Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

♦ Part 18 - Velvet ♦

"Tahniah, puan," ucap doktor perempuan itu sambil tersenyum manis. Rambut hitam keritingnya beralun lembut.

Wanita dihadapannya itu menekup mulut. "Ma.. maksud doktor?" tanyanya.

Doktor yang bernama Eiqca itu masih tersenyum. "Kandungan puan sudah mencecah tiga minggu. Puan akan mendapat bayi tak lama lagi. Tahniah sekali lagi,"

Air matanya menitis. Tak sangka.. Dia akan ada cahaya mata. Perutnya dipegang lalu diusap lembut. "Mommy akan jaga kamu baik-baik ya, sayang.. Walaupun tanpa papa, mommy akan berusaha yang terbaik,"

♦♦♦

Peristiwa seminggu lalu berputar kembali dalam roda ingatan. Senyuman wanita itu melebar. Perutnya yang masih kempis diusap penuh kasih sayang seorang ibu.

Teringat pula dia kepada anaknya yang lagi seorang. Erilyn. Sudah tiga minggu gadis itu di hospital. Masih tidak sedarkan diri. Tiba-tiba wajah Laura terbayang.

Mukanya terus tegang. Menyampah dengan pembunuh sepertinya. Dia akan pastikan gadis itu merana seumur hidupnya. Dia janji!

♦♦♦

Tiga bulan kemudian...

"Cepatlah masak itu! Apa terhegeh-hegeh!" tengkingnya. Laura yang sedang menggoreng ayam itu terkejut lalu terlanggar sedikit kuali di atas dapur itu. Dengan tidak semena-mena, tangan kirinya terkena percikan minyak panas.

"Auch," dia mengerang sakit. Kaylee yang memandang kejadian itu hanya buat tidak tahu.

"Cepat! Jangan lembab sangat buat kerja! Hari ini Erilyn hendak balik! Semua kena sempurna!" arahnya lagi.

Laura terus memandang ibu tirinya itu. "Erilyn.. nak balik, madam?" soalnya berhati-hati. Hatinya cukup gembira mendengar khabar itu.

Kaylee menjengilkan mata hazelnya kearah Laura. "Kau jangan berani-berani hendak rapat dengan dia! Tak payah hendak ambil kesempatan! Ingat, kau itu cuma orang gaji!" Kaylee memberi amaran keras. Jangan harap pembunuh sebegini hendak rapat dengan anak-anaknya.

"Kau faham, tak?!" tengkingnya dengan lebih kuat. "Fa.. faham.." jawab gadis itu terketar-ketar. Kepalanya menekur lantai. Kemudian, Kaylee terus keluar dari dapur. Jijik rasanya bila dekat dengan perempuan itu.

Kakinya menapak ke ruang tingkat atas rumah. Dalam perjalanan, mulutnya dibasahkan dengan maki hamun terhadap gadis itu. Panas hatinya tidak akan surut apabila melibatkan Laura.

Ralit dia meluahkan rasa bencinya, sedar-sedar dia sudah tiba di dalam biliknya. Bilik yang dahulu penghuninya dua jiwa. Kemudian, satu darinya direntap dan diheret pergi. Namun, kini...

Kaylee tersenyum nipis.

Bilik ini kembali terisi dengan dua jiwa. Kerana dia ada dia. Si kecil yang menjadi peneman dirinya siang dan malam. Siapa sangka? Dengan ehsan tuhan dia masih dikurniakan seorang anak.

Perutnya yang masih kempis itu diusap permukaannya. Senyumannya semakin melebar.

Sungguh, dia bersumpah dengan seluruh nyawanya untuk menjaga anugerah ini. Ini bukti cintanya antara dia dan Hayden.

Tanpa sedar, kotak ingatannya memainkan kembali memorinya bersama suaminya.

♦♦♦

"Hayden, kalau you boleh pilih.. You nak baby girl or baby boy?" soalnya ditujukan kepada lelaki yang bergelar suami itu. Dia yang baru selesai menyikat rambutnya di meja solek melihat pantulan Hayden melalui cermin dihadapannya.

Apabila pandangan mereka bertemu, masing-masing saling mengukir senyuman manis. Hayden yang baru keluar dari dalam bilik air itu terus berjalan kearah isterinya yang seakan menanti dirinya.

"Why?" soalnya lalu rambut isterinya diusap lembut.

"Hayden, your breath smell like mint,"

"You like it?"

"I love it,"

Hayden ketawa kecil. Senyuman Kaylee melebar. Dia tahu, lelaki itu cuba sedaya-upaya mencintainya. Dia tahu, lelaki itu masih tidak mampu melupakan arwah isterinya. Dan dia tahu, hati lelaki itu setia dengan wanita yang pernah mengetuk pintu hatinya.

Mengenangkan perkara itu, Kaylee tersenyum hambar. Hayden yang perasan riak wajah wanita itu yang mengendur terus bersuara, "Boy".

"Ah, ya?" Kaylee yang seakan baru tersadar itu terkebil-kebil memandang suaminya dibelakang yang memegang kedua-dua belah bahunya. Haba daripada tubuh suaminya itu diarasai. Hangat. Dan dia sukakannya.

"I want a boy, and his name is Qaril. I already has a girl. Girls, to be exact."

"Ouh, if.. we still get a girl? What would you named her?"

"Velvet," Suara lelaki itu bertukar sedikit sayu.

"Why?"

"Just something that remind me to her," jawabnya tanpa dia sedar, matanya merenung lantai. Kaylee cuma tersenyum paksa. Perit.

Seakan tersedar dengan kata-katanya, Hayden cepat-cepat memohon maaf. Kedua matanya diurut sehingga cermin matanya terjongket.

"I'm sorry," tuturnya lagi. Pegangannya pada bahu wanita itu semakin erat. Perlahan-lahan, tangan suaminya itu disentuh.

"It's okey. I know you lov.. I mean, it's okey," Wanita itu mengetap bibirnya. "Anyway, Velvet sounds beautiful,"

Sebagai respon, lelaki itu hanya tersenyum segaris. "I tidur dulu, ya?" Seterusnya dia mencium ubun-ubun Kaylee sebelum melangkah ke arah katil.

Kaylee hanya tersenyum segaris. "Velvet Qaleea. Really something.. Something that reminds me to him,"

♦♦♦

Seorang gadis berdiri kaku di hadapan sebuah rumah agam. Lama dia termanggu disitu.

"Seriuslah? Aku tinggal sini?" soalnya sendiri. Setiap ceruk diperhatikannya teliti.

"Cik, dah lama cik tengok rumah itu. Marilah masuk." Kepala gadis itu ditoleh ke belakang. Kelihatan seorang lelaki yang segak bertuxedo hitam melempar senyum kearahnya.

Berdasarkan apa yang diterangkan lelaki yang mengaku namanya Austin itu, dia mempunyai seorang ibu kandung. Dia dan ayahnya terlibat dalam kemalangan dan hanya dia hidup.

Banyak lagi yang diberitahu pengawal peribadi itu, namun otaknya terlalu tepu untuk menghadam semua.

Tanpa membuang masa, kakinya diatur ke pintu utama. Pintu kayu besar itu dilengkapi dengan tombol yang kelihatan mahal dan elegan.

Pintu ditolak Austin. Saat itu, entah mengapa naluri terasa sesuatu yang... lain. Sepertinya, ada yang tidak kena. Tanpa menghiraukan perasaannya itu, gadis itu melangkah masuk. Cantik. Hanya itu yang bermain di kepalanya.

"Erilyn! Kamu dah balik." Tiba-tiba dia disapa suatu suara yang biasa didengari. Dia tersenyum senang selepas terlihat seoarang wanita yang menuruni anak tangga. Kakinya terus diatur ke sana.

"Mana hati-hati.. Mama kan mengandung." Nasihatnya sambil tangan kanan ibunya dipimpin. Sememangnya orang terawal yang Kaylee maklumkan tentang kandungannya itu ialah Erilyn.

"Mama sudah pilih nama untuk baby?" soal Erilyn mesra. Anak tangga terakhir di pijak dan mereka Selamat sampai ke ruang tamu.

"Sudah sayang." Senyumannya tidak lekang daripada bibirnya. Kontra sungguh dengan layanannya terhadap Laura.

"Apa nama dia, mama?" Erilyn beriak teruja.

"Velvet. Velvet Qaleea."

"Uish! Cantiknya nama mama! Pandai mama pilih."

Gelagat dua manusia itu diperhati dari jauh oleh seseorang. Saat itu, timbul rasa cemburu. Dia rindukan ibunya. Mengapa semuanya seakan pantas berlalu? Mengapa?

Laura masuk semula ke dapur. Dia harus menjauhkan diri daripada Erilyn. Setidak-tidaknya, itu apa yang Kaylee beritahu. Tidak sangka dia mengulang lagi peristiwa sama. Buatkan Erilyn lupa siapa dirinya. Tipu dia lagi. Heh, Laura senyum sinis pada dirinya. Shame on you.

Meow~

"Maru?" soalnya pada satu-satunya temannya dalan rumah itu. Dia mencangkung. Kepala kucing itu diusap. Gadis itu tersenyum senang lantas, makanan kucing dihulur. Maru memakanya dengan rakus.

Laura kehairanan. "Kenapa dia ini? Tak pernah pernah gelojoh.  Something's wrong?"

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro