♦ Part 9 - Letter and News ♦
"There's a time that I remember, when I did not know no pain
When I believed in forever,and everything would stay the same
Now my heart feel like December when somebody say your name
Cause I can't reach out to call you,but I know I will one day, yeah"
Laura bersenandung kecil sambil memotong lobak merah dengan halus. Sejak seminggu radio rosak, terpaksalah dia sendiri yang jadi radio. Nasib badan.
Usai memotong lobak merah,gadis itu mencapai pula sayur brokoli. Sayur kegemarannya sejak dia kecil lagi.
Secara tiba-tiba, memori lama menjengah minda. Teringat dia saat ibunya menyuapkan dia sayur brokoli.
"Nah,makan sayur ni. Biar sihat"
"Mmmm, sedap! Sayur apa ni,mama? Sayur ni macam pokok! Sayur pokok ke namanya?"
"Hahaha,ini namanya sayur brokoli. Sedap tak?"
"Sedap! Paling sedap kat dunia!"
"MEMORIES BRING BACK MEMORIES BRING BACK YOU!"
"Ya Allah!"
Spontan pisau yang berada di dalam gengaman terlepas.
"Hahaha!" tawa Vivian. Kuat. Gayanya sambil memegang perut lagi, macam lawak sangat. Laura memutarkan biji matanya.
'Sewel punya kawan' getus hatinya.
"Ahaha..Ala, relax lah Laura..orang dah panggil tak dengar, kan dah kena!" kata Vivian cuba mempertahankan diri. Dia memegang bahu sahabatnya.
"Apa-apa je lah, kau dah siap ke beli barang tu?" soal Laura tanpa memandang muka gadis di sebelahnya. Pura-pura busy lah katakan.
"Done,bos! Penat aku cari barang yang kau suruh beli ni," balas Vivian.
"Dah tu kau nak apa? Upah?" tanya Laura lagi. Kali ini, dia memandang wajah Vivian sambil mencekak sebelah pinggangnya.
"Tak nak,aku buat semua ni sebab nak rasa air tangan chef cilik ni. Entah sedap,entah tidak! Who know?" kata Vivian tanpa rasa bersalah.
"Ei,watch your mouth ok? Tengok orang la.." bidas Laura pula. Dia menyambung semula kerjanya yang tergendala disebabkan perempuan gila tadi.
Vivian di belakang hanya mengekek ketawa melihat telatah Laura.
♦♦♦
"The food is ready! Tadaa!" kata Laura sambil meletakkan mangkuk berisi sup sayur di atas meja makan. Vivian sudah gatal tangan mahu mencapai sudu,namun sempat ditegah Laura.
Kalau cakap tak pe, ni ketuk guna senduk wei.. Sakit tau tak.
"Wait ye, puan. Nak panggil my father dulu," ujar Laura berseloroh. Bibirnya melakar senyuman kemenangan. Vivian mempamerkan riak monyok. Dia mengusap tangannya yang 'diajar' oleh Laura tadi.
Apron biru muda itu ditanggalkan Laura. Kakinya melangkah keluar dari dapur dan bergerak ke tingkat atas. Tujuannya ialah ke bilik ayahnya.
♦♦♦
"Papa,oo..papa! Makanan dah siap. Jom makan sama-sama," ujar Laura sebaik pintu bilik diketuk.
"Ya,Laura. Kejap papa keluar," sahut Encik Hayden dari dalam bilik. Tak lama kemudian, pintu bilik dikuak dari dalam. Encik Hayden keluar dari bilik sambil memasang cermin mata pada wajahnya.
"Jom," ujarnya. Laura cuma menganguk. Semasa menuruni anak tangga yang kedua, gadis itu berhenti melangkah.
"Papa,Laura nak tukar baju kejap. Papa pergi dulu,nanti Laura sampai!" kata Laura sambil berlari anak ke biliknya. Encik Hayden cuma menggelengkan kepalanya melihat telatah Laura. Lalu,dia menuruni anak tangga semula.
"Mana baju t-shirt aku ni?" soal Laura sendiri tatkala sedang membongkar bajunya di dalam rak putih itu.
Meoww~
Laura memandang ke sisinya. Alangkah terkejutnya dia apabila terlihat baju t-shirt yang dicarinya sedang dibawa main oleh Maru!
"Maru! Baju akak!" jeritnya separa kuat. Tangannya mahu menarik baju kucing cair itu. Namun,kucing bertuah itu pantas melarikan diri keluar dari bilik bersama baju itu.
Bukan,apa. Dia baru je beli baju tu. Nak juga tunjuk kepada ayahnya.
"Maru,janganlah lari!" jerit Laura lagi sambil mengikut jejak langkah Maru. Maru terus berlari sehingga masuk ke dalam bilik Encik Hayden yang tidak bertutup rapat.
Laura mula rasa ragu-ragu untuk menceroboh masuk bilik ayahnya. Tapi,tak kan nak biarkan Maru rosakkan bajunya?,fikir Laura. Lalu, tanpa banyak soal, gadis itu terus meluru masuk untuk mencari bajunya.
Kreekk
Bunyi pintu di kuak. Kelibat Maru dicarinya merata bilik. Atas katil, bawah katil,belakang rak, tepi kerusi. Namun kelibat Maru masih tidak dapat di kenal pasti. Laura menjenguk pula ke bawah meja. Hampa.
"Tak apalah,ambik baju lain jelah," katanya sambil mengeluarkan kepalanya dari bawah meja.
Bukk!
Prangg!
"Aw!" jerit Laura apabila kepalanya berlaga dengan kaki meja. Gadis itu mengurut bahagian tepi kepalanya. Nasib baik tak biul atau hilang ingatan. Lek la,langgar sikit je.
"Alamak,gambar mama!" ujarnya apabila tersedar yang gambar ibunya terjatuh. Tangannya pantas mencapai bingkai gambar tersebut.
Secara automatik,wajahnya berubah sayu. Senyuman ibunya didalam gambar tersebut jelas menunjukkan yang wanita itu sedang bahagia disamping keluarganya. Kepingan gambar dibalik kaca itu ditatap penuh rindu. Dia masih tidak menyangka ibunya pergi seawal itu. Tapi, apakan daya? Jika ini yang terbaik untuknya dan ayahnya, dia redha.
"Eh?"
Gadis itu tiba-tiba tersedar ada kertas yang terselit di belakang gambar ibunya. Dengan berhati-hati, dia membuka bingkai gambar tersebut dan mengeluarkan kertas yang terlipat kemas dibelakang.
"Apa ni?"
Kertas itu kelihatan lusuh,seperti sudah lama ianya disimpan. Bahagian sisi kertas itu pula sedikit kekuningan berbanding didalamnya. Hati gadis itu terasa gatal untuk meneliti isi kertas yang terlipat kemas tersebut. Dengan lafaz basmalah, gadis itu segera membuka lipatan dan membaca isi yang tertulis.
Sebaris..
Dua baris..
Tiga baris..
Air muka gadis itu terus berubah.
Empat ba...
"Laura! Oo..Laura! Makanan nak sejuk ni!" jeritan nyaring Vivian mengejutkan Laura kembali ke alam realiti semula.
"Alamak!"
"Sekejap, dalam bilik air!" balas Laura terpaksa menipu. Dia segera menuju ke biliknya untuk menukar pakaian. Kertas tadi dia tidak lupa untuk selitkan dalam poket seluar.
♦♦♦
"Kenapa lambat?" tanya Encik Hayden pada Laura yang kelihatan sedikit tercungap-cungap.
"Toilet, sakit perut" bohong Laura. Lagi.
Dia menarik kerusi bersebelahan dengan Vivian. Berhadapan dengan bapanya.
Meja makan yang diperbuat daripada kayu jati itu memang dikhaskan untuk enam orang makan walaupun selalunya cuma tiga insan saja yang menjamu selera. Selalunya..
Ah,lupa..sekarang dua orang saja. Kalau bukan kerana Vivian, meja ni tak akan ada tiga insan lagi. Tak akan.
"Laura,before we eat,papa nak cakap sikit" ujar Encik Hayden tiba-tiba meyentak Laura dari fantasinya.
"Yes,papa?" soal Laura. Vivian di tepi cuma mendiamkan diri.
"Sorry,Vivian because you have to hear this," Suara Encik Hayden bertukar serius.
"I'm fine,if you both need privacy, I can go," balas Vivian pula. Dia asudah berura-ura mahu beredar namun perbuatannya ditegah lelaki itu sendiri.
Encik Hayden kembali memandang Laura. Gadis itu sebenarnya berasa agak gugup. Terasa tidak senang duduk dibuatnya.
"Laura, papa tahu..sukar untuk Laura teruskan hidup selepas kematian arwah mama. Selama sebulan ni,papa perhatikan Laura banyak sangat buat kerja. Papa tak tahu bila Laura berehat,dengan kerja lagi. Tengah cuti ni kan? Tapi Laura masih tak berehat" jelas Encik Hayden panjang lebar.
Dia menarik nafas panjang sebelum menyambung kata. "Erilyn masih tak boleh keluar hospital walaupun dah sedar,Vivian pulak tak boleh selalu temankan Laura, papa pun tak ada banyak masa dekat rumah. Hari ni papa ambil cuti sebab nak temankan Laura..dan sebab nak bagitahu Laura tentang keputusan papa".
'Oh no, sounds bad' monolong Laura.
"Ke..keputusan? Keputusan apa?" soal Laura penuh debaran. Dia seakan dapat mengagak ayat yang bakal keluar dari mulut ayahnya. Tapi harapnya bukan seperti yang dia sangka.
"Hurm,papa dah buat keputusan untuk kahwin lagi satu," Dengan sehembus nafas, lancar Encik Hayden bersuara tanpa was, tanpa takut, tanpa gugup..
Tanpa memikirkan perasaan anak gadisnya.
-♦♦♦-
Harap puas hati,maaf lh lambat sangat...thanks sbb sudi nk baca cite ni. Makin lama,makin bermisteri pulak. Korang jgn ingat kucing tu je misterinya. Huehehehe..
Wait, abis tu tadi surat pasal apa ek? Ce teka..kalau tepat, next part will be release.
Hahaha(~ ̄³ ̄)~
Bye😜
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro