×××04×××
"Awak...Makeup artis baru kan?" Soalnya.
Aku melepaskan keluhan kecil.
"Ah, Nae. Saya makeup artis baru" jawabku.
Hyunjae hanya menganggukkan kepalanya tanda faham.
Aku mula memegang berus untuk menacap wajah Hyunjae.
Aku merenung wajahnya seketika lalu menacap makeupnya.
Hyunjae hanya duduk diam dan membiarkan aku membetulkan makeupnya.
Sentuhan terakhir aku ialah pada bibirnya.
Bibirnya kelihatan sedikit pucat, jadi aku perlu letakkan sedikit lipbam untuk merahkan sedikit bibirnya.
Aku tak tahu kenapa, tanganku mengigil apabila aku menumpukan perhatian pada bibirnya.
Jantung aku juga tidak henti-henti berdegup dengan laju.
Apabila bibirnya tidak lagi kelihatan pucat, aku berhenti dari terus sapu lipbam di bibirnya.
Aku sempat memandang matanya sebelum aku menjarakkan diri aku dari dia.
Tidak pernah aku berada sedekat ini dengan dia.
"Dah siap" beritahuku.
"Kamsahamnida" ucapnya lalu mengangkat punggungnya dan pergi duduk bersama membernya yang sudah siap.
Aku melepaskan keluhan berat. Sekarang jantung aku boleh berehat seketika daripada berdegup dengan laju.
Memandang ini adalah pilihan aku, aku perlu biasakan diri dengan semua itu.
•••
Kini semua staff berada di belakang pentas bersama ahli The Boyz.
Ahli The Boyz menunggu giliran mereka untuk naik ke atas pentas.
Sementara itu, pihak makeup dan pihak stylist akan melakukan kerja mereka. Mereka perlu memastikan mereka dalam keadaan sempurna.
Pihak Makeup artis menghadapi kesusahan kerana keadaan di belakang pentas sedikit panas.
Keadaan itu membuatkan makeup mereka cair dan comot.
Selepas aku melalui semua itu, aku baru tahu kenapa staff makeup artis tidak mahu makeup ahli 'Bermuda' line itu.
Mereka terlalu tinggi. Aku terpaksa menjengkekkan kaki aku untuk menacap makeup mereka.
Lenguh juga tangan aku kerana aku perlu mengangkat tangan aku untuk menacap makeup mereka.
Giliran mereka akan bermula tidak lama lagi, aku perlu memastikan mereka bertiga dalam keadaan sempurna.
Aku pergi ke arah Hyunjae yang sedang memanaskan badan.
Aku tolak semua perasaan rasa suka pada dia, kerana sekarang aku terlalu sibuk untuk memikirkan soal itu.
Suka-suka juga tapi aku kena jalankan tanggungjawab aku.
Baru sahaja aku nak menjengkekkan kaki aku untuk tacap makeupnya, Hyunjae terlebih dahulu merendahkan badannya.
Aku sangat terkejut apabila wajahnya betul-betul berada di depan aku.
Selalunya aku perlu mendongak wajah aku untuk memandang wajahnya.
Aku menjadi kaku seketika.
Aku cuba sedarkam diri aku lalu membetulkan makeupnya yang comot.
•••
Tanpa aku sedar, aku tersenyum kecil semasa melihat Hyunjae membuat persembahan.
Sudah lama aku tidak melihat persembahannya secara live.
Aku sedar dari lamunan aku apabila persembahan The Boyz tamat.
Aku siap sedia menghidupkan beberapa kipas kecil.
Sebaik sahaja Ahli THE Boyz turun dari pentas, aku terus bagi kipas-kipas itu kepada Juyeon, Younghoon dan Hyunjae.
Kami semua kembali masuk ke dalam bilik menunggu.
Mereka semua dalam keadaan berpeluh.
Sekali lagi, pihak Makeup artis akan sibuk melakukan kerja mereka.
Aku sibuk mengelap peluh di wajah mereka semasa mereka sedang melihat hasil persembahan mereka sebentar tadi di telefon manager mereka.
"Cik Jeong, bateri kipas saya habis" beritahu Younghoon.
Aku mengambil kipasnnya lalu bagi kipas yang lain.
"Cik Jeong, saya nak tisu lagi" minta Juyeon.
Aku mengeluarkan beberapa helai tisu di beg makeup aku lalu baginya.
"Cik Jeong, saya nak tisu juga" minta Younghoon lagi.
Aku keluarkan beberapa tisu lagi lalu bagi Younghoon.
Aku menyandarkan badan aku di dinding untuk berehat sebentar.
Susah juga buat kerja ni.
Tapi..aku tetap suka. Suasana di sini sangat riuh.
Terhincut bahu aku apabila ada tangan mengelap peluh yang mengalir di wajah aku dengan tisu.
Aku memandang pemilik tangan itu.
Ianya milik Hyunjae.
TBC
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro