Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

♦ Part 13 - Hurt So Bad ♦

"Liar! Damn you, Laura!"

Seorang lelaki menjerit lantang melepaskan amarahnya yang terbuku lama. Habis barangan di meja yang didudukinya berterabur kesan amukannya.

"Arghh! It's too late. Nothing I can do now! I should never believed you! Now Mel life gonna end soon.. and it's all my fault.." Permukaan meja dihentak kuat. Tak cukup dengan itu, dia menumbuk bertalu-talu meja tersebut pada tempat yang sama.

Cukup lima kali tumbukan, meja terbelah dua! Lelaki itu bangun pula. Kerusi yang tidak bersalah disepak sehingga terpelanting jauh. Rambut hitamnya dikusutkan.

Nafas yang kencang cuba distabilkan. Dia perlu bertindak segera. Tidak akan dia benarkan adiknya diapa-apakan. Lelaki itu mundar-mandir di sekitar kawasan yang kini tungang-langang.

Tiba-tiba dia terhenti. Ada idea yang mengetuk akalnya. Namun, ia bukankah jalan penyelesaian yang bijak. Risikonya amat besar. Nyawa demi nyawa. Lama dia berfikir sebelum membuat keputusan.

"I swear, I will do whatever it takes to save Mel,"

♦♦♦

Meow~

Meow~

"Maru? Kamu ke tu?" soal Laura dengan nada kebingungan. Pandangannya yang kabur menghalang penglihatannya.

Kakinya berjalan mengikut bunyi kucing kesayangannya. Gadis itu cuba menggosok matanya namun hasilnya tetap sama. Penglihatannya masih kabur dan tidak jelas.

Meow~

"Maru! Mana kamu? Tolong kakak.." rayunya sendiri. Tangannya teraba-raba secara rawak. Dia yakin kucingnya itu pasti memahami dirinya.

Tiba-tiba tangannya terpegang permukaan yang berbulu. Laura pantas menarik tangannya semula.

Meow~

Jelas, sah kucing bertuah itu berada betul-betul dihadapannya. Dia beranikan diri mengusap permukaan berbulu tadi. Pergerakan kecil dapat dirasakan.

"Ma.. Maru?" soalnya tidak percaya. Kenapa besar sangat kucing ni?

Tapak tangannya dijilat dan Laura ketawa kegelian. Dia memeluk kucing gergasi tersebut. Penuh kasih sayang yang mendalam.

Tanpa disangka, pandangannya pulih kembali. Dia memandang Maru. Namun air mukanya terus berubah. Dirinya automatik terdorong ke belakang menjauhi Maru.

Ternyata, mata kucing tersebut memandang Laura seperti seekor mangsa. Pada mulutnya terdapat kesan darah yang segar. Masih menitik-nitik jatuh ke tanah.

Tekaknya terasa loya melihat hal itu. Belum sempat dia melarikan diri, kucing itu menderam. Bunyinya kedengaran kasar, tak seperti selalu. Tiba-tiba kaki gergasi itu menyepak sesuatu ke hadapan. Minta gadis itu melihatnya.

Dengan was-was, Laura mendekati objek tersebut. Sekali lagi dia terkejut. Objek tersebut dicapainya dan dibelek minta kepastian.

"Tak, tak mungkin! Tak mungkin!" Gadis itu terketar sendiri, objek tersebut terlepas daripada pegangan. Dia cuba menampar pipinya berharap ini cuma mimpi.

"Tak! Bangun! Bangun!" jerit Laura. Air matanya sudah mengalir deras. Tak mungkin ini terjadi! Tolonglah, ini semua hanya mimpi!

"Arghhh! Bangun! Bangun!" Pipinya ditampar berkali-kali sehingga merah. Makhluk dihadapannya pula cuma diam memerhatikan tuannya. Yang pasti, tugasnya sudah selesai. Dia sudah berikan objek milik si mati. Kini yang tinggal cuma mendapatkan habuan daripada tuannya.

"Papa!" Laura bangun mengejut daripada mimpinya tadi. Sungguh menakutkan! Peluh membasahi tubuhnya. Tiba-tiba dia teringatkan sesuatu. Dengan pantas, kakinya menapak mahu keluar dari bilik.

Sebaik kakinya menyentuh lantai, dia tersepak sesuatu. Apabila diteliti, objek tersebut ialah objek yang sama didalam mimpinya! Cermin mata ayahnya diambil. Kelihatan permukaan cermin mata itu tercalit sedikit cecair merah.

Gadis itu cepat-cepat melempar objek itu jauh darinya. Dia berlari keluar dari bilik.

Sampai di depan pintu bilik ayah dan ibunya dia berhenti seketika. Mimpi tadi diputarkan lagi oleh memorinya. Tanpa ragu, tangan diangkat untuk mengetuk pintu.

Kring! Kring!

Bunyi nyaring telefon rumah membantutkan pergerakan Laura. Hatinya tergerak untuk menjawab panggilan telefon tersebut. Tanpa berlengah, dia berlari anak ke tingkat bawah, tempat terletaknya telefon rumah.

Panggilan segera dijawab setelah ganggang telefon diangkat.

"Hello, keluarga Encik Hayden kah ini?"

"Emm, ya. Saya anaknya. Kenapa? Apa yang terjadi?"

"Saya daripada pihak hospital. Saya nak awak bersabar ya,"

Dub.. lup... Dub..lup

"Kenapa? Ke..kenapa dengan ayah saya?"

"Saya mohon maaf, tapi ayah kamu sudah tidak dapat diselamatkan lagi, dia sudah tiada..."

Tut... Tut...

Ganggang telefon diletakkan pada tempat asalnya. Mata gadis itu tidak berkelip. Air mata yang tadinya beransur kering perlahan-lahan muncul kembali.

Dia jatuh melutut ke lantai. Lemah. Dirinya berasa amat lemah sekarang ini. Dia ingin menjerit melepaskan sedih, namun suara itu tersekat di kerongkong.

"Laura, kenapa ni?" Puan Kaylee menjerit kecil melihat keadaan Laura. Langkahnya dicepatkan menuju ke arah gadis yang melutut kesedihan itu.

Namun, belum sempat dia mendapatkan Laura, gadis itu terlebih dahulu rebah tidak sedarkan diri.

"Laura!"

♦♦♦

"Kasihan... dulu ibunya, sekarang ayahnya pula,"

Suara seorang wanita sayup-sayup ditangkap oleh pendengaran Laura. Kepalanya masih berdenyut sakit.

"Kalau aku berada di tempatnya, pastinya aku mahu membunuh diri. Dengan usia semuda itu, beban yang ditanggung amat berat," balas wanita lain pula. Suaranya sedikit halus berbanding wanita yang sebelumnya.

"Ei, Tak baik cakap macam tu.. diakan anak sedara kau juga, Thea,"

"Dah lah, jom kita keluar. Biarkan dia berehat,"

Selepas itu, tiada lagi suara yang didengarinya. Laura cuba membuka kelopak matanya namun dia tidak berupaya.

Tanpa disedari, air matanya mengalir. Sedih bertandang di kamar hatinya menggantikan rasa sakit.

Sukar untuk dia mempercayai takdir yang termaktub untuknya. Amat sukar...

Tok.. Tok.. Tok...

Seorang wanita masuk ke dalam biliknya disertai dengan seorang gadis remaja seusianya. Kedua mereka mengambil tempat disisi Laura. Wajah gadis yang terbaring lemah itu dipandang sayu.

Tak lama kemudian, tangan mulus wanita itu naik menyentuh pipi anak gadisnya. Air mata yang mengalir diseka perlahan. Puan Kaylee melakar senyum hambar untuk gadis itu.

Erilyn ditepi cuma membisukan diri. Dia sedar betapa beratnya ujian buat sahabatnya itu. Pemergian ayah angkatnya sungguh menyayat hati.

Menurut pihak polis, mayat ayahnya ditemui di dalam hutan dalam keadaan tubuh badan yang tiada cacat cela. Namun, setelah diperiksa, dia rupanya tidak lagi bernafas. Itu yang memebuatkan pihak polis binggung. Tiada sebarang kesan atau bukti dijumpai yang menunjukkan ini kes pembunuhan. Pihak forensik masih dalam proses untuk menyelidik perkara itu.

Kemudian pihak polis membuat andaian bahawa mangsa mati bunuh diri. Ini ekoran bahawa kereta milik ayahnya ditemui terdampar di dalam parit yang memisahkan hutan dan jalanraya.

Erilyn menutup matanya, tidak sanggup lagi dia mengingati perkara itu. Walaupun dua hari telah berlalu, mereka masih lagi terkesan. Lebih-lebih lagi Laura.

"Laura, jangan bersedih.. Cuba terima hakikat, kalau macam ni sampai bila?" pujuk Puan Kaylee.

"Macam mana nak terima? Macam mana? Tak ada angin tak ada ribut, tiba-tiba ayah dah tak ada!" luah Laura dengan nada marah. Dia bangun dan duduk di atas katil.

"Laura..." Erilyn mati kata. Ada benar apa yang dikatakan Laura.

"Sabarlah... Kita pun tak tahu siapa yang sebenarnya bertanggungjawab atas kematian ayah. Pihak polis tengah siasat lagi kes ni" jelas wanita itu.

"Betul tu, Laura. Pihak polis tengah berusaha siasat kes ni walaupun tak ada sebarang bukti tentang pembunuh. Apa yang ada pun tak dapat membantu sangat. Tapi kita doa saja supaya kes ni cepat selesai," sokong Erilyn.

Laura tersentak. Dia teringat mimpinya yang dialami sebelum berita kematian ayahnya. Objek di dalam mimpinya itu, benar-benar ada padanya sekarang dan ianya seakan diserahkan oleh 'sesuatu'.

Corak yang terlindung di tangan kanannya dijeling dengan ekor mata. Corak yang disembunyikan daripada pengetahuan orang lain. Corak yang bijak ditutup dengan calitan krim yang sama tona dengan kulitnya.

Gadis itu menghembus nafas kasar. Dia tak mahu mengaku. Namun bukti semua tiada. Hanya ada satu sahaja suspek utama. Dan dia rasa.. dia tahu siapa.

-♦♦♦-


Enjoy korang! Next part coming out soon. Bye!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro