Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

×××05×××

"Mesti sukar buat awak untuk biasakan diri dengan semua ni. Baru hari pertama bekerja, dah susah macam ni. Saya harap awak tak menyesal bekerja dengan kami" kata Hyunjae sambil mengukirkan senyuman di bibir.

"Tak adalah. Saya okey je. Tak lama lagi saya biasalah dengan semua ni. Lagipun saya suka kerja macam ni" balas ku.

"Okey. Kalau awak cakap macam tu, baguslah."

Aku tersenyum kecil.

"Apapun jangan terlalu kerja keras sangat. Nanti awak jatuh sakit, susah pulak kami nak cari makeup artis lain."

"Nae. Arraseo. Gomawo"

Hyunjae hanya balas dengan senyuman lalu join membernya yang lain yang sedang melihat persembahan group lain di monitor.

Aku tersenyum gembira kerana dapat berbual dengan Hyunjae walaupun hanya sebentar.

•••

"Okey semua! Sila beri perhatian!"

Semua penghuni di dalam bilik itu memandang manager Park iaitu manager THE BOYZ.

"Memandangkan hari ni ulang tahun kelahiran CEO kita, CEO kita akan belanja kita makan!" Beritahu Manager Park dengan semangat.

"Yeayyy!!" Semua orang sorak gembira.

"Tapi CEO kita tak akan turut serta kita kerana dia ada hal lain. Jadi..... Dia berikan card dia pada kita!"

"Yeayyyyyyyyyyyyy!!"

Woah lagi kuat sorakkanya. Nampak sangat lebih suka makan tanpa ada CEO.😏

Sekejap!

Aku tak boleh biarkan penutup mulut ni dibuka! Nanti Hyunjae cam aku!😮

•••

[Namsan Seoul BBQ]

Satu kedai Bbq itu hanya dipenuhi dengan staff-staff Cre.ker.

Orang luar tidak dapat masuk kerana seluruh meja di kedai itu sudah penuh.

Aku duduk bersama dengan team Makeup artis.

Aku rasa sedikit lega apabila aku tidak semeja dengan ahli THE BOYZ.

Ahli The Boyz duduk di meja belakang aku.

Mataku membulat apabila aku terbau minyak wangi yang sangat aku kenal.

Tak silap aku, aku pernah bau minyak wangi ni banyak kali sebelum bertolak ke sini.

Aku mencari dimana datangnya bau minyak wangi itu.

Minyak wangi itu datang dari belakang aku.

Aku menoleh ke arah belakang aku.

Oh?

Tekaan aku betul!

Pemilik bau minyak wangi itu ialah Hyunjae.

Hyunjae duduk betul-betul di belakang aku.

Aku masih rasa lega lagi selagi dia tak duduk semeja dengan aku. Bolehlah aku makan dengan selesa.

•••

Suasana di meja belakang aku sangat riuh.

Kadang kala aku ketawa kecil mendengar jenaka mereka.

"Cik Jeong" panggil Hyunjae di belakang aku.

Aku cepat-cepat naikkan penutup mulut aku lalu memandang Hyunjae.

"Ada tisu lebih tak?" Soal Hyunjae.

"Tisu? Sekejap eh" aku mencari di meja aku. Tak ada.

Ouh ye. Aku ada lebihan tisu untuk lap peluh diorang pagi tadi.

Aku keluarkan tisu dari beg aku lalu beri kepadanya.

"Gomawo. Oh! Cantiknya" Puji Hyunjae secara tiba-tiba.

Bukan puji wajah aku tapi puji gelang tangan aku.

Mula-mula tu aku pun ingatkan dia puji aku...

Nasib aku tak buat riaksi melebih. Buat malu je..

Gelang aku tu bukan mahal pun. Gelang aku ni jenis yang cantum-cantum.

Macam mana aku nak terangkan eh...

Sekejap, aku bagi contoh.

"Awak beli dekat mana?" Soal Hyunjae sambil menyentuh gelang aku.

"Beli dekat Gangnam. Kedai tu ada juga jual manik-manik ni kalau nak buat sendiri" beritahuku.

"Ouh yeke. Bolehlah pergi hujung minggu ni" kata Hyunjae yang masih memandang ke arah gelang aku.

Aku terfikir sesuatu.

"Hyunjae, saya sebenarnya ada banyak gelang macam ni. Awak nak tak? Tapi tak tahulah kalau awak suka ke tak" kataku sambil mengambil gelang yang aku maksudkan di beg aku.

"Nah" aku hulurkan gelang yang dihiasi manik biru dan putih kepadanya. Di tengah-tengah gelang itu juga ada manik yang berbentuk rama-rama.

"Woah! Cantiknya"

Aku tersenyum kecil apabila Hyunjae sukakannya.

"Awak suka?" Soalku.

"Nae. Betul ni saya boleh ambil?"

"Nae"

"Gomawo. Nanti saya belanja awak makan"

"Tak payahlah nak belanja makan. Benda tu bukan mahal pun"

"Betul ni?"

"Nae."

"Okey. Gomawo" ucapnya lalu membetulkan kedudukannya.

Aku tersenyum sendirian.







TBC

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro