut huluan tangan itu secara natural.

Mereka berdua mendekati pantai di depan villa mereka saling berpegangan tangan.

•••


🌊🌊🌙
[ Yerim pov]

Kami berdua saling memeluk pinggang masing-masing sambil memandang pantai di depan kami.

"Ah...macam tak percaya je.." gumamku.

Hyunjae menundukkan sedikit kepalanya memandang aku di sebelahnya apabila dia terdengar gumam ku.

"Macam tak percaya apa?" Soal Hyunjae ingin tahu.

"Awak dengar eh?  Haha. Saya tak percaya yang saya akan bersama awak sekarang ni" beritahuku.

"Maksud awak?"

"Maksud saya, saya kan suka awak dari zaman sekolah lagi. Masa tu, saya cuma suka awak je. Saya tak pernah terfikir pun sampai nak jadi Yeochin awak."

"Iye ke?"

"Emm...adalah beberapa kali saya terfikirkannya. Hehe. Tapikan, apa yang buat saya lagi tak sangka ialah, awak turut suka saya masa zaman sekolah dulu. Betul ke awak suka saya dari zaman sekolah lagi? Bukan awak suka saya sebagai kawan je ke?" Soalku yang masih tidak percaya.

"Betullah. Saya suka awak lebih dari kawan sejak zaman sekolah lagi. Kalau nak bukti, baca diary saya. Saya tulis semuanya tentang awak dalam diary saya masa tu"

Aku memandang Hyunjae terkejut.

"Awak tulis diary? Seriouslah?" Kataku dengan gelak tawa.

"Kenapa? Kelakar ke saya tulis diary?"

"Tak adalah. Saya cuma...terkejut. Saya tak sangka orang macam awak ni, tulis diary"

"Orang macam saya? Apa maksud awak? Saya macam mana orangnya sampai awak terkejut saya tulis diary?"

"Bergaya...Berkarisma...Hand...some...Awak orang macam tu pada mata saya. Sebab tu saya segan nak berkawan rapat dengan awak dulu. Awak terlalu bergaya" beritahuku.

"Jinjja? Awak beranggap saya macam tu?"

"Nae"

"Kalau Sekarang? Awak masih beranggap saya macam tu?"

"Nae, tapi ada tambahan lagi"

"Apa tambahannya tu?"

"Penyayang, setia, bertanggungjawab..."

"Itu je?"

"Tak, semua benda baik ada pada awak sehingga saya tidak dapat katakannya."

Hyunjae tergelak kecil lalu mengusap kepala aku.

"Hyunjae-ah" panggilku.

Hyunjae sekali lagi memandang aku.

"Gomawo" ucapku secara tiba-tiba.

Hyunjae memandang aku bingung.

Aku tersenyum melihat riak wajahnya.

"Gomawo sebab hadir dalam kehidupan saya" ucapku sambil merenung anak matanya.

Hyunjae tersenyum apabila dia faham apa maksud aku.

"Nado Gomawo~" Balas Hyunjae lalu memeluk aku dengan erat.



























"ARGHHHH!!! GELAPPP!!!"

"TAKKAN BLACKOUT LAGI?!"

"DEKAT SINI PUN NAK BLACKOUT KE?"

"KENAPA NASIB MALANG SANGAT KITA NI?!"

"AKU TAK BERNASIB MALANG EH"

"INI MESTI TAEYANG YANG BAWA NASIB MALANGNYA"

"AKU PULAK"

"WEH!! APA BENDA WARNA PUTIH TU?!

"WEH!! HANTUUUU!!!"

"ITU LANGSIR LAH WOI!"

Aku dan Hyunjae memandang ke arah villa kami yang gelap gelita.

Jeritan kawan-kawan kami  dapat di dengar dengan jelas.

Baru je aku nak pandang Hyunjae semula, Hyunjae tiba-tiba mencium pipi aku.

Dia cium aku betul-betul di sebelah mulut aku.

Sikit lagi nak kena mulut aku😶

Jantung aku berdegup dengan sangat laju.

Aku memandangnya tergamam.

Hyunjae hanya memandang aku dengan senyuman tidak bersalah.

"Kajja. Nanti diorang cari kita" kata Hyunjae lalu bawa aku ke villa.



















THE ENDDDDD~~~

Yeah, akhirnya habis juga.
Thanks korang sebab sudi baca, sokong dan vote FanFic ni sampai akhir.

Tanpa korang, FanFic ni takkan panjang macam ni.

Ini adalah FanFic author yang paling panjang.

Thanks a lot guys.❤️

Jumpa lagi di next FanFic😉

IG: hxrxsixm












Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro