×××28×××
Hari untuk aku berseronok telah pun habis. Kini aku perlu sambung menjalankan tugas aku sebagai...
Makeup artis.
•••
[SBS BUILDING]
(THE BOYZ WAITING ROOM)
"Tinggal 30 minit lagi untuk raptai!"
"Sangyeon,kamu perlu pakai kasut ni"
"New, ini tanda nama kamu"
"Eric, itu bukan baju kamu. Baju kamu pada Cik Lim"
"Cik Kang, mana mic saya?"
"Mic kamu di sana"
"Cik Yoon, saya perlu masukkan baju ke dalam seluar atau keluarkan?"
"Masukkan"
Seperti biasa, bilik THE BOYZ akan riuh.
Semua staff sibuk menguruskan member The Boyz satu demi satu.
Aku memandang wajah member The boyz satu demi satu untuk memastikan makeup mereka dalam keadaan sempurna walaupun ianya hanya untuk raptai.
Wajah Younghoon menarik perhatian aku. Aku perlu ke arahnya untuk membetulkan makeupnya.
Tapi, agak sukar untuk aku pergi ke arah Younghoon kerana dalam bilik itu sangat sempit.
Walaupun bilik itu agak besar, tetapi selepas semua barang dan staff-staff masuk ke dalam bilik itu, bilik itu menjadi sempit.
Jadi sukar bagi aku dan staff-staff yang lain untuk bergerak.
Aku terpaksa menyelit ke setiap orang yang menghalang laluan aku.
Semasa aku bergelut untuk melepaskan diri dari mereka, tiba-tiba ada seseorang mengundurkan diri lalu melanggar aku yang sedang menyelit di belakangnya.
Hasil perlanggaran itu membuatkan aku hilang keseimbangan badan.
Nasib menyebelahi aku apabila ada seseorang sempat memeluk pinggang aku sebelum aku jatuh ke lantai.
"Kam--"
Kata-kataku terhenti apabila melihat Hyunjae yang memeluk pinggang aku.
Jantung aku berdegup dengan laju.
Aku membetulkan kedudukan aku dengan segera sebelum orang lain nampak posisi kami yang boleh menimbulkan salah faham.
"Kamsahamnida" ucapku tanpa memandang wajahnya.
Hyunjae menganggukkan kepalanya lalu berjalan pergi.
Aku melepaskan keluhan kecil lalu pergi ke arah Younghoon.
•••
Selepas habis raptai, kami semua pergi mengikut haluan masing-masing memandangkan siaran langsung akan mula lambat lagi.
Kebanyakan staff tinggalkan bilik THE Boyz untuk memberi ruang kepada The Boyz untuk makan tengah hari dan berehat.
Aku tiada tempat nak pergi. Jadi aku hanya pergi ke cafe di SBS itu untuk makan tengah hari.
Di kafe itu terkenal dengan sandwishnya yang sedap. Jadi aku mengambil kesempatan itu untuk merasanya.
Ramai idol yang berkunjung di situ untuk dapatkan sandwish itu.
Aku duduk di cafe itu dan makan sandwish itu seorang diri.
Aku rasa agak kesunyian memandangkan aku makan seorang diri.
Tapi, aku sudah biasa dengannya.
Mungkin...
Semasa aku makan, aku mengambil kesempatan melihat idol-idol yang berkunjung di cafe itu. Dapat aku mencuci mata melihat idol-idol yang handsome itu😋.
Ehek.
Pandangan aku teralih ke arah salah seorang idol yang menarik perhatian aku.
Wajahnya sangat tampan.
Kalau tak silap aku, dia salah seorang member Treasure.
Aku tak tahu nama dia, tapi dia menarik perhatian aku. Hehe😁.
Semasa aku sedang merenung idol itu, tiba-tiba ada seseorang berdiri di depan aku menghalang pandangan aku pada idol itu.
"Tolong ke te--" kata-kataku terhenti apabila melihat Hyunjae yang berdiri di hadapan aku.
Aku cepat-cepat menaikkam penutup mulutku sebelum Hyunjae nampak wajahku.
"K-Kenapa awak ada dekat sini?" Soalku gelabah.
"Saya nak makan dekat sini" beritahunya.
"Bukan ke manager awak dah sediakan makanan dekat bilik?"
"Saya nak makan sandwish tu jugak"
"Ouh.."
"Boleh saya makan dengan awak?" Soalnya.
"Emm..Boleh..."kataku teragak-agak.
"Awak tunggu dekat sini sekejap. Saya nak pergi beli"
Aku menganggukkan kepala aku perlahan.
Aku duduk diam-diam di situ menunggu Hyunjae membeli sandwishnya.
Aduhai...
Tak dapatlah aku habiskan sandwish yang sedap ni....huhu...
Aku membetulkan kedudukan aku apabila Hyunjae kembali.
Dia melemparkan senyuman kecil lalu duduk di hadapan aku.
"Awak tak makan?" Soalnya.
"Saya... tiba-tiba tak ada selera..." Kataku sambil mengusap perutku.
"Kenapa tiba-tiba tak ada selera? Disebabkan saya ke?"
"T-Tak. Bukan macam tu..."
"Habis tu kenapa?"
"Emm...saya...saya...Nak pergi tandas. Saya pergi dulu!" Aku bangun lalu bergegas ke tandas.
•••
🚺
Aku menurunkan penutup mulutku lalu merenung wajahku di cermin.
Sampai bila aku nak berahsia macam ni pada dia?
Aku dah tak larat...
Diririririt~~
Aku melihat nama Eunwoo yang tertera di atas skrin telefon aku.
Eunwoo? Kenapa dia tiba-tiba telefon aku?
Aku keluar dari tandas itu lalu mengangkat panggilan itu.
Aku boleh je angkat panggilan itu dalam tandas, tapi ada terlalu ramai orang di dalam
Yobosaeyo?
🔊Yobosaeyo, Yerim.
Kenapa awak telefon saya?
🔊Saya ingatkan nak ajak awak makan tengah hari.
Makan tengah hari? Mianhae. Saya dah makan tengah hari tadi.
🔊Ouh yeke. Tak pelah.
Emm.. malam ni kita keluar makan sama-sama nak tak?
Malam ni? Emm..boleh je.
🔊Jinjja?! Kalau macam tu, nanti saya bagitahu lokasinya.
Okey.
🔊Jumpa awak malam ni.
Nae~
Aku matikan panggilan itu.
Pelik.
Kenapa Eunwoo tiba-tiba nak ajak aku makan?
Sepanjang 5 tahun ni, tak pernah pulak dia ajak aku keluar makan.
Hmm...
Mungkin dia rasa rapat dengan aku selepas reunion tu kot?
"Siapa yang telefon awak?" Soal Hyunjae yang tiba-tiba berada di sebelah aku.
"Ah! Terkejut saya. D-Dah berapa lama awak ada dekat sini?" Soalku gelisah.
"Emm...sejak awak angkat panggilan tu" beritahu Hyunjae.
"N-NAE?!" Jadi dia dengarlah semua perbualan aku?!
"Siapa yang telefon awak? Awak nak pergi mana malam ni?" Soal Hyunjae sambil menyilangkan tangannya.
"K-Kawan saya yang telefon" beritahuku teragak-agak.
"Yeoja?"
"Namja"
"Awak nak keluar dengan dia malam ni?"
"Nae..."
"Berdua je?"
"Nae.."
"Awak nak pergi mana ma--"
"Kenapa awak tanya saya semua tu?" Potongku.
Dia terdiam.
"Kenapa awak nak tahu semua tu?" Soalku lagi.
Dia menundukkan kepalanya.
"Adakah kita dah cukup rapat sampai saya kena beritahu semua tu pada awak?"
Dia mengelengkan kepalanya.
Aku mengeluh kecil lalu pergi dari situ.
Mianhae Hyunjae...
Aku terpaksa buat macam tu untuk mengelak rahsiaku terbongkar.
•••
Dalam masa 10 minit, siaran langsung akan bermula.
The Boyz menunggu di belakang pentas untuk bersiap sedia.
Semua staff sibuk menguruskan mereka.
Seperti biasa aku menjalankan tugas aku memastikan makeup mereka dalam keadaan yang sempurna.
Selepas aku menguruskan Juyeon dan Younghoon, aku pergi ke arah Hyunjae yang sedang membetulkan micnya.
Aku berdiri di depannya lalu membetulkan makeupnya.
Apabila aku ingin menacap makeupnya, tiba-tiba dia menjengketkan kakinya.
Aku terus langsung tidak sampai untuk tacap makeupnya.
Kenapa dia tiba-tiba berperangai begini?
Selalunya dia akan membongkokkan badannya untuk memudahkan kerjaku.
Tetapi kenapa dia jadi begini?
🤔
Sekejap.
Aku tahu!
Ini mesti sebab aku tegur dia tadi. Dia...merajuk ke?
Aku menjengkekkan kaki aku untuk betulkan makeupnya.
Hyunjae menjengketkan kaki lebih tinggi.
Aku mengeluh kecil.
Aku merenungnya.
Dia cuba mengelak dari bertentangan mata dengan aku.
"Hyunjae...awak marah saya?" Soalku.
Dia hanya berdiam diri.
"Mianhae." Ucapku.
Tiada sebarang balasan dari Hyunjae.
Aku mengeluh kecil lalu berjalan pergi.
Baru sahaja aku ingin pergi, tiba-tiba Hyunjae memegang tangan aku.
Dia membongkokkan badannya lalu menghulurkan wajahnya pada aku.
Matanya merenung anak mataku.
Aku....
Terperangkap dalam renungan itu.
TBC
MV THE STEALER KORANG DAH TENGOK?
AUTHOR HARAP DIORANG AKAN MENANG DALAM CARTA MUZIK NANTI❤️❤️❤️
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro