♦ Part 17 - The Truth ♦
12:03 p.m.
Pintu bilik stor dibuka dari luar. Laura terpancul dengan wajah kepenatan sambil membawa bakul berisi baju kotor.
Bakul merah itu ditempatkan berhampiran mesih basuh automatik yang berada di bawah tingkap berbentuk segi empat. Sejurus kemudian, dia melabuhkan tubuhnya di atas toto biru tua yang masih kemas terlipat di sebelah pintu.
Saiz bilik stor boleh dikatakan sederhana. Tidak terlalu besar, tidak pula kecil. Cukup digambarkan ruang stor ini standard ruang stor orang berada. Di hujung bilik, ada sebuah mesin basuh automatik dan disebelahnya terdapat rak besi yang menempatkan barangan pencuci.
Bahagian lain pula penuh dengan timbunan kotak namun masih tersusun. Dan untuk itu, tentunya memerlukan usaha keras selama dua hari untuk menyusunnya!
Sejak dia dihalau dari bilik tidurnya sendiri dan 'diperintah' untuk tidur di dalam stor, barang-barangnya turut diangkut sekali. Untuk menggantikan katil, dia perlu membawa toto. Memang betul dia hamba disini. Apa ni? Dari rumah ke neraka?
Biliknya yang lama? Dah dikemas. Tiada lagi barangan dia disitu. Madam Kaylee kata yang bilik itu bukan untuk hamba. Akan ada orang penting akan duduk di situ pula.
Erilyn? Maybe... Bukannya ada orang lain kan?
"Urghh..." Laura mengeliat kecil cuba membuang rasa malas. Dia masih perlu kemas tempat tidurnya dan gosok pakaian 'tuannya' untuk esok.
Meow~
"Umm?" Kepala Laura terteleng ke tepi. Kearah pintu yang tidak tertutup rapat. "Maru!" jeritnya teruja. Lama betul tak peluk kucing bertuah itu!
Sejujurnya, sukar untuk dia terima hakikat yang kucing peliharaannya itu yang membunuh Encik Hayden. Memang dia mengesyaki perkara itu terlebih dahulu. Namun dia masih menidakkannya sehinggalah Erilyn sendiri yang mengesahkan perkara tersebut.
Tapi, tak.. dia masih menafikannya. Dia tetap mahu menegakkan benang yang sudah basah. Kenapa? Kenapa susah sangat nak terima kenyataan?
Pelukannya dieratkan. Kucing itu pula masih diam tidak berkutik. Masing-masing seakan melayani perasaan sendiri.
Tanpa disangka, cecair jernih mengalir tenang menuruni pipi. "Maru, bukan Maru yang bunuh papa, kan? Kan?" Dia mengubah posisi haiwan itu untuk menghadapnya.
"Maru... tak buat macam tu kan? Lagipun.. buat apa... Maru buat macam tu?.." Gadis itu tersedu-sedan. Terdengar getaran pada nada suaranya.
Wajah bulat haiwan itu ditenung.. dalam. Maru pula cuma diam, ia seakan memahami keadaan tuannya.
Meow~
Maru melompat turun dari riba Laura. Haiwan itu lincah bergerak kearah timbunan kotak dan melompat-lompat disitu. Sekejap kebelakang, sekejap kehadapan. Sekejap keatas, sekejap kebawah.
Sedikit sebanyak kesedihan Laura agak terubat. Dia tergelak kecil melihat telatah Maru lalu, air matanya dikesat.
"Come on, baby boy. Nak makan tak?" ujarnya dan menuju keluar ke dapur. Seingatnya, makanan kucing masih ada sedikit lagi.
Meow~
Maru yang memang sedia faham akan isyarat itu segera membontoti tuannya.
Bilik stor terletak pada bahagian timur dan penjuru rumah. Bahagian dapur pula di bahagian penjuru lagi satu iaitu di bahagian barat. Untuk bergerak ke dapur, mereka melalui ruang tengah dahulu. Rumah agam diatas bukit itu menghala kearah selatan. Bahagian tengah rumah dipisahkan dengan bentangan luas tangga hadapan yang gah berlapiskan karpet biru kehijauan dan menghala ke ruang tamu.
Setiap bilik penting dan bilik tidur tuan rumah terletak di tingkat atas yang berkeadaan segi empat dan berpagar. Setiap bilik tadi dibina mengelilingi pagar yang menghadap tingkat bawah. Bahagian tengahnya kosong dan boleh melihat keadaan ruang tamu di bawah dengan jelas. Terdapat sebuah lampu chandelier yang besar bergantungan di siling sebagai hiasan.
Pada bahagian selatan iaitu bahagian hadapan tingkat atas pula dihiasi dengan tingkap kaca berbentuk segi empat tepat yang besar diikuti tetingkap segi empat tepat yang lebih kecil di kiri dan kanan.
Rumah ini sememangnya besar! Perabot mahal dimana-mana.
Akan tetapi, kucing itu. Mata haiwan itu, pandangan tajam itu hanya dihalakan pada satu bilik di tingkat atas. Matanya terus bercahaya biru yang malap. Namun, cahaya itu ialah sebuah amaran. Seperti mana amaran untuk lelaki yang membuat tuannya marah.
Peristiwa itu..
Akan berulang.
♦♦♦
Shrot... Shhrot...
Bunyi pengilap cermin kereta bersilih ganti dengan bunyi renyai hujan di luar. Pemanduan kali ini terasa agak jauh. Mungkin kerana kepenatan.
Encik Hayden memandang jam Urban Decay di pergelangan tangan kanannya. "11:38 malam? Lewatnya.."
Tali leher coklat gelap ditanggalkan menggunakan sebelah tangan lantas dicampak ke bahagian tempat duduk penumpang di sebelah. Butang paling atas baju kemeja putih itu dibuka dan lengannya disingsing ke paras siku.
"Haihh.." Lelaki itu mengeluh perlahan. Ada sesuatu yang menganggu fikirannya. Peganggan pada stereng kereta diperkuat.
Laura. Adakah anaknya itu masih marah akan dirinya? Serba salah? Dah terlambat. Ada benar juga kata gadis itu. Selama ini, tidak pernah-pernah dia memarahi mahupun meninggikan suara dihadapan anak gadisnya. Entah apa yang mengawal dirinya pun dia tidak pasti.
Namun, niatnya cuma untuk menjaga Laura. Kerana sayanglah dia lakukan semua ini. Ya, kerana sayang.
"Hmmh.." Sekali lagi dia mengeluh. Matanya digosok perlahan. Tiba-tiba, suatu kelibat kelihatan di tengah jalan. Hujan lebat yang turun sedikit menghalang pandangan.
Encik Hayden mengecilkan bebola mata. Cuba mengenal pasti gerangan itu. Cermin mata dibetulkan dan tubuhnya kehadapan sedikit.
Semakin lama, kereta Mercedes itu semakin menghampiri objek yang seperti tunggul tidak bernyawa tersebut.
Selang beberapa saat, mata Encik Hayden terbeliak, objek itu bergerak laju kearahnya. Dalam sepantas kilat, makhluk itu menerkam bahagian hadapan cermin keretanya!
"Ma.. Maru?" jeritnya terkejut. Kucing itu, kelihatan sangat menakutkan.
Tubuh haiwan itu tiba-tiba berubah. Saiz badannya naik mendadak sehingga menjadi sebesar sebuah kereta! Muncul pula jalur-jalur bercahaya biru pada tubuhnya. Taringnya semakin panjang dan melengkung. Duri-duri tajam keluar dari badannya. Cengkaman kukunya yang memanjang bertambah kuat menyebabkan cermin hadapan retak. Matanya berubah tajam dan mengeluarakan cahaya terang yang sangat menyilaukan.
"Erghh!" Encik Hayden menutup matanya. Kereta putih itu hilang kawalan dan bergerak ke kiri dan ke kanan sebelum melanggar penghadang jalan dan terbabas ke dalam parit di tepi hutan.
Encik Hayden mengerang sakit. Dia masih terkejut dengan apa yang berlaku. Dahinya yang terhantuk kuat pada stereng kereta dipegang. Darah merah pekat memancut keluar. Pandangannya pula kabur, cermin mata entah hilang kemana.
"Argh.." Dia cuba bergerak keluar dari kereta. Air sudah mula memasuki bahagian dalam kenderaan itu. Namun pergerakannya terhenti, kakinya tersangkut. Lelaki itu bergelut melepaskan diri. Rasa sakit yang dibawa oleh reseptor sakit ke otak ditahan. Dia perlu keluar. Itu sahaja yang penting.
Bum!
Keretanya seakan ditolak masuk ke dalam parit. Ada sesuatu dia atas kereta. Dan dia pasti, benda itu besar. Encik Hayden berhenti bergerak. Hujan masih lagi beraksi garang. Tidak menunjukkan tanda-tanda akan reda.
Kruk.. kreuk...
Nampaknya, benda itu sedang berjalan di atas keretanya. Lelaki itu sedikit panik. Apa sebenarnya yang berlaku? Dia dalam mimpi kah? Tak mungkin makhluk pelik-pelik seperti yang pernah diceritakan neneknya benar-benar wujud? Mustahil.. Akan tetapi kalau mustahil, apa yang ada diatas keretanya sekarang ini?
BUSHH!
Air ditepinya menghasilkan percikan yang besar. Makhluk menakutkan itu merobek ganas pintu keretanya sehingga tertanggal. Encik Hayden berusaha menjauhkan diri dan membaling apa yang mampu digapainya.
Akan tetapi, usahanya itu gagal. Tubuhnya terus ditarik keluar dan dia dipaksa masuk ke dasar air. Lelaki itu terkapai-kapai dan segala usaha dikerah melawan makhluk yang menindihnya itu. Terus, lelaki itu ditarik ke permukaan air dengan kasar. Sebelum sempat dia menyedut oksigen, tubuhnya diheret rakus masuk ke dalam hutan.
"ARGHHHH!"
-♦♦♦-
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro