×××11×××
Aku memandang Hayoung dan Gyuri yang duduk di belakang melalui cermin.
Mereka langsung tidak menghiraukan aku.
Masing-masing buat hal sendiri.
Sepatutnya diorang kenalah berbual dengan aku ke, atau bagi aku makan untuk elakkan aku mengantuk!
Ini tak! Seorang tengah dengar lagu melalui earphone. Seorang lagi tengah tidur. Yang sebelah ni...Ehem..aku tak nak libatkan dia..😚
Dua orang dekat belakang tu tak membantu lang--
"Awak nak gula?"
"N-Nae?"
Terkejut aku apabila Hyunjae tiba-tiba pelawa aku gula-gula.
Sejak bila dia boleh baca fikiran aku ni?
"Awak nak gula?" Soal Hyunjae lagi sambil menghulurkan gula-gula oren padaku.
"Emm..nae" jawabku teragak-agak.
Hyunjae ambil semula gula-gula itu sebelum aku sempat mengambilnya.
Aku tercengang.
"Biar saya bukakan" katanya sambil membuka plastik gula-gula itu.
Ouh..ingatkan dia nak main-main dengan aku😋. Gurau-gurau manja gitew...
"Nah"
Baru sahaja aku nak ambil gula-gula itu, Hyunjae terlebih dahulu suapkan ke dalam mulut aku.
Jantung aku berdegup dengan laju apabila jarinya menyentuh bibirku.
"Sedap?" Soal Hyunjae.
"Ah? Nae...Argh!"
Berkerut dahi aku apabila rasa masam mencucuk lidahku.
"Masamnyaaaa" kataku cuba menahan masam itu.
Hyunjae tergelak kecil.
"Awak kenakan saya eh?" Soalku.
"Hahaha mana ada..." Jawabnya yang masih gelakkan aku.
Aku tersenyum melihat gelakannya itu.
Aku rasa semakin rapat dengan dia. Inilah peluang aku untuk berkawan rapat dengan dia.
"Saya bagi gula-gula tu sebab nak bagi awak segar. Gula-gula tu berhasil kan?" Soal Hyunjae bangga.
"Nae" jawabku dengan senyuman.
"Yerim-ah. Bila awak ambil lesen memandu?" Soalnya ingin tahu.
"Emm...3 tahun yang lepas."
"Ouhhh...saya ingatkan nak ambil lesen juga. Tapi tu lah, saya tak ada masa. Awak tahu kan kerja saya macam mana.." katanya sedikit sedih.
Aku menganggukkan kepala aku tanda faham.
"Emm...kalau awak nak, saya boleh ajarkan awak bawa kereta." Pelawakku.
"Awak nak ajar saya bawa kereta? Boleh ke? Tak menyusahkan awak ke?" Soalnya teruja.
"Tak pun. Kalau awak ada masa, saya boleh je ajar awak"
"Okey. Nanti kalau saya ada masa saya telefon awak. Janji tau..."
"Saya janji"
"Emm..Yerim. Awak kerja mana sekarang?" Soal Hyunjae.
Aku mula gelabah.
Apa patut aku jawab?
"Saya kerja...dekat salon" tipuku.
"Dandanan rambut ke?"
"Taklah. Solekan" beritahuku.
Aku ni jenis yang tak pandai menipu. Jadi...sukar bagi aku nak bohong dia.
#akubudakbaik😎
"Ouh...hari tu make up artis saya berhenti, jadi syarikat saya cari pekerja baru. Kalau saya tahu awak kerja sebagai jurusolek, boleh saya cadangkan awam pada syarikat saya. Nanti bolehlah kita jumpa selalu" kata Hyunjae dengan bersungguh.
Aku sedikit terkejut apabila dia menyebut tentang jawatan makeup artis itu.
"Dah ada orang ambil ke jawatan tu?" Soalku buat-buat tidak tahu.
"Dah." Jawab Hyunjae.
"Ouh yeke. Emm...macam mana dengan orang tu? Solekan dia...okey tak?" Soalku ingin tahu.
Hyunjae memandang aku dengan pandangan yang tidak dapat aku tafsirkan.
Dia tersenyum kecil.
"Emm..solekan dia sangat baik. Saya lebih suka solekan dia daripada makeup artis yang pernah solek saya. Dia sentiasa memastikan solekan saya dalam keadaan sempurna. Dia dah lakukan kerjanya dengan baik. Saya suka dia" puji Hyunjae sambil memandang aku.
Tanpa aku sedar, aku tersenyum sendirian semasa mendengar pujian itu.
"Kenapa awak senyum?" Soal Hyunjae yang perasan.
"Ha? T-Tak ada apa. Saya cuma...gembira awak dapat makeup artis yang pro dalam bidang solekan" tipuku.
"Jinjja?"
"Nae"
Hyunjae tersenyum sendirian.
"Gomawo sebab dah bekerja keras untuk kami..." Gumam Hyunjae.
"Ha? Awak cakap apa tadi?"
"T-Tak ada apa..." Jawab Hyunjae dengan sengihan.
"Korang bual apa je dari tadi?" Soal Hayoung sambil cabut earphone yang di sumbat di telinganya.
"Adalah..." Jawabku.
"Ele...tak nak bagitahu konon...Menyampah! Eh? Ada gula-gula la! Nak satu~~~" minta Hayoung apabila ternampak Hyunjae memegang gula-gula oren yang sama aku makan tadi.
Aku dan Hyunjae saling pandang antara satu sama lain dengan senyuman nakal.
"Nah" Hyunjae berikan gula-gula itu pada Hayoung.
"Gomawo~" ucap Hayoung teruja.
Aku dan Hyunjae menahan gelak.
Kami berdua menanti riaksi Hayoung selepas makan gula-gula masam itu.
3
2
1
"Argh! Masamnyaaaa"
Sementara itu, di Van Seokmin...
Penumpang-penumpang di dalam Van itu, membuat hal masing-masing.
Ada yang tidur, ada yang dengar lagu melalui earphone, ada yang main game dan ada yang mengusik rakan sebelahnya yang sedang tidur.
Mingyu di depan menyemak semula tempat-tempat yang mereka akan pergi di Busan nanti.
Seokmin pula memastikan dirinya kelihatan kacak semasa memandu. Ini kerana terdapat ramai pemandu-pemandu wanita di atas jalan raya itu.
Setiap kali ada kereta memotong Vannya, dia akan melihat pemandu kereta itu.
Jika perempuan, dia akan mengenyit kan matanya pada perempuan itu.
Dikatakan semua wanita yang menerima kenyitan mata dari Seokmin itu, dibalas dengan jelingan.
Itu semua tidak mampu menghalang Seokmin dari terus berkelakuan begitu.
Dalam keadaan suasana yang senyap itu, tiba-tiba ada bunyi pelik memecahkan suasana itu.
Prruuttttt~~~
Yang tidur mencelikkan mata. Yang sedang dengar lagu, tercabut earphonenya. Yang sedang main game, terus kalah dalam permainan.
Mereka semua menjadi kaku.
Selepas mengenal pasti bunyi itu, mereka terus menjadi gila.
"SIAPA YANG KENTOT WOI?!!"
"BUSUKNYA!!!!"
"APA YANG DIA MAKAN NI?!"
"KENAPA BUSUK SANGAT NI? BILA KALI TERAKHIR DIA KENTOT NI?!"
"BUKA TINGKAP! BUKA TINGKAP!!!"
Mareka semua cuba membuka tingkap di sebelah mereka dalam keadaan gelabah.
Nasib tidak menyebelahi mereka apabila tingkat tidak dapat dibuka.
"Yah! Seokmin-ah! Macam mana nak buka tingkap ni?!" Soal Taeyang yang semakin lemah.
"Tingkap van ni tak boleh buka. Aku dah gam semua tingkap van ni sebab tingkap van ni asyik terbuka je hari tu" beritahu Seokmin.
"APA?!"
TBC
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro