Part 29 🦋
VOTE SAYANGKU 🫶🏻
MISI untuk meraih kemaafan dan memenangi hati gadis itu kembali bermula sekarang. Dan sekarang ni dia berada tepat-tepat di depan butik mummynya. Misi pertama bermula. Dari luar lagi, dia dah nampak Kayla berada di kaunter. Dia tarik nafas dalam-dalam sebelum masuk.
"Bismillah," Zayden berbisik kepada dirinya sendiri, cuba menenangkan degupan jantung yang kian kencang.
Bunyi loceng di pintu butik menarik perhatian aku. Aku menyangka ada pelanggan yang datang, maka senyuman terukir di bibir sebagai tanda menyambut pelanggan. Aku berdiri, bersedia untuk melayan.
"Selamat da..." Kayla terdiam sejenak, terkejut melihat siapa yang berdiri di hadapannya. Senyumannya serta-merta pudar, digantikan dengan riak wajah yang tidak dapat dibaca.
Zayden berdiri di situ, berusaha mengawal perasaannya. "Kayla, boleh kita bercakap sekejap?" tanyanya, suaranya sedikit bergetar namun penuh harap.
Riak beku Kayla jelas kelihatan, matanya sedikit membesar tanda terkejut.
"Encik Zayn buat apa kat sini? Cari Puan Sri ke? Puan Sri tak datang lagi," Kayla bertanya, suaranya dingin dan formal.
Zayden menelan liur, cuba mengatasi rasa gugup.
"Tak! Saya datang sini cari awak," jawab Zayden dengan penuh tekad, matanya tidak beralih dari wajah Kayla, berharap dapat melihat sedikit celah untuk memulakan perbualan yang lebih mendalam.
"Oh," pendek saja balasan dari Kayla.
Zayden menarik nafas panjang, berusaha untuk tenang. "Boleh kita bincang sekejap?" Zayden bertanya, suaranya penuh harap.
"Bincang pasal apa tu?" Kayla menjawab, nada suaranya masih dingin dan berhati-hati.
"Err... pasal kita. Pasal apa yang berlaku antara kita," Zayden memberanikan diri, berharap Kayla sudi memberi peluang untuk menjelaskan segalanya.
"Pasal kita? Maksud Encik Zayn? Saya rasa tak ada istilah 'pasal kita'. Sebab ni pertama kali saya jumpa dengan Encik," Kayla membalas, nada suaranya sinis dan matanya tajam memandang Zayden.
Zayden menghela nafas, sedar yang gadis itu tidak memberikan dirinya peluang. "Kayla, tolonglah. Saya tahu saya buat salah. Saya nak minta maaf dan jelaskan semuanya. Saya cuma perlukan peluang untuk bercakap dengan awak," katanya, suaranya penuh dengan keikhlasan dan penyesalan.
"Panggil saya Anne, bukan Kayla. Siapa Kayla?" Kayla membalas tegas, jelas tidak mahu mengakui identiti yang pernah dikenali Zayden.
Zayden terdiam seketika, cuba memahami situasi ini. "Kayla, saya tahu awak marah dan kecewa dengan saya. Tapi saya betul-betul nak pulihkan keadaan. Boleh kita bercakap sekejap? Tolong, beri saya peluang," rayunya dengan nada penuh harap.
Kayla tidak mahu mendengar apa-apa. Kalau boleh, dia tidak mahu bercakap dengan lelaki itu. Pandang pun dia tidak mahu.
"Tak ada benda yang nak dibincangkan," tegas Kayla, suaranya dingin dan matanya menghindari pandangan Zayden.
Zayden menarik nafas dalam-dalam, cuba menahan rasa kecewa. "Kayla, saya faham awak marah. Tapi saya tak boleh biarkan perkara ini tanpa penjelasan. Saya tak boleh biarkan awak terus fikir yang buruk tentang saya."
Aku menggeleng kepala, wajah menunjukkan kekerasan hati. "Encik Zayn, saya ada kerja nak buat. Kalau tak ada apa-apa lagi, saya minta encik keluar."
Aku cuba halau dia keluar walaupun butik ni milik mummy dia sendiri tapi aku tak peduli. Dia yang ganggu aku. Jadi aku ada hak untuk menghalau.
Zayden terasa hati, tetapi dia tahu ini bukan masa untuk mengalah. "Saya akan tunggu, Kayla. Saya akan tunggu sampai awak nak bercakap dengan saya. Saya takkan putus asa." katanya sebelum melangkah keluar dari butik, harapannya masih belum pudar.
Hilang saja kelibat lelaki itu, aku menghela nafas panjang, melepaskan rasa yang menghimpit dada.
"Kenapa kau kena muncul sekarang?" bisik Kayla pada dirinya sendiri, cuba menenangkan hatinya yang berdebar.
Malas mahu melayan perasaan, aku kembali membuat kerja yang terhenti tadi. Namun, fikiran dan perasaan aku tetap berkecamuk, memikirkan pertemuan yang tidak dijangka itu.
"Kau tak boleh cair Kayla. Kau tak boleh biarkan dia masuk balik dalam hidup kau," kata Kayla dengan penuh tekad, berusaha untuk mengekalkan keputusannya dan melindungi hatinya daripada terluka lagi.
ZAYDEN melangkah masuk ke office nya dengan langkah berat. Tiada senyuman di wajah nya. Pekerja-pekerjanya menegur, tetapi dia hanya membalas dengan anggukan dingin tanpa sepatah kata.
Masuk ke biliknya, Zayden melepaskan kot yang dipakainya, meletakkannya di penyangkut. Dia duduk di kerusi dengan berat, menghela nafas panjang.
Fikirannya terus melayang kembali kepada pertemuannya dengan Kayla tadi.
"Aku nak buat apa lagi ni? Kayla langsung tak bagi aku peluang" bisiknya perlahan, matanya memandang kosong ke arah dokumen di atas mejanya.
Dia tahu dia perlu mencari jalan untuk memperbaiki keadaan, tetapi buat masa ini, hatinya terasa berat dan fikirannya penuh kekusutan.
Zayden duduk di kerusi dengan tangan menggenggam erat rambutnya, cuba meredakan perasaannya yang berkecamuk. Bunyi ketukan pintu tiba-tiba memecah keheningan.
"Masuk," kata Zayden dengan suara yang sedikit kasar.
Seorang pekerja masuk dengan berhati-hati. "Encik Zayn, ada mesyuarat dalam masa 15 minit," beritahunya.
Zayden mengangguk perlahan. "Baik, saya akan datang," jawabnya ringkas. Pekerja itu keluar, meninggalkan Zayden bersendirian lagi.
Zayden menarik nafas panjang, cuba memfokuskan diri pada tugas-tugasnya. Dia membuka laptop dan meneliti dokumen-dokumen yang perlu dibincangkan dalam mesyuarat nanti. Namun, fikirannya masih tidak dapat lari daripada memikirkan Kayla.
Dia tahu dia tidak boleh untuk terus macam ni. Dengan tekad baru, Zayden berjanji pada dirinya sendiri untuk tidak mengalah.
"Saya akan cuba lagi, Kayla. Saya takkan menyerah," bisiknya dengan penuh keyakinan sebelum bangun dari kerusinya dan bersiap sedia untuk meeting.
Di pantry, aku termenung jauh dalam dunia aku sendiri, bersandar di dinding dengan mug di tangan. Fikiran aku melayang, memikirkan kejadian yang baru berlaku di butik tadi.
Tiba-tiba, ada suara yang mengejutkan aku, membuatkan aku hampir terlepas mug yang aku pegang.
"Kak Anne..." panggil Zulaikha.
Aku berpaling ke arahnya, cuba senyum walaupun hati masih kacau. "Ya, Zulaikha? Ada apa?" tanyaku, cuba mengalihkan perhatian dari perasaan sendiri.
"Jauh Kak Anne termenung. Kak Anne tengah fikir pasal apa?" tanya Zulaikha dengan nada prihatin.
Aku menggeleng, cuba menyembunyikan perasaan sebenar. "Tak ada apa-apa lah, adik," jawab Kayla sambil cuba tersenyum.
Zulaikha memandang aku dengan ragu-ragu sejenak sebelum mengangguk. "Kalau Kak Anne perlukan apa-apa, jangan segan-segan bagitahu je adik."
Aku mengangguk, berterima kasih atas keprihatinannya. "Ya adik. Kak Anne okay je, cuma letih sikit."
"Kak Anne, kita keluar nak?" tanya Zulaikha tiba-tiba, memecahkan lamunan aku.
"Keluar?" Kayla memandangnya dengan sedikit kehairanan.
"Ya, kita keluar pergi makan atau minum kejap. Kak Anne nampak stress sangat. Anggaplah ini sebagai rehat sekejap dari kerja," cadang Zulaikha sambil tersenyum.
Aku terdiam sejenak, memikirkan cadangannya. Mungkin betul juga, aku perlukan rehat untuk menjernihkan fikiran. " Okay, Zulaikha. Kita keluar kejap," Kayla akhirnya setuju, tersenyum kecil kepada Zulaikha.
"Bagus! Jom, Kak Anne," kata Zulaikha dengan ceria, menarik tangan aku perlahan untuk keluar dari pantry.
Aku berhenti sejenak dari melangkah. Hairan Zulaikha dibuatnya.
"Kenapa Kak?"
"Tapi nanti kalau Puan Sri marah macam mana?" Kayla bertanya, masih ragu-ragu. Ini masih lagi waktu dia berkerja.
"Alah Kak Anne, jangan risau. Adik dah bagitahu mummy," jawab Zulaikha dengan yakin.
Aku tersenyum lega mendengar penjelasan Zulaikha. "Baiklah, kalau macam tu, jom kita keluar sekejap."
Zulaikha mengangguk gembira, dan kami berdua keluar dari pantry, meninggalkan seketika segala beban kerja dan perasaan yang menghimpit.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro