Part 7 🦋
MAKA hari ini bermula lah hari pertama untuk aku pikat hati jejaka mata blue iaitu Zayn Zayden. Mungkin sekarang ni aku dah boleh tukar gelaran mata blue itu kepada Si Ace?!
Dan saat ini aku berada tepat di depan café milik Uwais. Sebaik sahaja tamat pengajian. Uwais mula membuka café sendiri memandangkan dia juga
merupakan anak orang berada. Jadi, Zayden
akan membantu lelaki itu memandangkan dia ada
masa terluang. Kerna itu lah aku berada di sini
sekarang ini.
Ya, Zayden ada dalam café itu malah sekarang
ni dia sedang berada di bahagian kaunter. Dengan lafas bismillah, pintu café dibuka. Berdebar-debar aku saat menolak daun pintu itu. Langkah demi langkah dibuka ke arah kaunter. Serta merta saat ini aku berada betul-betul di hadapan lelaki itu.Lelaki itu masih belum menyedari kewujudan aku malah dia sibuk memandang ke arah skrin telefon bimbit nya.
Wajah nya aku tenung. Sentiasa kelihatan kacak
malah makin bertambah kacak apabila dia memakai baju kemeja putih dengan lengan disinsing hingga paras siku dan dia turut memakai apron berwarna hitam.
Mungkin dia perasan ada seseorang di hadapan nya,
lantas dia mendongak memandang. Saling bertatapan,
hati rasa berdebar. Namun aku tahu hanya aku yang rasa itu. Yakin, lelaki itu tak punya rasa samamacam dia.
Sesaat Zayden alih pandangan.
"Nak order apa?" tanya Zayden acuh tak acuh.
Malas nak melayan sebenarnya.Tapi disebabkan dia
datang sebagai customer nak taknak kenalah layan nanti rugi pula business Uwais.
Aku tersenyum kelat. Nampak sangat Zayden tidak
suka akankewujudan dia disini. Malah boleh nampak dia terpaksa layan dengan baik.
"Hi Zayden" sapa Kayla riang.
Tiada sambutan atau balasan dari Zayden.
"Nak order apa?" soal Zayden sekali lagi.
Nak tak nak aku kena juga membalas. Takkan nak
berdiri je depan kaunter ni kan. Ramai lagi orang nak
buat pesanan.
"Bagi saya air coklat flate 1 lepastu kek biscoff 1.
Okay tu je" balas Kayla dengan senyuman manis.
Muka Zayden tanpa reaksi, dia tayang.
"Total semua RM 21" ujar Zayden senada.
Diambil purse dan mengeluarkan duit not berwarna
biru lalu dihulurkan kepada Zayden. Dia terima duit itu lalu kembali menyerahkan baki selebihnya kepada aku.
"Tunggu kat meja, nanti saya hantar" kata Zayden
lalu bergerak ke arah bahagian buat air.
Aku terus balikkan badan berjalan ke arah meja
lalu duduk. Meja aku tidak jauh dari kaunter malah aku dapat lihat Zayden sedang membuat pesanan aku.
Nampak macam dia langsung tak kekoh bila buat
walaupun dia anak orang berada.
Selang 5 minit, akhirnya pesanan aku siap. Zayden
menghantar pesanan aku.
"Ni pesanan awak"
"Thankyou"
Zayden hanya mengangguk seraya berlalu pergi.
Hampir sejam jugalah aku berada di café ini, setia
memerhati Zayden. Pesanan aku juga sudah habis.
Namun masih tiada tanda-tanda aku akan pergi dari café itu.
Aku ingin menunggu Zayden hingga dia habis bekerja. Sekarang jam menunjukkan pukul 4:40 petang jadi tinggal lagi lebih kurang 20 minit nak pukul 5 petang.
Zayden habis kerja tepat pukul 5 petang. Sepanjang menunggu, hati aku terasa panas melihat tingkah mesra Zayden dengan customer lagi-lagi perempuan. Entah dia sengaja menguji aku atau tidak. Puas aku cuba berlagak tenang, namun hati ini tak bersetuju. Ada cemburu walaupun dia belum milik aku.
Pentingkan diri ke aku ni? Sampaikan kalau boleh aku taknak perempuan lain rapat dengan dia.
Kenapa layan aku acuh tak acuh tapi bila dengan orang lain bukan main mesra lagi. Tak boleh ke jaga hati aku sikit? Sikit je aku minta bukan nya banyak.
Sedang aku berperang dengan perasaan, jam tepat
menunjukkan pukul 5 petang. Bermaksud Zayden sudah habis bekerja.
"Uwais, aku balik dulu ya." ujar Zayden.
"Okay bro. Hati-hati." balas Uwais.
Zayden terus keluar dari café.Melihat itu aku terus mengejar langkah nya.
"Zayden..."
Aku menyeru lelaki itu, dek tidak puas hati. Aku terus
menghalang langkahnya. Apa lelaki itu tidak nampak ke aku? Bukan main lama aku tunggu dia kat cafe tadi. Dia boleh pergi macam tu je. Tahu lah tak suka tapi jangan lah tunjuk sangat. Sorok lah sikit. Tak kesian ke dekat aku yang setia menunggu dia dari dulu sampai lah sekarang.
Aku berdiri betul-betul dihadapan Zayden.
"Nak apa?" dingin suara Zayden.
Zayden malas mahu melayan.
"Nak awak boleh" balas Kayla selamba.
Zayden mengeluh. Nak marah tapi kena sabar.
Susah betul lah kalau bercakap dengan orang tak faham bahasa ni. Jadi lebih baik diam je.
Dia mula melangkah mahu pergi meninggalkan
aku. Jelas wajah lelaki itu nampak kepenatan.
"Eh nak pergi mana tu. Tunggu lah" halang Kayla.
"Saya penat lah. Saya nak balik." ujar Zayden lalu pergi meninggalkan Kayla seorang diri.
Aku melihat lelaki itu berjalan menuju ke kereta
milik nya. Sampai sahaja di kereta, pintu dibuka lalu
terus masuk ke dalam perut kereta. Kemudian, kereta
nya laju meluncur meninggalkan kawasan cafe.
Sampai sahaja di rumah , aku terus bersihkan diri. Selesai mandi, aku mencapai telefon bimbit untuk melihat beberapa keping gambar yang aku sempat ambil tadi.
Tertera gambar Zayden yang sedang sibuk membuat pesanan, gambar lelaki itu di kaunter, gambar sedang melayan customer.
Aku tersenyum lembut apabila melihat beberapa keping gambar tersebut sebelum terus menelungkup telefon bimbit untuk beberapa saat.
Kemudian, aku terus memutuskan untuk bangun lalu berjalan ke arah balkoni bilik. Aku melihat ke atas langit-langit untuk beberapa saat, kerana fikiran terus terbayang pada Zayden.
Aku terus merenung mengenai Zayden dan perasaan yang belum terungkap. Selepas beberapa saat, aku terus menghela nafas, sebelum terus melihat ke bawah apabila aku perasan ada sebuah kereta yang masuk ke dalam perkarangan rumah.
Aku terus melirik ke atas jam dinding untuk beberapa saat sebelum terus menuju ke pintu. Aku terus turun ke bawah lalu bergerak ke arah pintu depan untuk menyambut kedatangan tetamu itu.
Tanpa sempat tetamu itu mengetuk pintu, aku terus membuka luas pintu rumah. Terkejut orang itu dibuatnya. Aku menayangkan senyuman pada tetamu itu.
Tidak lain tidak bukan adalah abang aku sendiri bersama isterinya serta anak lelaki nya yang baru berusia 1 tahun. Laju aku mengambil si montel dari dukungan kakak ipar aku.
"Rindu nya ucu kat hencem boy ni" ujar Kayla seraya mencium pipi si montel itu.
Merengek si montel dibuatnya.
Seraya itu aku bersalaman dengan abang dan kakak ipar aku walaupun si montel dalam dukungan.
"Mama mana adik?" soal Thaqeef Irsyad.
"Ada kat dapur rasanya." balas Kayla.
"Papa?" Thaqeef soal lagi.
"Papa ada kat..." terhenti Kayla apabila ada suara menyampuk dari belakang.
"Sini" ujar Encik Iskandar.
"Ha papa ada kat sini"
Thaqeef berjalan ke arah Encik Iskandar lalu bersalaman begitu juga lah dengan kakak ipar ku.
"Sihat papa?" tanya Thaqeef.
"Macam ni lah papa. Sihat orang tua biasalah." jawab Encik Iskandar dengan senyuman.
Thaqeef juga tersenyum.
"Ni mana cucu kesayangan papa. Tak nampak pun."
"Tu! Tak sempat nak masuk dah kena serbu dengan ucu dia." balas Thaqeef seraya menunjuk ke arah Kayla yang sedang ralit bermain dengan si Montel.
Encik Iskandar menggeleng melihat itu.
"Mama ada kat dapur ke papa?" tanya Aina iaitu kakak ipar Kayla.
"Ye. Dari tadi lagi mama kamu tu tak keluar dari dapur. Sibuk betul memasak tu sampaikan anak dah sampai pun tak perasan. Aku pergi lah tengok mama tu."
Aina ketawa kecil mendengar.
"Aina pergi tengok mama sekejap ya."
Dia berjalan ke arah ruang dapur untuk melihat mama. Kelihatan mama sedang sibuk memasak tanpa sedar kehadiran nya di belakang.
Perlahan Aina memanggil.
"Mama"
Terkejut Puan Hani melihat kehadiran menantu kesayangan nya.
"Ya Allah Aina. Terkejut mama. Bila sampai ni?" Puan Hani terus melepaskan sendok goreng nya lalu memeluk menantu perempuan nya itu.
Dari tadi lagi dia sedang sibuk menggoreng ayam. Memasak makanan untuk makan malam sebentar lagi memandangkan anak menantu nya balik hari ini.
"Baru je sampai mama." lembut suara Aina membalas. Dia turut membalas pelukan Puan Hani.
"Lah ye ke? Mama tak perasan pula. Takpe lah Aina pergi lah naik rehat dulu. Ni cucu mama mana? Tidur ke?" Bertubi-tubi Puan Hati bercakap.
"Ada dengan Ucu dia. Takpe mama Aina nak tolong mama masak."
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro