Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

»»-24-««

Sehari sebelum menjelang hari perkahwinan, Taehyung memandang dirinya di hadapan pantulan cermin. Dari atas ke bawah tubuhnya mengenakan suit mewah berwarna hitam. Tidak dinafikan penampilannya memang segak seakan prince diraja.

"Putera sulung eomma ni tak kerja ke ni hari?" Muncul kelibat puan Kim di muka pintu bilik.

Taehyung tersengih petak. Ditarik lembut pergelangan tangan puan Kim lalu dibawa ke hadapan cermin. Bahu ibunya dipeluk rapat.

"Eomma lupa ke esok Tae dah nak kahwin dengan puteri yang Tae cinta ." Tidak pudar senyumannya saat berkata sedemikian. Dapat dia bayangkan penampilan Aeryl saat memakai dress rekaannya di tubuh gadis itu.

"Eomma tak lupa sayang..." Balas puan Kim dengan senipis senyum.

"Eomma harap puteri tu masih cintakan Taehyung sepenuh hati dia. Eomma taknak anak eomma ni jadi ahli sihir. Pasangan terkutuk macam tu memang tak dijamin bahagia." Tutur puan Kim dengan mendalam isi tersiratnya.

Perlahan-lahan senyuman Taehyung pudar. "Tae jahat ke eomma?" Soalnya tiba-tiba. Puan Kim memandangnya sayu. Tidak terjawab soalan anak sulungnya itu.

"Tae cuma nak tebus kesilapan Tae dan cuba betulkan hubungan dengan Aeryl. Tae tahu ni semua salah—"

"Salah omma Taehyung sebab eomma sesuka hati satukan Tae dengan Shae In, gadis yang kamu tak cinta. Eomma tahu tu, eomma minta maaf sebab hancurkan impian kamu dan Aeryl." Esakan kecil puan Kim mula kedengaran.

Langsung ditarik tubuh wanita itu ke dalam pelukan. Taehyung mengucup kepala ibunya berkali-kali cuba untuk menenangkannya.

"Tak omma tak... Eomma tak salah. Shhh.....eomma tak salah. Jangan salahkan diri eomma." Setitis air matanya jatuh ke pipi. Tangisan apa dia sendiri tidak tahu.

Puan Kim menepuk bahu Taehyung sambil mengukir senyuman. "Dah jangan sedih-sedih. Bakal pengantin kena berseri-seri, kan?" Dilap cecair jernih Taehyung dengan ibu jarinya.

"Ya eomma..." Balas Taehyung sambil tergelak kecil.

+++


To my future wife,
I love you to the end of
my life sayang ♡


Aku tersenyum manis. Manisnya Jimin ni siap selit kad lagi. Dress putih yang tergantung di hadapan, aku teliti cantik. Bakal suami yang reka baju ni, untungnya aku!

Pantas aku mencapai telefon lalu menekan contact Jimin. Sambil menunggu panggilanku disambut sempat lagi aku mengelus lembut dress tersebut.

"Hai cinta." Sapa Jimin di hujung talian.

"Sweet eh awak letak kad dalam dress tu. Nasib saya tak kena diabetes." Usikku.

"Eo? Dress apa tu?"

"Awak kan yang hantar dress ni kat saya? Cantiklah Jimin, saya suka!"

"Ahh ya... Baguslah awak suka. Saya tak sabar tengok awak pakai nanti." Balasnya dan aku menguntum senyum.

"Suit awak dah settle? Mesti awak nampak handsome kan? Tak sabar nak jumpa esok huwaaa! Saya nak berkepit dengan awak lepas kita kahwin nanti."

Sepi.

"Jimin?"

"Ya Aeryl?"

"Awak ada masalah ke? Awak nampak lain lah..." Keluh aku. Dia ni macam sorokkan sesuatu dari aku.

"Saya okeylah..."

"Tipu." nafiku.

Terdengar keluhan berat di sana. Lama Jimin menyepi dan itu membuatkan fikiran aku melayang jauh.

"Jimin... Waegurae? Janganlah diam macam ni. Awak buat saya overthinking tahu tak." Serius aku tengah tahan diri dari nak menangis ni.

"Kalau awak berterusan macam ni, kita cancel kahwin lah. Awak mesti dah ubah fikiran kan? Awak taknak saya lagi. Awak taknak hidup berdua dengan saya. Awak dah berubah, bukan Park Jimin yang dulu saya kenal. Awak—"

"Aiguuu budak kecik ni... Dah-dah jangan fikir macam tu. Saya masih Park Jimin yang awak kenal, tak ke mana pun. Eh suka hati je nak cancel, babap kang!" Kali ni Jimin tergelak-gelak. Aku rasa lega sikit.

"Awaklah buat saya macam ni!" geram aku menjawab.

"Janji tak buat lagi, sorry~~~"

"Naeee.." balasku acuh tak acuh.

"Sini borak dengan saya. Hari ni buat apa je kat rumah? Tak nak practice masak ke apa dulu sebelum bergelar isteri orang esok? Ke memang dah pro bab memasak? Pandai kan basuh kain? Tidur sekatil nanti jangan berdengkur pula..."

Gelak tawa kami bersambung, lagi-lagi aku. Dia ni mengusik orang nombor satu!

+++



"Kamu yakin ke dengan keputusan ni? Tak payahlah pergi jauh sangat, mama risaulah. Bercuti dekat-dekat je, lagipun Shae In tak berteman kan?" Tidak habis lagi Puan In memujuk anak gadisnya.

Shae In menggeleng kecil. Tangannya sibuk memasukkan pakaian ke dalam beg bagasi besar. "Please faham ma, Shae tak boleh tinggal sini buat sementara waktu. Shae perlu masa dan ruang untuk pulihkan keadaan."

"Kesan apa yang Taehyung tinggalkan kat kamu sampai bertindak macam ni? Mama tak kira, jangan pergi mana-mana. Duduk je sini, mama ada temankan kamu."

"Ma jebal..." Shae In memegang lengan Puan In dengan tatapan sayu. Serius dia memang tak boleh duduk di rumah ni. Hati dan fikirannya masih belum pudar tentang Taehyung dan dia sendiri tidak tahu kenapa.

Puan In mengeluh berat. Bahu Shae In dipeluk erat. "Sakit sangat ke hati tu sayang?"

Shae In tidak menjawab, hanya kedengaran esakkan kecil sahaja. Dia benci. Benci dengan pertemuan bersahajanya bersama Kim Taehyung. Kalau bukan sebab Puan In, memori pedih antara dia dan Taehyung tidak tercipta dan berakhir begini.

"Bila nak pergi?" Lama menyepi akhirnya puan In bersuara. Shae In melepaskan pelukan sambil memandang wajah ibunya.

"M-mama izinkan?"

Mahu tidak mahu puan In mengangguk rela. "Jangan terbawa-bawa sangat perasaan tu. Dah baik nanti balik cepat." Pesannya.

Terukir senyuman nipis di bibirnya. "Terima kasih ma... Shae pergi lusa sebab esok nak datang wedding Aeryl."

"Aeryl siapa? Kawan kamu?" Soal puan In.

"Ya kawan, bekas kekasih Taehyung."

"Eh kamu ni dah tersakiti macam ni masih lagi nak datang majlis tu? Mama tak fahamlah kamu ni haih!" naik geram dibuatnya.

Shae In sekadar tergelak kecil. "Tak ma, Shae okey... Lagipun dia dah jemput, tak salah kan? Mama ikutlah sekali."

"Kamu jelah pergi, hati tu batu sangat kan hah. Hadaplah pasangan bahagia tu nanti."

+++




Next chap dah part last 🤧✋🏻



Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro