×××22×××
Aku duduk di ruang tamu menunggu arahan dari Mingyu.
Sambil itu, aku mencuri memandang Hyunjae yang sedang mencari cerita yang menarik di tv.
"Yerim, Hyunjae" panggil Mingyu.
Kami berdua memandang Mingyu serentak.
"Tolong belikan beberapa bungkus Ramen. Aku takut malam ni diorang lapar pulak" arah Mingyu.
"Nae. Arraseo"
"Hyunjae kajja" ajakku.
Hyunjae menganggukkan kepalanya lalu menyarungkan topi di kepalanya.
Dia juga tidak lupa untuk bawa penutup mulutnya.
•••
Sampai sahaja di market, kami terus ke bahagian Ramen.
Kami mengambil beberapa bungkus Ramen yang berbeza jenis memandangkan selera kami berbeza.
"Yerim, awak nak beli apa-apa lagi tak?" Soal Hyunjae.
Takkan beli ni je. Mingyu pun satu, pesan satu jenis barang je.
Macam mana aku nak melengahkan masa Hyunjae ni?
"Saya ada sesuatu nak beli. Tapi...saya tak ingatlah." Ujar ku.
"Kalau macam tu, awak nak jalan-jalan dalam market ni? Kot-kot awak dah ingat balik ke lepas ternampak benda yang awak nak beli tu?" Ajaknya.
Jalan-jalan? Aku harap aku dapat lenggahkan masa.
"Okey"
•••
Market itu cumalah kedai yang kecil. Kami hanya mengambil masa 15 minit berjalan-jalan di seluruh ruang market itu.
Apa patut aku buat?
"Awak masih tak ingat?" Soal Hyunjae.
"Ah? Emm..Nae. Emm..apa yang saya nak beli ye?"
Tapi kalau aku terus buat-buat lupa macam ni, aku takut Hyunjae bosan pulak.
"Ha! Saya dah ingat!"
"Apa yang awak nak beli?"
"Ice Cream"
"Ice Cream?"
•••
[Di Dalam Kereta]
Aku termenung jauh memikirkan cara untuk lenggahkan masa lagi.
Kalau aku balik sekarang, mesti diorang tak siap lagi.
Nak beli barang hiasan lagi, beli kek lagi...
Emm....🤔
Ha! Aku ada terdengar dari Hayoung semalam, ada kedai roti yang terkenal dekat sini.
Patut ke aku bawa Hyunjae ke sana?
Aku mencari kedai berkenaan di internet lalu tunjuk pada Hyunjae.
"Hyunjae awak nak tak pergi kedai roti ni. Ramai orang kata, roti dekat sini sedap."
"Kedai roti? Saya okey je. Tapi budak-budak dekat rumah tu nanti cemburu pulak kita pergi ke sana."
"Alaaa tak payah risaukan diorang tu. Diorang okey punya."
"Kalau awak cakap macam tu, saya ikut je"
Aku tersenyum lebar. Rancangan aku berjaya untuk lenggahkan masa Hyunjae.
"Okey. Jom kita ke sana"
•••
🍞🍞🍞
Aku memandang Hyunjae yang duduk di hadapan aku.
Jelas di mata aku, dia kelihatan tidak selesa untuk makan memandangkan banyak orang di dalam kedai itu.
Kesian pulak aku tengok dia.
"Hyunjae" panggilku dengan nada yang perlahan.
Dia memandang aku.
"Awak nak tak duduk dekat sebelah saya? Kalau awak duduk dekat sebelah saya ni, orang tak nampak sangat awak dekat sini" soalku.
NANTI DULU!✋
Aku suruh dia duduk dekat sebelah aku bukan sebab aku gatal ye.
Meja kami ni berada di paling belakang.
Tempat duduk Hyunjae berhadapan dengan pelanggan di situ.
Manakala tempat duduk aku pula, berhadapan dengan dinding.
Kalau Hyunjae duduk sebelah aku, Hyunjae akan membelakangi pelanggan-pelanggan di kedai itu. Jadi mereka tidak dapat melihat wajah Hyunjae.
Untuk lebih selamat, aku duduk di sebelah dia untuk halang wajah Hyunjae dari terdedah.
Hyunjae berfikir sejenak.
"Betul juga apa yang awak cakap tu. Kalau macam tu saya duduk sebelah awak" ujarnya dengan senyuman kecil.
Hyunjae bangun lalu duduk di sebelah aku.
Rasa lain pulak lepas dia duduk sebelah aku.
Aku rasa diri aku sangat dekat dengannya.
Author: Memanglah dekat dia dekat sebelah kau je!
Yerim: Dia yang tulis, salahkan aku pulak😒
"Kenapa awak tak makan?" Tegur Hyunjae di sebelahku.
"Ha? Ah..nae."
Aku ambil roti cheese yang aku beli tadi lalu makan.
•••
Kami berdua dah selesai habiskan roti yang kami beli.
Lebih kurang 45 minit kami berada di kedai itu.
Agak-agak diorang dah siap ke?
Patut ke aku telefon diorang?
"Hyunjae, saya nak pergi ke tandas sekejap" kataku padanya.
"Ah nae. Saya tunggu dekat kereta"
Aku menganggukkan kepala aku lalu masuk ke tandas.
Aku keluarkan telefon aku dari beg tangan aku lalu telefon Mingyu.
🔊Yobosaeyo?
Yobosaeyo, Mingyu-ah.
Macam mana sekarang?
Kitaorang dah boleh ba--
🔊Jangan-jangan! Kitaorang belum siap lagi!
Lamanya.
Habis tu aku nak bawa Hyunjae ke mana pulak ni? Dah macam merempat pulak berpindah-randah.
🔊Kau bawalah dia jalan-jalan dekat Busan ni. Ha! Apa kata kau bawa dia ke Pantai Gwangalli. Dekat situ kan ada jambatan. Setiap malam akan ada 'light show' dekat jambatan tu. Alang-alang kau datelah dengan Hyunjae tu. Bukan senang nak keluar bersama dengan idol
Ah...yela.
Jangan lama-lama.
🔊Orait-- YAH! SEOKMIN KAU NAK LARI MANA TU?! CEPAT GANTUNGKAN BENDA TU!-----
Aku cepat-cepat tamatkan panggilan itu sebelum aku jadi pekak.
Apalah yang jadi dekat villa tu😌.
Harap semua berjalan dengan lancar.
•••
Aku masuk ke dalam kereta aku. Macam mana aku nak cakap dengan Hyunjae ye?
"Yerim, semuanya okey?" Soal Hyunjae.
"Ha? Ah...nae. Emm..Hyunjae"
"Ye?"
"Awak...nak tak jalan ke tempat lain pulak?" Soalku teragak-agak.
"Jalan ke mana?"
"Pantai Gwangalli"
"Ouh pantai yang ada 'light show' tu?"
Aku menganggukkan kepala aku tanda 'ye'
"Boleh juga. Dah alang-alang kita ada dekat Busan. Esok kita dah nak balik dah"
"Jadi...awak okey kalau kita ke sana?"
"Nae."
TBC
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro