Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Part 8 🦋

HARI kedua, untuk memikat hati jejaka mata blue
itu. Timbul pelbagai rasa di hati saat ini. Tinggal lagi
satu hari tapi belum nampak apa-apa perubahan pun.
Keras betul hati lelaki itu untuk aku dapatkan. Keras dari batu nampak nya.

Kalau macam ni lah nampak gaya memang dia kena
mengalah lah. Bosan duduk di rumah, aku keluar ke supermarket yang tidak jauh dari rumah aku. Nak beli barang untuk buat kek batik. Bunyi-bunyi khabar Zayden suka makan kek batik.Jadi aku nak cuba buat lah nanti boleh bagi kat dia.

Semalaman aku buat research kat google cara nak
pikat hati lelaki yang kita suka ataupun pasangan kita. Belek bukan main belek, terjumpa lah satu cara ni. Buatkan makanan yang dia suka. Kena jaga perut
dia dulu sebelum nak jaga dia. Itu sahaja cara yang
mudah untuk aku lakukan. Kata Mr. Google lah. Jadi aku nak try buat lah ni.

Sampai sahaja di supermarket,kunci kereta dimasukkan ke dalam poket seluar. Bakul diambil lalu berjalan ke arah barang yang ingin dibeli.

Aku mengambil satu pek biskut Marie, butter, serbuk
koko. Tidak lupa juga susu pekat satu tin.

Selesai sahaja membeli. Aku atur langkah ke kaunter
pembayaran. Resit aku simpan dalam poket. Tangan
memegang plastik barang, berjalan ke arah kereta.

Aku bawa masuk semua barangan yang dibeli tadi. Atur langkah ke dapur. Tangan dicuci terlebih dahulu sebelum start membuat kek batik.

Maka dengan ini bermula lah sesi berperang di dapur
untuk membuat kek batik untuk si jejaka blue.

Pertama kali ni aku nak buat. Sebelum ni kalau rasa nak makan, aku pergi beli je. Dekat kedai banyak tak perlu susah-susah nak buat. Tapi demi pujaan hati, aku sanggup lah buat.

Berpeluh juga lah aku ketika itu.Kawasan dapur
memang aku tak benarkan sesiapa untuk masuk malah
mama pun aku tak benarkan. Nak ketenangan gitu.

Lama juga lah aku berperang di dapur akhirnya kek batik siap. Bekas ditutup lalu dimasukkan ke dalam paperbag untuk diberikan kepada Zayden.

Kunci kereta dicapai.Sebelum keluar, sempat aku
menyembur sedikit perfume untuk menghilangkan bau. Risau takut berbau pula. Nak jumpa buah hati ni mesti kena wangi- wangi.

Macam biasa, café Uwais dituju. Kereta dipandu ke arah café itu.Memang setiap hari Zayden aka nada disana. Kereta betul-betul diparkir depan café. Nasib tak masuk dalam café je kereta aku.

Aku berjalan masuk dengan memegang paperbag. Buka langkah ke kaunter.

"Uwais, aku nak jumpa Zayden kejap" kata Kayla.

"Zayn, ada orang nak jumpa kau ni" panggil Uwais.

" Siapa?"

"Ni hah kau tengok sendiri lah" balas Uwais.

Zayden mula berjalan ke arah Uwais. Senyuman manis
aku hadiahkan pada nya bila mata kami mula bertembung.

"Kenapa nak jumpa?" soal Zayden dingin.

Paperbag dihulurkan. Zayden memandang dengan wajah pelik. Berkerut juga lah wajah dia saat itu.

"Apa ni?"

"Kek batik. Awak suka kek batik kan. Saya buatkan
untuk awak ni. Ambil lah. "

Lambat laun Zayden pun terima.Gembira aku dibuatnya. Dia ambil makanan yang aku buat. Wajah nya aku tatap lama.

"Makan tau. Saya balik dulu.Bye" ucap Kayla sambil
melambai-lambai tangan ke arah lelaki itu.

Laju aku beredar dari situ tanpa sempat mendengar apa- apa pun balasan dari Zayden.

Hilang saja kelibat Kayla, Uwais datang menghampiri
Zayden yang berdiri di kaunter itu.

"Wuu orang tu dapat makanan. Untung lah. " Zayden hanya diam kan diri.

"Sampai bila kau nak buat dia macam tu? Kesian
aku tengok dia. Dari dulu lagi dia sukakan kau.Takkan kau tak nampak lagi. " tanya Uwais.

"Aku tak suruh pun dia buat macam tu. Dia sendiri yang nak buat.So aku tak boleh nak halang. Lagi pun aku anggap dia sebagai seorang kawan je. Tak lebih dari tu. Dia je yang lebih-lebih"

"Kalau tak suka kau terus terang.Bagitahu dia. Ni kau senyap je. Layan dia nak taknak. Orang lain kau layan elok je. Ingat yang tulus tidak akan datang dua kali. Jangan sampai dia dah tawar hati nanti baru kau nak terhegeh-hegeh kat dia. " kata Uwais. Zayden mengeluh.

Uwais pergi meninggalkan Zayden seorang diri. Biar dia fikir sikit. Jangan mainkan perasaan wanita.
Tak suka cakap. Tapi Uwais tahu sebenarnya si Zayden ni pun ada simpan perasaan dekat Kayla namun dia masih perjuangkan ego nya. Taknak mengaku lagi. Ya dulu dia tidak suka namun lama kelamaan Zayden nampak yang Kayla betul-betul ikhlas sayangkan dia. Bukan disebabkan dia adalah anak orang kaya.

Zayden berdiri diam di kaunter, merenung paperbag yang dihulurkan oleh Kayla tadi. Fikirannya berkecamuk dengan kata-kata Uwais. Dia tahu Uwais benar, tetapi egonya yang sering menjadi penghalang.

MALAM ini , Zayden merenung kosong ke arah jendela, menyaksikan hujan yang turun membasahi bumi. Fikirannya melayang-layang, mengulang kembali dengan apa yang dia buat pada Kayla. Hatinya berkecamuk antara rasa bersalah .

"Salah ke apa yang aku buat ni?" monolog Zayden sendirian.

Dia bangkit dari sofa dan berjalan ke dapur. Kek batik buatan Kayla masih ada di atas meja. Perlahan-lahan, dia mengambil sepotong dan menikmatinya. Rasa manis kek itu mengingatkannya pada senyuman manis Kayla.

Dia teringat kata-kata Uwais, "Jangan sampai dia dah tawar hati nanti baru kau nak terhegeh-hegeh kat dia." Hatinya mula terasa perit memikirkan kemungkinan itu. Namun ego lebih menguasai.

Zayden menghentikan suapannya, menyimpan sisa kek batik itu dalam peti sejuk. Dengan langkah berat, dia naik ke biliknya. Dalam bilik yang sepi itu, dia duduk di tepi katil, merenung siling sambil cuba memahami perasaannya sendiri.

Mengapa begitu sukar baginya untuk melepaskan ego dan mengakui perasaannya terhadap Kayla? Dia tahu Kayla ikhlas, namun ada sesuatu yang menghalangnya daripada sepenuhnya terbuka. Mungkin takut terluka, mungkin takut untuk menyerahkan hatinya.

Zayden memejamkan mata, cuba menghalau segala keraguan yang bersarang di hati. Namun, wajah Kayla terus menerus hadir dalam fikirannya, dengan senyuman manis dan mata yang penuh harapan.

"Kau kena buat keputusan, Zayden," bisiknya kepada diri sendiri. "Sebelum terlambat."

Tetapi malam itu, Zayden hanya mampu berbaring dengan kegelisahan yang menguasai dirinya. Keputusan besar yang harus diambil masih terasa berat, dan ego yang menguasai terus menjadi tembok yang sukar ditembusi.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro