Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

♦ Part 20 - Gurdian ♦

"Huf.. Huf.. Huf"

Dia terbangun dari tidur. Rambutnya diraup kebelakangan disusuli dengan sumpah seranah melepaskan amarahnya.

Mimpi yang dialaminya tadi, mimpi tentang adiknya... dan.. Silent Blood. Dia dah agak ini akan berlaku!

Bang! bang! bang!

Pintu rumahnya diketuk kuat. Lelaki itu bingkas bangun dan menghala ke arah pintu. Tanpa teragak-agak lagi, kepingan kayu papan itu dibuka.

Wajah seorang lelaki menjamah pandangan mata. Dia kelihatan tercungap-cungap dan tubuhnya dibasahi peluh seperti baru berlari marathon.

"Apa fasal ni, Frex?!" tanya Razen panik melihat keadaan ahli sihir muda itu.

"Mati!... Pihak atasan dah tahu.. Royal Gurdian dah tahu!" maklum lelaki itu dengan selaan nafasnya yang semput.

"Tak guna!" hambur Razen kegeraman. Dia lantas masuk semula kedalam rumah dan mengapai apa-apa barangan yang perlu. Tidak lama selepas itu, lelaki itu muncul kembali. "Jom blah!"

"Kau yakin kau nak lari?" soal Frex yang sudah berlari mengikut rentak teman baiknya. Ya, teman baiknya yang gila.

"Tak kan aku nak stay? Aku tahu cara ni salah! Tapi ini untuk kebaikan Spirit Ghaizer juga!" balas Razen yang juga sedar akan tindakannya yang salah. Gurdian pasti lebih marah nanti.

"Aku dah cakap! Kau ni degil juga!"

"Diamlah! Yang kau sampai bersusah payah nak bagitahu aku ni apa fasal?! Bukan ke kau tak kisah pun aku mampus ke apa?" soal Razen cuba menukar topik. Tahu sangat yang Frex mahu membebel. Dia masih gigih mengelak daun-daun gergasi yang menghalang jalannya. Langkahnya juga diperhati dengan teliti. Takut meninggalkan kesan yang terlalu jelas dan menyebabkan mereka mudah dijejaki.

"Kenapa? Kau memang nak Gurdian pancung kau?" jawab Frex dengan nada kegeraman. Tak tahu dek untung punya kawan!

"Diamlah!"

Dan perbualan mereka tamat disitu. Hanya nafas kasar mereka sahaja kedengaran disaat oksigen dipaksa masuk ke dalam jantung yang sibuk bekerja mengepam darah.

♦♦♦

Bang!

Pintu kayu yang tidak bersalah itu ditendang melepaskan geram.

Lelaki berambut kelabu itu mendengus marah "Dia tahu kita nak datang. Itu yang dia dah lari awal-awal! Razen tak guna." bentaknya.

"Edric, kau releks boleh tak?" tegur seorang perempuan berambut putih kekuningan. Mata kuning kristalnya mencerlung tajam pada wajah lelaki panas baran itu.

"Releks, releks.." ajuk gerangan lelaki yang dipanggil Edric tadi. Terus dia bersandar dia pintu yang baru menjadi mangsanya tadi.

"Jadi.. apa pelan kita? Kejar dia?" soal seorang pula perempuan bermata merah. Suaranya sangat halus dan tajam. Pada akhir ayatnya, bibirnya menyimpulkan senyum sambil matanya berlari ke sekeliling sudut ruang rumah tersebut. Memang itulah perangai Azean. Pelik dan sedikit sebanyak seram. Senyumannya sentiasa misteri. Hanya dia sahaja yang tahu apa yang difikirkannya.

"Kalau memang itu pelan kita, dari awal kenapa tak terus kejar saja? Buat apa lagi tunggu sini?" hambur Edric. Dia tidak suka apabila rakannya mula buat perangai 'misteri'. Lelaki itu sudah bosan dengan perangai Ace, gadis keturunan crystal eye. Sumpahan yang menakutkan namun memberi kekuatan bagi pemiliknya.

"Razen mungkin bijak, tapi tetap tak mampu menandingi kita." Tiba-tiba satu suara lain yang dari tadi diam menyampuk. Lelaki yang turut memiliki mata kristal bewarna kuning itu memaparkan wajah kosong namun kata-katanya penuh angkuh.

"Kita kenal Razen. Memang dia seorang Halira, tapi tak mungkin dia dapat tahu pihak atasan buru dia semudah itu. Kitakan dah tutup bau kita. Pasti ada yang beritahu padanya." jelas Ace. Gadis itu menjeling abangnya, lelaki yang handal dan bijak namun sentiasa berwajah kosong.

"Frex." ujar lelaki itu yang seakan faham-faham isyarat adiknya.

"Abang yakin?" soal Ace inginkan kepastian.

"Aku dah guna kuasa aku." balas lelaki itu ringkas. Dia menyandar ke dinding lantas menyilangkan tangannya.

"Frex, dah agak dah." guman Ace. Dia tahu abangnya punya kuasa masa. Jadi untuk apa-apa kepastian, tanya sahaja pada lelaki berwajah kosong itu.

"Kalau kita tak tangkap dia malam ni, Royal Gurdian akan naik angin!" Macam biasa, Edric lah yang paling nipis kesabarannya.

"Kau ni, aku dah cakap releks, releks sajalah. Kita inikan Gurdian. Lagipun, kau nak takut apa? Ayah kau jugakan?" sindir Ace. Sengaja dia bermalas-malasan mengejar Razen. Lambat atau cepat, Razen pasti dapat ditangkap.

"Tch!" Terus lelaki itu terdiam.

"Sayang sangat.. Razen dan Frex keduanya berpotensi." komen Azean yang kini sedang membelek meja kayu ditepi tingkap. Dia menyambung, "Tapi nampaknya... mereka sekarang cuma berpotensi untuk maut saja.." Gadis pelik itu senyum sendiri.

Ace memutarkan bola matanya dengan perangai Azean. "King, diorang menuju ke mana?" soal Ace pada abangnya. Memang terkadang dia memanggil lelaki itu dengan nama, terkadang dengan panggilan 'abang'. Ikut suka mulut dialah nak panggil mana.

King bergerak ke pintu, tempat Edric bersandar. Kuasanya diaktifkan, dan kawasan luar diperhati. Beberapa saat kemudian, kuasanya dimatikan semula.

"Selatan." ujarnya.

Ace menganguk. "Jom gerak."

Baru semua ingin melangkah keluar, Azean bersuara tegang. "Nanti!"

Semua memandang gadis berambut merah tersebut. "Kenapa kau ni?" soal Edric.

"Aku dah agak.." guman Azean rendah namun cukup untuk di dengari semua.

"Kenapa?" soal Ace pula. Jangan buat suspen.

"Ada medan sihir dekat rumah ni." terang Azean. Dia bergerak pantas kearah rak buku yang terletak di tepi meja kayu. Buku disitu digeledah.

"Medan sihir? Kenapa aku tak rasa apa-apa?" soal Ace hairan. Dia biasanya mampu mengesan apa-apa bentuk kuasa disekelilingnya. Namun kali ini, tiada apa-apa pun?

Satu buku berkulit keras dan bewarna merah dikeluarkan dari rak oleh Azean.

"Bila tumpukan kuasa betul-betul, memang sebenarnya ada medan kuasa dekat rumah ni," terang King.

"Iyalah.." Ace mengiyakan.

"Tengok ni.." Sang gadis bermata merah itu menunjukkan sesuatu di dalam salah satu helaian kertas buku tersebut. Sebuah lingkaran bulatan merah bersinar dengan beberapa simbol magik kelihatan. Pentagram.

"Inikan..." ujar Edric.

"Mentera pendinding memori." Ayat itu meluncur laju dari mulut King. Semua tergamam.

"Tapi kenapa?" soal Ace pula.

"Kita akan tahu bila kita pecahkan mentera ni." jawab Azean.

Gadis itu mengubah posisi buku menghadap dirinya. Satu tangannya memegang objek tersebut. Mulut gadis itu terkumat kamit melafazkan jampi pemecah setelah kuasanya dihidupkan. Matanya bertukar merah menyala dan medan kuasa didalam buku itu dipegang.

Krek.. krek.. Pushhhh!

Serta merta medan kuasa itu pecah. Mata Azean bertukar normal.

"Melvy." ujar Azean tajam.

"Ya, Razen kunci memori kita semua tentang Melvy." kata Ace pula. Gadis itu mengetap bibirnya.

"Melvy tak ada." ujar King. Mukanya berubah serius.

"Mana dia pergi?" soal Edric memandang King disebelahnya.

"Tak ada.. tak ada dalam Spirit Ghaizer." Azean bersuara menjawab soalan Edric. Sesudah itu, semua mereka melepaskan desahan nafas tajam.

Lama gila tak update ye guys. Pelankung lah gue (๑¯◡¯๑)

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro