Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

×××16×××

"air batu gunting!"

"Air batu gunting!"

"Air batu gunting!"

"Hyunjae jadi!!"

Semua orang kecuali Hyunjae bersorak gembira.

"Hyunjae pakai ni" Mingyu hulurkan penutup mata kepada Hyunjae.

"Kita akan main dekat ruang tamu ni je. Jangan pergi ke tempat lain. Siapa yang degil, dia kalah serta merta" beritahu Mingyu.

Mereka semua menganggukkan kepala tanda faham.

"Hyunjae, kau pusing 10 kali lepastu korang cari kitaorang" arah Mingyu.

"Nae. Arraseo" Hyunjae memakai penutup mata itu lalu berdiri di tengah-tengah ruang tamu itu.

Selepas Hyunjae menutup matanya, semua orang mula mencari tempat untuk bersembunyi.

Sejujurnya, tiada banyak tempat untuk kami bersembunyi di ruang tamu itu.

Kami harus selamatkan diri dengan hanya mengelakkan diri dari di tangkap atau disentuh oleh Hyunjae.

Suasana menjadi sunyi. Semua mata memandang Hyunjae yang selesai pusing

Dia terduduk di bawah seketika kerana pening.

Sebahagian dari mereka mula bergerak ke tempat lain apabila Hyunjae datang ke arah mereka.

"Ahchoo! Argh!"

Jiho memukul bahu Taeyang yang bersin di sebelahnya.

"Shhh--" Jiho meletakkan jadi telunjuknya di bibirnya tanda senyap.

Mereka berdua menjadi kaku apabila Hyunjae berjalan ke arah mereka.

Apabila Hyunjae semakin dekat, mereka berdua saling tolak menolak ke arah Hyunjae.

Taeyang yang lebih kuat dari Jiho menolak Jiho ke arah Hyunjae.

"Argh!"

Akhirnya Hyunjae dapat tangkap Jiho.

"Keluar" kata Hyunjae pada Jiho. Jiho memandang Taeyang geram.

"Hyunjae, Kau jalan terus je" bisik Jiho pada Hyunjae.

"Yah, mana boleh bagi tahu" marah Taeyang yang hanya mengerakkan bibirnya.

Jiho hanya membalas dengan menjelirkan lidah pada Taeyang.

Dalam beberapa saat, Hyunjae dapat tangkap Taeyang.

"Keluar"

Jiho tersenyum gembira apabila taeyang turut tersingkir.

Hyunjae sambung mencari.

Mereka semua saling membaling barang ke arah orang lain untuk mengelirukan Hyunjae.

Pak!

Membutang mata aku apabila Seokmin baling kunci Vannya di depan aku.

Aku memandang Seokmin tajam.

Seokmin melekatkan kedua-dua belah tapak tangannya🙏 tanda minta maaf.

Aku berhenti memandang Seokmin apabila Hyunjae semakin dekat dengan aku.

Aku rasa sangat gemuruh.

Apabila dia berada di depan aku, dia melutut lalu mengambil kunci van itu.

Dia membelek van kunci itu lalu membaling ke belakang.

"Ar--" Mingyu dengan pantas menutup mulut Seokmin sebelum dia menjerit kesakitan apabila kunci yang dibaling oleh Hyunjae terkena kepalanya.

Hayoung yang berada di sebelah tv, menunjuk tanda bagus👍🏻 pada Seokmin.

Kembali pada situasi Hyunjae tadi. Selepas dia baling kunci itu, dia bangun secara tiba-tiba.

Aku yang berada di depannya terkejut apabila wajahnya sangat dekat dengan aku.

Aku menahan nafasku.

Semakin lama aku menahan nafasku, semakin dekat wajah kami.

Kedua-dua tangan Hyunjae meraba dinding di tepi aku.

Aku terperangkap.

Mereka yang lain memandang kami dengan senyuman nakal.

Aku melekat di dinding untuk mengelak disentuh oleh Hyunjae.

Tersentak bahuku apabila Hyunjae menekup pipi aku.

Wajahku kemerahan.

"Siapa ni?" Soal Hyunjae yang masih menekup pipiku.

"Yerim?" Teka Hyunjae.

"N-Nae.." jawabku gagap.

Hyunjae melepaskan pipi aku.

"Mi-Mianhae.." kata Hyunjae rasa bersalah.

"A-Aniyo. Gwenchana"

•••

20 minit berlalu.

Sekarang tinggal 2 orang yang selamat.

Hyunjae perlu menangkap lagi seorang.

2 orang yang masih terselamat itu ialah Jangjun dan Hayoung.

Mereka berdua saling membaling barang ke arah antara satu sama lain.

Hyunjae yang berada di tengah antara mereka, menjadi keliru.

Sekejap ke kiri, sekejap ke kanan.

Jangjun berhenti baling barang apabila tiada barang lagi di sekelilingnya.

Hayoung mengambil kesempatan itu untuk baling barang ke arah Jangjun.

Disebabkan itu, Hyunjae berjalan mendekati Jangjun yang bergelut untuk larikan diri.

Dia gagal melarikan diri kerana sekelilingnya dihalang dengan sofa dan meja.



"Yeayyyyyyyyyyyyy!!!" Hayoung bersorak gembira apabila Hyunjae berjaya menangkap Jangjun.

Jangjun terduduk di bawah sambil mengenang nasibnya.

Hyunjae membuka penutup mata itu lalu memandang aku.

Aku terus pandang ke arah lain apabila mata kami bertembung.

Bukan apa,aku masih rasa gemuruh dengan apa yang berlaku sebentar tadi.

Kejadian itu membuatkan jantung aku macam nak meletup.










TBC




Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro