Part 35 🦋
ADIK MANISS VOTE LAH , BIAR SAMPAI 1k 🥺
MALAM itu, Zayden duduk di meja makan bersama keluarganya. Suasana di ruang makan tenang, hanya kedengaran bunyi sudu dan garfu yang berlanggar dengan pinggan. Makanan dihidangkan dengan penuh kemewahan, menunjukkan status keluarga itu, namun bagi Zayden, apa yang lebih penting adalah masa yang diluangkan bersama keluarga.
Sedang dia mengunyah makanan, daddy-nya, Tan Sri Zahran, memecahkan kesunyian.
"Zayn, macam mana kerja, okay?" tanya Tan Sri Zahran dengan nada tenang tapi penuh perhatian.
"So far okay, Daddy. Cuma kadang penat sikit," jawab Zayden dengan senyuman kecil.
"Biasalah, nama pun kerja kan," balas Tan Sri Zahran sambil mengangguk, memahami kesibukan anaknya. "Penat tu asam garam. Yang penting hasilnya."
Zayden hanya mengangguk setuju sambil meneruskan makan. Walaupun penat, dia tahu kerja adalah tanggungjawab, lebih-lebih lagi sebagai pewaris perniagaan keluarga.
Tan Sri Zahran menghirup sedikit air sebelum bertanya lagi, "Macam mana projek dengan Datuk Hamdan tu?"
Zayden menelan makanannya sebelum menjawab, "Alhamdulillah sekarang dah hampir nak siap, Daddy. Tinggal dalam 80% lagi, insyaAllah akan siap mengikut jadual."
Tan Sri Zahran tersenyum puas. "Baguslah macam tu. Daddy bangga dengan Zayn. Kalau projek ni berjaya, ia akan jadi satu pencapaian besar untuk kita semua."
Zayden tersenyum kecil, rasa bangga dalam hatinya kerana dapat memberi sumbangan yang bermakna kepada syarikat keluarga. "InsyaAllah, Daddy. Zayn akan buat yang terbaik."
"Daddy yakin Zayn boleh. Jangan lupa juga jaga kesihatan, okay? Kerja-kerja juga, tapi jangan sampai abaikan diri sendiri," nasihat Tan Sri Zahran dengan lembut.
"Baik, Daddy. Zayn akan ingat pesan Daddy tu," Zayden menjawab, menghargai nasihat dari bapanya.
Sambil makan, Zayden sempat memikirkan tentang projek tersebut dan betapa pentingnya kejayaan ini untuk dirinya dan keluarga. Namun, di sebalik semua itu, ada sesuatu yang mengganggu fikirannya—hubungannya dengan Kayla dan bagaimana dia harus menguruskan perasaan yang semakin hari semakin sukar dikawal.
Tapi malam ini, dia cuba untuk tidak terlalu memikirkannya. Fokusnya sekarang adalah menyelesaikan tugas di pejabat dan memastikan segala-galanya berjalan lancar. Selepas makan malam, dia merancang untuk berehat seketika sebelum menyambung kerja yang tertangguh.
Zayden sedar, untuk mencapai kejayaan, dia perlu seimbangkan antara kerja dan kehidupan peribadi. Dan itulah cabaran yang paling sukar buat masa ini.
Sedang Zayden tenggelam dalam fikirannya sendiri, merenung masa depan dan segala tanggungjawab yang menantinya, bunyi ketukan pintu tiba-tiba memecah lamunan. Dia menghela nafas perlahan sebelum menjawab.
"Masuk!" panggil Zayden, nada suaranya tenang namun penuh dengan autoriti.
Pintu terbuka perlahan, dan muncul Zulaikha di ambang pintu dengan wajah yang agak ragu-ragu. "Abang, sibuk ke?" soalnya, suaranya sedikit lembut, seperti tidak mahu mengganggu.
Zayden memandang adiknya dan menjawab dengan soalan, "Kenapa?"
Zulaikha sedikit tersipu-sipu. "Kalau abang sibuk, takpelah. Lain kali je lah."
Dia mula berpaling untuk keluar, tetapi Zayden cepat-cepat memanggilnya semula. "Takpun. Adik nak cakap apa? Masuklah."
Zulaikha tersenyum kecil, rasa lega terpancar di wajahnya. Dia melangkah masuk dan duduk di atas katil Zayden, membetulkan sedikit kusyen sebelum memandang abangnya.
"Abang percaya tak pada cinta?" tiba-tiba Zulaikha bertanya, suaranya penuh dengan keinginan untuk mengetahui jawapan abangnya.
Soalan itu buat Zayden terdiam seketika. Dia tidak menyangka adiknya akan bertanya soalan sedemikian, lebih-lebih lagi pada malam yang tenang ini. Pandangannya beralih dari komputer riba ke wajah Zulaikha, mencari jawapan yang sesuai untuk diberikan.
Zayden mengerutkan dahi, cuba memahami maksud sebenar di sebalik soalan Zulaikha. Dia tahu adiknya bukan jenis yang suka berbicara soal hati kecuali ada sesuatu yang mengganggunya.
"Kenapa tiba-tiba tanya pasal cinta ni? Ada apa-apa yang berlaku ke?" Zayden menyoal, cuba meneka apa yang bermain di fikiran Zulaikha.
Zulaikha tersenyum nipis, tapi matanya jelas menunjukkan ada sesuatu yang dirahsiakan. "Tak ada apa-apa, abang. Cuma... kadang-kadang adim tertanya-tanya, cinta tu wujud ke? Atau cuma ilusi yang kita cipta sendiri untuk rasa bahagia?"
Soalan itu membuatkan Zayden termenung seketika. Dia memandang wajah adiknya yang penuh tanda tanya. "Cinta tu memang wujud, Zulaikha. Tapi kadang-kadang, cinta tak datang dalam bentuk yang kita jangka. Ada masanya, cinta tu buat kita bahagia, tapi ada juga masanya cinta tu buat kita terluka."
Zulaikha mengangguk perlahan, seolah-olah sedang mencerna kata-kata abangnya. "Kalau abang kan, abang akan pilih untuk dicintai atau mencintai?"
Zayden terdiam sejenak, merenung jauh sebelum menghela nafas perlahan. "Kalau abang, abang akan pilih untuk mencintai. Sebab walaupun mencintai seseorang boleh buat kita sakit, abang rasa lebih baik kita tahu yang kita pernah sayang sepenuh hati, daripada kita duduk diam dan tak buat apa-apa. Lagipun, bila kita mencintai, kita akan hargai setiap momen, walaupun kadang-kadang kita tahu ia takkan kekal selamanya."
"Kenapa bukan dicintai?"
"Sebab tugas lelaki adalah untuk memperjuangkan cinta bukan tugas perempuan. Perempuan harus dicintai. Women should receive love, not give it. When she is loved, she will feel precious." balas Zayden sambil tersenyum, seolah-olah mengingati sesuatu yang perit dari masa lalunya. "Kalau kita dicintai, kita mungkin akan rasa selesa, tapi bila kita mencintai, kita akan lebih menghargai pengorbanan yang kita buat, walaupun akhirnya kita yang terluka."
Zulaikha mengangguk perlahan, memikirkan kata-kata abangnya itu. "Tapi abang, kalau mencintai itu terlalu sakit, tak salah kan kalau kita pilih untuk dicintai?"
Zayden menatap Zulaikha, senyuman pahit di bibirnya. "Mungkin tak salah, tapi abang lebih rela rasa sakit kerana mencintai, sebab....
Zulaikha menunggu Zayden untuk menghabiskan kata-katanya. "Sebab...?"
"Sebab abang pernah dicintai tulus oleh seseorang tapi abang tak hargai dia. Jadi abang rela tanggung rasa sakit tu."
Zulaikha terdiam, matanya terus memandang abangnya. "Abang tak hargai dia? Kenapa?"
Zayden menghela nafas dalam, seolah-olah cuba mengusir perasaan bersalah yang menghimpit hatinya. "Abang terlalu sibuk dengan diri sendiri, dengan ego abang, sampai abang tak nampak betapa tulusnya perasaan dia. Dia selalu ada untuk abang, cuba buat abang gembira, tapi abang... Abang anggap semua tu biasa, tak pernah betul-betul hargai. Sampai lah satu masa bila dia hilang baru abang sedar yang dia penting dalam hidup abang. Tapi semua tu dah terlambat. Sekarang abang dah menyesal."
Zulaikha memandang abangnya dengan pandangan yang sayu, dia nampak yang abang dia betul-betul menyesal "Abang tak takut terluka lagi ke? Sebab cinta kan, kadang-kadang boleh jadi sangat menyakitkan."
Zayden tersenyum kecil, walaupun ada bayang-bayang kesedihan di matanya. "Takut tu memang ada, Zulaikha. Tapi pada abang, risiko tu berbaloi. Cinta bukan tentang tak pernah terluka, tapi tentang bagaimana kita bangkit semula setiap kali kita jatuh. Lagipun, mencintai seseorang tu, buat hidup kita lebih bermakna, walaupun mungkin kita tak dapat apa yang kita harapkan."
"Abang pilih mencintai, Kak Anne pilih dicintai." gumam Zulaikha perlahan tapi masih didengari oleh Zayden.
Zayden terdiam sejenak, terasa berat mendengar kata-kata adiknya. Hati Zayden bergetar mendalam, terutama bila Zulaikha menyebut nama Kayla.
"Kenapa Kak Anne pilih dicintai?" Zayden bertanya, cuba mencari kepastian.
"Sebab Kak Anne," Zulaikha meneruskan, "dia pernah mencintai seseorang dengan sepenuh hati. Tapi lelaki tu langsung tak menghargai usahanya. Dia cuba untuk dapatkan perhatian lelaki tu hari-hari, tetapi tak pernah mendapat balasan. Bila akhirnya dia sedar, dia tak mahu teruskan jadi bodoh dengan cinta yang tak dihargai, maka dia pilih dicintai sahaja."
Zayden menggigit bibir, terasa setiap kata Zulaikha seperti jarum yang mencucuk hatinya. "Jadi, Kak Anne tak dapat apa-apa dari lelaki tu?"
"Tak," jawab Zulaikha. "Kak Anne kata, yang paling menyakitkan adalah bila dia rasa lelaki tu cuma layan dia baik sebab kesian je. Dan lelaki tu terus terang cakap dia tak suka dengan Kak Anne. Tapi cara lelaki tu cakap, buat Kak Anne terluka."
Zayden terasa hati apabila mendengar kata-kata Zulaikha. Setiap perkataan yang keluar dari mulut adiknya seperti menambah beban di hati yang sudah sedia terluka. Dia tergamam apabila Zulaikha dengan lantang menyebut perkataan 'bodoh'.
"Tapikan adik rasa laki tu bodoh lah abang," kata Zulaikha tanpa ragu.
Zayden kaku sejenak, jantungnya berdegup kencang. Perkataan 'bodoh' itu terngiang-ngiang di telinganya. Memang betul, dia bodoh. Bodoh kerana melepaskan perempuan yang begitu tulus mencintainya. Bodoh kerana tidak menghargai usaha dan kasih sayang yang Kayla curahkan selama ini.
"Kenapa adik cakap macam tu?" Zayden bertanya, suaranya sedikit bergetar, cuba memahami perasaan Zulaikha.
"Yalah, abang," Zulaikha meneruskan dengan yakin. "Bodoh sebab lepaskan perempuan secantik Kak Anne. Bodoh tak hargai perempuan yang tulus cinta dan sayang dia macam Kak Anne. Mana ada lagi perempuan macam tu sekarang ni, abang. Perempuan yang sanggup buat apa saja untuk orang yang dia cinta."
Kata-kata Zulaikha bagaikan tamparan yang menyedarkan Zayden. Dia memandang wajah adiknya yang penuh dengan kejujuran dan kebimbangan. Zulaikha tidak tahu yang dia sedang berbicara tentang abangnya sendiri, dan itulah yang paling menyakitkan.
Zayden tahu dia perlu melakukan sesuatu untuk memperbaiki keadaan. Jika tidak, dia benar-benar akan kehilangan Kayla, perempuan yang sepatutnya dia hargai sejak dari awal.
"Adik harap sangat biar laki tu menyesal nanti. Baru padan muka," tambah Zulaikha dengan nada geram, jelas sekali dia tidak tahu siapa sebenarnya lelaki yang dimaksudkan dalam ceritanya.
Zayden hanya mampu menelan rasa pahit di hatinya. Sesal yang kini merayap dalam dirinya semakin kuat. **"Abang dah menyesal dahpun sekarang,"** kata itu hanya mampu dia luahkan dalam hati. Pandangannya jatuh pada Zulaikha, tetapi bibirnya terkunci rapat. Rasa bersalah semakin menghimpit dada, dan dia tahu, waktu untuk memperbaiki segala kesilapan semakin suntuk.
Namun, bagaimana dia harus memulakan? Bagaimana dia harus melangkah untuk menebus kesilapan yang sudah dilakukannya? Zayden memejamkan mata sejenak, mengumpul kekuatan untuk menghadapi kenyataan yang sudah lama dia cuba elakkan.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro