Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

×××07×××

Tepat pukul 3 petang, semua ahli THE BOYZ dikejut untuk bersiap sedia.

Selesai aku makeup Juyeon, Aku makeup Younghoon pula.

Semasa aku makeupnya, aku teringat sesuatu.

"Younghoon" panggilku.

Younghoon yang sedang melihat telefonnya, terus memandang aku melalui pantulan cermin.

"Emm..minggu depan, korang ada jadual ke?" Soalku.

"Minggu depan? Rasanya tak ada. Kenapa? Cik Jeong nak pergi mana-mana ke? Ke....nak pergi date dengan namchin?" Usik Younghoon.

"Tak adalah. Minggu depan kelas saya ada buat Reunion. Kalau korang tak ada judual minggu depan, bolehlah saya join Reunion tu" beritahuku.

"Ouhh...ingatkan nak pergi date"

"Namchin pun tak ada. Macam mana nak pergi date"

"Kalau macam tu biar sayalah yang jadi Namchin Cik Jeong." Ujar Younghoon.

Aku tertawa kecil dengan jenaka Younghoon itu. Aku okey je kalau dia nak jadi Namchin aku😋.

"Ouh ye. Tadi Hyunjae cakap dengan manager yang dia nak pergi Reunion kelas dia juga" beritahu Younghoon.

"Oh? Hyunjae pun pergi Reunion kelas dia?"

"Nae. Entah-entah Cik Jeong dengan Hyunjae sama kelas."

Aku terkedu seketika.

"T-Tak adalah. Kalau kitaorang sama kelas, mesti dia dah cam saya lebih awal" kataku teragak-agak.

Younghoon menganggukkan kepalanya setuju dengan apa yang aku katakan.

"Cik Jeong! Omma Cik Jeong telefon" beritahu Juyeon sambil menunjuk skrin telefon aku yang terpapar nama ommaku.

"Younghoon sekejap eh"

Aku ambil telefon aku dari Juyeon lalu keluar dari bilik itu.

Aku mengangkat panggilan itu.




Yobosaeyo

Yobosaeyo, Yerim.
Malam ni Yeri ada buat jamuan
Sempena hari jadi dia.
Kamu datang ye.

Hari jadi Yeri?
Kenapa dia tiba-tiba jemput Yerim pulak?
Yerim tak nak pergi

Orang dah jemput.
Kamu kena pergi juga

Tak naklah.
Yerim ada kerjalah.

Jadi jurusolek pun sibuk ke?
Lainlah macam Yeri tu, Kerja doktor yang sentiasa sibuk.

Boleh tak Omma jangan nak bezakan pekerjaan Yerim dengan perempuan tu?

Dah memang betul.
Beza pekerja Yeri tu 10 kali lebih bagus dari pekerjaan kamu tu!
Dulu Omma suruh kamu ambil jurusan perubatan tak nak. Kan dah susah.

Yerim tak cakap pun Yerim susah dengan pekerjaan Yerim ni. Yerim suka dengan pekerjaan Yerim sekarang ni.

Omma dah tak nak dengar apa yang kamu cakap. Kamu kena datang juga malam ni!

Ye---

Tutt---

Aku melepaskan keluhan berat.

Pandangan aku teralih ke arah Hyunjae yang baru keluar dari tandas.

Aku menarik kebawah topi aku dan buat seperti tiada apa yang berlaku.

"Awak buat apa dekat sini?" Soal Hyunjae.

"Saya jawab panggilan dari omma saya tadi" beritahuku.

Dia mengangguk kecil kepalanya lalu masuk ke dalam bilik menunggu.

Sekali lagi aku melepaskan keluhan kecil.

Omma aku tak habis-habis mempersoalkan tentang pekerjaan aku.

Aku bukan buat kerja yang salah pun.

Makeup je kot. Makeup artis pulak tu.

Dia punya bantah macam aku kerja rompak bank pulak.

Aduhhhh..malas lah nak pergi rumah si Yeri tu.

Nak menunjuk la tu. Kalau tak, tak adanya dia nak jemput aku.

Adalah tu dia nak berlagak sesuatu pada aku.😒

•••

Habis sahaja persembahan, kami semua mengemas untuk pulang.

"Mina, hari ni aku balik naik bas" beritahuku sambil masukkan barang-barang aku ke dalam beg galasku.

"Kenapa tak naik dengan aku hari ni?"

"Aku nak pergi ke tempat lain"

"Ouh. Okey. Jumpa kau esok"

"Nae."

"Cik Jeong" panggil Hyunjae yang siap sedia nak pulang.

"Awak nak pergi mana?" Soal Hyunjae ingin tahu.

"Saya nak jumpa dengan Omma saya"
Beritahuku sambil menyangkutkan beg aku di bahu aku.

"Sekejap"

Aku memandangnya yang sedang mengambil sesuatu di dalam beg galasnya.

"Nah. Ambillah" Hyunjae menghulurkan tuala kecil kepada aku.

Aku memandangnya pelik.

Dia memegang tangan aku lalu meletakkan tuala itu di atas tangan aku.

"Ambil je. Mana tahu awak perlukannya nanti" kata Hyunjae dengan senyuman kecil.

Walaupun agak pelik dengan kelakuannya, aku ambil sahaja tuala itu.

"Gomawo" ucapku kekok.

Dia hanya balas dengan senyuman lalu keluar dari bilik menunggu itu.



•••

"Kenapa lambat datang? Kamu tahu tak kita dah terlambat" marah Ommaku.

"Yerimkan dah cakap, Yerim ada kerja." Balasku tak puas hati.

"Dah-Dah. Jom pergi" celah appaku.

Aku mengeluh kecil.

Kami bertiga pergi ke rumah Yeri yang hanya berada di sebelah rumah keluarga aku.

Ding~ Dong~


"Nara, datang pun kamu" sapa Makcik Minyoung iaitu Omma kepada Yeri.

"Annyeonghasaeyo" sapa Yeri.

Itu dia dah mai..😒

"Hai Yerim" sapa Yeri dengan senyuman jahatnya.

Aku balas sapaannya dengan menundukkan sedikit kepala aku.

Se.di.kit. sahaja.

Aku memandang Omma aku apabila dia menyiku lengan aku.

"Apa?" Soalku dengan hanya mengerakkan bibirku.

"Tunduk" kata Ommaku perlahan.

Huh! Tak sukalah!

"Annyeonghasaeyo" sapaku sambil tunduk 91°. Bagi lebih sikit nak sangat! Huh!😒

Aku memandang Yeri yang tersenyum senget.

Haish! Menyampah betul aku tengok muka dia!

"Masuklah" pelawa Ommanya.

Kami semua masuk ke dalam rumahnya.




Terdapat pelbagai makanan di hidangkan di atas meja makan.

Aku hanya pandang makanan itu dengan pandangan kosong.

Mula-mula tengok, nampaklah menyelerakan.

Tapi lepas Yeri duduk di depan aku, aku terus rasa tidak selera nak makan.

"Satu kerusi kosong tu untuk siapa? Ada sesiapa lagi nak datang ke?" Soal Ommaku sibuk.

"Oh. Kawan Yeri akan join kita sekali" beritahu Ommanya.

"Ouh..lelaki ke perempuan?"

"Kamu tengoklah nanti"

"Amboi...nak berahsia pulak.."

Ding~ Dong~

"Oh! Dia datang. Biar Yeri yang buka pintu" kata Yeri acah baik.

Aku hanya memandangnya menyampah.

Selang beberapa minit, Yeri kembali bersama seorang lelaki tinggi.

"Omma, Doyoung dah sampai. Makcik Nara, perkenalkan ini teman lelaki saya Kim Doyoung"

"Annyeonghasaeyo" sapa Doyoung pada Ommaku dan Omma Yeri.

"Oh, yang sana tu Jeong Yerim kawan saya"

Huh! Kawanlah sangat.😒

"Annyeonghasaeyo" sapa Doyoung padaku.

Aku balas dengan anggukan kecil.

"Silakan duduk, Doyoung-ssi" pelawa Omma Yeri.

"Nae"

Doyoung duduk di sebelah Yeri.

"Teman lelaki Doyoung ni kerja apa?" Soal Ommaku.

"Doktor. Sama dengan Yeri" beritahu Ommanya.

Ommaku hanya menganggukkan kepalanya tanda faham.

"Ouh ye. Yerim kerja apa?" Soal Omma Yeri.

"Saya kerja Jur--"

"Yerim kerja dekat sekolah menengah rendah dekat Gangnam" potong Ommaku.

Aku memandang Ommaku tak percaya.

Bila masa aku kerja dekat sekolah.

"Kamu kerja sebagai Cikgu ye?"

"T--"

"Nae. Dia jadi Cikgu sekarang ni" tipu Ommaku.

Aku tergamam.

Ommaku memberi isyarat kepada aku supaya tidak beritahu perkara hal yang sebenar.

Kenapa? Malu sangat ke dengan pekerjaan aku?!

Hina sangat ke kerja aku?!

"Kamu mengajar subjek apa?"

"Dia mengajar sub--"

"Omma. Berhenti menipu" potongku.

Semua orang di situ memandang aku.

"Saya kerja sebagai jurusolek" beritahuku jujur.

Semua orang tercengang.

Ommaku memandang tajam ke arah aku.

"Kenapa? Omma malu Yerim kerja sebagai jurusolek?" Soalku yang tidak dapat sabar dengan semua ni.

"Apa kamu cakap ni!" Marah Ommaku.

"Hina sangat ke pekerjaan Yerim? Kotor sangat ke kerja sebagai jurusolek tu? Omma tahu tak, kerja yang bagus tak semestinya kita kena sanjung atau dibanggakan. Buat apa Kalau kerja bagus tapi hati hitam!" Luahku.

Aku juga sempat menjeling ke arah Yeri yang terasa akan kata-kataku itu.

"Maafkan saya Mak cik, Pak cik kerana buat masalah dekat sini. Saya pergi dulu"

Sejurus aku menunduk hormat pada ibubapa Yeri, aku lantas keluar dari rumah itu dan pergi ke taman permaianan berdekatan.

•••

Sebaik sahaja aku melabuhkan punggung aku di buaian, air mata aku terus mengalir dengan deras.

Kenapa Omma benci sangat dengan pekerjaan aku?

Salah ke aku buat benda yang aku suka?

Aku memandang di kaki aku apabila ada sesuatu jatuh di sebelah aku.

Ianya tuala kecil milik Hyunjae.

Aku ambil tuala itu lalu merenung nama Hyunjae yang tertulis di tepi kain itu.

Air mataku menitis di atas tuala itu.

Adakah...sebab ini Hyunjae beri aku tuala kecil ini.

Tapi...macam mana dia tahu?









•••

[Another side]

Seorang lelaki berpakaian hitam memandang Yerim yang sedang menangis di buaian seorang diri.

Melihat situasi itu membuatkan dia rasa simpati.

Ringan sahaja kakinya untuk mendekati Yerim tapi apakan daya situasinya tidak sesuai untuk itu.

"Mianhae Yerim..."












TBC

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro