Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

×××38×××

"Oh! Hyunjae"

"Gwenchana?" Soal Hyunjae.

"Nae.." jawabku teragak-agak.

Ternyata, Hyunjae sempat menangkap bantal itu sebaik sahaja dia masuk ke dalam bilik itu.

"Kamu siapa?" Soal Ommaku yang tercengang.

Hyunjae menurunkan masknya lalu menundukkan kepalanya pada appaku dan Ommaku.

"O-Oh! Ouhhh!!! Awak bukan ke..."

"Annyeonghasaeyo, Hyunjae imnida. Saya kawan Yerim" sapa Hyunjae mesra.

"Ha! Awak dari group THE BOYZ kan!" Kata Yeri yang terkejut.

Ommaku memandang Yeri bingung.

Yeri keluarkan telefonnya lalu mencari sesuatu di internet.

"Ahjumma, tengok ni" Yeri menghulurkan telefonnya kepada Ommaku.

"Oh? Muka kamu sama dengan lelaki dalam ni!" Ujar Ommaku sambil membandingkan wajah Hyunjae dengan gambar di telefon itu.

"Ahjjuma! Dia dari kumpulan idol yang terkenal! Hyunjae THE BOYZ!" kata Yeri teruja.

"Jinjja?! Woah! Mianhae sebab tak kenal kamu. Ahjumma ni tak tengok sangat tv, jadi tak berapa kenal artis-artis baru ni" kata Ommaku dengan senyuman lebar.

"Gwenchana. Saya tak kisah soal itu. Saya baru habis buat persembahan, jadi tak sempat nak beli buah tangan. Saya dapat beli ni je" beritahu Hyunjae sambil meletakkan sebakul buah di meja kecil bersebelahan dengan katil Ommaku.

"Aniyo, gwenchana. Ahjumma tak kisah~" kata Ommaku dengan gelakan kecil.

Hyunjae hanya melemparkan senyuman.

"Sekejap. Macam mana awak boleh berkawan dengan Yerim?" Soal Yeri.

"Kami pernah satu kelas dulu dan sekarang Yerim jadi makeup artis untuk group saya" beritahu Hyunjae.

"Oh! Jinjja?!" Yeri memandang aku terkejut.

Aku hanya buat muka selamba.

Manakala Ommaku hanya memandang aku sekilas.

•••

"Kami minta diri dulu. Semoga ahjumma dapat sembuh cepat" kata Hyunjae sambil mengangkat punggungnya untuk beredar.

"Terima kasih sebab melawat ahjumma. Nanti kalau ada masa, datanglah ke rumah" pelawa Ommaku.

"Nae. Baiklah."

"Omma, Appa. Yerim balik dulu. Esok Yerim ambil Omma dengan Appa. Omma dengan Appa tak perlu bayar bil hospital sebab Yerim dah bayar tadi." Beritahuku sambil menyangkutkan beg tangan aku di bahu aku.

Aku menundukkan kepala aku pada Appa dan Ommaku.

"Gomawo" ucap Appaku sambil mengusap kepalaku.

Aku hanya balas dengan anggukan kepala.

"Kajja"

"Sekejap! Tunggu aku! Aku nak balik juga. Jumpa lagi ahjumma, ahjusshi"

Aku menarik Hyunjae pergi meninggalkan Yeri di belakang.

"Yah! Tunggulah aku!"

•••

"Ish! Kau ni. Semput aku kejar kau" marah Yeri yang termengah-mengah.

"Aku tak suruh kau kejar aku pun" balasku.

Yeri memandang aku geram.

"Nasib ada Hyunjae dekat sini. Hyunjae boleh kita selfie?"

"Tak boleh!" Kataku sambil tarik Hyunjae ke belakang aku.

"Kalau macam tu, boleh bagi nombor tele--"

"Tak boleh!" Kataku lagi.

Yeri mencebik.

"Kau ni macam manager dia pulak"

"Walaupun aku bukan manager dia, dia tetap tak boleh bagi sesuka hati nombor dia pada orang lain. Lagi-lagi orang tu adalah kau" beritahuku tegas.

"Hm. Yela... Ouh ye. Hyunjae, bulan depan saya kahwin. Awak datanglah. Ajak member The Boyz yang lain sekali."

"Nae. Baiklah. Kalau saya Free saya datang" kata Hyunjae mesra.

Yeri tersenyum lebar.

"Oh! Lagi satu! Hyun--"

"Tu! Doyoung kau dah sampai. Pergi balik sana" aku menolak Yeri ke arah kereta Doyoung yang diparking di depan hospital.

"Oh! Yerim! Annyeonghasaeyo" sapa Doyoung dari keretanya.

"Annyeonghasaeyo." Balasku sambil menolak Yeri masuk ke dalam kereta.

"Yah! Aku tak habis cakap lagi dengan Hyunjae"

"Nanti-Nanti je cakap dengan Hyunjae. Dah pergi balik sana. Doyoung, tolong bawa Yeri ni balik dengan selamat ye" kataku sambil membuat gaya tunduk seperti pramugari.

"Nae. Baiklah. Jumpa lagi nanti"

"Nae~"

Doyoung menutup tingkap keretanya lalu memandu pergi.

Aku mengeluh kecil.

"Kenapa awak tak biarkan dia habiskan apa yang dia nak cakap dengan saya?" Soal Hyunjae.

Aku menyilangkan tanganku lalu memandang Hyunjae.

"Awak jangan terlalu mesra dengan dia. Dia tu mudah tertarik dengan Namja yang bermesra dengannya tau. Lagi-lagi kalau Namja tu handsome. Silap-silap perkahwinan dia nanti dibatalkan sebab dia dah suka lelaki lain" beritahuku.

"Yeke? Bukan awak cemburu?"

"Ce-Cemburu? Mana ada. Apa yang saya cakap ni adalah Fakta. Perangai Yeri tu memang macam tu" kataku gagap.

Hyunjae tersenyum.

"Kenapa awak senyum? Betullah apa yang saya cakap. Kalau tak percaya, tanya Hayoung! Hayoung tahu perangai Yeri tu"

"Ok. Saya cuba percaya apa yang awak cakap."

"Kenapa nak cuba pulak? Saya cakap betullah" bantahku.

"Nae, Nae~"

Aku memandang Hyunjae geram.

"Jom kita balik. Saya teman awak balik" kata Hyunjae yang berjalan ke arah bahu jalan untuk menahan teksi.

"Hyunjae! Jakkaman"

Hyunjae memandang aku.

"Sebelum kita balik, boleh tak kita pergi ke pantai dulu?" Soalku sambil merenung anak matanya.

Dia melemparkan senyuman

"Boleh je."








tbc

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro