Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

×××45×××

☀️☀️☀️

Aku mengambil beg makeup di van lalu masuk ke dalam bangunan SBS.

Pada hari ni, pihak stylist dan makeup artis tiba terlebih dahulu.

Sementara menunggu mereka datang, kami menyusun barang dan peralatan yang akan digunakan nanti.

30 minit telah berlalu, member The Boyz masih belum tiba.

Nampaknya mereka tiba sedikit lambat hari ni.

Selepas kami selesai menyusun barang, kami semua duduk secara berkumpulan menunggu kedatangan member THE BOYZ.

Sementara menunggu mereka, kami semua mengisi masa kami dengan berbual tentang perkara terkini.

Pelbagai topik yang dapat kami bualkan, tapi THE BOYZ masih belum tiba.

Semakin lama, semakin rancak perbualan kami.

"Yah, korang dah baca article pagi tadi?" Soal Jinhee iaitu salah seorang dari staff stylist.

"Article pagi tadi?"

"Article apa?"

"Article pasal Idol yang kena buang dari syarikat dia"

"Kena buang?!"

"Seriouslah?"

"Siapa?"

"Park Jingyeom dari group Alice" beritahunya.

"Park Jingyeom?!"

"Bukan ke group Alice tengah sibuk buat promote lagu baru diorang sekarang ni?"

"Kenapa dia kena buang dari syarikat dia?"

"Sebab dia bercinta dengan salah seorang staff dari syarikatnya. Diorang kantoi masa salah seorang staff dari syarikatnya nampak mereka berdua keluar bersama" beritahu Jinhee.

"Tapi, tak semestinya diorang keluar bersama bermaksud diorang bercinta"

"Selepas kes kantoi diorang keluar bersama hari tu, Jingyeom bagitahu yang dia memang sedang bercinta dengan salah seorang staff syarikatnya. Lepas dia bagitahu, dia terus dikeluarkan dari Alice dan dibuang dari syarikatnya"

"Ouh yeke. Setia betul dia pada Yeochin dia. Sanggup pulak dia lepaskan impian dia."

"Kalau dah dinamakan cinta sejati, buat apa-apa pun sanggup untuk kekalkan hubungan tu"

Mereka semua mengangguk setuju kecuali aku.

Selepas mendengar cerita dari mereka, ianya membuatku teringatkan akan hubungan aku dengan Hyunjae.

Aku tak nak kerjaya Hyunjae rosak begitu sahaja disebabkan aku.

"Korang, macam The boyz tu..." Mereka semua memandang aku dengan penuh perhatian.

Aku menjadi kaku melihat mereka memandang aku begitu.

"The Boyz?" Soal mereka tertanya-tanya.

Aku terdiam seketika.

"T-Tak ada apalah" ujarku.

"Yah, mana boleh macam tu. Cepat! Apa yang kau nak cakap tadi! The Boyz apa?" Marah mereka kerana aku telah buatkan mereka tertanya-tanya.

Aku menjadi serba salah.

Aku mengeluh kecil.

"Kalau... salah seorang member THE BOYZ ada bercinta dengan seseorang senyap-senyap, apa jadi dekat dia? Dia kena buang juga ke?" Soalku teragak-agak.

"Ouhh...kau nak tanya pasal tu ke. Kalau ikut perjanjian The boyz dengan syarikat mereka, salah satu peraturan mereka adalah tidak bercinta dalam tempoh perjanjian itu. Kalau salah seorang member The boyz ada yang bercinta, mungkin....dia kena buang? Mungkinlah...tapi ada syarikat lain tak kisah cuma idol itu dapat banyak kecamanlah. Tak tahulah kalau syarikat The Boyz ni" terang Jinhee.

Aku menganggukkan kepala aku tanda faham.

"Kenapa kau tanya? Kau ada bercinta dengan salah seorang member THE BOYZ ke?" Usik Jinhee sambil melemparkan senyuman sinis.

"T-Tak adalah. A-Aku cuma nak tahu je"

"Yekeeeee~~~"

Mereka semua memandang aku dengan senyuman nakal.

Aku menjadi semakin gelabah.

*Bunyi pintu dibuka*

Kami semua mengalihkan pandangan ke arah pintu bilik apabila terdengar bunyi pintu dibuka.

Terpapar wajah Manager THE BOYZ dan diikuti member The boyz di belakang.

Kami semua terus bangun dan menyapa mereka.

Mata aku dan Hyunjae bertembung sebaik sahaja Hyunjae masuk ke dalam bilik itu.

Hyunjae melemparkan senyuman kepada aku.

Aku hanya balas dengan senyuman kecil.

Aku tidak dapat bertenang selepas mendengar apa yang dikatakan oleh Jinhee sebentar tadi.

Ianya membuatku rasa sangat risau dengan kejayaan Hyunjae.

Apa patut aku buat....

•••

"Haa...hujan" ngeluh Mina sebaik sahaja kami tiba di depan pintu keluar bangunan SBS.

Ramai staff dan idol group yang lain menunggu di depan pintu keluar bangunan itu.

Mereka tidak dapat keluar pergi ke van mereka kerana hujan.

"Semua tunggu sini sekejap. Saya pergi ambil payung dalam van" kata manager THE boyz kepada member The boyz dan staff-staff.

Kami semua menganggukan kepala tanda faham.

Sementara menunggu manager mereka ambil payung, staff yang ada tolong jagakan member The Boyz agar mereka tidak hilang memandangkan ada ramai orang di situ.

Beberapa member The Boyz mengambil kesempatan berbual dengan kawan mereka dari group lain.

Manakala yang lain, bermain dengan telefon mereka.

Semasa aku sedang merenung hujan yang turun di luar, tiba-tiba ada seseorang berdiri di sebelah aku.

Aku menoleh ke arah sebelah aku.

Aku tidak terkejut malah memang menduga orang yang berdiri di sebelah aku ialah Hyunjae.

Hyunjae memandang aku dengan senyuman

Aku balas dengan senyuman yang lemah.

Yeah, aku rasa sedikit penat hari ni dengan memikirkan jalan yang terbaik untuk hubungan aku dan Hyunjae.

"Awak penat?" Soalnya risau.

"Nae..sikit" jawabku sambil cuba terus tersenyum di depannya.

"Nanti balik awak rehatlah. Tak payah buat apa-apa. Kalau awak nak apa-apa, telefon je saya" ujarnya.

"Ah, nae...gomawo"

Aku kembali memandang hujan di luar lalu mengeluh berat.

"Biar saya bawa beg ni" kata Hyunjae sambil menarik beg galas aku yang aku sangkut di bahuku.

"T-Tak pe. Biar saya bawa beg saya sendiri." Tolakku lalu membetulkan kedudukan beg aku.

Hyunjae memandang aku pelik.

"Saya ada buat salah dengan awak ke?" Soal Hyunjae dengan wajah yang serious.

Aku mengelengkan kepala aku.

"Jadi, kenapa awak nampak macam marah saya?"

Aku hanya berdiam diri.

"A--"

"The Boyz, sila ambil payung ni" arah manager mereka yang kembali bersama 14 payung.

Selepas mendengar arahan daripada manager mereka, aku terus pergi meninggalkan Hyunjae.

•••

Memandangkan payung tak banyak, kami terpaksa berkongsi payung.

1 payung untuk 2 orang.

"Alamak Yerim, tak cukup payung lah" ujar Mina yang berkongsi payung dengan Jinhee.

Aku mencebik.

"Tak pe. Kita bertiga kongsi payung. Kesian Yerim tak ada payung" ujar Jinhee sambil memandang aku dengan wajah kesian.

"Tapi, muat ke?" Soalku serba salah.

"Muat punyalah. Kita bertiga bukan besar pun." Kata Mina sambil memeluk lengan aku.

Aku tersenyum gembira.

Nasib ada kawan baik macam diorang.

"Terima kasih korang~" ucapku terharu.

"Biar Yerim kongsi payung dengan saya. Semua member The Boyz dah ada payung. Jadi saya seorang yang guna payung ni" kata Hyunjae yang tiba-tiba muncul.

"Ouh, Hyunjae-ssi. Awak nak kongsi payung dengan Yerim?"

"Nae." Jawab Hyunjae sambil memandang wajah aku.

"Baguslah macam tu. Kesian Yerim tak ada payung." Kata Jinhee sambil menepuk bahu aku.

"Kajja" ajak Hyunjae.

"Ah, nae..."

Aku teragak-agak untuk mengikuti dia.

"Pergilah. Kitaorang ikut dari belakang" kata Mina sambil menolak aku ke arah Hyunjae.

Aku memandang Hyunjae sekilas lalu ikut Hyunjae.

Sebaik sahaja aku dan Hyunjae keluar, peminat-peminatnya mula  menjerit nama Hyunjae dan mengambil gambarnya.

Hyunjae hanya balas dengan senyuman kepada mereka.

Aku pula hanya menundukkan kepala sepanjang berjalan di sekeliling peminatnya.

Apabila sampai di tempat parking van, Hyunjae menghantar aku ke van terlebih dahulu.

"Gomawo" ucapku tanpa memandangnya.

Hyunjae menganggukan kepalanya perlahan.

"Malam ni saya telefon awam" bisiknya.

Aku tidak balas apa-apa dan hanya berdiam diri.

Hyunjae tutupkan pintu van lalu pergi ke vannya.









TBC

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro