×××39×××
🏖️🏖️🏖️
"Kita duduk sini" kata Hyunjae sambil menunjuk ke arah kerusi yang berada di tepi pantai.
"Nae"
Aku duduk dan diikuti dengan Hyunjae.
Kami berdua hanya berdiam diri sambil memandang ke arah ombak yang menghempas pasir.
Hyunjae kelihatan tenang, manakala aku tidak.
Ada sesuatu yang menganggu fikiran aku sekarang ini.
"Kenapa awak nak datang sini?" Soal Hyunjae.
"Ha? Emm..saje." jawabku gemuruh.
Hyunjae menganggukan kepalanya.
Patut ke aku cakap sekarang?
"Awak nak cakap sesuatu pada saya ke?" Soal Hyunjae yang perasan dengan kelakuan pelikku.
"Ah, Emm..Nae.." jawabku perlahan.
Hyunjae memusingkan badannya ke arah aku.
Dia memandang wajahku.
"Awak nak cakap apa?" Soal Hyunjae ingin tahu.
Aku tarik nafas...lalu hembus dengan perlahan.
Aku memandang wajah Hyunjae.
"Awak...masih sukakan saya?" Soalku teragak-agak.
"Nae" jawabnya dengan pantas. Walaupun pada mulanya dia agak terkejut dengan soalan aku.
Jantung aku berdegup dengan laju.
"Betul awak masih sukakan saya?" Soalku lagi untuk kepastian.
Hyunjae mengeluh kecil.
Hyunjae mengambil tangan aku lalu letak di dadanya.
Jantung aku berdegup semakin laju apabila dia berbuat demikan.
"Kalau awak nak tahu, setiap kali saya jumpa dengan awak, memandang awak, bersama awak, jantung saya akan berdegup dengan laju. Disebabkan itu, saya boleh kenal awak semasa awak jadi makeup artis saya" beritahunya.
Aku hanya berdiam diri.
Aku tidak sangka dia begitu sukakan aku seperti...aku suka pada dia.
"Kalau awak masih tidak percayakan saya, saya boleh tunjukkan betapa saya suka awak" ujarnya.
Aku memandangnya dengan pemandangan ingin tahu.
Macam mana dia nak tunjukkan dia suka pada aku?
Aku hanya merenung wajahnya.
Aku sedikit terkejut apabila Hyunjae tiba-tiba menanggalkan masknya.
Hyunjae datang dekat ke arah aku.
Wajahnya di dekatkan dengan wajah aku
Aku tidak dapat bernafas dengan normal apabila dia berkelakuan begitu.
3 cm
2 cm
1 cm...
Hyunjae menutup rapat matanya dan masih mendekatkan wajahnya pada aku.
Sebelum benda yang aku fikir sekarang ini berlaku, aku terlebih dahulu menutup mulut Hyunjae.
"Saya setuju"
Hyunjae membuka matanya.
"Saya nak jadi Yeojachingu awak" beritahuku.
Mata Hyunjae membutang.
Dia menjarakkan wajahnya dari aku.
Hyunjae memandang aku tidak percaya.
"Saya suka awak. Saya cintakan awak. Saya sayangkan awak" luahku.
"Saya...tak bertepuk sebelah tangan?" Soalnya.
Aku mengelengkan kepalaku.
"Jinjja?"
"Nae"
Hyunjae tersenyum lebar lalu memeluk aku dengan erat.
Aku tak tahu kenapa, tapi aku rasa sangat terharu.
Aku menahan air mataku dari keluar.
Aku membalas pelukannya.
•••
🏠🏠🌙
Dari pantai ke rumah, aku tidak henti-henti tersenyum kerana terlalu gembira.
Yeah, akhirnya selepas 5 tahun cintaku terbalas.
Diririririt~
Aku mengeluarkan telefon aku dari beg tangan aku.
Nama Hyunjae terpapar di atas skrin telefon aku.
Tanpa berlengah, aku terus angkat panggilan itu dengan teruja.
Yobosaeyo?
🔊Yobosaeyo, Yerim~
Aku tersenyum lebar apabila terdengar Hyunjae menyebut nama aku.
Kenapa awak telefon saya?
🔊Saya cuma nak pastikan awak balik ke rumah dengan selamat. Awak dah sampai rumah?
Nae~
🔊Baguslah kalau macam tu..
Kami tidak berkata apa-apa buat beberapa saat. Kami rasa agak kekal selepas kami saling meluahkan perasaan di pantai tadi.
Kalau dah tak apa-apa..
Saya matikan panggilan dulu
🔊Ah, nae.
Emm...selamat malam.
Selamat malam juga~
🔊Yerim, sekejap!
Ye?
🔊Emm..hari ni...
Hari pertama kitakan?
Aku tersenyum malu.
Nae,
Hari ni hari pertama kita
Aku memukul-mukul bantal aku kerana terlalu teruja. Aku macam tak percaya yang aku sekarang sedang bercinta dengan seorang lelaki yang aku suka sejak 5 tahun dahulu.
Okay. Kita jumpa esok.
Selamat malam.
Saranghae~
Nae, selamat malam.
Nado saranghae~
Selepas aku menamatkan panggilan itu, aku terus menekup muka aku dengan bantal lalu menjerit keterujaan.
'Saranghae~'
Arghhhh!!!! Suara dia semasa sebut ungkapan itu asyik bermain-main di otak aku.
Mimpi indah aku malam ni!😃
•••
[SBS BUILDING]
"Hyunjae" panggilku sebaik sahaja aku selesai solek Younghoon.
Hyunjae meletak telefonnya lalu berjalan ke arah aku.
Kami berdua tidak dapat menyembunyikan senyuman sebaik sahaja mata kami bertemu.
Sepanjang aku menyoleknya, dia tidak henti-henti merenung wajah aku.
Pandangannya membuatku rasa gemuruh. Jantung aku tidak henti-henti berdegup dengan laju.
Ianya seperti kehidupan baru buat aku.
Aku rasa lebih semangat dan teruja semasa bekerja.
Semasa aku sedang mencalitkan lipbam di bibirnya, dia tiba-tiba memegang tangan aku.
Aku memandangnya terkejut.
Dia tersenyum manja.
Aku mengelengkan kepala aku lalu melepaskan pegangannya dengan lembut. Bukan apa, susah kitaorang nanti kalau ada orang nampak.
Dah lah ada ramai orang dalam bilik ni.
Hyunjae mencebik lalu memandang ke arah lain.
Selesai sahaja aku mencalitkan lipbam di bibirnya, aku pergi ke arah kanan Hyunjae untuk membuka penyepit yang aku sepit pada rambutnya.
Tanpa aku sengaja aku terlanggar kaki panjang Hyunjae yang terjulur.
Nasib Hyunjae sempat menarik aku ke arahnya. Kalau tidak, pasti aku jatuh di atas lantai dan menarik tumpuan orang di dalam bilik itu.
Tapi apa yang membuatku rasa tidak selesa apabila Hyunjae memeluk pinggang aku semasa dia menarik aku ke arahnya.
Kini kami berpelukan di atas kerusi itu.
"Gwenchana?" Soal Hyunjae.
"Nae..." Jawabku perlahan.
TBC
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro