Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

♦ Part 12 - Mummy ♦

"Erilyn!"

"Erilyn!"

Kepala Erilyn tercari-cari gerangan yang memanggilnya. Pergerakan gadis itu tergendela seketika. Baru sahaja nak masuk kereta ada pula yang memanggilnya.

"Eh, kau Laura..kenapa ni?" soal Erilyn pads gadis yang terkial-kial berlari anak kearahnya.

"Kau nak balik dah ke?" tanya Laura setelah sampai ditepi Erilyn. Soalan gadis itu tadi dibiarkan tidak terjawab.

"Haah, baju aku kotor ni hah kena air... Melekit!" ujar gadis berambut coklat itu sambil menunjuk kearah corak tompokan pada kainnya. Fesyen bajunya hampir serupa dengan fesyen baju milik Laura. Namun, lengan bajunya lebih panjang iaitu sehingga mencecah bawah siku.

"Oh, aku nak ikut balik sekali tau," kata Laura sambil melanggarkan bahukan ke bahu Erilyn. Dia tersenyum seperti kerang busuk. Erilyn pula mempamerkan wajah hairan.

"Kau dah bagitau papa tak pun mama?"

Ohh..panas

Mama?

Yuks

"Emm, tak," ujar Laura ringkas. Air mukanya sudah berubah masam. Gadis itu terus memasuki perut kereta tanpa mempedulikan Erilyn yang masih terpinga-pinga.

♦♦♦

"Kenapa kau ni sebenarnya? Lain macam saja aku tengok? Tak suka mama eh?" soal Erilyn memecahkan kesunyian antaranya dan Laura. Sempat pula gadis itu menyelitkan soalan serkap jarangnya.

Laura memandang gadis disebelahnya. Nak sahaja dia menjerit, 'Jangan panggil perempuan tu mama boleh tak!'

"Haih, mungkin aku kena get use to it dulu kot. Aku masih rasa awkward lah dengan 'cik' Kaylee tu," Perkataan 'cik' sedikit ditekankan Laura.

"Ala, kau janganlah risau..dia baiklah!" balas Erilyn sambil tangannya naik memegang bahu Laura, cuba meyakinkan gadis itu. Senyuman ikhlas dihadiahkan buat sahabatnya.

Laura pula membalas dengan senyuman nipis. Kemudian dia berkata lagi, "Oh, lagi satu..boleh tak elakkan panggilan 'mama' tu kat dia?"

Riak wajah Erilyn berubah pelik. Hairan pula dia dengan permintaan Laura ni.

"Maksud aku, panggil dia ibu ke? Mak ke? Mummy ke? But not mama"

"Ouh,emm..kau nak panggil apa?"

"Entah, apa-apa je," Laura memalingkan mukanya ke arah tingkap. Erilyn sedikit terasa dengan sikap dingin Laura. Setahunya, gadis itu sudah setuju dengan pilihan ayahnya itu. Sekurang-kurangnya, itu yang diberitahu ayah angkatnya itu kepadanya. Akhirnya, Erilyn juga mendiamkan diri dan membuang pandang ke arah tingkap.

'Panggilan 'mama' khas untuk mama sorang je' getus Laura di dalam hatinya.

♦♦♦

"Laura tak nak mak tiri tau mama!"

Puan Laressa cuma tersengih mendengar anaknya itu berceloteh.

"Tapi kan! Mak tiri tu apa?"

"Laura ni kecil lagilah, nanti mama cakap bukannya faham pun.."

"Ala, apalah mama ni! Macam mana kalau mak tiri tu datang? Laura takut.."

Gadis itu memeluk erat ibunya. Seakan dia benar-benar memaksudkan perasaan takut itu.

"Jangan risau ye sayang... Selagi mama ada, mak tiri takkan ada"

"Ok, mama" ujar gadis kecil itu lega dengan jaminan ibunya.

Tapi

Sekarang mama dah tak ada...

♦♦♦

"Laura, turun makan jom! Mama dah siap masak," panggil Erilyn dari luar bilik Laura. Entah mengapa, sejak semalam cik Kaylee menjejakkan kaki ke dalam rumah ini, gadis itu berubah personaliti. Walaupun tidak banyak, namun masih dapat dilihat perubahannya.

"Laura, cepatlah. Mama dah pang..."

Pintu dibuka tiba-tiba dari dalam. Gadis yang dinanti menampakkan dirinya. Namun, wajahnya kelihatan benggang.

"What did I said? Stop call her mama, Erilyn," ujar gadis itu. Dia terus keluar dari bilik. Erilyn cuma terkaku. Dingin.

"Erk, sorry weyh. Kita panggil dia mummy, right?" Erilyn cuba berinteraksi dengan Laura. Takut juga jika gadis itu naik angin kepadanya.

"Huh..yeah.." balas Laura sambil menuruni anak tangga. Erilyn setia berjalan ditepinya.

"Laura, janganlah marah-marah. Nanti cepat tua, tau!" Erilyn cuba bergurau. Laura pula tersenyum tawar.

Selepas beberapa ketika, Laura bersuara. "You know? I'm so sorry Erilyn... Aku cuma, ya la.. Masih macam, tak dapat terima? I guess.." Laura memandang gadis di sebelahnya.

"Nah, it's ok my friend! Kau take time lah kenal dengan mommy. Kau akan suka dia nanti," Tangan Laura dicapai dan digenggam.

"Ok,"

We'll see..

"Laura, kenapa lambat? Jom makan.. mama ada masak lauk favorite Laura ni. At least, itu yang papa kamu bagitahu ni," Kaylee menyapa Laura. Dia sedang menatang lauk asam pedas ayam di dalam mangkuk. Wanita itu kemudiannya meletakkan magkuk tersebut di atas meja yang sudah tersedia bermacam-macam aneka makanan.

Laura tersenyum paksa. "Sorry papa, 'mummy'," Gadis itu menekankan suaranya di perkataan 'mummy' itu.

Cik Kaylee masih tersenyum manis ke arah Laura. Dia membuka apron merah jambunya.

Apron mama. Laura mendengus perlahan.

Kini masing-masing sudah mengambil tempat duduk. Erilyn dan Encik Hayden duduk bertentangan. Begitu juga Laura dan Kaylee.

"Mari makan," kata Encik Hayden lalu doa makan dibaca dan diaminkan oleh mereka yang lain.

"Tambah lagi, Laura," ujar Kaylee setelah melihat lauk Laura hampir habis.

"Erm, bolehlah," Serius tak boleh tolak lauk kegemaran!

Kaylee menceduk seketul ayam dan diletakkan ke dalam pinggan Laura. "Erilyn nak juga?" soal wanita itu pada anaknya yang lagi satu. Sebenarnya, selama dia menjaga Erilyn di hospital, dia sudahpun sukakan gadis itu. Baginya gadis itu dianggap seperti anaknya sendiri. Tak sangka pula dia dapat berkahwin dengan Encik Hayden yang sebenarnya merupakan ayah angkat bagi Erilyn. Cantik betul aturan takdir!

"Abang nak nasi lagi?" Wanita itu bertanya pula kepada suaminya. Namun, Encik Hayden cuma mengelengkan kepalanya tanda tidak mahu.

Laura cuma memerhatikan sahaja tingkah-laku wanita itu. Setiap sisi diperhatikan dengan teliti.

Ternyata, wanita ini cantik orangnya. Itu satu kenyataan yang baru Laura perasan. Dari segi lekuk wajahnya, wanita ini memang jelita. Persis model peragaan. Kulitnya yang sawo matang itu kelihatan sesuai dengan warna rambutnya. Memang rupa paras wanita tersebut serba-serbi sempurnalah senang cerita!

Namun, setiap manusia ada kekurangannya. Walaupun Cik Kaylee ini wanita yang cantik, namun dia suka mengayakan pakaian yang ketat dan menjolok mata. Seksi.

Oh, bercakap pasal seksi ni.. Encik Hayden masih berhutang penjelasan padanya. Bukankah dia sudah bilang yang dia tidak suka wanita itu memakai baju yang ketat? Kenapa ayahnya langsung tak ambil tindakan?

Tanpa sedar, sepasang mata biru Laura bertembung dengan sepasang mata coklat milik ibu tirinya itu. Cik Kaylee kemudiannya menghadiahkan senyuman. Laura membalas semula namun masih dengan senyuman nipis. Gadis itu lantas menumpukan perhatian kepada makanannya dan begitu juga wanita tadi.

'Mungkin.. dia baik?...kot' desis hati gadis berambut putih itu.

♦♦♦

"Demi masa, sesungguhnya manusia dalam kerugian. Melainkan, mereka yang berpesan-pesan dengan kebaikan"

Suara gemersik ustaz di corong radio itu didengarinya penuh kyusuk. Tangan pula tidak lekang menggaul kuah carbonara cendawan.

Seorang lagi gadis seusianya pula setia membancuh air untuk sarapan pagi itu.

Genap lima bulan Cik Kaylee mengandung. Doktor sahkan ianya merupakan anak perempuan. Namun, jantina bayi tersebut dirahsiakan daripada pengetahuan Encik Hayden. Surprise lah katakan.

Selama tiga bulan itu juga Laura dan Erilyn mengambil alih tugas memasak, mengemas rumah dan berkebun. Walaupun kandungan Cik Kaylee belum lagi sarat, namun Encik Hayden langsung tidak membenarkan isterinya itu membuat sebarang kerja rumah. Sayang betul.

"Laura, it's almost three days I haven't seen Maru. Where is that cutie?" soal Erilyn pada sahabatnya Laura.

Ya, dalam tempoh masa itu juga, Maru kerap kali menghilangkan diri. Balik pun waktu petang. Waktu malam dan pagi jarang kelihatan kucing itu berkeliaran di dalam rumah.

"Entahlah, aku pun tak berapa pasti. Pelik pula perangai 'dia' kebelakangan ni," balas Laura. Sebagai tuan Maru, sudah tentu dia risau. Kucingnya itu sudah pandai lari dari rumah.

"Aku rasa mesti 'dia' sembunyikan sesuatu. Mana tahu, tiba-tiba bawa balik anak kucing!" tebak Erilyn. Tangannya ligat mencapai beberapa biji cawan.

"No way! Aku tak nampak pun perutnya boroi macam kucing bunting? Nonsense lah kau ni" bidas Laura.

"Aku teka saja. Habis tu kau ada alasan lain?"

"Well, I'm not a cat,"

Erilyn membulat muka cemberut dan perbualan mereka tamat di situ.

'Sembunyikan sesuatu, huh?' desis Laura dalam hati.

-♦♦♦-

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro