Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

×××47×××

☀️☀️☀️

Tiba sahaja di Cre.ker, aku terus berjumpa dengan Cik Park yang mengurus tentang THE BOYZ.

"Kenapa kamu nak jumpa dengan saya?" Soal Cik Park sambil pandang aku pelik.

"Saya...nak minta sesuatu dengan Cik Park" kataku teragak-agak.

"Kamu nak minta apa?"

"Saya nak makeup member The Boyz yang lain"

Cik Park memandang aku terkejut.

"Kenapa secara tiba-tiba? Mereka ada buat apa-apa pada awak ke?" Soal Cik Park sambil menanggalkan kaca matanya.

"Tak. Mereka tak buat apa-apa pun pada saya. Saya cuma...emm..rasa penat sebab mereka terlalu tinggi" jawabku dengan jawapan yang tidak masuk akal.

"Ouh, sebab tu rupanya...saya ingatkan sebab apa tadi. Emm..saya boleh je tukarkan awak dengan member lain. Tapi awak kena tanya Mina dengan Seorin dulu." Ujarnya.

Aku tersenyum gembira.

"Terima kasih Cik Park. Nanti saya tanya mereka"

Cik Park hanya balas dengan senyuman.

Aku menundukkan kepala aku lalu keluar dari biliknya.

Aku tersentak apabila bertembung dengan Hyunjae sebaik saja keluar dari bilik Cik Park.

"Awak buat apa dekat sini?" Soal Hyunjae terkejut.

Aku hanya berdiam diri.

Hyunjae memandang bilik cik Park lalu memandang aku semula.

"Awak jumpa dengan Cik Park?" Soalnya lagi.

Aku menganggukan kepala aku.

"Awak buat apa jumpa dengan Cik Park?"

Aku tidak dapat jawab pertanyaannya. Aku mengelak dari bertembung mata dengannya lalu berjalan pergi meninggalkannya.

•••



Jadual The Boyz untuk hari ni ialah photoshoot untuk magazine.

Photoshoot untuk magazine akan mengambil masa yang lama memandangkan mereka perlu mengambil gambar dengan pakaian yang berbeza.

Mereka akan melakukan 3 konsep yang berlainan.

Jadi hari ni adalah hari yang memenatkan buat The boyz dan staff-staff.

Sebaik sahaja aku masuk ke dalam bilik makeup, aku terus melihat gambar contoh makeup yang akan aku buat untuk member the boyz hari ni.

Aku memandang Mina yang turut melihat gambar contoh makeup di sebelah aku.

"Mina" panggilku teragak-agak.

Mina memandang aku.

"Aku...nak minta sesuatu pada kau boleh tak?" Soalku.

"Kau nak minta sesuatu? Apa yang kau nak minta dari aku. Kalau duit, aku tak boleh bagi sebab duit aku cukup-cukup je untuk pembelanjaan aku."

"Bukan pasal duit. Aku...nak minta tukar member The boyz dengan kau"

"Tukar member The boyz?"

"Kau kan makeup Q, New dengan Eric. Boleh tak aku makeup diorang hari ni?"

"Kenapa kau tiba-tiba nak tukar? Kau ada masalah dengan member The boyz yang kau kena makeup ke?"

"Tak. Bukan macam tu. Aku cuma...nak cuba makeup member The boyz yang lain. Wajah merekakan lain-lain. Jadi aku nak cubalah makeup orang lain pulak. Bolehlah aku tingkatkan skill makeup aku"

Mina berfikir sejenak.

"Okey. Kau boleh makeup diorang"

Aku tersenyum gembira.

"Gomawo Mina~" ucapku sambil memeluk Mina.

•••



💄💄💄

Seorang demi seorang member The Boyz masuk ke dalam bilik makeup selepas menyalin pakaian mereka.

Aku memandang ke arah lain apabila Hyunjae muncul.

"Hyunjae-ssi, sila duduk sini" panggil Mina yang sudah bersedia untuk makeup.

Dahi Hyunjae berkerut.

"Cik Mina yang akan makeup saya?" Soal Hyunjae terkejut.

"Nae. Wae? Kamu tak suka?"

"T-Tak. Bukan sebab saya tak suka. Tapi, kenapa tiba-tiba cik Mina yang makeup saya? Bukan ke Ye--Maksud saya Cik Jeong yang makeup saya?" Soal Hyunjae pelik.

Aku yang berada di meja makeup sebelah buat-buat tidak dengar.

Aku hanya terus menyusun peralatan makeup di atas meja itu.

"Hari ni, Cik Jeong nak cuba makeup member The boyz yang lain pulak"

Hyunjae terdiam. Dia hanya memandang aku.

"Dah sini duduk. Nanti lambat pulak nak photoshoot" panggil Mina.

"Ah, nae..."

Hyunjae labuhkan punggungnya teragak-agak.

Matanya masih memandang aku di sebelah.

•••

"Eric-ssi, makeup awak dah selesai" beritahuku sambil membuka penyepit yang aku sepit di tepi rambutnya.

Eric yang tertidur, membuka matanya.

"Oh, kamsahamnida.." ucap Eric lalu bangun.

Dia keluar dari bilik makeup itu lalu pergi ke bilik photoshoot.

Akhirnya aku boleh duduk selepas 2 jam lebih aku berdiri.

Semua orang tiada di dalam bilik itu.

Sekarang aku perlu tunggu mereka selesai photoshoot dan makeupkan mereka sekali lagi dengan makeup jenis lain.

Aku memejamkan mata cuba merehatkan mata.

Tidak aku sangka, aku terus dibuai mimpi dalam keadaan itu.

Mungkin aku terlalu penat sangat...



👁️👁️

Ting!

Aku terbangun dari tidur aku apabila telefon aku berbunyi.

Aku merenung jam di dinding seketika sementara menunggu aku sedar sepenuhnya.

Selepas aku merenung jam itu untuk beberapa minit, baru aku sedar yang aku sedang melentokkan kepala aku pada sesuatu yang keras.

Aku memusingkan sedikit kepala aku lalu ternampak ada seseorang duduk di sebelah aku.

Tubuh dan pakaiannya menunjukkan orang itu adalah lelaki.

Siapakah lelaki yang membiarkan aku melentokkan kepala aku pada bahunya?!

Perlahan-lahan aku mendonggakkan kepala aku memandang wajah pemilik tubuh itu.

OH!😮

Tanpa mengeluarkan suara, aku terus jauhkan diri dari pemilik tubuh itu.

"Awak dah sedar?"

"Hyunjae..."

.

.

.

"Mi-Mianhae...sebab letakkan kepala saya dekat bahu awak" ucapku rasa bersalah.

"Kenapa awak nak minta maaf. Sayakan namchin awak"

Aku terdiam seketika. Aku tak boleh biarkan dia terus bergini. Aku perlu hentikannya.

"Hyunjae, boleh tak awak berhenti cakap yang awak tu namchin saya?"

"Kenapa pula? Bukan ke saya namchin awak? Awak tak suka saya sebut macam tu?"

Aku melepaskan keluhan berat.

"Nae. Saya tak suka" kataku dengan serious.

Hyunjae memandang aku terkejut.

"Kenapa awak macam ni? Dari semalam awak berperangai begini. Saya ada buat salah pada awak ke?"

Aku memandang wajah Hyunjae dengan tekat.

"Nae. Awak dah buat salah"

Hyunjae tergamam seketika.

Hyunjae memegang tangan aku.

"Maafkan saya sebab dah buat salah pada awak. Mianhae sebab saya tak sedar. Sa--"

Aku menepis tangannya.

Hyunjae memandang aku terkejut.

"Kita putus"

Mata Hyunjae membutang luas.

"Ke-Kenapa? Kenapa nak minta putus?! S-Saya dah minta maaf dengan awakkan.."

"Tak. Saya tak akan maafkan orang tu kalau orang tu buat salah."

"T-Tak boleh! Kita tak boleh putus! Bagi saya peluang kedua. Jebbal"

Aku menahan air mataku dari keluar. Aku buat semua ni untuk kebaikkan dia. Aku terpaksa buat begini. Mianhae Hyunjae...

"Tolong jangan berhubung dengan saya lagi." Kataku lalu keluar dari bilik itu.

Aku masuk ke dalam bilik air lalu menangis sepuas-puasnya.











TBC

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro