×××50×××
📱📱📱
Yo-- Yobosaeyo?
🔊Yobosaeyo?
Hyun-Hyunjae-ssi.
Maaf mengganggu awak.
Saya tak berniat nak telefon awak pun. Saya tertekan masa saya main telefon saya tadi
🔊Ouh, okey.
Kalau macam tu, saya tamatkan panggilan ni.
Nae..
Hyun-Hyunjae! Jakkaman!
🔊Wae?
Emm..macam mana dengan keadaan kaki awak?
Saya dapat tahu kaki awak cedera tadi.
🔊Kaki saya cuma alami cedera kecil. Doktor kata saya boleh kembali menari selepas 2 minggu.
Syukurlah awak tak alami cedera teruk.
🔊Yerim-ssi
Nae?
🔊Awak risaukan saya?
N-Nae?
T-Tak. Saya tanya sebab nak tahu je.
🔊Ouh, Baiklah.
Saya...perlu pergi sekarang ni.
A-Annyeong.
Nae, annyeong.
Tutt----
Aku melepaskan keluhan berat.
Aku rasa malu sangat sekarang ni. Sebelum ni punyalah minta putus, last-last telefon dia.
Hyunjae mesti ingat aku ingin kembali kepadanya.😣😥
•••
Selepas 2 minggu tidak buat apa-apa, akhirnya aku kembali berkerja.
Jadual THE BOYZ untuk hari ini ialah membuat persembahan special stage di Mcoundown.
Memandangkan kaki Hyunjae cedera, jadi dia tidak akan menari bersama member The Boyz yang lain.
Dia akan duduk di tepi sambil menyanyi.
Aku pandang Hyunjae yang sedang bermain dengan telefonnya.
Aku sudah selesai makeup Younghoon dan Juyeon. Jadi sekarang tinggal dia seorang yang perlu aku makeup.
Aku rasa sedikit kekok untuk memanggilnya memandangkan kami dah tak bersama...
"Hyun...jae-ssi" panggilku teragak-agak.
Hyunjae tidak memberi sebarang tindak balas. Dia tidak dapat mendengar suara aku memandangkan dia memakai earphone.
"Hyunjae" panggilku dengan suara yang sedikit kuat.
Hyunjae masih tidak dengar.
"Hyunjae-ssi" panggilku lagi.
Seperti tadi, dia tidar dengar aku memanggilnya.
Aku melepaskan keluhan berat lalu berjalan mendekatinya.
Baru sahaja aku ingin menanggalkan earphonenya, dia terlebih dahulu mendongak memandang aku.
Pandangannya itu membuatku membeku disitu.
Mata kami saling bertembung untuk beberapa saat.
"Wae?" Soal Hyunjae.
"Oh, Emm..giliran awak pulak" kataku gagap.
Hyunjae mengangguk kecil kepalanya lalu pergi ke arah meja makeup.
Sebaik sahaja dia duduk, dia terus memejamkan matanya.
Aku rasa sedikit...sedih melihat dia tidak melayan aku seperti sebelum ini.
Yeah, memang disebabkan aku dia jadi begini.
Aku yang ingin benda ini berlaku, jadi aku perlu harunginya.
Aku mula makeupnya seperti biasa.
Diriririrt~
Aku memandang ke arah telefon aku yang berbunyi di atas meja makeup.
Pada masa yang sama Hyunjae membuka matanya lalu merenung anak mataku.
Mata kami bertembung lagi.
"Awak tak nak jawab panggilan tu?" Soalnya agak datar.
"Ah, Nae..."
Aku letakkan berus makeup di atas meja lalu mengambil telefon aku.
Nama Gyuri tertera di atas skrin telefon aku.
Gyuri?
Kenapa dia tiba-tiba telefon aku?
Jarang dia telefon aku...
Aku memandang ke arah Hyunjae yang hanya merenung telefon di tangan aku.
Selepas dia perasan aku memandangnya, dia kembali menutup matanya.
Aku mengeluh kecil lalu menjawab panggilan itu.
Yobosaeyo, Gyuri.
Wae?
🔊Yobosaeyo, Yerim-ah.
Kau...tengah bekerja ke?
Nae.
Waeyo?
🔊Ouh, maaf menganggu kau.
Aku nak tanya kau sesuatu, tapi kau tengah bekerja pulak. Tak pelah. Nanti aku telefon kau balik.
Kau nak tanya apa?
Ada perkara penting ke yang kau nak cakap?
🔊Tak adalah penting sangat.
A-Aku cuma...nak ajak kau kerja dengan aku je.
Kerja dengan kau?
Dekat salon kau tu?
(Aku memandang Hyunjae yang memandang aku. Dia kembali menutup matanya apabila perasan aku memandangnya)
🔊Nae. Pekerja aku ada yang berhenti, jadi aku kekurangan pekerja. Sekarang ni musim orang kahwin, jadi aku ada ramai pelanggan. Itu sebab aku nak ajak kau kerja dengan aku.
Ouhh..
Emm..nanti aku fikirkannya.
🔊Okey.
Kalau kau bekerja dengan aku, aku akan bagi kau gaji lebih tinggi dari gaji kau sekarang ni. Aku tak kisah bagi gaji tinggi pada kau sebab kau handal bab-bab makeup ni. Aku harap...kau pertimbangkannya...
Nae. Aku akan pertimbangkannya.
Gyuri-ah, aku perlu tutup telefon sekarang. Kalau aku setuju, aku telefon kau balik.
🔊Mianhae Yerim, sebab ganggu kau.
Aniyo.
Aku tutup panggilan ni ye.
Annyeong.
🔊Nae, annyeong~
Aku menamatkan panggilan itu lalu kembali letakkan telefon di atas meja make up.
Aku memandang Hyunjae yang hanya menutup matanya.
"Gomawo sebab bagi saya jawab panggilan ni" ucapku teragak-agak.
Hyunjae hanya balas dengan anggukan kecil.
Aku melepaskan keluhan kecil lalu sambung makeupnya.
•••
Semua orang berkumpul di depan lif untuk turun ke tingkat dimana studio pentas berada.
"Semua ahli THE BOYZ sila masuk lif ni" arah manager mereka sambil menahan pintu lif ditutup.
Tanpa berlengahkan masa, semua member The Boyz masuk ke dalam lif itu.
Pada masa yang sama Manager mereka mengira bilangan member The Boyz agar tiada sesiapa ketinggalan.
"Lif ni masih ada ruang, beberapa orang staff boleh masuk dalam lif ni juga" arahnya sambil memandang kami semua.
"Emm...Kim Jinhee, Kim Mina dengan....Jeong Yerim masuk ke dalam lif ni" arahnya sambil menunding jari ke arah kami bertiga.
Kami bertiga menganggukan kepala lalu masuk ke dalam lif itu bersama member THE BOYZ.
lif itu menjadi penuh.
Apa yang membuatku rasa tidak selesa apabila aku terpaksa berdiri di depan Hyunjae.
Suasana menjadi sangat sunyi apabila pintu lif ditutup.
Aku ingin keluar dari lif ini secepat mungkin dan bebas dari suasana yang janggal ini.
Tak tahulah kalau orang lain rasa janggal ke tak, tapi aku rasa SANGAT janggal sekarang ini.
Ting!
Sebaik saja pintu lif dibuka, aku terus melangkah keluar dari lif itu.
"Jakkaman!"
Aku sedikit terkejut apabila Hyunjae tiba-tiba memegang lenganku.
Aku menoleh ke arahnya.
"Kita tak sampai lagi. Kita baru dekat tingkat 3" beritahu Hyunjae.
Terkelip-kelip mataku mendengarnya.
Aku memandang nombor yang tertera di tepi lif itu.
Apa yang Hyunjae cakap itu betul.
Kami baru berada di tingkat 3.
Aku memandang member the boyz yang memandang aku.
Aduh, malunya😳😣.
Aku kembali masuk ke dalam lif itu sambil menundukkan kepala.
Malunyaaaaa
TBC
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro