Part 19
yenbi's
setelah beberapa minggu berkerja di Theb's Cafe , akhirnya kami berdua dapat wang yang cukup untuk ke camp.
sepanjang berkerja , juyeon layan aku dengan dingin terutama sekali bila ada sunwoo.
sampai sekarang aku masih terfikir pasal comment juyeon tu.
hm...jangan cakap dia jELES SEBAB AKU POST GAMBAR SUNWOO ?!?!?
ah , mengarut.
********
" duduk sini." kata sunwoo sebaik saja kami masuk ke dalam train.
kami dalam perjalanan ke jeju. uwuuu , JEJU MU TUNGGU AKU DATANG.
( tbh , aku tak tahu orang korea pergi jeju naik apa sebab haritu aku tengok running man , dorang guna kapal terbang. hmm so aku main tibai je.)
suasana sepi sepanjang perjalanan. aku sibuk mengamati pemandangan kat luar tingkap. sunwoo pula tak banyak cakap.
aku pandang sunwoo yang khusyuk dengan telefon nya.
" awak." panggilku.
sunwoo memandangku dengan kerutan di dahi.
" sejak bila kita guna awak-saya ?" soal sunwoo.
aku hanya menjawab soalan sunwoo itu dengan sengihan.
" jom lah borak dengan aku. bosan hanet." rintihku lalu mencebik.
" kalau bosan gi tido." balas sunwoo.
" aku tak mengantuk." balasku pula.
aku terus meletakkan kepala di bahu sunwoo. lengannya ku peluk.
HOHO KORANG BARU TAHU KE YANG AKU CLINGY ??
" um...OH ! OH ! sunwoo ! " aku panggil sunwoo , excited.
" ya ya , apa dia ? eYYYY takyah la jerit. aku kat sebelah kau je kan." balas sunwoo , separuh geram.
" hehe mian. erm...kalau kau tak keberatan..ceritalah pengalaman kau masa jadi sECRET ADMIRER aku..hoho." kataku dengan sengihan.
sunwoo pandang aku lama.
" betul-betul nak tahu ?" soal sunwoo.
aku mengangguk laju.
" YES YES YES. cepat lah cerita...urghh.." aku tarik lengan sunwoo.
" ye ye...okay aku start..."
*********
flashback 2 years ago.
" weh sunwoo , kau bertugas jaga pagar." kata haechan.
sunwoo yang tengah syok makan roti itu memandang haechan dengan tatapan hairan.
" aku ?? bukan sepatutnya kau ke ?" soal sunwoo.
" kita ganti lah. aku nak jaga kelas 3-C. kelas awek aku kot." jawab haechan dengan sengihan.
" sukati kau la. kalau cikgu tanya , pepandai la kau jawab." balas sunwoo lalu meninggalkan haechan sendirian.
sunwoo berjalan ke pintu pagar sekolah dengan langkah malas. sesekali dia membebel sendirian.
" terpaksa juga aku berdiri menghadap muka-muka pelajar yang urgh , bosan gila. haih , dasar hyuck." bebel sunwoo dalam hati.
sedang dia sibuk membebel dalam hati , secara tiba-tiba dia terpandang figura seorang perempuan yang sedang duduk sambil mengelus lembut seekor kucing.
" aaaa kiyeowo. kenapa monyok-monyok ni ? lapar ke ? alah , aku takde bawa makanan." soal perempuan tersebut kepada kucing itu.
sesekali bibirnya menguntum senyuman apabila kucing itu membalas dengan "meow."
" balik nanti aku bawa makanan. tunggu sini tau. alolo kiyeowo. aaaaa." kata gadis itu lagi.
sunwoo ralit menatap gadis tersebut. entah kenapa hatinya rasa lain bila nampak senyuman gadis itu.
rasa yang...tak pernah muncul dalam hidup kim sunwoo gitu. eceh.
kriiiiinggggg
gadis tersebut lantas berdiri apabila loceng sekolah berbunyi.
" i have to go. bye meowww." gadis itu terus berlari masuk ke dalam sekolah.
sempat sunwoo melihat tag nama gadis tersebut.
bae yenbi
tanpa sedar , sunwoo tersenyum.
*********
" budak tu ke ?" soal eric sambil menunjuk ke arah 2 gadis yang baru masuk ke dalam kantin.
sunwoo terus memandang ke tempat yang dimaksudkan.
ya , gadis itu lah.
sunwoo tersenyum lalu mengangguk.
" yang mana satu ? kan ada 2 tu." soal eric.
" yang ikat tocang tu."
" i see...comel orangnya." sampuk hwall. matanya tak lepas dari memandang figura gadis bertocang yang khusyuk berborak dengan rakannya itu.
" takmau confess ke ?" soal hwall.
pantas sunwoo menggeleng.
" malu lah hehe."
*********
" mentang-mentang aku pengawas , sesuka hati je dia suruh aku. haih , nyampah." bebel sunwoo dalam hati.
dia melangkah malas ke bilik guru. tangannya penuh dengan buku.
sampai saja di depan pintu bilik guru , sunwoo cuba memulas tombol pintu tersebut tapi pintu itu sudah dibuka dari dalam.
dan terpacul lah wajah seorang bae yenbi.
mereka hampir terlanggar.
" ah mian." ucap gadis itu.
sunwoo tidak membalas. dia hanya berjalan melepasi gadis itu tanpa sebarang reaksi.
jauh saja dia dari gadis itu , sunwoo terus menguntum senyuman.
AAAAAA bahagia nya dia bila dapat bertembung dengan crush.
*********
walaupun dah beberapa kali bertembung , sunwoo tetap dengan wajah dingin nya. nak acah cool gitu.
eric dan hwall dah berkali-kali pujuk sunwoo untuk confess tapi sunwoo tetap dengan keputusannya.
sehinggalah dia memberanikan diri untuk mendekati yenbi. itu pun dengan cara taik 💩.
( boleh refer part 2 kalau tak ingat )
end flashback
**********
yenbi's
aku tersenyum mendengar cerita sunwoo itu. AAAAAA BLUSHING JAP ASFSHBSNSJSBD.
" kenapa tak tegur je time bertembung kat bilik guru tu ? eeee mati-mati aku ingat kau kerek tau." kataku.
sunwoo menggaru leher.
" aku....tak reti bercakap dengan perempuan." balas sunwoo sambil tersenyum janggal.
aku memandang sunwoo dengan senyuman manis.
entah kenapa aku rasa lucky :'')
*********
Jeju's Camp
selepas perjalanan yang panjang , kami pun sampai di camp Jeju.
uyeh.
tak sangka banyak juga orang ikut camp ni.
" okay peserta sekalian , sila berkumpul di sini dan daftarkan nama kamu." jelas pengacara majlis tersebut.
" kau tunggu sini. aku gi daftar nama. jangan pergi mana-mana tau." pesan sunwoo. sempat dia mengusap kepala ku sebelum berlalu pergi.
aku hanya mengangguk.
aku melihat keadaan sekeliling sementara menunggu sunwoo.
lalu perhatianku teralih kepada sekumpulan lelaki yang sedang bergelak-tawa di belakangku.
ulang suara , bELAKANG AKU.
sedang mereka bergelak sakan , secara tiba-tiba salah seorang dari mereka terlanggar bahuku.
" ah mian." ucap lelaki tersebut.
aku menoleh ke arah lelaki tersebut dan...
aku tergaman.
" oh , kau ikut camp ni juga ?" soal juyeon.
ya. juyeon.
aku mengeluh dalam diam.
kenapa dia mesti ada di sini ?!?!?
aku mengangguk.
" yenbi , jom." ajak sunwoo yang baru muncul. baru saja dia ingin menarik tanganku , secara tiba-tiba dia terhenti bila perasan akan figura juyeon yang berdiri tegak di sebelahku.
" ah...tak sangka akan terserempak kat sini. well , have fun." kata juyeon lalu berlalu pergi meninggalkan kami.
aku mengeluh berat.
kenapa dia mesti muncul masa aku berusaha nak lupakan dia ?
*********
" kenapa kena tidur berasingan ??" rungutku. kami dalam perjalanan ke bilik hotel.
sunwoo menunjal dahiku. ish , suka sangat main kepala.
" kau nak merungut kenapa ? takkan kita kena tidur sama-sama dalam satu bilik ?" tegur sunwoo.
aku mencebik.
" apa salahnya..." desisku , perlahan. namun jelas didengar oleh sunwoo.
sunwoo terus cubit pipiku.
" jangan nak mengada. lagipun bilik kita berhadapan kan ? jenguk lah aku bila-bila masa yang kau nak." jelas sunwoo.
" tengah malam boleh ?"
sunwoo pandang aku tajam.
" gurau..hehe."
─── ・
TBC
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro