Part 7
hari demi hari berlalu , semua berjalan seperti biasa. aku dan juyeon...dah jadi semakin rapat. ya , rapat sangat.
dan aku tak boleh nafikan yang aku dah mulai sukakan dia.
sape je tak suka , cara dia layan aku macam aku ni gf dia. even dia pernah cakap yang dia anggap aku sebagai adik dia...aku harap kami boleh jadi lebih dari itu.
—————
skip.
aku berlari pecut ke pagar sekolah. AAAAA HARI NI AKU LAMBAT LAGI. MATI LA AKUUUU (T_T)
" kau lambat." kata sunwoo yang sudah berdiri tegak di depan pintu sekolah.
" ish , aku lambat tidur semalam." kataku , cuba mencari alasan.
" oh ya ? apa kaitan dengan aku ?" soal sunwoo , sarkastik.
aku mendengus kasar.
" bagi la aku lepas kali ni. kita kawan kan ?" pujukku sambil menarik bajunya.
sunwoo menatap ku dengan tatapan kosong.
" sejak bila kita kawan ?" soalnya. aku terus melepaskan bajunya. dasar pengawas kerek.
jadi selama ni dia layan aku kenapa ? padahal kami tak rapat mana pun.
" okay...kali ni aku bagi kau lepas..."
aku yang tadi tunduk terus mendongak memandang sunwoo.
" JINJJA ?!" soalku dengan mata bersinar.
sunwoo mengangguk.
" tapi dengan syarat...kau kena rehat dengan aku hari ni." kata sunwoo lalu tersenyum senget.
AH SUDAH.
————
rehat.
aku bersembunyi di belakang soeun..yesss , sekarang ni aku tengah mengelak dari terserempak dengan sunwoo.
AKU TAK MAU REHAT DENGAN DIA 〒▽〒
" nak bersembunyi pun agak agak la. semua orang pandang kau macam orang gila." tegur soeun.
" aku tak kesah asalkan aku tak terserempak dengan pengawas gila tu." balasku lalu melilau ke sekeliling kawasan kantin.
lalu aku ternampak sunwoo yang tengah duduk dengan 2 orang rakannya.
" weh...sunwoo kat situ...jom lari dari kantin...cepat cepat cepat..." aku menolak badan soeun perlahan.
" ye ye...rilek la ih." soeun terus berjalan manakala aku bersembunyi di sebelahnya.
beberapa cm lagi dan kami akan keluar dari kawasan kantin dan aku akan bebas...
" BAE YENBI ! KAU NAK PERGI MNA TU ?" kedengaran suara sunwoo lantang memanggil namaku.
aku terkaku.
AAAAAAAA.
kini aku menjadi pusat perhatian semua orang dalam kantin ni. bodo la sunwoo , pi jerit nama aku kuat kuat dah kenapa.
" err...aku pergi dulu." soeun terus berlari meninggalkan aku.
" we-WEH ! " aku frust. hahahahanaaaaaat nya kawaaaaaaaaaan.
aku berjalan ke arah sunwoo dengan wajah cemberut.
" kau patutnya bersyukur sebab aku dah bagi lepas." tegur sunwoo.
aku hanya diam.
masalahnya sekarang ni dia bukan seorang tapi BERTIGA. kenapa nak dengan aku jugak ?
hhhhHHHHH aku frust.
aku menoleh ke arah dua orang kawan sunwoo itu. ouff , abang ganteng.
eric dan hwall. aku kenal sangat dorang dua ni.
eric hanya tersenyum memandang aku.
" duduk lah." kata hwall dan aku hanya menurut. aku mengambil tempat duduk di sebelah hwall.
" okay , berambus la kalian berdua." kata sunwoo , menghalau kedua rakannya itu.
WHAT THE HECK ?
" eleh , mentang mentang dah ada makwe." kata eric.
MAKWE ?! sejak bila aku couple ngan sunwoo ?!
" biar ah , orang nak bahagia. jom la , pape roger. bye si comel." kata hwall pula lalu melambai ke arah aku.
jap-- aku blushing. AAAAAAAAA.
hwall panggil aku si comel HDGDHDSGS.
setelah pemergian eric dan hwall , aku dan sunwoo dah jadi kekok.
" woi." sunwoo memulakan perbualan. aku memandangnya.
" apa ?" balasku.
" kenapa tak makan ?" soalnya.
" takde selera."
" kenapa takde selera ?"
" sebab tengok muka kau."
" bangsat lo."
aku menahan ketawa. rasa puas lepas dapat buat dia marah AHAHAHA.
" kau pun tak makan." kataku.
" aku dah kenyang lepas tengok kau." balasnya.
" YEUUUU PERVERT " aku membaling seketul sisa nasi ke arahnya.
" yah ! "
—————
skip.
hari ni aku buat keputusan untuk singgah ke tempat kerja Juyeon.
hmm dia ada ke hari ni ? sebab pagi tadi aku bukan gi sekolah dengan dia.
harap harap juyeon ada. hhhHHHH. aku rindu dia (T▽T)
em gedik la yenbi ni.
sampai sahaja di pintu belakang TheB's cafe , aku mengambil keputusan untuk menunggu juyeon.
aku kerling jam tangan. berapa minit lagi shift juyeon dah nak habis. kalau dia tak keluar maknanya dia takde la tu.
beberapa minit kemudian , kedengaran bunyi pintu belakang dibuka.
" okay gaes , kami pergi dulu." ujar satu suara. HHHHHH ITU SUARA JUYEON.
aku yang tadi duduk kini berdiri lepas dengar suara juyeon.
dan..
" yenbi ?" panggil dua suara.
aku terkaku.
" u...unnie ?" balasku.
ya , di depan sekarang aku ni ialah juyeon dan unnie.
juyeon memandang unnie.
" eh ? awak kenal yenbi ?" soal juyeon.
unnie mengangguk.
" yaa , dia adik saya." jawab unnie.
juyeon nampak terkejut.
" WOAH , tak sangka. no wonder la aku rasa wajah yenbi seiras dengan awak. adik beradik rupanya hahahaha.." juyeon gelak.
aku hanya tersenyum tawar. bukan apa...hati aku sakit...sangat.
sebab unnie dan juyeon berpegangan tangan.
" unnie...ada apa apa ke dengan dia ?" soalku.
unnie tersenyum.
" dia la lelaki yang unni ceritakan haritu. lelaki yang confess kat unnie.." jawab unnie lalu memeluk pinggang juyeon.
" aah..." aku tak mampu berkata kata. jujur , hati aku sakit.
" so...yenbi...jom la ikut kami gi—"
" ra-rasanya saya tertinggal barang kat sekolah , pergi dulu ! " belum sempat juyeon menghabiskan ayatnya , aku terus berlari meninggalkan mereka.
panggilan dari mereka berdua , aku abaikan. air mata yang mengalir , aku biarkan. jujur , hati aku sakit.
kakak couple dengan crush kau sendiri ? kau rasa ?? aku tahu ni bukan salah unnie , dan bukan salah juyeon juga...
aku yang lambat luahkan perasaan...aku yang salah...
─── ・
TBC
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro