♦ Part 14 - Ten Years Ago ♦
Seorang gadis sedang menyelusuri semak samun di dalam hutan tebal itu. Dia cuma bertemankan lampu picit dan cahaya bulan untuk membantunya melihat. Hud dikepalanya sesekali dibetulkan.
Dia tak pasti tentang apa yang dilakukan, namun dia tahu perkara ini betul. Walaupun dia sendiri masih kurang jelas dengan ingatannya, namun dia tetap cuba merungkainya.
Sesampainya di sebatang pokok yang agak besar, langkahnya terhenti. Kerudung dibuka dan menampakkan rambutnya yang berkilat. Matanya tegak tertumpu pada corak di batang pokok tersebut.
"I'm back,"
♦♦♦
"No! Don't you dare!" suara garau itu bernada tegas. Menandakan yang dia benar-benar membangkang.
"Please, Frex. Just lend me a body.. and I'll give you everything!"
"No! This is to dangerous, you know the risk, Razen"
"Heh, sejak bila kau risau pula ni? Selama ni bukannya kau kisah pun," balas Razen sinis.
"Look, you don't understand Razen. One step wrong, you dead man! No Melvy, no Spirit Ghaizer, nobody!"
"Screw it, Frex! I'm already dead inside! That girl will bring apocalypse to both world! The war that have no end.. this is it! It's happening. Silent blood everywhere! Do you want that to happen?"
Frex terdiam. Bibirnya digigit. Dia masih ragu tentang sihir larangan itu. Terlalu bahaya. Risikonya amat tinggi. Ya, benar dia memang tidak kisah sebelum ini. Namun kali ini berbeza!
"It's now or never, Frex"
♦♦♦
"Arghh!"
Badan Erilyn terduduk sembilan puluh darjah. Peluh membasahi dahinya. Jantungnya mengepam darah dengan laju.
Mimpinya, seakan satu petunjuk. Namun dia masih lagi kurang jelas tentang apa yang cuba disampaikan.
Dalam mimpinya, ada seorang lelaki. Entah mengapa, dia dapat merasakan suatu perasaan rindu terhadap lelaki itu walaupun dia tidak pernah tahu siapa lelaki tersebut. Kemudian, dirnya tiba-tiba berada di sebuah rumah kayu. Dihadapannya ada seekor harimau bintang yang memandangnya seakan mangsa. Namun, tidak pula dia menyerang.
Akhirnya, dia tiba-tiba sahaja tertolak kebelakang dan jatuh ke dalam satu lubang besar yang gelap. Apa yang berlalu seterusnya dia tidak dapat ingat.
"Haih.." Erilyn mengeluh. Dia menapak turun dari katil dan menuju ke tingkap biliknya. Tingkap dibuka dan bayu malam menyapa. Nyaman sekali terasa.
Sedang dia kyusuk mengambil angin, matanya tertangkap pergerakan sesuatu di bawah. Matanya membulat. Tatkala matanya bertembung dengan sepasang mata milik sesuatu di bawah, kepalanya terasa berat.
Erilyn menjauhi tingkap, bayu masih lagi menembus masuk memenuhi ruang bilik. Kali ini anginnya membawa perasaan seram sejuk yang menaikkan bulu roma. Kepalanya dipengang. Matanya dipejam dan celikkan beberapa kali.
"Urghh, kenapa... kenapa ni?"
"Melvy... Melvy"
"Aduh, diam.. arghh!"
Pap!
Badannya jatuh tersungkur ke belakang. Kakinya terasa sakit namun dia lebih sakit di dalam. Dalam kepalanya. Lama kelamaan pandangannya menjadi kabur, dan dia terus tidak sedarkan diri apabila suara tadi tidak lagi kedengaran.
♦♦♦
"Tak kan lah? Macam mana korang ni buat kerja, hah?" suara wanita itu naik seoktaf.
"Apa maksud kau, hah? Polis apa macam ni? Mustahil tak ada apa-apa tanda?" wanita itu masih tidak puas hati. Ya la, suaminya meninggal namun masih tiada sebarang sebab. Sama ada mati dibunuh atau sebaliknya?
"Buat kerja tu elok-eloklah sikit! Kau jangan naikkan darah aku boleh tak?" tengkingnya lagi.
Tanpa disedari, kelakuannya diperhatikan dari tingkat atas oleh Erilyn. Sebenarnya gadis itu pun terkejut apabila melihat wanita itu meninggikan suaranya. Tidak pernah selama ini wanita itu bersikap begitu.
Kerana terlalu takut, Erilyn menuju pula ke bilik Laura. Berharapkan gadis itu sebagai tempat mengadu. Kebelakangan ini, dia selalu bermimpikan perkara yang aneh. Dan yang memanggilnya pula tidak dikenali, malah namanya digelar sebagai Melvy.
Dan.. perkara paling tak logik yang dilakukannya ialah, dia seakan dipandu oleh mimpinya. Dia pula.. cuma turuti kemana dirinya dibawa. Erilyn mengelengkan kepalanya. Malas dia nak ingat. Baginya, perkara itu bukankah perkara yang penting. Biasalah tu, mimpi.
Walau bagaimana pun, entah mengapa dia rasakan dirinya sebenarnya kehilangan sesuatu. Sesuatu... yang dirinya sendiri tidak pasti apakah ia.
Langkahnya semakin lama semakin memberat. Niatnya untuk berjumpa dengan Laura tiba-tiba mati. Erilyn mengorak pula langkah ke bilik bacaan.
Ianya ibarat perpustakaan mini. Dalam bilik tersebut ada empat tempat duduk. Dua sofa untuk seorang, satu sofa panjang dan satu kerusi baldu. Bilik tersebut ada enam rak kesemuanya. Setiap satu mempunyai genre buku yang berbeza. Dekorasi dalam bilik pula diolah gaya moden dan vintaj dengan tona biru.
Kreekk..
Setelah pintu dibuka, gadis itu mengatur langkah ke rak buku. Selama dia berada di rumah ini, banyak buku berkaitan hidupan liar dan tumbuhan dibacanya.
Anehnya, dia seakan tahu tentangnya lebih awal. Malah, dia berasakan bahawa, dirinya lebih tahu tentang haiwan itu berbanding apa yang dinyatakan di dalam buku-buku yang dibacanya.
Erilyn menumpukan perhatian sepenuhnya pada deretan buku-buku yang disusun rapi di atas rak dihadapannya. Matanya ligat mencari judul buku yang berkenan di hatinya.
Kali ini dia berubah angin. Tiba-tiba sahaja ingin membaca buku yang bergenre fantasi dan misteri. Tangannya berlari-lari seiring dengan pandangan matanya.
'Spirit Beast for Vrissella'
Jarinya terhenti. Buku tersebut dikeluarkan. Langkah dibawa ke sofa biru laut di tengah-tengah ruang bilik.
Helaian pertama diselak. Lalu, pembacaannya dimulakan.
♦♦♦
Api yang sedang marak menerangi kegelapan malam. Habis hangus rumah-rumah tersebut dijilat sang api. Orang ramai bertempiaran lari menyelamatkan diri masing-masing. Keadaan sangat huru-hara dan kacau-bilau.
Segelintir penduduk yang terkena sambaran api meronta-ronta dan berlari tanpa arah tuju. Ada yang sudah jatuh menyembah bumi saat badannya dibakar hidup-hidup tanpa belas.
Dalam keriuhan suara pekik lolong orang ramai, ada manusia yang masih bersusah-payah cuba meredah api untuk keluar dari rumah. Si wanita mendukung seorang kanak-kanak perempuan yang menangis ketakuatan. Si suami pula memegang kejap tangan anak lelakinya yang tua 5 tahun daripada adik perempuannya.
Mereka masih lagi terperangkap di ruang tamu rumah dan peluang untuk keluar semakin tipis apabila banyak kayu-kayan dari bumbung jatuh tatkala di makan api. Laluan untuk keluar dicari. Tatkala ini, tidak ada gunyanya meminta tolong. Masing-masing mementingkan nyawa sendiri berbanding orang lain. Begitulah resam hidup.
"Sayang! Lalu sini, cepat!" panggil si lelaki. Isterinya pula hanya menurut. Ada satu laluan sempit untuk keluar daripada rumah melalui pintu hadapan. Hanya ini sahaja laluan yang ada. Anak lelaki tadi diserahkan pada si isteri. Genggaman tangan bertukar.
Wanita tersebut bersusah payah untuk keluar. Apabila pintu rumah cuma dihadapan beberapa meter, cahaya harapan mula menyinar. Namun, segalanya musnah. Tiba-tiba badan wanita itu dihempap sebuah kayu besar yang marak terbakar. Anak-anaknya sempat ditolak ke tepi.
"Arghh!" Dia menjerit sakit. Si suami yang baru melepasi ruang sempit tadi cuba membantu isterinya. Kayu yang terbakar itu cuba dicungkil dengan kayu yang masih elok.
Apakan daya, kekuatannya jauh berbeza. Usahanya cuma sia-sia. "A.. abang" panggil si isteri.
"Ya, sayang.." tangan isteri digenggam. Air mata jantannya mengalir. Pegangan tangan dieratkan walau getarannya amat hebat.
"Sa.. saya... sa.. sa... sayang.. abang.. Bawa... anak ki.. kita ke.. keluar. Ka.. takan.. pa.. pada... me.. reka yang... saya sangat sayang.. pada... mereka.." dan tubuh wanita itu kaku tidak berkutik. Pegangan tangan wanita tersebut terlepas.
Lelaki itu cuba menahan diri daripada meraung. Kulit isterinya yang putih itu kini hitam terbakar oleh sang api. Tangan isterinya diangkat dan dicium.
"Abang pun sayang kamu," Dengan selafas kata itu, lelaki tersebut terus menjerit kepada anaknya. "Keluar cepat! Keluar cepat, Razen! Bawa adik keluar! Sekarang!"
"Ta.. tapi ayah.." balas si anak gugup.
"Pergi sahaja! Selamatkan adik kamu! Biar ayah mati di sini bersama ibu kamu! Kami sayangkan kamu!"
"Abang... Abang.." rengek si adik yang masih ketakutan. Si abang Hanya mampu menuruti perintah ayahnya dan tangan adiknya dipimpin keluar dari rumah yang hampir sepenuhnya musnah dimakan api.
Larian kecil mereka masih diteruskan walupun sudah hampir jauh dari rumah. Namun, adiknya tiba-tiba sahaja menarik tangan abangnya.
"Ayah.. ibu.. kena tolong!"
"Mereka dah tak ada, Mel.." sayu suara si abang.
"Tak.. tak... ki.. kita kena tolong ibu dengan ayah!" bantah si adik. Lalu gadis kecil itu berlari ke arah sebuah perigi. Kebetulah ada sebaldi air yang separuh isipadu airnya. Dengan bersusah-payah kanak-kanak itu mengheret baldi tersebut lantas diserahkan kepada abangnya yang masih tercegat seperti tunggul.
"Nah.. abang! Cepat.. tolong ayah dengan ibu!" arah si kecil. Abangnya masih diam. Tidak menyambut huluran baldi air dari adiknya.
"Abang!" jerit gadis kecil itu kegeraman. Lalu si abang terus mencapai baldi tersebut dan dengan perasaan berat, dia kembali semula ke rumah mereka. Bekas rumah mereka.
Si abang tercegat dihadapan rumah. Tak mungkin dia mahu masuk ke dalam. Si adik pula tidak habis-habis meraung memanggil ibu dan ayahnya. Hakikatnya, mayat ibu dan ayahnya.
Tiba-tiba seorang remaja lelaki yang badannya sudah separuh dijilat api berlari kearah mereka. Adiknya mengenggam lengan abangnya. Si abang pula langsung tidak memberi respon. Hanya diam dan memerhati tanpa perasaan ingin membantu orang tersebut. Baldi masih erat digenggam.
"Tolong! Air! Air!" jerit remaja tersebut, beberapa meter sebelum sampai ke arah kanak-kanak itu, dia jatuh menyembah bumi. Nafasnya mati disitu. Si adik tiba-tiba meraung kuat. Air matanya bercucuran jatuh. Sama seperti tubuhnya, jatuh terduduk di atas tanah.
Malam itu menjadi sejarah hitam dalam hidup setiap penduduk kampung di situ. Ada yang kehilangan keluarga, teman, tempat tinggal dan.. harapan.
-♦♦♦-
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro