♦ Part 19 - Syaitan Bermata Biru ♦
Meow
Meoww
Meowwww
Bunyi ngiauan seekor kucing kedengaran. Erilyn tidak dapat tidur. Bunyi itu menganggu dia untuk melelapkan mata!
Tidak tertahan lagi, gadis itu duduk 90 darjah. Rambutnya yang serabai diserabaikan lagi. Ahh.. stres! Jam di dinding dikerling dengan ekor mata.
"2:30 pagi?! Huaawaaa..." Gadis itu merengek kecil sambil merebahkan badannya kuat. Mata dipejam lagi. Dirinya cuba bertenang. Gila betul. Disebabkan bunyi kucing itu, dia langsung tidak dapat melelapkan mata. Sudahlah bunyinya kedengaran seram! Dan... aneh. Bunyi kucing itu aneh. Seakan ia benar-benar dekat dengan dirinya. Tambahan pula, bulu romanya tidak henti berdiri. Anehnya lagi! Hatinya tiba-tiba tidak tenang! Erk..
Mata yang pejam, dicelik. Bola matanya bermain di setiap sisi bilik. 'Apa hal tiba-tiba seram sejuk ini?' fikir Erilyn.
Meoww
"Ah, sudah.." keluhnya sambil meneguk air liur. Bunyi ngiauan itu meleret dan seakan keras.
"Okay, releks Erilyn. Tidur ya.. lupakan kucing gila tengah-tengah malam yang mengacau tidur kau ini." ujarnya sendiri. Haih.. sabar sajalah Erilyn. Untuk yang entah keberapa kali, gadis itu cuba untuk tidur.
Meowwww
Matanya celik lagi. Kali ini pandangan matanya tajam. Ibarat ia mengeluarkan lazer yang mampu memusnahkan apa yang dilihat. Nafasnya turun naik. Kesabarannya mulai menipis.
Erilyn bukanlah gadis yang lemah dan pengecut. Dia bingkas bangun. "Memang nahas kucing ini aku kerjakan." Dia menguman geram. Rambutnya yang seperti sarang burung itu diikat ala kadar. Telefon pintar dicapai dan flashlight dihidupkan.
Perkara pertama ditujunya ialah, tingkap. Langsir diselak dan susuk tubuh haiwan berbulu itu dicari. Keadaan malam yang gelap tidak berapa menganggu penglihatannya dek kerana lampu jalan yang bersinar terang melawan kegelapan malam.
Setelah seketika meneliti keadaan diluar, Erilyn mendengus geram. Matanya tepat menikam satu susuk tubuh haiwan kecil yang betul-betul di bawah meja putih diluar. Kucing itu tiba-tiba membalas semula renungan matanya.
"Ah?" Erilyn tersentak. Betulkan apa yang dilihatnya? Gadis itu mengosok kelopak matanya memastikan yang dia tidak bermimpi.
Namun, sebaik sahaja matanya dibuka, kucing tersebut hilang! Terbeliak terus matanya.
Kelopak mataya digosok lagi. Tak ada! Memang lesap! Matanya dikerdipkan beberapa kali.
"Oookay... Itu creepy." gumannya sendiri. Tetap, dia masih mahu menyalahkan matanya. Mana mungkin seekor kucing tiba-tiba bertukar warna matanya menjadi biru yang bersinar? Mana mahunya seekor kucing menghilang dengan sekelip mata sahaja? Mustahil...
Erilyn termanggu sendiri. Mengelamun entah ke mana.
Meow
Bunyi itu menyedarkan dirinya. Pipinya ditepuk! Yah, ia masih kucing biasa sahaja! Dan kucing itulah punca dirinya tidak dapat tidur. Perasaan marah kembali menguasai diri.
Kakinya melangkah geram ke pintu bilik. "Kalau aku dapat dia ini, siaplah makan selipar. Tengah-tengah malam buat konsert orkestra pula. Kacau daun betul!" Mulutnya tak habis merungut geram. Pintu bilik dibuka dan laju saja dia bertindak mencari 'penyanyi tak berbayar' itu.
Meow
Seakan turut mengerti keberadaannya dicari, kucing tersebut berbunyi lagi.
Erilyn senyum gembira. Satu langkah kehadapan! Tapi mengapa bunyinya seperti di.. dalam rumah?
Kepalanya menjenguk tingkat bawah yang gelap. Mama pernah cakap yang rumah ini ada seorang pembantu rumah muda. Mungkin Erilyn boleh minta sahaja dia menghalau kucing itu.
"Ah, kejam sangatlah kacau orang tidur. Bilik dia pun aku tak tahu kat mana." keluhnya sambil bergerak ke tingkat bawah.
"Sudahlah rumah ini besar macam istana. Perghh, bila fikir balik, ini rumah ke istana?" bebelnya lagi.
Tahu-tahu saja, dia sudah sampai di pintu dapur. Baru gadis itu hendak membuka pintu tersebut, dia terpandang sesuatu yang seakan melintas laju disisinya. Susuknya kecil saja.
Erilyn memanjangkan lehernya. Dengan berani, dia cuba mendekati koridor sunyi disebelah dapur. Tempat dimana dia terlihat pergerakan tadi.
Dengan berhati-hati, lampu daripada telefonnya disuluh di setiap ceruk koridor itu.
Meow
Pergerakan Erilyn terhenti. Kenapa bunyinya seakan dekat? Sangat dekat. Matanya menjadi sensor megesan punca bunyi itu. Sehinggalah dia terpandang sebuah pintu kayu dengan ukiran vintaj di permukaan pintunya.
Dia tergerak melihat isi didalam bilik tersebut. Pintu bilik dirapati lalu tombol dipulas.
Meow
Kepala Erilyn tertoleh kebelakang, dan satu lagi kelibat kerdil melintasi belakangnya.
Dia menelan air liur. Tiba-tiba, hatinya berasa tidak sedap. Perasaan apa ni?
Erilyn cuba bertenang. Fokusnya kembali kepada bilik yang menarik perhatiannya tadi.
Sejurus itu dia terjerit kecil. Kucing di halaman rumah tadi kini berada betul-betul dihadapannya. Tapi bukan itu yang memeranjatkannya. Tetapi.. matanya... matanya benar-benar bewarna biru yang bersinar!
Erilyn hendak melangkah pergi namun tanpa disangka-samgka kakinya tidak dapat bergerak. Kemudian tangan dan seluruh tubuhnya menjadi kaku! Telefonnya jatuh mencium lantai.
Gadis itu berusaha keras melepaskan diri namun dia masih tidak bergerak walau seinci pun!
"Erghh, kenapa ni?!" Erilyn panik! Tubuhnya sudah berpeluh dingin.
'Keturunan Ruverta selalu menyusahkan'
Suatu suara aneh tiba-tiba kedengaran. Bunyinya tidak dapat dijelaskan dengan tepat dari mana. Ia seakan bergema di dalam kepala dan ruang rumah.
'Perlukah aku musnahkan terus keturunan Ruverta atau perlu aku tunggu?'
"Apa ni tak guna! Lepaskan aku! Kenapa aku tak boleh bergerak?" marah Erilyn yang masih cuba mengerakkan tubuhnya.
'Aku yang bersuara.'
Kucing dihadapan dipandang. Nafas Erilyn turun naik. Gila!
"Arghhh! Lepaskan akulah!" Erilyn menjerit meminta bantuan. Sungguh dia keliru dan terkejut dengan apa yang berlaku.
'Ruverta bodoh.'
Dengan sepantas kilat, tubuh Erilyn diheret masuk ke dalam bilik kosong tersebut dan dia jatuh terlentang kehadapan dengan keadaan dirinya yang masih seperti patung kaku. Dia mengerang kecil. Pintu ditutup kuat, dan tidak tahu oleh siapa.. atau apa.
Mukanya bertemu lantai, dan tepat-tepat dibawahnya, ada satu lingkaran biru terang menyinari kawasan tampatnya jatuh. Belakang badannya tidak semena-mena terasa ditekan. Kuat. Bukan tapak mahupun tangan, namun tekanannya seperti satu bentuk tenaga yang bukan daripada apa-apa objek nyata.
'Mungkin aku perlu tunggu...'
"Erghh.. sakit! Arghhh!" Erilyn menjerit sakit.
Dia melekat diatas lantai dan tidak mampu melakukan apa-apa.
'Supaya dapat aku guna di masa hadapan.'
Dan sejurus itu, tubuh Erilyn termasuk terus kedalam cahaya biru diatas lantai itu dan tiba-tiba dia keluar dari syiling dan jatuh betul-betul di kawasan tadi—kawasan dimana dia ditekan kuat. Cumanya kali ini tempat itu tidak lagi dilingkari dengan lingkaran biru. Hanya lantai batu yang kosong dan menyakitkan. Terasa dirinya baru diteleport.
Gadis itu cuba bangun apabila dia mampu semula mengerakkan anggota badannnya. Kepalanya terasa berpiijar akibat hentakan di lantai. Sebaik mukanya diangkat, seekor kucing bermata biru sedang menyeringai kearahnya. Jaraknya tidak sampai satu meter. Seluruh urat sendi badan terasa lemah.
"Sya... Syaitan.. Syaitan! Kau syaitan! Pergi! Pergi!" Erilyn menjerit semahu-mahunya dia mengesot ke belakang sehingga akhirnya bertemu pintu. Nafasnya tidak teratur dan rambutnya kusut.
'Syaitan? Ya, memang'
Dan jeritan Erilyn pecah lagi apabila haiwan itu meluru pantas kearahnya seakan ingin menerkam dirinya!
Buk!
Tubuh Erilyn jatuh kebelakang. Pintu tiba-tiba terbuka. Matanya memerhati kehadapan. Mana kucing tadi? Seluruh tubuhnya menggeletar. Tanpa membuang masa, gadis itu berlari sepantas yang termampu dari situ.
Dia tidak pasti apa yang dia alami.. dan dia harap ini semua hanya mimpi!
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro