Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

×××31×××

Aku berjalan keluar dari bilik itu mencari Hyunjae.

Aku mencarinya di laluan yang penuh dengan staff-staff dari group-group lain.

Batang hidung Hyunjae tidak kelihatan di lorong itu.

Huh. Nanti dia balik la tu.

Apabila aku berpusing untuk pulang semula ke bilik, aku tersentak apabila melihat Hyunjae berdiri tercegat di depan aku.

Degupan jantung aku bagaikan terhenti seketika kerana terlalu terkejut.

Hyunjae mendekatkan wajahnya dengan wajah aku.

Peluhnya yang mengalir di rambutnya terjatuh di bajuku.

"Awak cari saya?" Soal Hyunjae sambil merenung anak mataku.

"T-Tak" bohongku.

Hyunjae mengundurkan wajahnya lalu masukkan tangannya ke dalam kocek seluarnya.

"Jinjja?"

"Nae"

"Habis tu, awak buat apa dekat sini?"

"Saya...Saya...nak pergi tandas!" Jawabku gagap.

"Yeke?" Hyunjae menyengetkan sedikit kepalanya sambil pandang aku dengan pandangan tidak percaya.

"N-Nae. Saya pergi dulu"

Aku meninggalkannya lalu bergegas ke tandas.

Dah berapa kali aku memberi alasan untuk ke tandas apabila berlaku perkara seperti ini.

Memang fikiran aku cuma ada tandas je ke? Haih...😩

•••

Lagi 20 minit THE BOYZ akan buat persembahan.

Semua staff dan The Boyz bergegas ke belakang pentas untuk buat persediaan.

"1 Minit lagi!" Kata staff yang menyusun jadual giliran persembahan itu.

Semua staff berdiri di tepi memberi ruang kepada The boyz untuk memanaskan badan mereka.

Habis sahaja lagu yang dinyanyikan oleh group Dongkids, The Boyz pun naik ke atas pentas.

Tepat-tepat mereka naik atas pentas, hujan terus turun dengan lebat. Sebelum ini cuma hujan renyai sahaja.

Kami tidak sangka perkara ini akan berlaku.

Dalam masa beberapa saat, Semua member The Boyz telah dibasahi hujan. Mereka bagaikan baru habis mandi di atas pentas.

Beberapa orang staff dapatkan tuala untuk mereka.

Walaupun hujan turun dengan lebat, mereka tetap meneruskan buat persembahan dengan sempurna walaupun ada beberapa orang dari mereka terjatuh kerana licin.

Nasib tiada berlaku kecederaan yang membuatkan persembahan terhenti.


"Yerim?" Tegur seseorang.

Aku memandang ke arah pemilik suara itu.

"Eunwoo?!" Terbutang luas mataku apabila melihat Eunwoo berada di situ.

"Apa awak buat dekat sini?" Soal kami serentak.

Kami tidak dapat berkata apa-apa kerana terkejut.

"Saya yang menurut keseluruhan konsert ni. Tapi, apa awak buat dekat sini?" Soal Eunwoo.

"Saya...Saya..." Aku jadi buntu.

Eunwoo memandang kad staff aku yang tergantung di leherku.

"Awak...Makeup artis The Boyz?!" Soal Eunwoo yang tidak percaya.

Aku hanya berdiam diri. Aku tidak dapat nak berkata-kata.

Rahsiaku telah terbongkar.

"Sejak bila awak jadi makeup artis THE BOYZ ni? Hyunjae tahu?"

Aku mengelengkan kepala aku.

Dahi Eunwoo berkerut.

"Dia tak tahu?"

"Yerim! Sedia tuala untuk mereka!" Arah Mina.

"Nae!"

Aku memandang Eunwoo serba salah.

"Kita cakap benda ni lain kali. Mianhae Eunwoo"

Aku pergi meninggalkannya lalu berdiri bersama staff lain.

Aku memandang Eunwoo sekilas yang masih memandang aku dari tempatnya.

Aku cuba lupakan masalah itu seketika kerana aku perlu menjalankan tugas aku.

•••

"Kerja yang baik hari ni"

"Jumpa lagi esok"

Kami mengucapkan selamat tinggal kepada antara satu sama lain sebaik sahaja keluar dari stadium itu.

"Yerim" tegur seseorang.

Aku menoleh ke arah pemilik suara itu.

Ianya Eunwoo.

"Mina, aku tak balik dengan kau hari ni" kataku pada rakan sekerja aku itu.

"Nae" Mina menganggukkan kepalanya lalu masuk ke dalam van.

Selepas mereka pergi, aku kembali memandang Eunwoo.

"Kita cakap benda ni dekat tempat lain"

Eunwoo menganggukan kepalanya.

•••

[ALOHA Cafe]

Kami berdua saling pandang antara satu sama lain tanpa berkata apa-apa buat beberapa minit.

Aku tak tahu nak terangkan macam mana pada dia. Manakala Eunwoo pula masih terkejut dengan apa yang berlaku.

"Tanyalah apa yang awak nak tahu" kataku pasrah.

Eunwoo mengeluh kecil lalu membetulkan kedudukannya.

"Dah berapa lama awak berkerja sebagai makeup artis THE BOYZ?"

"Emm...lebih kurang 6 bulan"

"Macam mana awak boleh jadi makeup artis mereka?"

"Saya..yang minta kerja tu"

Eunwoo memandang aku terkejut.

"Kalau awak yang sendiri minta kerja tu, kenapa awak rahsiakan identiti awak dari Hyunjae?"

Aku terdiam seketika.

"Saya...suka Hyunjae" luahku.

Eunwoo tergamam.

"Saya minta kerja tu sebab saya nak dekat dengan Hyunjae."

Eunwoo tidak dapat berkata apa-apa.

"Eunwoo, boleh tak awak rahsiakan benda ni?"

"Siapa je tahu benda ni?"

"Hayoung dan...awak"

Eunwoo menganggukan kepalanya perlahan.

"Eunwoo tolong jangan bagitahu benda ni pada sesiapa. Terutamanya pada Hyunjae" rayuku.

"Waeyo? Kenapa awak tak nak Hyunjae tahu?"

"Sebab...saya tak nak saya rasa teruk lepas dia tolak saya"

"Awak rasa Hyunjae tak sukakan awak?"

Aku menganggukkan kepalaku.

Eunwoo melepaskan keluhan berat.

Dia memandang aku dengan pandangan hampa.










TBC


Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro