Part 37 🦋
V.O.T. E
PROJEK hartanah yang melibatkan Zayden dan Datuk Hamdan akhirnya mencapai titik penamat. Projek besar ini melibatkan pembangunan beberapa kompleks perumahan dan komersial di kawasan yang sangat strategik. Hari ini, mereka berada di tapak projek untuk melakukan pemeriksaan terakhir sebelum penyerahan rasmi.
Zayden tiba di tapak projek dengan rasa lega dan bangga. Bangunan-bangunan moden yang menggunakan teknologi hijau dan bahan-bahan mesra alam kini berdiri megah, satu simbol kejayaan dan kerja keras mereka.
Datuk Hamdan dah pun ada di sana, memerhati bangunan-bangunan itu dengan senyuman puas. "Zayn, kita dah berjaya, alhamdulillah. Saya sangat berpuas dengan hasilnya."
Zayden balas dengan senyuman dan bersalam dengan Datuk Hamdan. "Alhamdulillah, Datuk. Semua berjalan lancar."
"Awak dan pasukan awak memang buat kerja yang sangat bagus. Saya tak sangka kita boleh siapkan semua ini lebih awal daripada jangkaan. Kawasan ni memang akan jadi hot spot nanti," Datuk Hamdan puji.
"Terima kasih, Datuk. Tapi semua ni takkan berjaya tanpa sokongan dari pihak Datuk juga. Kerjasama ni yang buat semuanya jadi mudah," Zayden cakap sambil mata dia melirik ke bangunan-bangunan yang kini jadi simbol kejayaan mereka.
Sementara mereka berbual, Zayden perasan Sofia datang menghampiri. Anak perempuan Datuk Hamdan ni memang sentiasa ambil peluang untuk dekat dengan Zayden, terutama bila projek ni dah hampir siap.
Sofia, yang berada tak jauh dari situ, mengambil kesempatan untuk mendekati Zayden. Dengan senyuman manis, dia berkata, "Zayn, since projek ni dah selesai, apa kata kita keluar makan? Boleh kita raikan kejayaan ni sama-sama."
Zayden pandang Sofia sekejap, senyum sikit, tapi dalam kepala dia dah fikir lain. "Err... thanks, Sofia. Tapi I dah janji denagn orang."
Sofia terdiam sekejap, senyuman dia sedikit pudar. "Oh, okay. Maybe next time?"
"InsyaAllah, next time," Zayden jawab dengan nada lembut. Dia tak nak lukakan hati Sofia, tapi dalam hati dia, cuma Kayla yang ada.
Lepas pemeriksaan terakhir selesai, Zayden cepat-cepat nak beredar. Fikiran dia penuh dengan bayangan Kayla. Sofia hanya mampu tengok Zayden berlalu pergi, kecewa sebab dia tahu, Zayden dah pilih orang lain
Tak perlu masa yang lama, Zayden puj sampai di butik mummynya. Dia memarkir keretanya dengan kemas di hadapan butik sebelum keluar dan berjalan masuk ke dalam.
Setibanya di dalam, matanya terus mencari sosok Kayla yang sedang sibuk dengan kerjanya. Dia tersenyum nakal, satu idea nak kenakan Kayla tiba-tiba terlintas di fikirannya. Tanpa menunggu lama, dia melangkah mendekati Kayla dengan perlahan, memastikan langkah kakinya tidak didengari oleh gadis itu.
Zayden mendekati Kayla tanpa mengeluarkan suara, hanya tertawa kecil di dalam hati. Ketika dia cukup dekat, dia terus menyapa dengan nada nakal.
"Kayla," panggil Zayden, bersuara tiba-tiba.
"Opocot mak kau," Aku hampir terjerit, pen di tangan terjatuh.
Aku terkejut dan hampir terjatuh dari kerusikuDengan wajah berkerut, aku berpusing dan melihat Zayden berdiri di depanku dengan senyuman nakal.
Aku cuba mengawal dirinya dan memandang Zayden dengan tajam. "Awak ni dah kenapa? Suka sangat buat saya terkejut. Tak reti nak bagi salam ke? Orang islam kan."
Zayden tergelak kecil melihat muka garang Kayla. "Eh, maaf. Saya lupa. Assalamualaikum, Kayla."
"Waalaikumussalam. Nak apa datang sini? Tak ada kerja lain ke asyik datang sini je. Office bukan main besar nak jugak datang sini." Aku membebel geram.
"Eh, awak ni nak marah-marah kenapa? Butik ni kan butik mummy saya, suka hati saya lah nak datang ke tak." Zayden bersuara selamba.
"Saya tahu lah ni butik mummy awak. Tapi kalau awak datang sini semata-mata nak kacau saya, baik tak payah datang. Saya ni banyak kerja nak buat." Aku membalas dengan nada geram.
"Salah ke kalau saya datang nak tengok buah hati saya?" Zayden bertanya dengan nada menggoda.
"Siapa pulak buah hati awak ni?" Aku bertanya, kening terangkat.
"Yang tengah bercakap dengan saya ni. Dia lah buah hati saya." Zayden menjawab dengan senyuman penuh makna.
Aku terdiam sejenak, memandang Zayden dengan pandangan tak percaya. "Hah, buah hati? Awak ni jangan nak mengarutlah, Zayden. Saya tengah serius ni, banyak kerja nak kena siapkan."
Zayden tersengih, mendekatkan diri sedikit. "Mana ada mengarut. Awaklah buah hati saya, Kayla. Setiap kali saya tengok awak, hati saya rasa tenang."
Aku memutar mata, cuba mengabaikan degupan jantung yang semakin laju. "Dah, dah... Buat lawak pula. Kalau tak ada apa-apa yang penting, baik awak balik office sekarang. Saya betul-betul sibuk ni."
Zayden masih tak berganjak, malah semakin seronok menggoda Kayla. "Awak sure tak nak keluar makan dengan saya? Lunch hour ni, kan. Boleh ambil angin sekejap."
Aku menarik nafas dalam-dalam, cuba menahan senyuman yang hampir terbit di bibirnya. "Zayden, saya cakap saya sibuk. Faham tak?"
Zayden mengangkat tangan tanda menyerah. "Baiklah, baiklah. Tapi janji, lepas ni kita keluar makan sama-sama, okay?"
Aku akhirnya tersenyum kecil, menggeleng kepala. "Kita tengoklah macam mana nanti. Sekarang, balik sana dan biar saya buat kerja dengan tenang."
Baru sahaja Zayden melangkah menuju pintu untuk keluar, tiba-tiba Puan Sri masuk ke dalam butik.
"Eh, Zayn buat apa datang butik mummy ni?" Puan Sri bertanya, pelik melihat kehadiran anaknya di situ.
"Err... Zayn... Ha, Zayn nak ajak mummy lunch sebenarnya, tapi tengok-tengok mummy tak ada kat butik," Zayden cepat-cepat mencipta alasan sambil tersenyum kelat.
"Mummy masuk lambat hari ini, tu yang baru sampai ni. Zayn nak ajak mummy lunch?" Puan Sri bertanya sambil memerhatikan reaksi anaknya.
Zayden angguk laju, cuba menyembunyikan keresahan.
"Okay. Tapi tak pernah-pernah anak mummy ni datang butik semata-mata nak ajak mummy lunch," Puan Sri berkata dengan nada menggoda, seolah-olah menyedari ada sesuatu yang lain.
Zayden tersenyum hambar, cuba mengelak daripada terperangkap dalam soalan ibunya. "Itulah, sekali-sekala nak luangkan masa dengan mummy. Lagipun, kerja pun dah selesai, bolehlah kita rehat sama-sama."
Puan Sri mengerling ke arah Kayla yang masih sibuk dengan kerjanya di sudut butik. "Zayn, ada apa-apa yang mummy tak tahu ke ni?"
Zayden cepat-cepat menggeleng, "Tak ada apa-apa, mummy. Betul saya cuma nak ajak mummy lunch. Jom, kita pergi sekarang sebelum restoran penuh."
Puan Sri tersenyum kecil, namun matanya masih mencuri pandang ke arah Kayla. "Baiklah, jom. Mummy nak tengok sejauh mana usaha anak mummy ni untuk belanja lunch."
Sebelum mereka sempat keluar dari butik, Puan Sri tiba-tiba berpaling ke arah Kayla. "Anne, jom ikut sekali lunch dengan kami. Lama dah mummy tak belanja staff makan."
Aku terkejut seketika, memandang Zayden yang kini terlihat sedikit cemas. "Eh, tak payah lah, Puan Sri. Saya masih banyak kerja yang nak kena siapkan."
Puan Sri tersenyum sambil melangkah mendekati aku. "Kerja boleh tunggu, Anne. Sekali-sekala kena juga luangkan masa untuk diri sendiri. Lagipun, ini arahan boss besar," ujarnya sambil berseloroh.
Aku tersenyum kelat, tak mampu nak menolak. "Baiklah, kalau macam tu, saya ikut sekali."
Zayden pula cuba menyembunyikan senyumannya. "Haa, bagus. Lagi ramai, lagi meriah," katanya, walaupun di dalam hati dia berasa sedikit risau akan keadaan yang mungkin berlaku nanti.
Kami bertiga pun melangkah keluar dari butik menuju ke kereta Zayden, dengan aku merasa sedikit janggal namun tidak mahu mengecewakan Puan Sri.
Sebaik sahaja tiba di restoran, kami bertiga mengambil tempat duduk di sebuah meja di sudut yang agak tenang. Aku duduk bertentangan dengan Zayden, sementara Puan Sri duduk di sebelah anaknya.
"Anne, pesanlah apa-apa yang awak suka," Zayden mencadangkan sambil menatap menu di tangannya.
Belum sempat aku menjawab, Puan Sri tiba-tiba bersuara, "Mummy nak ke tandas sekejap, ya. Kamu berdua pesan dulu." Dia bangun dan terus berlalu, meninggalkan Zayden dan aku berdua di meja.
Aku terasa sedikit canggung dengan situasi itu. Dia menatap menu di hadapanku, cuba mengelak pandangan Zayden yang dirasa seperti sedang memerhatiku.
"Kayla," suara Zayden lembut, memecah kesunyian.
Aku mendongak, bertemu pandangan mata Zayden yang penuh makna. "Ya?"
"Saya tahu awak mungkin rasa tak selesa. Tapi saya betul-betul nak awak tahu yang saya ikhlas dengan apa yang saya cakap tadi," Zayden berkata sambil bersandar ke kerusi, memandang aku dengan penuh serius.
Aku cepat-cepat mengalihkan perbualan, tidak mahu terbawa-bawa dengan kata-kata Zayden yang buat aku rasa serba salah.
"Awak nak makan apa?" tanya aku sambil meneliti menu di tangannya.
Zayden tersenyum kecil, memahami aku cuba mengelak daripada membincangkan topik tadi. "Saya ikut awak je. Awak pilih, saya makan."
Aku mendengus perlahan, "Mana boleh macam tu. Awak yang ajak makan, mestilah awak pilih."
Zayden ketawa kecil. "Kalau macam tu, saya rasa saya nak pesan steak. Awak suka steak, kan?"
Aku mengangguk sedikit, cuba tersenyum walaupun hatiku masih berkecamuk dengan perasaan yang bercampur-baur. "Steak sounds good."
Tanpa sedar, ada sepasang mata yang memerhati dari kejauhan. Sofia memandang mereka berdua dengan mata yang tajam, hati membuak dengan rasa cemburu.
"Patutlah aku ajak kau makan kau tolak, rupanya kau keluar dengan perempuan," Sofia menggumam dengan nada penuh sindiran, hatinya terasa panas melihat kemesraan antara Zayden dan Kayla.
Dia menggenggam tangan dengan erat, tidak puas hati dengan apa yang dilihat. Fikirannya mula merancang sesuatu, tidak mungkin dia akan biarkan perkara ini berlalu begitu sahaja.
"Kau tolak aku semata-mata sebab perempuan low class macam tu?" Sofia berbisik marah, matanya tidak lepas dari memerhati Zayden dan Kayla yang kelihatan sedang berbual mesra.
"You're mine, Zayn," Sofia menegaskan dengan suara penuh dendam, berjanji dalam hati yang dia takkan biarkan Zayden terlepas begitu sahaja. Dia tidak akan membiarkan perempuan seperti Kayla merosakkan apa yang sepatutnya menjadi miliknya.
"Takpe, hari ni aku bagi kau berdua bersenang-senang dulu," Sofia berkata dengan nada sinis sambil tersenyum kecil, seolah-olah sedang merancang sesuatu di dalam fikirannya.
"Tapi esok..." Sofia mengenggam erat tangannya, seakan bersedia untuk bertindak. "Kita tengok siapa yang akan menang akhirnya."
Sofia berlalu pergi dengan senyum sinis di wajahnya, seolah-olah puas dengan rancangannya yang sedang terbentuk. Langkahnya penuh keyakinan, meninggalkan restoran itu dengan tekad yang semakin membara.
Puan Sri kembali ke meja mereka dengan senyuman. "Dah order?"
"Dah, tunggu mummy je ni," jawab Zayden sambil tersenyum ke arah mummy nya. Aku hanya mengangguk perlahan, cuba menenangkan perasaannya yang sedikit resah.
Puan Sri mengangguk sambil mengambil menu di hadapannya. Dia membuka menu dengan tenang, matanya meneliti pilihan makanan. "Hmm, apa yang sedap kat sini ya?" dia bersuara perlahan, seakan-akan berfikir.
Puan Sri membuat pilihan dan menutup menu. "Saya ambil grilled salmon dengan mashed potatoes," katanya kepada waiter yang sudah sedia mencatat.
Waiter itu mengangguk dan beralih kepada Zayden dan aku . "Encik, Cik, dah siap buat pilihan?"
Zayden memandang aku seketika sebelum menjawab, "Saya ambil ribeye steak, medium rare."
Aku tersenyum kecil, "Saya ambil seafood aglio olio, tolong jangan pedas sangat."
Setelah selesai mencatat pesanan mereka, waiter itu mengangguk dan beredar dari meja dengan penuh profesionalisme.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro