×××26×××
"tolong jaga adap korang ye~" nasihat Mingyu pada mereka yang lain sebaik sahaja kami sampai di rumah ahjumma Kim.
"Jangan risaulah. Kitaorang akan jaga adap kami. Kami takkan memalukan bekas ketua kelas kami" ujar Jangjun sambil meletakkan tangannya di bahu Hayoung.
"Argh! Beratkan tangan kau!" Marah Hayoung sambil menepis tangan Jangjun.
"Tangan aku mana ada berat" bantah Jangjun.
Hayoung memandang Jangjun geram lalu menyiku lengan Jangjun dengan sekuat yang mungkin.
"Argh! Argh! Sakitlah!!" Marah Jangjun.
Mingyu hanya mampu menggelengkan kepala.
"Kamu semua dah sampai? Silalah masuk" pelawa ahjumma Kim.
"Ahjumma~" aku memeluk ahjumma Kim dengan erat.
"Aduhai anak buah ahjumma seorang ni~"
"Hehe. Ahjumma ada masak ke?" Soalku.
"Mestilah"
"Gomawo Ahjumma. Menyusahkan ahjumma je"
"Ala..bukan selalu.. dah bawa kawan kamu tu masuk."
"Nae, ahjumma."
•••
[NO ONE POV.]
Mereka semua duduk di ruang tamu sementara menunggu makanan dihidangkan di meja makan.
Yerim mempelawakan dirinya untuk menolong ahjumma Kim menghidangkan semua makanan di atas meja.
"Ahjumma, Minjae Oppa ada balik ke?" Soal Yerim.
"Ada."
"Jinjja?! Bila dia balik sini?"
"Malam tadi"
"Ouh yeke. Mana dia sekarang?"
"Dia pergi beli gula dengan tisu dekat kedai. Nanti dia balik la tu" beritahu ahjumma Kim.
Yerim menganggukkan kepala tanda faham.
Sementara di ruang tamu...
Mereka semua membuat hal masing-masing. Ada juga yang buat rumah itu seperti rumah mereka.
"Yah! Janganlah tukar! Aku nak tengok Alice!"
"Aku dah tengoklah episode tu"
"Kau dah tengok, aku belum tengok. Bukalah balik drama tu"
"Tak nakkk aku nak tengok Ratu Hijabstar. Aku nak tengok yeoja Cantik dalam program tu. Sejuk je hati aku melihat diorang. Diorang lah wanita idaman aku~" ujar Taeyang.
"Ceh! Wanita idaman konon. Kau tu tak sesuai dengan wanita-wanita tu. Macam langit dengan bumi! Tolong cermin sikit diri kau tu dulu." Sindir Jun.
Taeyang memandang Jun menyampah.
"Jun, kau nak tengok tak lelaki yang paling hodoh di dunia?" Soal Lina sambil membuka sesuatu di telefonnya.
"Boleh juga. Mesti wajah aku 100 lebih ganda handsome dengan orang tu." Kata Jun sambil membangga diri.
Lina tersenyum sinis.
"Kau dah bersedia nak tengok?" Soal Lina dengan senyuman nakal.
Jun menganggukkan kepalanya.
Lina membuka apps kamera lalu buka mode selfie.
Lina meletakkan telefonnya di depan wajah Jun.
Tergamam Jun apabila melihat wajahnya terpapar di skrin telefon itu.
"Burukkan muka orang ni. AHAHAHAHA" Lina ketawa sambil menitiskan air mata.
Member mereka yang lain turut serta memgetawakannya.
Jun memandang Lina geram.
"Aduhai korang niii, boleh tak kawal kelakuan korang tu. Kita ni kan dekat rumah orang " bebel Mingyu.
Mereka semua langsung tidak mendengar apa yang dikatakan oleh Mingyu.
Mingyu melepaskan keluhan berat. Dia tak tahu apa lagi nak buat dengan kawan-kawannya itu.
"Saya dah balik~"
Mereka semua memandang ke arah pemilik suara itu.
"Oh! Tetamu dah sampai. Annyeonghasaeyo~" sapa pemilik suara itu.
"Uwuu handsomenya"
"Siapa lelaki tu?"
"Aku macam kenal lah lelaki tu"
"Aku pun"
"Oh! Minjae Oppa!" Yerim yang baru keluar dari dapur terus berlari ke arah pemilik suara itu lalu memeluknya.
Membutang mata Hyunjae dan Eunwoo apabila Yerim memeluk lelaki itu.
"Woahh lama kita tak berjumpa" ujarnya sambil membalas pelukan Yerim.
"Uwuu Oppa nampak makin bergaya lah" puji Yerim.
"Hahaha biasa-biasa je" ujarnya malu.
Yerim memandang kawan-kawannya yang sedang merenungnya.
"Oh! Mianhae. Emm...ini Kim Minjae anak ahjumma Kim." Yerim memperkenalkan Minjae pada mereka semua.
"Annyeonghasaeyo~"
"Annyeonghasaeyo..." Sapa mereka janggal.
Walaupun Yerim sudah perkenalkan Minjae pada mereka, mereka masih merenung Minjae seperti ada sesuatu yang tidak kena pada wajah Minjae itu.
Yerim tersenyum kecil selepas dia tersedar sesuatu.
"Ouh ye. Minjae oppa seorang pelakon" beritahu Yerim.
Selepas Yerim berkata begitu, barulah mereka mengelip mata mereka.
"Pelakon?!"
"Patutlah aku macam pernah nampak muka dia tuuu"
"Drama terbaru tu kan"
"Dia yang main piano tu kan!"
"Betul tu! Drama apa eh? Do you like the Brain?"
"Bukanlah! Do you like the Breath!"
"Apa pulak Breath! Breeze lah!"
"Bringlah!"
"Boomeranglah!"
"Apa kau merepek ni! Nampak sangat tak pernah tengok drama tu. Yang betul adalah Do you like Banana"
🦗🦗🦗🦗🦗
Cengkerik: tumpang lalu...
"Ianya Do you like Brahms" beritahu Minjae..
Mereka semua tercengang apabila Minjae membetulkan mereka.
Suasana menjadi janggal.
"Ish! Buat malu je lah" gumam Jiho.
"Kalau tak tahu, tak payahlah bajet tahu"
"Kenapalah aku dapat member macam ni.."
"Kamu semua~ jemputlah makan" panggil ahjumma Kim.
"Naeee"
•••
Mereka semua memenuhi ruang makan. Nasib cukup kerusi untuk mereka semua.
Yerim dan Minjae saling duduk bersebelahan.
Mereka berdua berbual dengan riuhnya memandangkan mereka sudah lama tidak berjumpa.
Dalam suasana itu, terdapat 2 jejaka kelihatan cemburu melihat kemesraan Yerim dan Minjae.
Mereka hanya merenung Minjae di hadapan mereka dengan pandangan tidak puas hati.
Makanan mereka langsung tidak diusik.
Sudah tentu 2 orang jejaka itu ialah Hyunjae dan Eunwoo.
"Kenapa kamu berdua tak makan? Makanan ahjumma tak sedap ke?" Tegur ahjumma Kim.
"T-Tak..sedap" kata Hyunjae gagap.
"Be-Betul tu. Sedap." Sambung Eunwoo.
Mereka makan sesuap sudu nasi untuk menyedapkan hati ahjumma Kim yang telah masak untuk mereka.
Mereka berdua berhenti makan apabila melihat Minjae memegang tangan Yerim.
Mereka berdua menjadi tidak keruan.
Rasa cemburu menguasai mereka.
Hyunjae yang tidak tahan dengan suasana itu, dia terus memegang tangan Minjae yang sedang memegang tangan Yerim.
Minjae dan Yerim memandang Hyunjae terkejut.
Begitu juga dengan Eunwoo.
"Hyunjae w-wae?" Soal Yerim pelik.
Hyunjae terdiam seketika. Otaknya berhenti berfungsi seketika.
"Emm...Saya... cuma nak berkenalan dengan Minjae Hyung" beritahu Hyunjae teragak-agak.
Dahi Yerim berkerut, pelik dengan kelakuan Hyunjae.
"Oh! Bukan ke awak idol? Awak dari group THE BOYZ kan!" Soal Minjae teruja.
"Ah..nae.." jawab Hyunjae kekok.
"Selamat berkenalan" Minjae melepaskan tangan Yerim lalu bersalam dengan Hyunjae.
"Selamat berkenalan juga" balas Hyunjae.
Eunwoo memandang Hyunjae yang duduk di sebelahnya dengan pandangan pelik.
"Dia...suka Yerim juga ke?"
TBC
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro