Part 6 🦋
HARI ini genap lah tempoh 2 bulan aku mengejar lelaki pujaan aku tanpa rasa mengalah. Entah hati aku ini diperbuat daripada apa sampaikan sanggup bertahan hingga kini walaupun lelaki itu seakan tidak menganggap aku ini wujud. Makin aku cuba untuk dekat makin jauh dia melangkah. Banyak kali jugalah si Aisya tu nasihatkan aku tapi aku buat tak tahu saja.
Setiap kali aku bertembung atau bertemu dengan
Zayden, dia buat aku seolah-olah orang halimunan. Kadang aku terasa sakit hati malah jantung pun turut hancur dengan layanan dia terhadap aku. Tetapi, kenapa hanya aku yang dilayan seperti itu? Orang lain ataupun perempuan elok saja dia layan . Senyuman sentiasa murah di wajah nya. Rasa nak mengalah tapi diri ini masih ingin mengejar nya. Apa yang patut aku lakukan? Mengalah atau terus dapatkan hati dia?
Diri aku saat ini mati-matian mencintai nya malah
sanggup membela diri nya jikalau ada yang mengatakan hal yang buruk tentang nya. Dan aku percaya yang dia berbeza dengan lelaki lain. Tapi apa yang lakukankan ini tidak memberikan apa-apa kesan pada nya.
Aku masih sayangkan dia. Ingin membuang rasa itu
namun perasaan itu semakin hari semakin mendalam.Makin ingin melupakan makin kuat perasaan cinta dan sayang itu.
Ini cinta atau bodoh?
Aku sendiri tidak tahu apakah yang aku lakukan saat ini betul atau tidak iaitu menunggu mu untuk menerima cintaku meskipun aku tahu benda tu mungkin sulit dicapai ataupun tidak akan terjadi langsung.
Namun hati kecil ini sentiasa menanti akan kepastian dimana diri nya akan menerima cinta tulus ku ini. Aku tahu bahawa penantian dan harapan ini mungkin akan terjadi tetapi tidak seperti apa yang aku harapkan malah mungkin kecewa yang aku dapat.
Tapi hatiku sanggup dan masih saja memilih untuk menantimu, hatiku masih lagi memilih disini, hatiku masih lagi mencintaimu yang tak pernah nampak akan kewujudan diri aku ini.
Aku akan menanti mu semampu yang aku mampu agar dirimu menerima kehadiran aku yang setia menunggu mu sejauh ini.
Aku melepaskan keluhan berat.Tangan naik meraup
wajah. Jauh aku melontarkan pandangan ke depan.
Sedang aku mengelamun, tiba-tiba ada suara menegur aku dari arah belakang. Sosok tubuh milik Aisya berbaju kurung menyapa bebola mata.
"Jauh termenung tu. Dah sampai mana tu?" soal Aisya.
Aku tersenyum tawar.
"Kau teringat pasal Zayden lagi ke?" Aisya bertanya lagi.
Aku hanya tergelak.
"Takde lah. Takkan lah hari-hari aku nak teringat kat dia kan. Dia pun tak kesah pasal aku. " Kayla membalas dengan senyuman nipis.
"Kau masih nak kejar dia ke?Taknak mengalah ke. Kau tak penat ke?"
Hilang senyuman dibibir Kayla seketika.
Tipulah kalau aku tak penat kan. Orang dah tak
nak kan takkan aku nak paksa tapi apakan daya hati ini susah untuk melupakan.
Aku sungguh tulus dan ikhlas untuk ingin bersamanya dan aku mencintainya. Itulah alasan kenapa aku masih bertahan sehingga kini walaupun penantian itu amat menyakitkan.
"Entah lah. Kadang rasa nak mengalah kadang rasa
nak teruskan sampai aku dapat tawan hati dia. " ujar
Kayla dengan nada lemah.
Aisya terdiam mendengar itu.Dia sebagai sahabat
Kayla juga kesian melihat Kayla diperlakukan sebegitu
oleh Zayden. Namun itu adalah pilihan Kayla sendiri. Dia hanya mampu berdoa untuk kebahagiaan Kayla sahaja.
"Macam ni lah Kayla, apa kata kau terus terang je
perasaan kau dengan Zayden. Kau jujur depan dia.
Selama ini kau hanya kejar dia tanpa meluahkan
perasaan kau pada dia. Aku rasa tu je yang terbaik buat
masa sekarang. Tapi kau kena lah terima dengan hati
terbuka nanti kalau dia cakap dia tak terima cinta kau. " lembut Aisya menasihati Kayla.Hanya itu satu-satu cara yang Kayla ada saat ini.
Aku hela nafas panjang.
"Nanti lah. Aku akan bagitahu perasaan aku kat
dia masa kita konvo nanti. Lagi tiga hari kan . Jadi
dalam masa 3 hari tu aku akan cuba lagi pikat dia.
" balas Kayla tekad.
"Ermm, kau yakin ke kau boleh pikat dia dalam
masa 3 hari?Sedangkan sudah dua bulan kau cuba
pikat dia tapi dia buat bodoh je. "
"Tak yakin tapi aku buat-buat yakin lah. Kalau
dalam masa tiga hari tu dia masih lagi tak layan aku
malah aku dah jujur perasaan aku tapi dia buat
bodoh je, aku akan mengalah. Mungkin dia bukan
untuk aku. " ujar Kayla sedih.
"Kalau kau dah cakap macam tu, aku okay je.
Jangan risau kalau dia taknak kau, ramai lagi
nakkan kau.Kumbang bukan seekor Kayla. Ramai
lagi lelaki lain yang lebih hargai kewujudan kau.
" kata Aisya sambil menepuk-nepuk bahu Kayla.
Betul lah tu kumbang bukan seekor tapi tak
sama macam Zayden. Hanya lelaki itu yang berjaya
tawan hati Kayla.
Walaupun nampak sangat aku macam try hard nak buatkan Zayden tu jatuh cinta terhadap aku.
Harapan aku hanya satu. Zayden dapat buka kan hati dia untuk aku. Jujur aku cakap aku tak sekuat itu untuk bertahan. Aku bertahan kerana dia cinta pertama aku selepas papa.
"Kaklong bila balik sini?" tanya Kayla dalam panggilam video.
"Esok kaklong bertolak balik. Lepas Along habis kerja. Kenapa tanya." Aina kembali bertanya.
"Oh! Takde apa- apa lah. Saja tanya. Rindu dah dengan budak montel ni." balas Kayla seraya mata nya tepat memandang si montel yang sedang bermain mainan nya di dalam panggilan.
"Ya Allah geram nga ucu dengan awak ni. Pipi tu makin besar ekk. Siaplah awak nanti balik ni. Memang ucu peluk cium awak ketat-ketat."
Jelas wajah geram aku saat ini. Lama sudah aku tidak berjumpa dengan satu-satu nya anak sedara yang aku ada.
Muhammad Arash Qarizh Bin Thaqeef Irsyad.
Sebaris nama itulah yang selama ini aku menanti akan kehadirannya. Saat pertama kali aku mendengar yang kakak ipar aku mengandung, aku lah orang pertama yang menangis bahagia. Teruja sampaikan aku sanggup bermalam dirumah Along ketika cuti semester tiba walaupun jarak jauh semata-mata ingin bermain dengan si montel itu.
Kehadirannya memberikan sinar dalam keluarga aku. Tiada lagi kesunyian yang melanda hanya kedengaran tangisan nya, gelak nya, dan telatah nya.
Papa dan Mama pun nampak sangat bahagia dengan kehadiran satu-satunya cucu dari anak pertamanya. Kalau si montel tu balik memang setiap masa lah akan bermain saja dengan cucu tu. Si Qarizh tu memang takkan duduk dengan ibu dengan abi dia sebab Nenda iaitu Puan Hani, dia yang akan uruskan si montel . Kalau tidur malam sahaja dengan ibu dia.
"Ni Along tak balik lagi ke kerja?" Kayla bertanya seraya mata melihat ke arah jam dinding yang tergantung.
Jam menunjukkan tepat pukul 6 petang. Takkan lah abang dia tak balik lagi kut kerja, selalu nya waktu-waktu macam ni dah ada kat rumah.
"Along dah balik tadi. Ni dia keluar sekejap jumpa kawan dia." Aina membalas sambil memegang Qarizh yang sedang minum susu.
"Oh! Takpe lah Kaklong, Kayla nak mandi sekejap. Nanti malam ini Kayla call lagi tau. Tak puas lagi ni nak tengok hencem boy ucu ni." ujar Kayla sambil melambai tangan ke skrin telefon seakan menarik perhatian anak sedara nya.
"Okay-okay. Bye ucu" balas Aina.
Panggilan video terus dimatikan serta merta. Telefon diletakkan ditepi meja kecil. Plug dibuka lalu pengecas iphone dicapai dan disambungkan pada telefon. Bangun dari pembaringan lalu menuju ke bilik air. Tuala berwarna hijau yang disidai dicapai lalu terus melulu masuk ke dalam bilik air.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro