×××37×××
🌙🌙🌙
Aku mengeluarkan cermin kecilku lalu mencalitkan lipbam di bibirku yang kelihatan pucat.
Selesai aku mencalitkan lipbam, aku merenung bibirku di cermin.
Aku mennyentuh bibirku lalu teringat akan kejadian itu.
Aku rasa berdebar-debar apabila teringat tentang kejadian itu.
Walaupun kejadian itu sudah berlaku beberapa jam yang lalu, tapi aku masih ada rasa sesuatu lembut menyentuh bibirku.
Bayangan itu asyik mengulangi di fikiran aku.
"Yerim" panggil Hyunjae.
Aku cepat-cepat sedarkan diri lalu menyimpan cermin itu di dalam beg tangan aku.
"A-Awak dah siap?"
"Nae. Tapi saya tak sempat nak padam makeup ni. Makeup saya ni nampak melebih tak?" Soalnya.
Aku merenung wajahnya.
"Awak...nampak handsome"
"Nae?" Dahi Hyunjae berkerut.
"Ha? Ah,Tak! Makeup awak tak nampak melebih. Makeup tu nampak semula jadi"
"Kalau awak cakap macam tu, saya okey je. Lagipun awak yang solek saya"
Otakku terhenti seketika selepas aku cakap benda yang tak sepatutnya.😌
Aku dah angau.
"Awak dah bagitahu Manager awak?" Soalku.
"Dah."
"Kalau macam tu, jomlah kita pergi"
"Kita naik teksi?"
"Nae."
•••
🚕🚖🚕
Hyunjae duduk di depan, manakala aku pula duduk di belakang seorang diri.
Di dalam teksi hanya kedengaran bunyi radio sahaja.
Tiada sebarang suara dikeluarkan dari mulut kami. Tiada topik yang kami ingin bualkan.
Kami hanya berdiam diri.
RADIO: 🎶Good-night Kiss neon neomu dalkomhae
jaljayo uri aegi
jamdeun moseubi neomu dalkomhae
deullinayo uri yaegi
Baby Kiss On My Kiss On My Kiss On My Lips
nae mam Boom Boom That Zoom Zoom Let's Dance Dance Like This
Baby Kiss On My Kiss On My Kiss On My Lips
niga jami deulgi jeone
(Kiss Me Baby)
{Kalau korang nak dengar lagu penuhnya, author ada letak dekat atas}
Terbutang mata aku apabila terdengar perkataan 'kiss' dan 'lips' di dalam lirik lagu itu.
Dalam sekelip mata, wajahku kemerahan.
Lagu itu membuatkan aku teringat akan kejadian itu.
Pada masa yang sama, mataku bertembung dengan mata Hyunjae melalui pantulan cermin.
Kami berdua memandang ke arah lain kerana berasa malu.
"Emm..ajjusshi. Boleh tak tukar siaran radio lain?" Soalku pada pemandu teksi itu.
"Boleh~" jawab pemandu teksi itu.
"Kamsahamnida.." ucapku.
Selepas pemandu teksi itu menukar saluran lain, aku rasa lebih tenang.
RADIO: Kembali lagi bersama saya Ji Euntak yang akan menemani malam anda. Seperti biasa saya terima banyak luahan hati daripada anda semua tentang percintaan. Saya mengucapkan terima kasih kepada anda semua yang menghantar isi-isi luahan hati anda. Malam ni saya akan bacakan salah satu luahan isi hati anda......
Nama, Lee Jaehyun. Umur, 23......Saya ingin luahkan isi hati saya tentang cinta pertama saya. Semalam saya telah bertemu dengan cinta pertama saya selepas 5 tahun tidak berjumpa. Saya menguatkan diri saya untuk luahkan perasaan saya kepadanya. Jawapan yang dia berikan tidak seperti yang saya inginkan. Saya tidak menaruh harapan yang tinggi untuk dia membalas cinta saya, tapi dengan jawapan itu saya rasa sedikit hampa. Dia meminta saya berikannya sedikit masa untuk memikirkannya. Saya sanggup menunggunya walaupun saya diminta menunggu untuk tempoh yang lama. Ini kerana saya amat menyayanginya.....
Woah, saya dapat rasakan betapa Cik Lee Jaehyun sayangkan pada cinta pertamanya. Saya dan para pendengar akan berdoa agar Cik Lee Jaehyun dapat bersama dengan cinta pertamanya...
Kisah di dalam radio itu mengingatkan aku tentang kisah aku.
Aku memandang Hyunjae yang hanya memandang ke arah jalan di depannya.
Adakah perasaan Hyunjae sama seperti di dalam kisah itu?
Kalau betul, pasti dia rasa terseksa kerana terpaksa menunggu jawapan dari aku.
Aku tak sepatutnya membiarkan dia menunggu jawapan dari aku dengan lama.
Kerana aku faham perasaan itu...
•••
🏨🏨🏨
"Yerim, saya rasa tak sedaplah tak bawa buah tangan. Biar saya pergi beli sekejap dekat kedai depan tu. Awak pergi naik jumpa Omma awak dulu. Nanti lepas saya beli, saya naik jumpa Omma awak"
"Nae. Arraseo. Nanti saya hantar nombor bilik wad Omma saya"
Hyunjae menganggukan kepalanya.
"Hyunjae jakkaman" aku memegang tangannya, menahannya dari pergi.
Hyunjae memandang aku.
Aku memakaikan mask hitam di mulutnya.
"Jangan sampai orang nampak muka awak" nasihatku.
Dia menganggukan kepalanya lalu pergi ke kedai yang berhadapan dengan hospital.
•••
Aku melepaskan keluhan berat lalu masuk ke dalam bilik Ommaku.
Ommaku memandang aku sekilas lalu kembali memandang ke arah tv.
"Oh! Yerim! Lama kita tak berjumpa" sapa Yeri yang turut datang melawat Ommaku.
Sesiapa yang lupa, Yeri adalah Jiran yang paling aku tak suka.😒
"Kau apa khabar sekarang?" Soal Yeri acah mesra.
Aku hanya balas dengan menganggukan kepalaku.
Aku melihat sekeliling bilik itu mencari appaku.
"Omma, mana appa?" Soalku.
Ommaku tidak menjawab apa-apa. Dia hanya memandang tv.
"Ouh, Appa kau pergi jumpa doktor" beritahu Yeri si penyibuk.
Aku memandangnya menyampah.
"Ouh! Lupa pulak aku nak bagitahu. Bulan depan aku akan berkahwin. Jemputlah datang" beritahu Yeri sambil memberi kad jemputan kahwinnya.
Awalnya kahwin yeoja ni.
"Kamu akan berkahwin Yeri?! Chukahae!" Ucap Ommaku mesra.
Yeah, aku agak sedih melihat Ommaku lebih suka Yeri daripada anaknya sendiri.
"Gomawo Ahjjuma. Ahjumma jangan lupa datang tau" pesan Yeri pada Ommaku.
"Mestilah Ahjjuma datang. Kamu buat besar-besaran ke? Si Doyoung tu kan kaya"
"Nae. Asalnya Yeri nak buat kecil-kecilan je. Tapi Doyoung nak sangat buat besar-besaran."
Aku memandang Yeri menyampah. Konon Doyoung nak buat besar-besaran. Padahal dia yang nak buat besar-besaran. Menyampah betul aku!
"Oh! Appa!"
Aku terus pergi ke arah appaku yang baru balik dari berjumpa dengan doktor.
"Appa, apa doktor cakap?" Soalku ingin tahu.
"Doktor cakap Omma kamu bo--"
"Jangan cakap dengan dia!" Potong Ommaku.
Aku tidak ambil peduli apa yang Omma aku katakan dan hanya memandang appaku.
"Appa, cakap dengan Yerim. Apa doktor cakap?"
"Doktor cakap Omma kamu dah boleh balik esok" beritahu appaku.
"Kalau macam tu esok Yerim hantar Omma Appa balik"
"Tak payah! Kami boleh balik naik teksi"
"Omma, Yerim boleh hantar Omma balik dengan kereta Yerimlah. Omma tak perlu susah-susah ba--"
"Omma kata tak nak, tak naklah!" Marah Ommaku lalu baling bantal ke arah aku.
Aku menutup mataku dan menerima balingan itu.
Beberapa saat telah berlalu. Tapi aku masih tidak rasa apa-apa yang menghempapku.
Aku membuka mataku perlahan-lahan.
"Oh! Hyunjae"
TBC
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro