Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

♦ Part 1 - Special ♦

"Hei, ada ada kerja ni," ujar seseorang.

"Apa?" balas gadis manis yang dipanggil tadi. Mukanya terus masam mencuka. Benci apabila aktivitinya memberi makanan kepada ikan di kolam terganggu.

"Pihak atasan bagitau.. ada S.B. yang dah lama hilang. So, kita kena cari" Jejaka yang berambut hitam itu memaklumkan kepada gadis tersebut yang kelihatan masih dalam kekeliruan. Rambut hitamnya diusap kebelakang.

"Huh? That not a big problem.. Kau sajalah settle," balas gadis itu acuh tak acuh. Dia kembali memberi ikan di dalam kolam itu makan. Sesekali, mantel separas peha dibelakang badannya diselak. Panas.

"Tch, tak dengar keseluruhan cerita pandailah kau cakap it is not a big problem. Look, it's not here okey.." bidas jejaka tinggi lampai itu pula. Gadis itu mula serius. Dia memandang lelaki tadi dengan pandangan tidak percaya.

"Takkanlah...."

"Hmm," belum sempat gadis tersebut berkata-kata, lelaki tadi memintas. Satu keluhan dilepaskan mereka serentak.

"So, its really a big problem," guman gadis itu perlahan.

♦♦♦

"You is now six year old, Maru! Happy birthday!" kata Laura kepada Maru. Kucing itu sedikit tersentak kerana tuannya itu menganggunya yang sedang tidur di atas katil empuk Laura sendiri. Ada ke patut si gadis itu tiba-tiba menepuk permukaan katil dengan kuat?

Badan berbelang Maru diusap lembut Laura. Rasa sayangnya semakin memuncak terhadap satu-satunya kucing peliharaannya itu. Seketika Laura tersenyum-senyum sendiri mengenang kenangan manisnya selama hidup bersama kucing comel itu.

Maru semakin dibuai lena apabila diperlakukan begitu oleh tuannya. Badannya yang gebu itu bergerak-gerak. Laura tertawa kecil.

"Buat-buat comel pula eh!" jerkah Laura. Maru terus membuka matanya. Sekali lagi Laura ketawa. Gembira sungguh hatinya.

Maru turun dari katil. Dia mencakar-cakar pintu bilik Laura. Laura yang memahami isyarat Maru itu bergegas turun dari katil. Nahas kalau lambat!

"Maru jangan melepas kat sini okay," ujar Laura sambil daun pintu dibukanya luas. Maru pula terkedek-kedek turun dari tingkat atas itu menuju ke tandas peribadi miliknya.

"Fuh...nasib sempat," kata Laura lega. Pintu bilik dibiarkan terbuka. Mana tahu Maru hendak masuk balik, tak adalah dia penat-penat mahu buka pintu biliknya. Badannya dihempas ke atas katil empuk berona biru lantas, tangan kanannya diletakkan di atas dahi.

Entah mengapa, dia berasa seakan susah hati. Rasa risau sejak pagi tadi. Malah, dia cepat rasa rindu dengan kucing istimewanya itu. Lengan kanannya ditenung. Bukan, tapi sesuatu di tangan itu yang ditenung.

Oh ya, kucing istimewa. Mengapa pula begitu? Kerana terjadinya satu peristiwa yang paling aneh berlaku kepada Maru.

♦♦♦

"Maru, cepatlah! Kita nak bertolak ni. Nanti lambat sampai pula!" laung Laura di tingkat bawah. Kakinya diatur ke luar rumah. Barang yang dibawa terlalu banyak sehinggakan menghalang pandangannya untuk melihat ke hadapan.

Dengan berhati-hati gadis itu melangkah ke pintu utama. Barang-barang lama itu ingin disedekahkan kepada anak-anak yatim. Itulah perkara yang tidak asing lagi yang dilakukan mereka sekeluarga.

"Tidak elok kalau membazir. Sedekahkan kepada orang yang memerlukan adalah lebih baik" Kata-kata Puan Laressa terngiang-ngiang di kepala Laura. Jika ada barang-barang lama yang masih boleh dipakai, mereka sekeluarga pasti mendermakannya.

Meow~

Geseran manja Maru di kaki Laura mematikan lamunannya. Gadis itu melemparkan segaris senyuman buat Maru.

"Manja eh kamu.. Tapi tolong tepi sikit Maru. Kakak tengah angkat muatan berlebihan ni. Kalau kamu nak tolong tak apa, ni kamu menambah lagi berat muatan adalah" ujar Laura lembut. Tutur katanya tak tumpah seperti ibunya. Lagipula, genetik ibunya banyak turun ke dirinya. Tiada satu pun yang berbeza.

Lihat saja warna matanya, memang sama seperti warna mata ibunya, biru muda. Hanya perangai ayahnya sahaja yang diwarisi. Selebihnya fizikal, tak tumpah seperti ibunya.

"Papa! Papa dekat mana? Barang-barang ni nak letak mana?" laung Laura apabila kelibat ayahnya tidak kelihatan di luar rumah. Maru pula masih setia mengekori ke mana tuannya itu pergi.

"Papa dekat dalam stor ni! Barang-barang tu Laura letak saja tepi kereta. Nanti ayah susun!" balas Encik Hayden pula. Lelaki itu turut membalas dalam intonasi yang sama.

Laura dengan segera berlalu ke kereta mewah milik keluarga mereka. Walaupun keluarganya kaya, namun dia tidak pernah bersikap sombong atau kedekut. Malah, dia suka membantu orang lain. Macam sempurna sahajakan bunyinya? Namun hakikatnya, setiap manusia ada kekurangannya.

Dan dia, Laura Teressa. Juga punya kelemahan. Semuanya terserah kepada empunya badan untuk mencuba baiki diri atau terus akur pada kekurangan diri.

Tanpa disedari, kaki Laura tersadung batu dan kotak-kotak ditangannya jatuh menyembah bumi. Laura mendecit kecil, lututnya sedikit calar. Tiba-tiba, sebiji bola melantun keluar dari dalam kotak.

Maru dengan segera mengejar bola berwarna-warni tersebut. Fitrah kucing!

Bola itu bergolek ke tengah jalan. Kucing itu langsung tidak sedar kehadiran sebuah kereta hitam yang meluncur laju di tengah jalanraya.

"Maru!" jerit Laura panik. Dia segera bangkit untuk mengejar Maru yang langsung tidak berganjak di tengah jalan itu.

BAMM!

Laura tersentak. Lututnya terasa longgar. Dia melihat dengan matanya sendiri kucing kesayangannya dilanggar kereta tersebut. Dia melihat sendiri yang badan Maru tercampak jauh dek kerana impak pelanggaran.

Laura tidak dapat menahan air matanya lalu dia terduduk di atas tanah. Tangannya menekup muka yang sudah dibanjiri manik-manik jernih. Sungguh dia sebak dengan kejadian itu.

Tidak sampai beberapa detik waktu, satu sapaan lembut membuatkan mata Laura celik kembali. Dia memandang sisi badannya. Ternyata Maru sedang mengesel-geselkan tubuhnya yang gebu itu dipeha Laura sambil mulutnya mengigit bola berwarna-warni itu tadi.

"Ma... Maru?" soal Laura tidak percaya.

'Apa yang.. baru terjadi?' getus Laura dalam hati.

Perasaan gembira bercampur keliru. Itulah yang dia rasai. Badan Maru segera dia pikul. Dibawa erat ke dalam pelukan hangatnya. Maru cuma membenarkan Laura berbuat demikian.

Kucing comel tersebut kemudiannya mula bermain-main dengan bola berwarna-warni itu lagi. Badannya seperti langsung tidak cedera. Aktif sahaja seperti tiada apa-apa yang berlaku.

Maru melompat turun. Melepaskan diri daripada pelukan Laura untuk mengejar bola yang sudah terlepas dari jangkauan. Laura membiarkan Maru bermain-main sendiri dengan permainan barunya.

Gadis itu tersenyum senang dengan tingkah-laku Maru. Walhal, dalam hatinya sudah penuh dengan tanda tanya.

♦♦♦

Laura tersedar daripada lamunannya apabila kakinya terasa digeletek sesuatu. Dia segera bangkit. Seperti yang sudah dijangka, Maru sibuk mahu bermanja-manja lagi dengannya.

Tangan Laura ingin mencapai kucing gebu itu. Namun kucing itu lebih lincah bergerak. Tubuhnya melompat turun dari atas katil dan segera dipanjatnya tingkap bilik Laura yang kebetulan dibiarkan terbuka.

Laura megeluh sedikit kerana kucingnya itu lagaknya mahu bermain kejar-mengejar dengannya lalu, gadis itu segera bangkit dari duduknya dan bergerak ke tingkap.

Maru mula bergerak ke sana ke mari di tingkap itu. Gayanya seperti mengacah Laura untuk menangkap dirinya. Laura pun apa lagi? Gadis itu cepat-cepat melancarkan serangan!

Namun sekali lagi Maru mengelak. Ekornya dimain-mainkan. Kucing itu melompat pula di atas meja belajar. Menunggu tuannya melakukan serangan seterusnya. Dia nak main cowboylah ni! Malam tadi baru tengok cerita Rango.

"Bestnya dia main-mainkan kakak eh..." ujar Laura. Sekali lagi dia menerkam ke arah Maru... dan kali ini dia berjaya. Maru mula mengiau-ngiau dan menjilat perlahan pipi putih Laura.

Namun tidak lama, kucing itu kembali semula melompat turun dari dukungan Laura. Matanya tertumpu pada seekor burung yang berhenti berehat di tepi tingkap bilik.

Laura mula panik apabila Maru mula menerkam burung tersebut. Kaki kucingnya itu lincah berhenti sebelum badannya jauh dari tingkap. Burung itu bernasib baik kerana terlepas.

Maru mahu turun semula menuju ke arah Laura. Akan tetapi, nasibnya tidak baik apabila sekotak cat air yang berada di tingkap itu dipijaknya. Dirinya menjadi tidak stabil dan dalam sekelip mata, badan kucingnya jatuh menjunam ke tanah.

"Maru!"

-♦♦♦-

Done part 1! Harapnya enjoy ye geng! Ada keasalahan sila bagitau. Ada cadangan sila kemukakan. Ada yang tak puas hati sila comments.

thanks baca..and bye!!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro