Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

×××35×××

"Minjae Oppa?"

"Apa Yerim buat dekat sini seorang-seorang? Datang dengan namchin ke?"

"Tak adalah. Yerim datang seorang je lah. Yerim datang sini sebab nak tenangkan diri. Apa Oppa buat dekat sini pulak?"

"Ouh, Oppa baru habis shooting dekat sini tadi. Oppa saje je jalan-jalan dekat sini sebab dah lama tak datang sini"

Aku menganggukkan kepala aku tanda faham.

"Sekejap, kenapa mata Yerim merah nj? Yerim menangis ke?" Soal Minjae Oppa sambil membongkokkan badannya untuk melihat mataku lebih dekat.

Aku terus mengelap air mata aku yang tersisa.

"Nampak sangat ke? Haha" kataku dengan gelakan yang dibuat.

Minjae Oppa memandang aku simpati.

"Pasal Omma Yerim lagi ke?" Teka Minjae Oppa.

Aku menganggukkan kepalaku perlahan.

Minjae Oppa turut menganggukan kepalanya mengerti apa yang berlaku padaku.

"Nak makan tobbokki untuk hilangkan tekanan?"

•••


"Oppa belanjakan?"

"Mestilah"

"Okey!" Aku terus menyumbat tobbokki ke dalam mulutku.

Tobbokki adalah salah satu makanan kegemaran aku.

Aku sangat sukakannya. Apatah lagi kalau rasanya sangat pedas! Hilang tekanan aku apabila makannya.

"Oppa tak makan?" Soalku apabila perasan Minjae Oppa hanya memandang aku yang sedang makan.

"Tak. Esok pagi Oppa ada shooting. Oppa takut kalau perut Oppa memulas pulak esok pagi"

Aku menganggukkan kepala aku tanda faham.

Aku berhenti makan apabila teringat sesuatu.

Dah alang-alang aku jumpa dengan Minjae Oppa, baik aku tanya pendapat dia.

"Oppa, Yerim nak tanya sikitlah dengan Oppa" kataku.

"Tanya je lah"

"Emm..ini pasal kawan Yerim tau."

Minjae Oppa tergelak kecil.

"Waeeee? betullah! ini pasal kawan Yerim"

"Okey-okey"

Minjae Oppa cuba menahan gelaknya lalu memandang aku dengan serious.

"Kawan Yerim ni ada suka dengan seorang lelaki ni. Dia dah 5 tahun suka dekat lelaki ni sejak sekolah lagi. Selepas 5 tahun ni, akhirnya lelaki tu bagitahu yang dia sukakan Ye-- Eh! Maksud Yerim, Kawan Yerim.

Kawan Yerim ni memang nak jadi pasangan lelaki tu dari dulu lagi, tapi sekarang lelaki tu seorang idol. Jadi susah dia nak buat keputusan. Oppa tahu je lah, kerjaya seorang idol itu mudah rosak walaupun hanya masalah kecil. Jadi dia bimbang tentang kerjaya lelaki tu" Ceritaku panjang lebar.

"Okey..Oppa faham. Jadi?"

"Jadi.... Oppa rasa kawan Yerim patut terima jadi pasangan lelaki tu atau tidak?"

Minjae Oppa menyilangkan tangannya lalu melepaskan keluhan kecil.

"Macam ni lah Yerim. Oppa ni tak pernah bercinta jadi Oppa tak berapa tahu tentang percintaan ni.

Emm...Pada pendapat Oppalah, Cinta sejati tu memerlukan kepercayaan. Pasangan yang bertahan lama selalunya mereka akan saling percaya antara satu sama lain.

Sama juga dengan orang yang dah berumah tangga. Walaupun ada sesuatu yang berlaku pada mereka, jika mereka sentiasa percayakan pasangan mereka, hubungan mereka akan terus kukuh"

"Jadi...Kawan Yerim perlu teruskan hubungan tu?"

Minjae Oppa menganggukkan kepalanya.

Aku tersenyum kecil.

"Gomawo Oppa~"

Atas nasihat Minjae Oppa, akhirnya aku dapat jawapan untuk beritahu pada Hyunjae.😊

•••


☀️☀️☀️

Jadual The Boyz untuk hari ni ialah buat persembahan kejutan di sebuah sekolah yang diprogram khas di bawah naungan agensi SBC.

Untuk episode sebelum ini, beberapa buah kumpulan telah menyertai program itu dan melakukan persembahan kejutan di beberapa buah sekolah yang terpilih.

Kali ini The Boyz dapat peluang itu untuk merasai pengalaman itu.

Apa yang mengejutkan aku dan Hyunjae apabila sekolah yang terpilih untuk kali ini ialah sekolah kami!

Kami rasa sangat berbesar hati untuk datang ke sekolah itu kembali.

•••


Semua orang termasuk member THE BOYZ dan staff masuk kawasan sekolah mengikut pintu belakang untuk mengelak dari bertembung dengan pelajar.

Semua orang berjalan masuk ke dalam bangunan di mana bilik menunggu khas kami berada.

Aku dan Hyunjae berjalan paling belakang. Kami berjalan sedikit lambat kerana kami sibuk melihat poster-poster yang di tampal di dinding.

Ianya membuatkan kami mengimbau kembali memori lama ketika kami bersekolah di sini.


"Nak saya tolong angkat beg tu?" Pelawa Hyunjae yang berjalan di sebelah aku.

"Tak apa. Saya boleh bawa" Tolakku.

Dalam beg tu cuma ada peralatan makeup, jadi tidak berapa berat.

"Tak sangkakan kita datang ke sekolah ni lagi." Kata Hyunjae yang cuba berbual denganku.

"Betul tu. Saya pun tak sangka saya dapat peluang ke sini lagi. Rasa lain je berjalan dekat sekolah ni dengan pakai baju macam ni.

"Saya pun. Awak okey lagi pakai baju biasa. Saya ni lagilah, pakai baju pentas. Rasa lain je"

"Hahaha. Saya faham perasaan awak"

Baru sahaja kami nak masuk ke dalam bilik menunggu, kami ternampak susuk tubuh yang amat kami kenal.

"Saem Park!" Sebut kami berdua  serentak apabila ternampak bekas guru kelas kami melintasi bilik menunggu THE BOYZ.

"Oh! Bekas anak murid Saem!"

Kami berdua terus pergi ke arah guru kelas kami dengan perasaan teruja.

"Woahhh tak sangka Saem dapat jumpa anak murid kesayangan Saem ni"

"Kami pun. Saem sihat?"

"Sihat...sekejap. Yerim, kenapa kamu ada dekat sini juga? Kalau Hyunjae Saem tahulah sebab dia salah seorang member THE BOYZ. " Soal Saem sambil pandang aku pelik.

"Oh! Oh! Jangan cakap...kamu..."

"Nae, saya jadi makeup artis sekarang" kataku dengan senyuman.

"Woah! Tercapai juga impian kamu nak jadi makeup artis. Jadi makeup artis kepada rakan sekelas pulak tu. Biasanya kalau dekat drama, mesti ada hubungan istemewa antara korang berdua. Betul kan? " teka Saem sambil memandang kami berdua dengan senyuman sinis.

Kami berdua saling pandangan antara satu sama lain lalu mengalihkan pandangan ke arah lain.

"Hahaha diam-diam ni. Jadi betullah ni..." Kata Saem Park dengan senyuman nakal.

Wajahku kemerahan.

"Kita sambung berbual nantilah. Lepas ni Saem ada kelas, jadi Saem nak kena pergi sekarang. Nanti diorang buat bising pulak dalam kelas macam kelas kamu dulu. Jumpa lagi nanti dekat dewan. Semoga hubungan korang berkekalan" Ujar Saem sambil menepuk bahu kami berdua.

Selepas bayangan Saem hilang dari pandangan kami, kami cuba mengelak dari bertentangan mata antara satu sama lain.

Hanya disebabkan Saem Park, suasana menjadi janggal.

"J-Jom kita masuk?" Ajak Hyunjae kekok sambil mengusap tengkuknya.

"N-Nae...jom"

•••


1 Jam sebelum melakukan persembahan kejutan pada pelajar-pelajar.

Semua orang mengambil masa yang ada untuk berehat seketika.

Aku yang tak tahu nak buat apa dengan masa yang ada itu, aku pun keluar dari bilik itu.

Aku berjalan-jalan di sekitar kawasan  luar bilik itu untuk mengimbas semula memori lama.

Tidak banyak yang berubah di sekolah itu.

Setiap benda di dalam sekolah itu membuatku rasa teruja.


Langkahku terhenti apabila aku berada di depan bilik muzik.

Ketika aku masih bersekolah di sini, aku selalu pergi ke bilik muzik ini untuk bermain piano.

Aku sangat suka bermain piano.

Piano itu sentiasa mendengar luahan hatiku seperti kawan aku ketika waktu persekolahan dulu.

Ini kerana aku akan bermain piano itu jika aku rasa sedih dan tertekan.


Aku membuka pintu bilik itu perlahan-lahan untuk melihat jika ada orang di dalamnya.

Kosong.

Tiada orang didalamnya.

Aku membuka lampu lalu masuk ke dalam bilik itu.

Susunan alat muzik di dalam bilik itu masih sama.

Suasana itu membuatkan aku rasa seperti aku kembali pada 5 tahun yang lalu.

Aku rindu pada zaman itu.

Aku terus berjalan ke arah piano yang menarik perhatian aku sebaik sahaja aku buka pintu bilik muzik itu.

Aku tersenyum sendirian semasa melihat piano itu.

Aku duduk di depan piano itu lalu menekan papan kunci itu satu demi satu.

Alunan muzik itu membuatku rasa tenang.

Srrkk--

Aku berhenti menekan papan kunci itu apabila ada seseorang membuka pintu bilik itu.


"Oh! Hyunjae"











TBC

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro