Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

×××25×××

Aku matikan enjin kereta aku lalu keluar dari kereta.

Aku pergi ke arah Hyunjae yang tercegat di depan villa kami.

"Kenapa tak masuk lagi?" Soalku.

"Gelap" beritahunya.

Aku memandang villa kami.

Yup. Semua lampu di villa kami ditutup.

Villa kami nampak gelap.

Aku tidak berasa pelik memandangkan aku dah tahu rancangan mereka untuk beri kejutan untuk Hyunjae.

Aku pula yang rasa teruja. Hehe

"Bukan awak kata diorang nak makan ikan bakar malam ni? Takkan diorang dah tidur."

Alamak dia ingat lagilah apa yang aku cakap tadi?!

"Mungkin diaorang dah makanlah tu. Sebab tu diorang tidur" kataku gelabah.

"Iye? Tapi kenapa diorang tak tunggu kita?"

Aduh banyak tanyalah pulak dia ni.

"Ala..takkan awak tak kenal perangai diorang. Diorangkan selalu tak ingat orang belakang"

Hyunjae mengangguk kecil kepalanya setuju dengan apa yang aku katakan.

"Jom kita masuk" kataku teragak-agak.

"Ah nae. Kajja"

Aku menghela nafas lega.

Aku membiarkan dia berjalan terlebih dahulu.

Apabila kami masuk, keadaan di dalam sangat gelap.

Aku tidak dapat melihat apa-apapun.

"Awak tunggu dekat sini dulu. Biar saya buka lampu" arah Hyunjae.

Itu diaaaa abang gentleman kitaaa😍hehe

Aku ikut arahan Hyunjae. Aku hanya berdiri di depan pintu menunggu Hyunjae buka lampu.

Hyunjae mengalami masa yang sukar untuk mencari suis lampu dalam keadaan gelap.

Dia terpaksa meraba-raba dinding untuk mencari jalan ke suis lampu.

POP!💥🎈

Terhincut bahu aku dek terkejut dengan bunyi letupan.

Huh aku tahu bunyi apa yang Meletop tu. Sudah tentu bunyi itu datang dari belon.

Pasti mereka tidak sengaja Meletopkan belon masa tengah sembunyi dekat dalam.

PAP!💡

"Seanggil chukahamnida~
Seanggil chukahamnida~
Seanggil Chuka uri Hyunjae gerigu Yerim-ssi~
Seanggil chukahamnida~"
(Maafkan author kalau ada bahasa Korea author yang salah)

"Yeayyyyyyyyyyyyy"🎉🎉🎉🎂🎂

"Seanggil Chuka Hyunjae! Yerim!"

Aku membeku.

Sekejap, kenapa ada nama aku dalam lagu tu?

Hari ni bukan hari jadi aku?

Aku pandang Hyunjae yang berdiri di sebelah aku.

Dia melemparkan senyuman kepada aku.

Apa...maksud senyuman tu?

[FLASHBACK]
(DI RESTORAN BBQ PETANG TADI)

Ting!


Gyuri created 'Group tanpa Yerim'

Gyuri add Mingyu, Eunwoo, Sewoon, Hayoung, Seokmin, Jiho, Lina, taeyang, Jangjun, Jun

Mingyu
Banyaknya group kau buat

Seokmin
Group apa pulak ni

Jun
Berapa banyak group yang kau nak buat ni?

Jangjun
Group tanpa Yerim pulak? Tadi group tanpa Hyunjae

Hyunjae
Group tanpa aku?

Gyuri
Dengar dulu sini. Biar aku terangkan pada korang. Lagipun author malas nak masukkan dialog merapu korang.

Taeyang
What?!

Saewoon
Apa ni author!

Jangjun
Bagilah kitaorang diolag banyak lagi!

Eunwoo
Entah! Banyakkan lagi scene aku dengan Yerim!

Gyuri
Cukup, cukup. Korang ingat Author ada dalam group ni nak membebel pada dia.

Gyuri
Kita berhenti cakap pasal author. Sekarang aku akan terangkan kenapa aku buat group ni

Gyuri
Tadikan kita bincang pasal buat party kejutan untuk Hyunjae dengan Yerimkan. Sekarang kita buat party kejutan untuk Yerim pulak.

Jun
Hari ni hari jadi Yerim jugak ke?

Gyuri
Bukan hari ni tapi 2 hari lagi. Aku ingatkan nak sambut hari jadi dia sekali.

Jun
Ouhhhhh

Hyunjae
Sekejap. Kejutan party untuk aku?

Lina
Kitaorang sebenarnya ada buat group lain tanpa kau tadi sebab nak buat party kejutan untuk kau.

Jiho
Yup betul tu.

Gyuri
Sekarang kita akan kenakan Yerim yang tak tahu apa-apa. Hyunjae, aku nak kau buat-buat tak tahu sebab Yerim ingatkan kau tak tahu apa-apa pasal party kejutan ni.

Hyunjae
Jadi maksudnya kita akan buat prank pada Yerim?

Gyuri
Yup!



[END FLASHBACK]

Tanpa aku sedar, aku mengalirkan air mata semasa mereka terangkan pada aku.

"Yerim~ uljima~" Hayoung memelukku erat.

Aku menangis dalam dakapannya.

Aku terharu...

Ini adalah birthday party pertama aku...

•••

"Jemput makan semua~"

"Nae~"

Aku memandang Hyunjae yang sedang makan kek.

Aku sebenarnya ada hadiah untuk dia. Tapi, aku tak tahu macam mana nak bagi dia.

Lagipun aku teragak-agak nak bagi hadiah pada dia sebab aku takut kalau dia tak suka.

Hadiah yang aku ingin bagi pada dia ialah sepasang kasut sukan berjenama Puma. Itu sahaja yang aku mampu beli untuk dia.


"Yerim" panggil Eunwoo.

Aku memandang Eunwoo yang berjalan ke arah aku.

"Wae?" Soalku lalu menyuapkan kek ke dalam mulutku.

"Nah. Hadiah untuk awak" Eunwoo mengeluarkan sekotak kecil dari kocek bajunya lalu hulurkan pada aku.

"Hadiah? Gomawo~" ucapku lalu ambil kotak kecil itu.

"Boleh saya buka?" Soalku teruja.

Eunwoo menganggukkan kepalanya.

Aku buka kotak kecil itu dan terpapar sepasang anting-anting silver dan di tengahnya mempunyai permata warna merah.

"Woah! Cantiknya~ Gomawo Eunwoo-ssi" ucapku.

Eunwoo tersenyum malu.

"Uwuu~ dapat hadiah~" sampuk Minggu yang baru keluar dari dapur.

"Ouh ye, Mingyu. Sebelum kita balik esok, boleh tak kita singgah rumah makcik aku dulu?"

"Boleh je"

"Aku dah tak berapa ingat jalan ke sana. Nanti aku bagi alamat pada kau"

"Okey."

Ting!

Aku mengambil telefon aku dari kocek kot aku dan melihat Maseh yang masuk.

Mataku membutang sebaik sahaja melihat nama yang tertera di skrin telefon aku.

Ianya Hyunjae.

Hyunjae chat aku!

For the first time!

Hyunjae
Boleh kita jumpa dekat tingkat 3?

Aku mencari kelibat Hyunjae di ruang tamu itu. Dia tiada.

Nampaknya dia dah ada dekat tingkat 3. Ini peluang aku nak bagi hadiah dia.

Aku naik ke tingkat 3 senyap-senyap tanpa ketahui mereka yang lain.

Aku ambil beg berisi hadiah Hyunjae di dalam bilik aku lalu jumpa Hyunjae di tingkat 3.

•••

Aku naik ke tingkat 3 dan nampak Hyunjae berdiri di beranda(?) sambil melihat bintang di langit.

Aku berjalan mendekatinya.

"Hyunjae" panggilku perlahan.

Dia memusingkan badannya lalu memandang aku dengan senyuman.

"Kenapa awak nak jumpa dengan saya?" Soalku.

"Tutup mata awak" arah Hyunjae tiba-tiba.

"N-Nae?"

"Tutup mata awak"

"W-Waeyo?"

"Jangan risau. Saya takkan buat apa-apa pada awak"

"Ah..nae.."

Aku menutup mata aku dan menunggu dengan gemuruh.

Kenapa Hyunjae tiba-tiba menyuruh aku tutup mata?

Aku tersentak apabila ada sesuatu tersarung di leher aku.

Aku dapat rasa Hyunjae menyelak rambut aku lalu menyarungkan sesuatu di leherku.

Keadaan begini membuatkan aku rasa sangat gemuruh.

"Awak boleh buka mata awak" arahnya.

Aku membuka mata aku perlahan lalu memandang ke arah leher aku.

Ianya rantai.

"Ke-Kenapa awak bagi rantai ni?"

"Rantai tu adalah hadiah sempena hari jadi awak" beritahunya.

"Woah! Rantai ni sangat cantik Gomawo" ucapku.

"Ouh ye. Saya ada hadiah untuk awak juga" beritahuku lalu keluarkan hadiahnya dari beg yang aku pegang.

Hyunjae kelihatan terkejut apabila aku kata aku ada hadiah untuknya.

"Nah. Mianhae, saya tak dapat beli benda yang lebih mahal daripada ini. Harap awak suka" kataku serba salah.

Diakan idol. Kalau idol mesti pakai barang mahal-mahal...kan?

Hyunjae mengambil hadiahku itu. Dia merenung hadiah itu.

"Kalau awak tak suka...awak bagilah sesiapa"

"A-Aniyo! Saya suka. Saya suka semua benda yang awak bagi. Go-Gomawo"

Aku tersenyum gembira.

"Boleh saya buka?" Soalnya teruja.

"Nae"

Hyunjae membuka balutan hadiah itu dengan berhati-hati.

"Kasut! Woah! Saya sangat suka. Gomawo~" ucap Hyunjae.

"Baguslah kalau awak suka"

Aku memandang Hyunjae yang menyarungkan kasut itu di kakinya.

"Woah! Kaki saya sangat padan dengan kasut ni. Macam mana awak tahu saiz kasut saya?" Soal Hyunjae.

Aku terdiam seketika.

Sebenarnya aku dapat tahu saiz kasut masa aku berkerja dengan dia. Pihak stylist selalu bagitahu saiz kasut ahli THE BOYZ kepada anak buahnya.

Dari situ aku dapat tahu saiz kasut Hyunjae.

"Saya... agak-agak je. Baguslah kalau awak muat"

Hyunjae menganggukkan kepalanya tanda faham.

"Emm...saya turun dulu ye. Nanti diorang cari saya pulak. Ouh ye, terima kasih sekali lagi untuk rantai ni"

Hyunjae menganggukkan kepalanya.

Aku melemparkan senyuman kepadanya sebelum turun ke tingkat bawah.








TBC

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro