Part 33 🦋
MY FLOWER VOTE LAH 🌸
ZAYDEN tekun menaip di laptopnya, jari-jarinya menari di atas papan kekunci dengan cepat. Kertas laporan di hadapannya hampir siap, dan dia berusaha menumpukan sepenuh perhatian pada tugas tersebut. Tiba-tiba, kedengaran ketukan di pintu biliknya.
"Masuk," jawab Zayden tanpa mengalihkan pandangan dari skrin.
Pintu terbuka perlahan, dan pembantu peribadinya, muncul di ambang pintu. Pembantu peribadinya menghadap Zayden dengan wajah yang serius namun sopan.
"Encik Zayn, Miss Sofia ada kat luar. Dia nak jumpa Encik," kata pembantunya dengan tenang.
Zayden berhenti menaip dan mengalihkan pandangannya dari skrin. Nama Sofia membuatkan hatinya sedikit berdebar. Dia mengerling jam di dinding sebelum mengangguk, menandakan dia bersedia untuk menerima tetamu tersebut.
"Baiklah, suruh dia masuk," kata Zayden sambil mengatur semula dokumen di meja.
Pembantunya mengangguk dan meninggalkan bilik. Zayden menarik nafas panjang.
"Hi Zayn." Sofia masuk dengan senyuman manis, seolah-olah dia tak tahu langsung betapa tak selesa Zayden dengan kehadirannya.
Zayden mengangkat pandangan dari laptopnya, menyimpan sedikit kesabaran. "You buat apa datang office I? Rasanya kita tak ada apa-apa meeting hari ni."
Sofia ketawa kecil, berjalan dengan penuh keyakinan ke arah meja Zayden. "Saja datang. Dah lama kita tak jumpa, rindu pula."
Zayden menarik nafas dalam-dalam, cuba mengawal diri. "I sibuk, Sofia. Kalau tak ada apa-apa yang penting, I harap you faham."
Sofia mengeluh kecil, namun senyumannya masih terukir. "Oh, come on, Zayn. Kita ni ada projek besar bersama, tak salah kan kalau kita luangkan masa sekejap untuk borak-borak?"
Zayden mengetap bibir. "I'm focused on getting this project done, that's all. Anything else can wait."
Sofia merenung Zayden, matanya penuh dengan niat yang tersirat. "I know you're busy, but sometimes you need a break. Takkanlah kerja je sepanjang masa?"
Zayden menggeleng kepala, kembali menumpukan perhatian pada laptopnya. "You betul-betul tak faham, kan? I tak perlukan distraction sekarang. If you're here for work, let's get to it. Kalau tak, I suggest you leave."
Sofia terdiam seketika, memandang Zayden yang jelas tak berminat untuk berbual panjang. Namun, dia tetap tak mahu mengalah. "Zayn, you tak payah lah serious sangat. I datang ni bukan sekadar nak bincang pasal kerja je. Lagipun, daddy I ada mentioned yang dia nak kita rapat lagi, kan?"
Zayden menghela nafas panjang. Dia tahu benar niat Sofia sebenarnya. Tapi dia tak mahu ada apa-apa hubungan, lebih-lebih lagi dengan Sofia yang sudah cukup membuatkan dirinya tertekan. "Sofia, I tak nak bagi harapan. Kita berkawan, dan I respect you sebagai rakan kongsi dalam projek ni. Tapi jangan lebih daripada itu."
Sofia tersenyum tipis, meskipun ada sedikit kecewa terbayang di wajahnya. "Zayn, you tak nampak lagi ke selama ni, yang i ni sukakan you. You kena faham. I takkan putus asa. I akan tunggu sampai you nampak apa yang ada depan mata you."
Zayden mengeluh dalam hati, tapi dia cuba menjaga nada suaranya tetap tenang. "Sofia, I appreciate you're being honest, but I'm asking you to respect my boundaries. Let's keep this professional."
Sofia mengangguk perlahan, walaupun jelas dia masih belum mahu berundur. "Okay, I akan pergi sekarang. Tapi jangan lupa yang I akan sentiasa ada untuk you, Zayn. I takkan mengalah untuk dapatkan you. You milik i, Zayn." Dia berpaling dan melangkah keluar dari pejabat Zayden, meninggalkan lelaki itu dalam dilema perasaannya.
Zayden menutup laptopnya sebaik sahaja Sofia keluar. Dia mengeluh sekali lagi, memandang ke arah pintu yang baru sahaja tertutup. Kepala dan hatinya kini berbelah bagi, memikirkan Kayla yang masih enggan menerima cintanya semula, dan Sofia yang tak pernah henti mencuba untuk masuk dalam hidupnya.
Di sebalik semua ini, hanya satu yang Zayden pasti, dia perlu mencari jalan untuk menyelesaikan semua kekusutan ini tanpa melukai hati sesiapa lagi, terutama Kayla.
"Akak, akak percayakan cinta tak?" tiba sahaja Zulaikha bertanya seperti itu.
Aku berhenti sejenak, mata masih terpaku pada kerja yang sedang disemaknya. Pertanyaan Zulaikha tiba-tiba mengalihkan perhatian aku. Aku mengalihkan pandangan ke arah Zulaikha yang kini berdiri di tepi meja dengan ekspresi wajah yang penuh ingin tahu.
"Kenapa adik tanya macam tu?" Aku akhirnya bertanya, cuba menyembunyikan kegelisahan yang mula timbul dalam diri.
Zulaikha mengangkat bahu, matanya tidak lepas memandang Kayla. "Entah. Zulaikha cuma rasa macam... entah lah, susah nak cakap. Tapi Zulaikha tengok akak macam... tak percaya pada cinta. Betul ke?"
Aku tergamam sejenak, cuba menyusun kata-kata yang sesuai. Persoalan itu seolah-olah menggali sesuatu yang akusendiri cuba elakkan. "Cinta tu... rumit, dik. Bukan senang macam yang kita selalu bayangkan. Kadang-kadang, cinta boleh buat kita bahagia, tapi kadang-kadang... cinta juga boleh buat kita terluka."
Zulaikha mengangguk perlahan, seolah-olah memahami apa yang cuba disampaikan oleh Kayla. Namun, dia tetap tidak puas dengan jawapan itu. "Tapi akak pernah bercinta, kan? Adik rasa kalau kita tak percaya pada cinta, kita mungkin takkan pernah bahagia."
Aku menarik nafas dalam-dalam. "Cinta bukanlah sesuatu yang boleh diukur dengan percaya atau tak, Zulaikha. Kadang-kadang, kita boleh jatuh cinta dan percaya sepenuhnya... tapi akhirnya, kita kena terima yang tak semua yang kita sayang akan kekal."
Zulaikha termenung sejenak, memproses kata-kata Kayla. "Jadi, maksud akak... akak dah tak percaya pada cinta?"
Aku tersenyum nipis, tetapi ada kepedihan yang jelas di mataku. Macam mana aku nak percayakan cinta kalau abang kau sendiri yang buat aku tak percayakan cinta.
"Akak tak kata akak tak percaya langsung. Cuma, akak dah belajar untuk tak letak harapan terlalu tinggi. Cinta tu ada, tapi jangan letak semua harapan pada dia. Kita kena kuat untuk diri kita sendiri dulu."
"Kalau akak kan, pilih dicintai atau mencintai?" Zulaikha sekali lagi bertanya soalan yang diluar pemikiran aku.
Aku terdiam sejenak, memandang adik lelaki itu dengan senyuman kelat. "Entah lah... Akak rasa akak lebih rela dicintai."
Zulaikha mengerutkan dahi, kelihatan sedikit keliru. "Kenapa bukan mencintai?"
Aku menarik nafas panjang sebelum menjawab, "Bila kita mencintai, kita akan beri segala-galanya, tapi tak semua orang akan hargai. Akak dah pernah rasa macam tu. Tapi bila kita dicintai... sekurang-kurangnya kita tahu ada orang yang hargai kita tanpa perlu kita bagi apa-apa."
Zulaikha terdiam, cuba mencerna kata-kata Kayla. "Tapi, akak tak rasa ke mencintai seseorang tu lagi penting? Sebab tu yang buat kita rasa hidup."
Aku tersenyum pahit. "Mungkin bagi orang lain, ya. Tapi untuk akak, akak rasa cukup lah akak sayang diri sendiri dulu. Sebab kalau kita tak sayang diri sendiri, macam mana kita nak beri cinta pada orang lain?"
"Cara akak cakap ni, macam akak pernah disakiti. Akak pernah rasa sakit sebab lelaki ke?" perlahan saja Zulaikha bertanya, risau takut pertanyaan dia ini akan mengguris hati Kayla.
Aku tergelak kecil, tetapi tidak dapat menyembunyikan kelat di wajahku. Soalan itu mengingatkan aku kepada kisah lama, kisah yang aku cuba lupakan, tetapi parutnya masih ada. Aku berfikir sejenak, patutkah aku jujur atau hanya biarkan soalan itu berlalu?
Akhirnya, aku memilih untuk jujur. Mungkin berkongsi boleh meringankan sedikit beban di hati. "Ya, Zulaikha. Sebab itu akak lebih rela pilih dicintai daripada mencintai. Akak pernah mencintai seseorang dengan sepenuh hati, tapi dia... dia tak pernah hargai akak. Dia buat akak rasa macam akak tak wujud, seperti akak ini hanya bayang-bayang di matanya. Hari-hari akak cuba nak ambil hati dia, buat apa saja untuk dapatkan perhatian dia, tapi dia tetap tak layan. Bila akak tengok balik, akak sedar, cinta ni memang boleh buat kita jadi bodoh."
Aku menarik nafas dalam-dalam sebelum menyambung, "Yang paling sakit, Zulaikha, bukan perbuatannya, tapi kata-kata dia. Kata-kata dia yang pedih, yang sampai sekarang masih terngiang-ngiang dalam kepala akak. Semua usaha akak, semuanya tak berbaloi. Akak rasa diri ni bodoh sebab pernah percaya yang dia akan berubah."
Zulaikha mendengar dengan penuh perhatian, matanya sedikit berkaca, seolah-olah dia turut merasai kesakitan yang aku alami.
Aku teruskan, "Sebab itu, kalau diberi pilihan, akak lebih rela dicintai daripada mencintai. Sebab akak dah tak sanggup lagi sakit macam dulu. Sakit yang buat akak rasa macam hati ni hancur berkali-kali."
Suasana di antara kami menjadi hening sejenak, dengan Zulaikha seakan-akan memikirkan sesuatu, mungkin terkesan dengan apa yang aku kongsikan.
Zulaikha terdiam, merenung wajah Kayla yang kelihatan tenang, tetapi penuh dengan luka yang tersembunyi. "Akak... adik harap suatu hari nanti akak akan jumpa cinta yang betul-betul buat akak bahagia. Cinta yang takkan buat akak rasa takut atau ragu lagi."
"Terima kasih, dik. Akak harap adik pun akan jumpa cinta yang adik impikan nanti bukan sekarang. Tapi, ingat... jangan biarkan cinta menentukan kebahagiaan kita sepenuhnya. Kita yang patut tentukan." Aku tersenyum sambil mengusap rambut Zulaikha dengan lembut.
Zulaikha mengangguk, rasa lega dengan nasihat Kayla. Dia tahu, walaupun Kayla nampak kuat di luar, di dalam hati Kayla masih ada luka yang belum sembuh sepenuhnya. Tapi dia yakin, dengan masa, mungkin Kayla akan jumpa cinta yang mampu menyembuhkan luka-luka itu.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro