×××41×××
☀️☀️☀️
Aku memandang wajah aku di cermin untuk kali terakhir.
Hari ni aku akan berjumpa dengan Eunwoo sebelum dia berangkat ke luar negara.
Aku mengambil telefon aku yang sedang di cas.
Nama Hyunjae aku tekan.
🔊Yobosaeyo?
Yobosaeyo, Hyunjae.
Awak tengah buat apa tu?
🔊Saya tengah buat latihan.
Ouh yeke.
Maaf sebab ganggu awak berlatih.
🔊Aniya, kami tengah berehat sekarang ni.
Ouh..
Emm, Hyunjae hari ni... saya pergi jumpa dengan Eunwoo tau.
🔊Jumpa dengan Eunwoo?
Ouh! Hari ni dia berangkat ke luar negarakan?
Nae. Jadi..bolehkan saya pergi jumpa dengan dia?
🔊Mestilah boleh~
Kenapa awak nak tanya saya dulu? Saya tak ada hak nak larang awak pergi jumpa dengan siapa-siapa. Saya cuma namchin awak. Lainlah kalau saya suami awak.
Haha. Tak adalah...Saya cuma tak nak awak rasa cemburu atau salah faham.
🔊Gwenchana~
Saya akan sentiasa percayakan awak.
Gomawo~
🔊Awak nak pergi sekarang?
Nae.
🔊Kalau macam tu, hati-hati bawa kereta tu.
Nae.
Jangan sampai cedera masa berlatih.
🔊Nae, arraseo. Saya akan jaga diri saya dengan baik.
Annyeong
Annyeong.
Aku mengambil kunci kereta yang di gantung di tepi pintu, lalu keluar dari rumah.
•••
[Airport]
Aku mencari kelibat Eunwoo di bahagian menunggu.
Aku tersenyum gembira apabila akhirnya aku berjaya jumpa dia yang sedang duduk seorang diri.
Aku mendekatinya dengan senyap.
"Annyeonghasaeyo, Eunwoo-ssi" sapaku.
Eunwoo mendongakkan kepalanya.
"Oh! Yerim! Apa awak buat dekat sini?" Soalnya terkejut.
"Jumpa awaklah" jawabku sambil melabuhkan punggungku di sebelahnya.
"Wae? Kenapa awak nak jumpa saya?"
"Hari ni kan awak ke luar negara. Jadi saya nak jumpa dengan awak untuk kali terakhir."
"Ah...Gomawo"
Aku hanya balas dengan senyuman.
"Awak masih bekerja sebagai makeup artis Hyunjae?" Soal Eunwoo.
"Nae."
Eunwoo menganggukan kepalanya perlahan.
"Eunwoo-ah, Hyunjae dah tahu saya jadi makeup artis dia" beritahuku.
"Ouh jinjja? Baguslah." Kata Eunwoo dengan senyuman janggal.
Senyuman itu turut membuatku rasa janggal.
Baik aku buat sesuatu sebelum suasana ini jadi berlarutan.
Aku tak nak Eunwoo rasa suasana begini sebelum dia meninggalkan Korea.
Hmm...🤔
Oh!
Aku ada benda nak bagi pada dia!
Aku keluarkan sebuah kotak dari beg galas aku.
"Eunwoo, saya ada sesuatu untuk awak" kataku lalu menghulurkan kotak itu pada Eunwoo.
"Apa ni?" Soal Eunwoo kebingungan.
"Bukalah"
Eunwoo memandang aku pelik lalu buka kotak itu.
"Oh? Album gambar?"
"Dalam album tu, ada gambar kita semua semasa kita dekat Busan hari tu. Awak tengoklah gambar itu kalau awak rindu kitaorang"
"Woah! Awak dah susah payah buat semua ni"
"Tak adalah. Benda kecil je ni"
"Gomawo. Saya akan tengok gambar-gambar ni kalau saya rindukam awak....dan kawan-kawan kita yang lain"
Aku mengangguk kecil kepala aku.
"Eunwoo!!!"
"Cha Eunwoo!!!"
"Eunwoo-ahhhh"
Kami berdua menoleh ke arah kanan kami apabila terdengar nama Eunwoo di panggil.
Mereka ialah budak-budak kelas kami.
"Eh? Macam mana diorang tahu?"
"Saya yang bagitahu mereka." Kataku sambil melemparkan senyuman.
"Yah! Sampai hati kau tak bagitahu kitaorang yang kau nak sambung belajar!" Marah Seokmin sambil memeluk Eunwoo.
"Tahu tak, kitaorang terkejut BERUK! dengar kau nak sambung belajar."
"Entah dia ni! Nasib Yerim bagitahu kitaorang"
Eunwoo tersenyum gembira melihat mereka berkerumun di sekelilingnya.
"Mianhae. Aku tak ada niat pun nak sembunyikan benda ni pada korang. Aku tak nak korang sedih" ujar Eunwoo sambil menepuk bahu Mingyu.
"Kalau kau tak bagitahu kitaorang, kitaorang lagi sedih"
"Betul tu!"
"Baiklah. Aku tak akan buat macam tu lagi. Gomawo sebab datang jumpa aku untuk kali terakhir"
"Benda kecik je"
"Eunwoo, aku ada bawa kimchi untuk kau. Dekat sana mesti tak ada kimchi kan"
"Eunwoo, aku ada beli kamus untuk kau. Kau kan tak pandai cakap English."
"English aku tak seteruk kau okey"
"Eunwoo, nanti kau kenal-kenalkan aku dengan yeoja dekat sana. Aku dengar yeoja dekat sana cantik-cantik"
"Eiii cantik lagi yeoja-yeoja dekat rancangan Ratu Hijabstar."
"Kalau kau ada masalah dekat sana, kau telefon je kitaorang. Kalau kitaorang boleh tolong, kitaorang tolong" kata Mingyu sambil memeluk bahu Eunwo
"Nae. Arraseo. Terima kasih korang"
•••
🌙🌙🌙
Selepas Eunwoo naik pesawatnya, kami semua pergi makan bersama-sama.
Kalau dah berkumpul ramai-ramai, memang lamalah kami duduk di restoran itu.
Ada je topik yang mereka ingin bualkan.
"Terima kasih Mingyu sebab belanja kitaorang" ucap kami sambil berjalan keluar dari restoran.
"Aku cuma bayar sikit je. Yang selebihnya Yerim yang bayar" kata Mingyu sambil menunding jari ke arah aku.
Mereka semua memandang ke arah aku.
"Terima kasih Yerim" ucap mereka.
Aku hanya balas dengan senyuman.
Bukan selalu aku dapat belanja diorang.
"Hayoung kau nak aku hantar kau balik tak?" Soalku pada Hayoung.
"Tak payahlah. Nanti jauh pulak kau nak patah balik ke rumah kau. Lagipun aku nak pergi ke tempat lain sebelum balik"
"Kalau kau cakap macam tu tak apalah. Aku balik dulu"
"Nae~ Hati-hati"
"Kau pun"
•••
🏠🏠🏠
Aku menekan butang kunci kereta aku lalu masuk ke dalam bangunan apartmen aku.
Aku masuk ke dalam lif lalu tekan butang nombor 3.
Selang beberapa saat, aku tiba di tingkat 3 dimana rumahku berada.
Langkahku untuk keluar dari lif itu terhenti apabila ternampak seorang lelaki berpakaian serba hitam berdiri menghadap pintu rumahku.
Otakku mula fikir bukan-bukan. Kajadian pembunuh bersiri yang aku melihat di berita semalam terbayang-bayang di fikiran aku.
Aku ketakutan.
Jariku bersedia menekan butang tutup pintu lif.
Di tingkat itu cuma ada 2 rumah.
Jiran sebelah rumah aku tiada di rumah minggu ini kerana balik ke kampungnya.
Jadi aku rasa sangat takut memandangkan tak ada orang di tingkat itu.
Tiada siapa yang dapat tolong aku walaupun aku menjerit sekuat hati.
*Bunyi guruh⚡*
"Argh!" Aku menjerit kecil kerana terkejut dengan bunyi guruh yang kuat itu.
Aku menutup mulut aku apabila tersedar aku dalam keadaan bahaya.
Disebabkan jeritan aku itu, lelaki berpakaian serba hitam itu perasan kewujudan aku disitu.
Lelaki itu perlahan-lahan memusingkan badannya.
Tangan aku menggigil ketakutan.
"ARGH!"
TBC
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro