»»-18-««
◑ ━━━━━ ▣ ━━━━━ ◐
"Minggu depan anak mama ni dah nak kahwin. Jaga suami tu elok-elok, mama nak hubungan kamu dengan Taehyung berkekalan sampai akhir hayat."
Kata-kata puan Lee bagaikan angin yang lalu. Shae In duduk termenung di bangku luar ruang balkoni biliknya. Wajahnya tiada riak, hanya tatapan kosong yang dipamerkan.
"Shae In, mama tengah bercakap dengan kamu." Sedikit tegas puan Lee menegurnya. Shae In tersentak. Wajahnya diangkat melihat wanita itu dengan sengihan kecil di bibir.
"Ya, dengar." Balasnya ringkas.
Sejujurnya dia tidak rasa teruja pun bila mendengar perkahwinan akan berlangsung tidak lama lagi. Buat apa terkinja-kinja sedangkan bakal suami pun buat relax je. Kadang dia terfikir, Taehyung tu manusia ke patung? Hati batu, langsung tidak ada perasaan.
"Ma..."
"Ya sayang?"
"Mama yakin ke keputusan mama dan puan Kim untuk satukan kami berdua ni, betul?" soal Shae In tiba-tiba. Nadanya kedengaran agar bergetar.
Puan Lee mengerut dahi. "Betul lah, apa yang salahnya? Mama yakin kamu akan happy dengan Taehyung." balasnya selamba.
"If not, how?"
Puan Lee mendengus kecil. "Kenapa kamu tanya?"
"He doesn't love me, ma." Tanpa dipinta, air matanya jatuh ke pipi.
"Heyy, what happen to you? Taehyung sakitkan hati anak mama ni ke? Bagitahu mama, biar mama ajar dia cukup-cukup!" Lantas kepala anak gadisnya ditarik masuk ke dalam pelukkan.
Shae In tidak menjawab malah dia terus menghamburkan rasa sedihnya yang lama bertanggung di hati. Bayangan wajah Taehyung bermain-main di fikiran.
Lelaki itu, tidak akan pernah cintakan dia seperti mana cintanya pada bekas kekasihnya iaitu Aeryl.
◑ ━━━━━ ▣ ━━━━━ ◐
"Ya, saya suka awak."
Suara Jimin masih terngiang-ngiang di corong pendengaranku. Aku tersenyum sendiri. Kedua belah pipiku berubah kemerahan.
"Kyaaaa!!!!" Aku berguling-guling di atas katil. Setelah puas, aku terus duduk dalam posisi bersila. Bibirku tidak lari dari senyuman.
Kehadiran Jimin betul-betul mengubah hidup aku. Tuhan hadirkan dia sebagai pengganti Taehyung dan tak sangka pula dia mempunyai perasaan terhadap aku.
Ting!
Aku mencapai telefonku lalu membuka pesanan daripada Jimin. Ah, baru sebut pasal dia dah muncul. Jodoh kami memang kuat.
Jimin 🍙
Tak tidur lagi?
Masih awal lagilah.
Tidurlah, Aeryl....
Nanti awak sakit,
siapa yang nak
jaga?
Awak kan ada.
Heheh 🙈
Haip...
Tetiba gedik ni,
kenapa?
Buang tebiat?
Buang tebiat
kat awak je 🙊
Aeryl..
R u ok?
Nak saya call
doktor untuk awak?
Gurau okey gurau.
Hermm,
Okeyy.
Ciss,kalau awak
bergurau dengan saya,
saya layan je.
🙄
Merajuk ke?
Aiguu,girlfriend saya ni~
Aku tersengih. Pantas aku menukar nama kenalan Jimin.
Jimin🍙 change to Boyfriend❤️
◑ ━━━━━ ▣ ━━━━━ ◐
"Taehyung, eomma ni nampak keterlaluan ke bagi kamu?" Soalan daripada puan Kim itu, Taehyung sekadar menggeleng kecil. Matanya fokus menatap skrin telefon.
"Kamu tahu kan perkahwinan kamu dengan Shae In ni diatur oleh eomma?"
"Ya." pendek Taehyung membalas dengan nada malas.
"Dah kenal hati budi dia macam mana?"
Taehyung mendengus kecil. "Ya." balasnya lagi.
"Dia ada cakap yang dia cintakan kamu tak?"
"Ya."
Puan Kim menarik nafasnya dalam-dalam. Cuba bersabar dengan perangai Taehyung yang bersahaja itu.
"Habis tu,kenapa puan Lee call eomma kata nak batalkan perkahwinan Taehyung dengan Shae In?"
Terus tegak tubuh Taehyung dibuatnya. Matanya terkebil-kebil. Betul ke apa yang dia dengar tadi?
"Apa?"
"Jangan nak buat muka terkejut sangat. Ini yang kamu nak,kan?" Sinis puan Kim bertanya. Tangannya disilang ke dada sambil merenung wajah Taehyung dengan geram.
"Memang ni yang Taehyung nak." Jawabnya selamba.
"Kim Taehyung!" Naik seoktaf nada puan Kim.
Taehyung mengeluh berat. Dia bangkit berdiri,mendekati puan Kim yang sudah mengeram sendiri itu.
"Selama ni Tae diam,ikut je telunjuk eomma sebab apa? Sebab Tae sayangkan eomma. Eomma still tak nampak pengorbanan Tae ke? Sanggup korbankan perasaan sendiri untuk jaga hati eomma."
Puan Kim terdiam. Namun matanya sudah berkaca-kaca,mendengar tutur kata Taehyung.
"Buat masa ni,Tae rasa cukuplah. Niat eomma nak tengok Tae bahagia tu betul tapi cara eomma ni salah. Kalau eomma nak tahu... Ya,Tae masih cinta dan sayangkan Aeryl. She's my first and last love, eomma."
◑ ━━━━━ ▣ ━━━━━ ◐
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro