Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

•••55•••

[ 5 Tahun kemudian]
(Gyuri Salon)

"Gyuri, hari ni aku nak balik awal boleh tak?" Soalku sambil mengemas peralatan makeup yang aku guna tadi.

"Balik awal? Kenapa?"

"Malam ni aku ada temu janji dengan seseorang" beritahuku sambil tersenyum teruja.

"Temu janji? Ouhhh kau nak pergi date ehhh~"

"Emm...lebih kurang"

"What?! Seriouslah?! Kau nak pergi date? Sejak bila kau ada Namjachingu ni?" Soal Gyuri terkejut.

"Adalah~" kataku lalu masuk ke dalam bilik air.

•••

[ Hangang Park🌙]

Sampai sahaja di Hangang, aku terus membetulkan makeup aku untuk kali terakhir.

Hari ni adalah hari penting buatku kerana hari ni aku akan jumpa si dia selepas sekian lama.

Jadi aku perlu kelihatan cantik di depannya.☺️

Aku memandang ke bawah apabila ada sesuatu menyentuh kaki aku.

Ianya seorang budak kecil yang berusia lebih kurang 3 tahun memeluk kaki aku.

Dia memandang aku dengan senyuman. Aduhai comelnya budak niiiiiii

"Jaehyunie~"

Aku memandang Appanya yang berada tidak jauh dari aku.

Berapa banyak kali pun Appanya memanggilnya, dia tetap tidak mahu pergi ke arah Appanya.

"Boleh saya dokong dia?" Soalku pada appanya.

"Nae" jawab Appanya tanpa teragak-agak.

Aku simpan cermin aku ke dalam beg tangan aku lalu mengangkat budak kecil itu.

"Jaehyunie~" sebutku sambil mencium pipinya yang montel itu.

"Jaehyunie~Popo~" kataku sambil memuncungkan mulutku.

Dalam hanya beberapa saat, Budak itu terus mencium aku.

Uwuuu~ Comel betullah budak ni~

Boleh tak aku bawa balik budak ni? Hehe😁

"Yerim?"

Aku memandang ke arah pemilik suara yang menyebut nama aku itu.

"Oh! Hyunjae-ssi"

Yeah, pemilik suara itu ialah Hyunjae.

Selepas 5 tahun akhirnya kami bersemuka semula.

Aku...amat rindukannya.

Hyunjae memandang budak kecil yang aku pegang.

"Oh ini Jaehyun. Jaehyun sapa Pakcik Hyunjae" kataku pada budak kecil itu dengan manja.

Budak kecil itu hanya tersengih memandang Hyunjae.

Hyunjae pulak hanya tersenyum kecil.

"Jaehyun, kamu pergi dekat appa ye" kataku lalu turunkan budak itu.

Sebaik sahaja budak itu menjejaki tanah, di terus pergi ke Appanya.

Selepas memastikan Jaehyun selamat berada di pamgkuan Appanya, aku kembali memandang Hyunjae.

"Annyeong, lama kita tidak berjumpa" sapaku dengan senyuman lebar.

"A-Annyeong" balas Hyunjae gagap.

"Kenapa muka awak macam tu? Awak tak suka ke jumpa saya?" Soalku sedikit hampa.

"T-Tak. Emm...budak kecil tadi tu...anak awak?" Soal Hyunjae teragak-agak.

"Bwo?! Anak saya? Ahahahahahah" aku tergelak dengar apa yang Hyunjae katakan.

Dia ingat budak tu anak aku?

Patutlah dia pandang aku lain macam je masa aku angkat budak tu.

😂

"Wae? Kenapa awak ketawa?" Soal Hyunjae kebingungan.

"Kalau saya dah kawin, awak nak buat apa?" Soalku cuba mempermainkannya.

Hyunjae terdiam. Dia hilang kata-katanya.

"Tak perlu risau. Itu bukan anak saya. Saya belum berkahwin lagi." Kataku sambil mengelap sisa air mata yang mengalir kerana ketawa.

Hyunjae mengeluh lega.

Aku sekali lagi ketawa melihatnya.

"Wae?"

"Awak risau kalau saya dah tak suka awak lagi?" Soalku.

"Nae..." Jawab Hyunjae perlahan.

"Jangan risau. Awak masih berada di dalam hati saya"

Hyunjae tersenyum lalu memeluk aku.

"Ha...rindunya saya pada awak..." Luahnya sambil memeluk aku erat.

"Saya pun..." Balasku lalu membalas pelukannya.

"Jakkaman." Hyunjae meleraikan pelukan itu.

Aku memandangnya pelik.

"Hari tu kan kita putus. Jadi...."

"Jadi?"

Hyunjae tiba-tiba melutut di depan aku.

"Sudi tak awak jadi Yeojachingu saya sekali lagi?" Soalnya sambil menghulurkan sekuntum bunga ros merah.

"Hyunjae-ah. Awak tak perlu buat sampai macam ni. Awak bangunlah" arahku sambil menarik tangganya.

"Saya takkan bangun selagi awak tak jawab soalan saya."

Aku mengeluh kecil lalu merenung anak matanya.

"Nae" jawabku ringkas lalu mengambil bunga ros itu.

"Itu je?"

"Yelah. Habis tu awak nak saya cakap apa?"

"Saya nak awak....cium saya"

"Nae?" Muka aku terus kemerahan.

"Hyunjae, Ada ramai budak la dekat sini. Tak elok" kataku malu.

"Saya tak cakap cium dekat bibir saya." Kata Hyunjae sambil tersenyum sinis.

Semakin merah wajahku apabila dia berkata begitu.

"Habis tu..awak nak saya cium dekat mana?" Soalku teragak-agak.

"Sini" Hyunjae menunjuk ke arah pipinya.

Walaupun hanya diminta untuk cium dipipi, tapi jantung aku sudah berdegup bagai nak gila.

Aku melihat sekeliling aku mencari masa yang sesuai.

Aku memandang Hyunjae yang tersenyum di depan aku.

Aku melepaskan keluhan kecil lalu mencium pipinya dengan pantas.

Aku terus pandang ke arah lain kerana malu.

Hyunjae pula hanya tersengih.

"Dah bangunlah" kataku sambil menarik tangannya.

"Nae~"

Kami saling tersenyum sebaik sahaja bertentangan mata.

Hyunjae mengambil kesempatan itu untuk memegang tangan aku.

"Kajja"

•••

Aku dan Hyunjae lepak di depan kedai 7 Eleven yang berada di tengah-tengah Hangang Park.

Kami duduk di kerusi yang disediakan di depan kedai itu.

Aku hanya merenung wajah Hyunjae kerana aku sangat rindukannya.

Hyunjae pandang aku apabila perasan aku hanya merenungnya.

"Wae? Kenapa awak pandang saya macam tu?"

"Tak ada apa. Saya cuma rindu nak tenung wajah awak macam ni" kataku sambil merenung wajahnya.

Hyunjae hanya balas dengan senyuman.

Tangan aku yang dipegangnya dicium.

"Awak nak tahu tak, saya tak pernah tinggal satu video awak pun dalam tv atau dalam YouTube dengan vlive sepanjang 5 tahun ni sebab saya rindu sangat dengan awak" beritahuku.

"Tak adil" bantah Hyunjae secara tiba-tiba.

Aku pandangnya pelik.

"Wae?"

"Mana adil. Awak dapat tengok saya dalam tv atau dekat mana-mana, tapi saya tak dapat pun tengok awak..." Kata Hyunjae sedih.

"Alololoo~ kesiannya~ Tak apa, awak dah boleh tengok saya puas-puas sekarang" kataku sambil meletakkan kedua belah tangan aku di bawah dagu.

"Kalau macam tu saya nak tengok awak malam ni puas-puas" katanya sambil meletakkan kedua tangannya di pipiku.

Dia merenung wajahku lama-lama.

Aku pulak yang malu apabila dia merenung wajah aku begitu.

Aku menutup muka aku dengan tanganku.

"Ah, wae?" Soal Hyunjae sedikit hampa.

"Saya malulah~ janganlah pandang saya lama-lama macam tu..."

"Kata awak saya boleh tengok awak puas-puas"

"Memanglah saya cakap awak boleh tengok saya puas-puas, tapi saya tak boleh. Saya malu~"

"Hahaha. Okey-okey" Hyunjae melepaskan wajahku lalu kembali memegang tangan aku.

"Hyunjae-ah, chukahae sebab menang song of the years hari tu" ucapku apabila teringat akan tentang itu.

"Gomawo"

"Hyunjae-ah, saya nampak awak menangis masa ambil anugerah tu" kataku cuba mengusik dia.

"Mana ada saya menangis" nafi Hyunjae.

"Eleh~ saya nampaklah. Saya perhati je awak yang berdiri dekat belakang member awak"

"Saya tak menangislah. Mata saya merah je"

"Yela Hyunjae~"

Hyunjae pandang aku geram lalu mencubit pipiku.

"Argh, sakitlah" rungutku sambil mengusap pipiku yang dicubitnya.

"Usik saya lagi"

Aku memandangnya geram.

"Yelah-yelah. Mianhae~" ucap Hyunjae sambil tolong mengusap pipiku.

Aku tersenyum malu apabila dia menyentuh pipiku.

"Hyunjae-ah" panggilku.

Hyunjae memandang aku selepas dia selesai mengusap pipiku.

"Saya nak minta sesuatu dengan awak"

"Awak nak apa?"

"Saya sekarang kan dah jadi Yeojachingu seorang idol...jadi...saya tak nak hubungan kita didedahkan. Saya tahu hubungan kita akan terbongkar juga satu hari nanti, tapi saya nak hubungan kita dirahsiakan berapa lama yang boleh."

Hyunjae menganggukan kepalanya.

"Saya akan buat apa sahaja yang awak nak" kata Hyunjae sambil melemparkan senyuman.

"Gomawo"

"Yerim, saya ada sesuatu nak tunjuk awak" katanya lalu menceluk tangannya ke dalam kocek seluarnya.

Aku memandangnya pelik apabila dia mengeluarkan beg duitnya.

Hyunjae mengeluarkan sekeping kad dari beg duitnya.

"Tengok ni" katanya lalu menghulurkan kad itu.

"Oh! Lesen memandu! Awak dah ada lesen?"

"Nae. Saya dapatkanya 2 tahun yang lepas."

"Uwuu...walaupun dalam gambar lesen, awak tetap nampak handsome. Dah macam gambar untuk photoshoot majalah je. Gambar saya dalam lesen memandu, tak nampak cantik pun..."

"Jinjja? Boleh saya tengok?"

"Tak boleh. Saya tak nak awak tengok muka buruk saya"

"Buruk? Awak mana ada buruk. Awak cantiklah. Awak sentiasa cantik di mata saya."

"Betul ni? Awak jangan ketawakan saya lepas tengok gambar lesen saya"

Hyunjae menganggukan kepalanya.

Aku mengeluh berat lalu keluarkan lesen memandu aku dari beg duit aku.

Aku menghulurkan lesen itu padanya dengan teragak-agak.

Hyunjae mengambilnya lalu melihatnya.

Hyunjae terus tersenyum sebaik sahaja melihat gambar lesen aku.

"Ha! Jangan gelak!" Marahku.

"Awak tak nampak buruklah, awak nampak comel~" kata Hyunjae sambil mengeluarkan telefonnya.

"Awak nak buat apa dengan telefon tu?" Soalku sambil melihat gerak geri jarinya yang menekan sesuatu di telefonnya.

Aku terus cuba menghalangnya apabila dia membuka apps kamera.

"Hyunjaeeee janganlahhh" rungutku sambil memanjangkan tanganku untuk mengambil semula lesen aku dari tangannya.

Pelbagai cara aku gunakan untuk halang dia, tapi dia tetap berjaya mengambil gambar lesen itu.

"Yerim-ah, tengok ni" Hyunjae menunjuk gambar lesen aku yang di letakkan sebagai wallpaper telefonnya.

"Ahh, janganlahhh"

"Awak tak boleh halang saya. Saya akan simpan gambar ni juga"

Aku memandangnya geram.

Ha! Kalau macam tu, aku akan balas balik!

Aku membuka telefon aku lalu mencari sesuatu di internet.

Aku menghalang Hyunjae apabila dia cuba melihat apa yang aku buka di telefon aku.

Aku tersenyum sinis apabila akhirnya aku jumpa gambar itu.

Aku letak gambar itu di wallpaper telefon aku.

"Hyunjae-ah tengok ni" kataku sambil menunjuk gambar Hyunjae sebelum dia jadi idol.

Aku memandangnya dengan senyuman jahat. Dia mesti malu ju--

"Okey je" kata Hyunjae tenang.

Aku memandangnya hampa.

"Saya nampak handsome dalam gambar tu" katanya dengan bangga.

Hish! Susah betullah nak kenakan lelaki yang dilahirkan handsome ni.

Mana adil!






•••

[Yang Good Restoran]
(No One Pov.)

Semua pelajar dari kelas 5-3 sekali lagi berkumpul bersama selepas lama tidak berjumpa.

Sebenarnya, tidak semua yang hadir. Ada beberapa orang yang tidak dapat hadir kerana sibuk bekerja.

Seorang demi seorang yang hadir di restoran itu. Restoran itu juga semakin lama semakin riuh dengan kehadiran mereka.

"Wow! Cha Eunwoo! Akhirnya balik juga ke Korea" tegur Mingyu pada Eunwoo yang baru hadir.

"Disebabkan korang, aku datang juga kesini walaupun baru sampai petang tadi."

"Ala~ sekali sekala" kata Taeyang sambil menepuk bahu Eunwoo.

"Wow! Hayoung kau nampak lainlah" tegur Jangjun pada Hayoung yang duduk di depannya.

"Aku nampak makin kuruskan" kata Hayoung sambil menaikkan sebelah keningnya dengan bangga.

"Tak. Kau nampak makin gemuk"

Hayoung terus menyepak kaki Jangjun dari bawah meja.

"Hey! Jangjun! Kenapa muka berkerut ni? Sakit perut ke?" Tegur Seokmin yang baru tiba-tiba.

"Yah, Seokmin. Kau dari dulu tetap nampak sama je" kata Gyuri.

"Betul tu. Aku tetap nampak handsome dari dulu. Heh😎😉" kata Seokmin sambil mengenyit kan matanya pada Gyuri.

Gyuri pandang Seokmin meluat. Geli melihat kenyitan Seokmin itu.

"Semua dah datang kan?" Soal Sewoon.

"Belum. Ada 2 orang lagi yang belum datang"

"Siapa?"

"Yerim dengan Hyunjae"

🔔🔔🔔

Tepat pada masanya, mereka berdua tiba.

Mereka yang berada di situ terkejut melihat Yerim dan Hyunjae saling berpegangan tangan.

"Ko-Korang..."

"Nae. Kami sedang bercinta"

•••

🍻🍲

"Woahhh hebatlah korang. Dalam senyap-senyap, korang rupanya tengah bercinta eh" kata Jiho lalu menghirup birnya.

"Pandai korang rahsiakan benda ni" sambung Lina.

Yerim dan Hyunjae hanya mampu tersenyum dengan apa yang dikatakan oleh mereka.

"Diorang dah bercinta, korang bila lagi nak ada yeochin dengan Namchin?" Soal Hayoung.

"Tanya kitaorang pulak. Kau sendiri pun tak ada namchin" balas Jun.

Hayoung hanya balas dengan renungan tajam.

"Aku nak ada namchin, tapi...tak ada orang nak aku..." Kata Lina sedih.

"Ala, nanti ada je yang nak dengan kau" pujuk Gyuri.

"Lina, kalau tak ada sesiapa nak dengan kau, aku ada calonnya" sampuk Seokmin.

"Siapa?"

"Aku"

Lina memandang Seokmin geli.

"Dah-Dahlah cakap pasal bercinta ni. Aku baru je break. Huhuhuu" kata Mingyu dengan tangisan palsunya.

"Memang patut pun kau kena break. Kau suka sangat cerita pasal ex-girlfriend kau pada dia. Kau ingat dia suka dengar semua tu. Buat dia makin cemburu adalah" balas Taeyang.

"Kau cerita pasal ex-girlfriend kau pada dia? Memang patutlah kena break"

Mingyu hanya mencebik.

"Korang! Apa kata kita hiburkan diri kita dengan pergi bercuti macam dulu?" Cadang Jiho dengan semangatnya.

"Bercuti? Boleh je. Dekat mana?"

"Daegu"

"Daegu? Not bad~"

"Korang semua setuju ke?" Soal Mingyu.

"SETUJU!"

"Kalau macam tu, Minggu depan kita pergi!"








TBC

Next is Last Chap~

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro