♦ Part 11 - The Day ♦
"The plan is going to success," ujar seorang gadis. Rambut ungu kehitamannya ditutupi dengan kerudung hitam panjang yang dipakai sehingga mencecah lantai. Sekali imbas, gadis itu kelihatan seperti menyembunyikan identiti dirinya walaupun di dalam bilik menghadap itu cuma ada dirinya dan seorang lelaki.
Tempat ini dahulunya tidak begini. Namun kini, hanya sarang labah-labah yang memenuhi segenap ruang dan sudut. Carikkan kain lusuh di sana sini. Warna yang dahulunya putih bersih kini hanya dipenuhi tona hitam dan kelabu.
Istana besar ini bagai lenyap daripada realiti. Sunyi dan suram adalah atmosfera yang tidak asing lagi. Tiada seorang pun yang ingat tentang kewujudan istana ini. Kerana ianya cuma mimpi ngeri yang tiada berpenghujung.
Gadis tersebut melutut betul-betul di hadapan beberapa anak tangga kecil yang memisahkan dirinya dan lelaki dihadapannya.
"Excellent," balas suara garau itu sepatah. Bibirnya yang sedikit kehitaman itu mencorakkan senyum sinis. Kakinya disilangkan.
"After all these years," katanya lagi. Anak mata jingga kemerahan miliknya terarah pada lingkaran hitam pada tangan kanannya. Jari-jemarinya sudah sepenuhnya hitam legam sehingga ke bahagian siku. Semuanya kerana peristiwa yang pernah berlaku dalam sejarah hidupnya.
Peristiwa yang membawa dia sampai ke tahap ini.
"My creation finally shows it true color," sambungnya. Badannya dibawa bangkit dari singgahsana menuju ke bahagian belakang tempat takhta tadi. Dia melemparkan pandangannya ke luar istana.
Hutan tebal yang suram menjadi hidangan.
"Sekarang tiba giliran aku pula," bisiknya keras.
♦♦♦
"Betul ke semua ibu tiri jahat, mama?"
"Tak lah, siapa cakap?"
"Abis tu dalam cerita selalu je ibu tiri jahat,"
"Mana adalah, itukan cuma cerita.. Hanya rekaan,"
Hanya rekaan.
Hanya rekaan?
♦♦♦
Tok Tok Tok!
"Assalamualaikum,"
"Waalaikumussalam, ayah ke?"
Laura mempercepatkan langkahnya kearah pintu. Jam menunjukkan hampir pukul 11:00 malam. Sanggup gadis itu menanti kepulangan ayahnya.
Belum sempat tangannya mencapai pemegang pintu, daun pintu itu serta-merta dibuka dari luar. Ayahnya muncul disebalik pintu tersebut.
"Hi, anak Papa. Kenapa tak tidur lagi nih?" soal lelaki itu. Beg bimbitnya di ambil oleh gadis berambut putih itu.
"Hehe,saja je nak tunggu papa," jawab Laura masih berbasa-basi.
"Erilyn mana?" soal Encik Hayden lagi. Tali leher merahnya dibuka dan kaki menapak satu persatu di atas anak tangga.
"Dia dah tidur, katanya nak teman Laura tapi dia mengantuk sangat tadi. Tu yang suruh dia masuk bilik, tidur" terang Laura setiap mengekori langkah ayahnya.
"Abis tu Laura nak apa ni?"
"Apa?"
"Ye la,buat apa anak ayah sorang ni tak tidur lagi?"
"Urmm,pasal pe..perkahwinan ayah tu.." Laura mula membuka mulut.
"Laura..bukan apa,cuma...emm"
"Cuma?" Encik Hayden memandang anaknya disebelah.
"Emm, kalau..kalau papa tak keberatan..boleh tak...emm,cakap kat bakal mak Laura tu,"
Perit.
Bakal mak?
'Sabar Laura,tarik nafas..hembus'
"Suruh dia berhenti pakai baju ketat-ketat. Laura tak suka.." ujar gadis itu tanpa memandang wajah Encik Hayden.
Lelaki itu pula langsung tidak menyangka ayat itu terkeluar daripada mulut anaknya. Rasa malu pun ada juga.
"Emm,boleh je," balas Encik Hayden. Dia menggosok belakang tengkuknya.
'Hu..alhamdulillah, terlafaz jugak'
♦♦♦
Orang ramai yang hadir ke majlis itu menambahkan lagi kemeriahan majlis. Kesemua yang hadir kelihatan daripada golongan orang-orang kaya. Tema majlis yang putih dan 'royal blue' menyerikan lagi suasana yang sedia ada gah tersebut.
Dalam keriuhan tetamu yang hadir, seorang gadis yang memakai baju bertemakan warna yang sama dengan tema majlis duduk termenung di satu meja bulat beralas kain putih.
Baju yang dipakai khas direka buat dirinya. Gadis ini memakai sarung tangan bewarna 'royal blue' yang panjang hingga mencecah atas siku. Rambut putihnya pula dibiarkan lepas dan ditata rias dengan sedikit aksesori.
"Laura, you look so gorgeous!" Tegur satu suara dari tepi gadis itu. Laura melihat sisinya. Seperti yang dijangka, Vivian yang menegurnya. Gadis itu memakai baju bewarna 'dark blue' dan rambutnya diikat sanggul.
"Haih Vivian, mana salam kau?" gurau Laura. Dia cuba melakar segaris senyuman buat sahabatnya.
"Hehehe, eih! Ni dia Qlyra," ujar Vivian lalu menarik Qlyra ke depan. Ditepi Qlyra ada seorang lelaki. Tyren.
"Weyh! Cantik apa baju tu? Mana ada buruk?" komen Laura.
Sebenarnya, beberapa hari sebelum perkahwinan ayahnya, Laura dan Vivian pergi membeli baju untuk Qlyra dan abangnya, Tyren. Mereka dijemput Laura, namun ditolak kerana mereka tiada duit untuk membeli baju yang elok. Takut nanti orang cakap lain pula. Jadi Laura dan Vivian menghadiahkan dua beradik itu sepasang baju setiap seorang.
Jangan tak tahu! Vivian sebenarnya merupakan seorang pelakon remaja. Gadis itu telah banyak membintangi filem-filem. Memang jenis serba boleh gadis seorang ni.
Qlyra kelihatan malu-malu. Maklumlah, dia langsung tidak pernah menghadiri apa-apa majlis besar dan gah seperti ini. Tyren disebelahnya cuba berlagak bersahaja namun masih kelihatan yang dia berasa kurang selesa berada di majlis itu.
"Emm, aku malu lah weyh. Dah lah aku datang tak bawa apa-apa," kata Tyren pula. Laura dan Vivian meletuskan tawa kecil.
"Apa kau ni? Tak macho langsung!" kritik Vivian. Dia duduk di sebelah Laura. Kemudiannya dia mengajak Qlyra dan Tyren duduk di sebelahnya.
Tayren mempamerkan muka cemberutnya. Qlyra pula tersenyum-senyum.
"Tak apa lah Tyren, ayah aku tu bukannya mengharapkan hadiah dari tetamu pun," ujar Laura cuba menenangkan sahabatnya itu.
"Apesal kau nampak cam muram je tadi, Laura?" soal Vivian pada gadis itu. Nampak sangat yang tadi tu dia seakan bersedih.
"Haah, weyh. Kenapa kau ni? Bukan ke kau sepatutnya gembira?" sokong Tyren pula. Qlyra cuma mengangguk setuju.
"Emm, nampak sangat ke?" Laura cuba mengelak. "Jangan nak dalih lah," Tyren cuba mendesak. Ye la, kalau ada masalah kongsilah, jangan pendam sendiri.
"Haih, bukannya aku tak gembira.. tapi, kau tengok lah 'mak baru' aku tu" Laura menjuihkan sedikit mulutnya kearah seorang wanita yang memakai gaun pengantin bewarna 'royal blue'. Kelihatan dia sedang sibuk melayan tetamu bersama Encik Hayden yang segak bergaya di dalam tuksedonya.
"Yup, kenapa?" tanya Vivian hairan sambil kepalanya tegak melihat wanita yang dimaksudkan Laura.
"Sexy, right?" komen Tyren tanpa berselindung. Qlyra memukul peha abangnya. "Apa?" ujar lelaki itu tak puas hati.
"Tak apa lah Qlyra, memang tu pun sebabnya aku murung sikit," jelas Laura. Dia menongkat dagunya.
"Well, I can't deny that" sokong Vivian pula. Dia berhenti memandang penganatin sehari itu dan mula menumpukan perhatian pada Laura.
"I had no idea what she thinking" ujar Qlyra pula. Nampaknya, masing-masing dah faham perasaan Laura.
"Sekarang papa patut bersedia dengan alasan kukuh," kata Laura. Yang lain cuma mengangguk.
"Haih, dia langsung tak macam mama." tutur gadis itu perlahan. Haih, sebak lagi hatinya teringatkan arwah ibunya itu. Pagi tadi puas dia menangis kerana teringat akan arwah ibunya itu.
♦♦♦
Pagi sebelum majlis.
Laura termenung sendiri di dalam perpustakaan mini itu. Sekejap lagi dia perlu bertolak ke majlis perkahwinan ayahnya. Sekarang dia sedang menanti ayahnya itu bersiap.
Malam semalam di langsung tidak dapat tidur dengan lena. 'Kenapa susah sangat aku nak terima perempuan tu? Kenapa ni?' monolognya sendiri. Dia terlalu rindukan ibunya.
Tiba-tiba matanya tertacap pada album gambar ibunya. Ibunya memang suka mengambil gambar. Memang minat dari kecil. Sampaikan Laura pun diajarnya cara mengambil gambar.
Gadis itu tersenyum segaris. Dia mencapai album itu. Satu persatu gambar ditatap penuh gembira. Dari ibunya masih kecil hingga besar, kebanyakkan ialah gambar pemandangan yang suka diambil oleh ibunya. Tiba ke muka surat terakhir, Laura terhenti.
Gambar perkahwinan ibunya dan ayahnya. Air mata sudah bertakung di empangan air mata Laura. Cantik baju yang ibunya gayakan. Emas dan putih menjadi warna pilihan kedua mempelai di dalam gambar tersebut.
Tanpa sedar, air matanya jatuh menitis di atas permukaan gambar tersebut. Diikuti dengan esakan kecil dari gadis itu.
"Mama, Laura rindu sangat kat mama.."
Lalu, tangisannya pecah lagi dan lagi.
-♦♦♦-
Hai! Assalamualaikum 😘
Siapa ingat lagi kat Qlyra dan Tyren? Mesti dah lupa kan? Kalau nak ingat, rujuk part 1!
Ok, itu je..bye!
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro