×××54×××
Aku dan Hyunjae duduk di bawah pokok besar yang berada di hadapan kebun milik Harabeoji.
Sejak kemunculan Hyunjae, aku tidak dapat mengeluarkan suara aku kerana terlalu terkejut.
Apabila difikirkan semula, tetamu yang dimaksudkan oleh Hayoung malam tadi...
Ialah Hyunjae?
Aish! Kenapa dia tak bagitahu aku terus je?!
"Yerim-ah" panggil Hyunjae.
"N-Nae?" Aku memandangnya dengan perasaan gemuruh.
"Awak...tak suka saya datang sini? Mianhae sebab kacau awak" ujarnya sambil memandang tanah yang dipijaknya.
"A-Aniyo. Awak tak kacau saya..."
"Bila...awak sampai sini?" Soalku teragak-agak.
"Malam tadi"
"Ouh..malam tadi...Sekejap! Awak cakap malam tadi?!"
Hyunjae menganggukan kepalanya sambil pandang aku pelik.
"Awak...datang ke sini ke malam tadi?"
"Nae" jawab Hyunjae terus terang.
Aku tergamam.
Jadi...
Hyunjae yang aku nampak malam tadi...
Adalah Hyunjae yang sebenar?!😱
What---
Arghhhh pasti Hyunjae ingat aku benci dia sebab buat-buat tak nampak dia malam tadi!😩
Entah-entah dia pun nampak aku menangis malam tadi?
"Hyunjae-ah, pasal malam ta--"
"Saya dah dengar semuanya dari Hayoung" potongnya.
Aku pandangnya bingung.
"Awak...dengar apa?"
"Semuanya"
"Semuanya? Apa maksud awak?"
"Awak nak berjauhan dengan saya sebab awak tak nak kerjaya saya musnah bukan?"
Aku terdiam tidak dapat berkata apa-apa, memandangkan dia sudah tahu semuanya.
Hyunjae duduk dekat dengan aku lalu memegang tangan aku.
Wajahnya dekatkan dengan wajahku.
Dia merenung anak mataku.
"Bukan ke saya dah cakap yang saya tak kisah semua tu." Ujarnya yang masih merenung anak mataku.
"Awak cakap tak kisah, tapi saya kisah semua tu" ujarku.
Kali ini Hyunjae pula berdiam kan diri.
"Saya tak nak awak menyesal. Sekarang awak boleh cakap yang awak tak kisah semua tu. Tapi akan datang, saya takut awak menyesal bercinta dengan saya apabila kerjaya awak mula musnah. Saya tak nak benda itu berlaku. Saya nak kita jadi pasangan yang bahagia selamanya tanpa apa-apa penyesalan." Luahku.
Hyunjae menundukkan kepala tidak dapat berkata apa-apa.
"Walaupun kita saling suka antara satu sama lain, kita tak boleh elak dari takdir. Mungkin takdir kita tidak boleh bersama..." Ujarku sayu.
Hyunjae mengangkatkan kepalanya lalu memandang aku dengan tekat.
"Kita masih ada peluang" ujarnya.
Aku memandangnya bingung.
"Awak cintakan saya bukan?" Soalnya secara tiba-tiba.
Aku menganggukan kepalaku perlahan.
"Boleh tak awak tunggu saya 5 tahun lagi?"
"N-Nae?" Aku terkedu mendengar apa yang dikatakannya.
"Kontrak saya untuk perjanjian tidak bercinta akan tamat dalam masa 5 tahun. Jadi...boleh tak awak tunggu saya sehingga tibanya waktu itu?" Soalnya sambil memegang tanganku erat.
Aku terdiam memikirkan apa yang dikatakannya.
Aku memandang wajah Hyunjae yang menaruh harapan tinggi pada aku.
"Sa--"
"Oh?! Hyunjae! Bila kamu sampai sini?" Tegur Appaku yang tiba-tiba muncul.
"Ouh, ahjusshi. Annyeonghasaeyo. Saya sampai malam tadi"
"Ouh yeke. Tapi, kenapa kamu berdua duduk dekat luar ni? Yerim, kenapa tak bawa dia masuk ke dalam rumah?" Soal appaku.
"Emm...kami...kami...n--"
"Saya yang nak duduk dekat luar. Saya malu nak masuk jumpa keluarga Yerim yang lain" potong Hyunjae.
Aku memandang Hyunjae yang memandang aku.
"Kenapa nak malu pulak. Bukan ke kita pernah berjumpa sebelum ni?" Sampuk Minjae Oppa yang turut muncul.
"Ouh, Minjae sunbaenim" Hyunjae menundukkan kepalanya pada Minjae Oppa.
"Kamu berdua dah pernah berjumpa?" Soal Appaku yang tidak tahu apa-apa.
"Nae. Diorang pernah datang ke rumah masa diorang buat Renion kelas dekat Busan hari tu" beritahunya.
"Ouh...Ha! Apa nak malunya. Kamu dah macam ahli keluarga kamu dah" kata Appaku sambil menepuk bahu Hyunjae.
Hyunjae hanya balas dengan senyuman kecil.
"Yerim, ajak dia masuk." Arah appaku dan berlalu pergi bersama Minjae Oppa.
Selepas Appa dan Minjae Oppa pergi, aku menjadi sedikit kekok dengan Hyunjae.
"Hyunjae-ah" panggilku teragak-agak.
Dia memandang tepat ke arah anak mataku.
Tatapannya membuatku tidak mampu memandang lama wajahnya.
"Ma-Masuklah" kataku kekok.
Hyunjae menganggukan perlahan kepalanya lalu mengikut aku masuk ke dalam rumah.
•••
"Terima kasih sebab pelawa saya makan" ucap Hyunjae pada Omma dan Appaku.
"Sama-sama. Kamu dah nak balik ke?"
"Nae. Malam ni saya ada kerja" beritahu Hyunjae.
"Ouh yeke. Sayangnya...malam ni kami cadang nak buat BBQ."
"Woah, bestnya. Tapi itulah, saya tak boleh sertainya"
"Takpe. Nanti kita buat lagi masa Hyunjae ada masa lapang" sampuk Minjae Oppa.
"Betul tu."
"Terima kasih untuk pelawaan itu.." ucap Hyunjae sambil menundukkan kepalanya.
"Hyunjae-ah. Manager awak tak ambil awak ke?" Soalku apabila tiada kelibat van managernya.
"Tak."
"Tak? Awak datang sini naik apa?"
"Naik Kereta api."
"Kalau macam tu, biar saya hantarkan awak ke stesen kereta api" pelawaku.
"Tak apa. Saya dah telefon teksi"
Aku mengangguk perlahan kepala aku. Tak pelah kalau dia dah telefon teksi. Aku baru nak hantar dia...
Hunjae memandang aku seketika lalu kembali memandang Omma dan Appaku.
"Saya minta diri dulu" kata Hyunjae.
"Baiklah. Hati-hati dalam perjalanan tu"
"Nae"
Selepas Hyunjae mengucapkan selamat tinggal pada keluarga aku, aku mengikutinya ke hentian bas dimana jalan besar berada.
Teksi tidak dapat masuk ke dalam kawasan kampung aku kerana jalannya tidak elok jadi, kami terpaksa berjalan keluar dari kawasan kampung aku untuk menunggu teksi.
Aku bawa masuk kereta aku pun terpaksa sebab nak angkat beg-beg pakaian kami.
Nasib tiada apa-apa berlaku pada kereta aku.
•••
Aku dan Hyunjae duduk di hentian bas menunggu teksi tiba.
Kami berdua hanya berdiam diri sejak kami berjalan dari rumah hingga ke sini.
Tiada satu patah perkataan pun yang keluar dari mulut kami.
'Every time 네가 없이 걷던
나의 겨울은 시간을 넘어
이제 너란 봄을 만나
하나 둘씩 너로 차올라'
Terhincut bahu aku apabila telefon aku tiba-tiba memainkan lagu THE BOYZ 'Goodbye'
Aku dengan gelabahnya menutup lagu itu.
Sebenarnya lagu tu adalah lagu untuk jam loceng telefon aku.
Selepas aku menutup jam loceng itu, aku memandang Hyunjae yang memandang aku.
Aku alihkan pandangan aku ke arah lain kerana tidak tahan bertentangan mata dengannya lama-lama.
"Awak...suka lagu tu?" Soal Hyunjae tiba-tiba.
Aku kembali memandangnya.
"Nae..." Jawabku.
Hyunjae menganggukan perlahan kepalanya.
"Awak...tak nak tahu kenapa saya suka lagu ni?"
Hyunjae memandang aku dengan rasa tanda tanya.
"Kenapa awak suka lagu tu?" Soal Hyunjae sambil merenung anak mataku.
"Saya suka lagu tu sebab... awak suka lagu tu" beritahuku sambil balas tatapannya itu.
Dahi Hyunjae berkerut.
"Kalau saya tak boleh tidur, saya akan dengar lagu ni. Kadang kala saya juga menangis semasa dengar lagu ni...sebab...saya rindu sangat dengan awak" luahku.
Hyunjae hanya pandang aku dengan rasa simpati.
"Awak tak perlu pandang saya macam tu. Saya baik-baik sahaja..." Kataku sambil melemparkan senyuman kecil.
Aku tak tahu kenapa aku tiba-tiba luahkannya...
"Selepas awak cerita semua tu, awak cakap awak baik-baik sahaja?"
Aku mendongakkan kepala aku cuba menahan air mataku dari mengalir.
"Betul, saya baik-baik sahaja. Jangan risaukan saya..."
Hyunjae mengeluh berat.
"Oh! Teksi awak dah sampai" kataku lalu mengangkat punggungku mendekati teksi yang berhenti di depan kami.
"Saya balik dulu. Terima kasih untuk semuanya. Saya takkan...ganggu awak lagi." Ucap Hyunjae sedih lalu buka pintu teksi itu.
"Hyunjae, jakkaman" aku memegang tangannya.
Dia memandang tangan aku yang memegangnya lalu memandang wajahku.
"Saya...akan tunggu awak" kataku dengan senyuman kecil.
"N-Nae?"
"Saya akan tunggu awak lagi 5 tahun. Saya janji"
Sedikit demi sedikit Hyunjae mengukirkan senyuman.
"Awak akan tunggu saya?"
"Nae"
"Awak tak kisah tunggu saya selama 5 tahun?"
"Nae. Saya lebih rela tunggu awak 5 tahun daripada kehilangan awak selamanya." Ujarku.
Tanpa balas apa-apa, Hyunjae terus memeluk aku.
"Gomawo sebab sudi tunggu saya. Saya tak akan mengecewakan awak." Ucap Hyunjae sambil memeluk aku erat.
Aku meleraikan pelukan itu.
"Naiklah. Nanti awak terlepas kereta api pulak" kataku sambil beri ruangnya untuk masuk ke dalam teksi.
"Baiklah. Saya akan jumpa awak lagi selepas 5 tahun." Kata Hyunjae gembira.
Aku menganggukan kepala aku.
"Nae..kita akan jumpa lagi selepas 5 tahun..."
TBC
Untuk ending nanti...
Tolong jangan menaruh harapan tinggi sangat sebab author masih tak pandai buat scene ending...
Btw, nantikannya😊❤️
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro