Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Part 27 🦋

MY LOVES DONT FORGET TO VOTE 🥰

"Eh, Zayn tak kerja ke hari ni? Mummy tengok Zayn tak pakai baju kerja pun. Cuti ke?" tanya Puan Sri dengan nada kehairanan. Pelik dia dibuatnya apabila melihat anaknya hanya mengenakan baju tshirt biasa pagi ni. Selalunya pakaian kerja dengan kot lagi.

"Tak! Zayn nak ikut mummy pergi butik hari ini," balas Zayden.

Puan Sri memandang anaknya dengan rasa pelik.

"Dah kenapa tiba-tiba Zayn nak ikut mummy pergi butik ni? Ada apa-apa ke?" soal Puan Sri, matanya mengecil memerhati setiap reaksi Zayden.

Zayden mengemam bibir, tidak tahu apa yang patut dijawab. Takkanlah dia nak cakap sebab nak pergi tengok pekerja mummy yang nama Anne tu.

"Err... saja. Hari tu kan mummy minta Zayn tolong mummy kat butik. So, hari ini Zayn sedia membantu mummy," jawab Zayden dengan cuba meyakinkan Puan Sri.

Puan Sri semakin ragu-ragu, tetapi masih belum percaya sepenuhnya.

"Yeke nak tolong mummy? Ke ada udang disebalik mee ni? Baik Zayn mengaku cepat," Puan Sri mendesak.

"Eh, mana ada lah mummy. Betul Zayn nak tolong mummy," kata Zayden sambil tersenyum sedikit gugup.

"Ok lah. Disebabkan Zayn nak ikut mummy pergi butik hari ni, jadi mummy pergi dengan Zayn je lah. Naik kereta Zayn. Today you're my driver," ujar Puan Sri dengan nada menggoda.

Zayden tersenyum lebar, "Baik, Puan Sri. Apa-apa pun untuk mummy."

Mereka berdua segera bersiap dan menuju ke kereta Zayden. Zayden memandu dengan tenang, namun fikirannya masih melayang-layang, tertanya-tanya apa yang akan terjadi apabila dia sampai ke butik dan bertemu dengan Anne. Perjalanan ke butik diisi dengan perbualan santai antara ibu dan anak, membuatkan suasana menjadi lebih tenang dan menyenangkan.

Setibanya di butik, Zayden keluar dari kereta dan membuka pintu untuk mummy. Puan Sri tersenyum bangga melihat anaknya begitu sopan. Mereka melangkah masuk ke dalam butik, di mana beberapa pekerja sedang sibuk mengatur barang-barang dan melayan pelanggan.

"Mira, tolong tengokkan bahagian tudung, ya," arah Puan Sri kepada salah seorang pekerja.

Mira mengangguk dan tersenyum, "Baik, Puan Sri."

Di sisi lain, macam biasa Kayla berada di bahagian belakang sedang mengira stok. Dia tidak tahu apa yang bakal terjadi nanti. Puan Sri melilau mencari Kayla.

"Mira, awak ada nampak Anne tak?" tanya Puan Sri.

"Anne tengah kira stok kat belakang. Puan Sri nak saya panggil dia ke?" jawab Mira.

"Eh takpa, takpa," balas Puan Sri sambil tersenyum.

Zayden hanya berdiri di sebelah mummynya, mendengar percakapan mereka. Tapi entah kenapa hatinya berdegup kencang.

"Ermm... rasanya semua dah cukup," Kayla berkata kepada dirinya sendiri selepas selesai mengira stok. Dia mula keluar dari bilik belakang, tersenyum bila nampak Puan Sri. Dia belum nampak siapa yang berada di sebelah Puan Sri.

"Sape kat sebelah Puan Sri tu?" gumam Kayla sendirian.

Aku berjalan ke arah Puan Sri yang duduk di sofa dengan memegang fail di tangan.

"Morning, Puan Sri," sapa Kayla.

"Morning, Anne," balas Puan Sri.

Aku memandang sekilas sosok yang duduk di sebelah Puan Sri, namun wajahnya tidak kelihatan. Saat itu Zayden sedang bercakap telefon, jadi dia memusingkan badan ke arah kanan, seolah membelakangi mummynya. Selesai bercakap, dia simpan telefon dalam poket.

"Oh! Lupa pulak saya. Kenalkan, ni anak lelaki saya," kata Puan Sri.

Zayden pusing badan ke arah mummy-nya. Bulat mata Zayden tengok pekerja mummy. Terkedu dia. Sebab pekerja mummy dia adalah gadis yang selama ini dia cari. Kayla. Jadi Anne yang mummy dan adik dia sebut selama ini adalah Kayla? Bukan main susah dia cari sampaikan dah give up, rupanya Kayla ada dekat dengan dia.

Fail di tangan aku jatuh. Tergamam! Terkejut! Dengan apa yang aku nampak. Zayn Zayden? Hampir berbulan-bulan aku tidak berjumpa dengan lelaki ini tapi hari ini takdir mempertemukan aku dengan dia. Kecilnya dunia! Tika ini perasaan kini bercampur aduk. Jantung berdetak laju. Dada berdebar hebat. Aku mula teringat kembali kata-kata lelaki itu yang menyakitkan aku.

"Kayla?" perlahan nama itu meniti di bibir Zayden.

Puan Sri yang melihat muka Kayla berubah, senyum gadis itu mati apabila melihat anaknya. Ada sesuatu ke diantara mereka?

"Anne, awak okay?" tanya Puan Sri dengan prihatin.

Aku tersedar dari lamunan. Segera tunduk untuk mengambil fail yang jatuh di lantai.

"Saya okay, Puan Sri," jawab Kayla, cuba mengawal diri.

Aku taknak Puan Sri fikir yang bukan-bukan. Segera aku berubah menjadi profesional, aku buat seolah-olah ini kali pertama aku berjumpa dengan lelaki itu.

"Hi, saya Anne. Salam kenal," kata Kayla dengan senyuman yang dipaksa.

Kecewa Zayden bila dia tengok Kayla seolah-olah tak mengenalinya. Kata-kata gadis itu mula bermain di mindanya.

"Andai takdir mempertemukan kita, saya akan memilih untuk menjauhi dan saya akan buat seolah-olah itu kali pertama kita berjumpa."

Sekali lagi gadis itu kotakan janjinya. Gadis itu bencikan dia? Tidak! Dia tidak sanggup jika andaian nya itu benar berlaku.

"Kayla... I mean, Anne. Apa khabar?"Zayden cuba bersikap tenang walaupun hatinya bergelora.

Aku hanya diam. Tidak mengangguk dah tidak menggeleng.

Puan Sri, yang masih keliru dengan situasi itu, cuba menceriakan suasana.

"Nampaknya, Anne dan Zayn dah kenal lama, ya?"

Zayden dan Kayla menjawab dengan serentak.

"Tak" laju Kayla membalas.

"Ya" balas Zayden sambil tersenyum"

Puan Sri memandang mereka silih berganti. Yang mana satu betul ni? Sorang cakap ya, sorang cakap tak.

"Eh, macam mana ni? Sebenarnya korang kenal tak?" Puan Sri cube mencari kepastian.

Aku cepat- cepat menenangkan diri. "Maaf ni kali pertama saya jumpa dengan anak Puan Sri. Mungkin Encik Zayn silap orang kot. Dia ingatkan saya kawan dia. Sebab tu dia cakap kenal. Mungkin pelanduk dua serupa."

Kelu lidah Zayden. Dia tengadah. Sampai macam ni sekali Kayla buat pada dia. Tidak mengaku yang dia mengenali dirinya ini. Benci sangat ke gadis itu terhadap nya?

Aku melihat air muka Zayden berubah disaat aku mengatakan ini kali pertama aku berjumpa dengan dia. Namun aku abaikan. Kalau boleh aku taknak pun jumpa dengan kau. Dalam banyak-banyak orang kenapa lah aku kena jumpa kau.

"Kalau macam tu takpe lah. Mungkin Zayn silap orang kot." Puan Sri cuba menceriakan suasana.

Zayden mengangguk dan senyum tawar.

"Puan Sri, barang yang Puan Sri order dah sampai. Nak saya pasangkan ke?" Kayla bertanya.

"Zayn, boleh tolong mummy tak?" Puan Sri memandang anaknya dengan harapan.

"Boleh! Tolong apa mummy?" Zayden cepat-cepat menjawab.

"Tolong pasangkan rak dalam bilik mummy. Mummy ada order rak hari tu dalam Shopee. Anne cakap dia nak tolong pasangkan. Takkan lah mummy nak suruh Anne pasangkan, dia kan perempuan. Dah alang-alang Zayn ada ni, mummy suruh Zayn je lah." Puan Sri menjelaskan.

"Takpe Puan Sri, saya boleh pasangkan..." Kayla cuba menolak.

Zayden mencelah, "Boleh mummy, saya tolong awak"

Kayla mengangguk perlahan dan membawa Zayden ke bilik yang dimaksudkan. Sepanjang perjalanan, mereka berdua diam, masing-masing tenggelam dalam fikiran sendiri.

Tak betah dengan kebisuan Kayla, Zayden mula bersuara. Memecahkan keheningan antara mereka.

"Kayla..." perlahan saja Zayden memanggil.

Aku berhenti tepat-tepat di bilik Puan Sri. Aku memandang Zayden dengan wajah yang serius. Tiada balasan yang aku berikan.

"Ni raknya. Kalau ada apa-apa masalah atau perlukan apa-apa, Encik Zayn boleh panggil saya. Saya ada kat depan" kata Kayla sambil berusaha untuk kelihatan profesional.

"Kayla... Saya..." Kayla memotong percakapan Zayden.

"Kalau takde apa- apa lagi, saya nak sambung buat kerja ni. Saya pergi dulu" ujar Kayla lalu terus beredar meninggalkan Zayden.

Zayden terdiam. Matanya melirik ke arah Kayla yang berjalan meninggalkannya. Gadis itu cuba menjauhkan diri malah mengehadkan percakapan mereka.

Zayden duduk sejenak, memikirkan cara untuk memujuk Kayla. Dia tahu ini peluangnya untuk menunjukkan kepada Kayla bahawa dia benar-benar menyesal dan mahu membetulkan kesilapan yang lalu. Dia takkan sia-sia peluang ni. Bukan senang dia nak berjumpa dengan Kayla.

Keluar saja dari bilik Puan Sri, aku terus menuju ke tandas. Ingin menenangkan hati. Air paip dibuka bagi menyejukkan wajah yang terasa panas. Air mata yang ditahan tadi mula mengalir.

"Kenapa? Kenapa aku kena jumpa dengan kau? Kenapa dalam banyak-banyak orang atas muka bumi ni, kau anak Puan Sri? Kau kena buat sesuatu Kayla. Fikir Kayla, fikir!" Kayla bercakap sendiri, cuba mencari jalan keluar dari situasi yang menyakitkan ini.

Hampir 5 minit dalam tandas, aku keluar. Muka dicuci dulu bagi menghilangkan kesan-kesan tangisan. Aku taknak orang fikir yang bukan-bukan.

"Buat masa ni kau buat je kerja kau. Jangan fikir sangat pasal laki tu." Kayla menyematkan kata-kata semangat kepada diri sendiri sebelum melangkah keluar dari tandas.

Aku kembali bahagian depan, cuba fokus pada kerja-kerja yang perlu diselesaikan. Dalam hati, aku berdoa agar hari ini berlalu dengan cepat.

Di bilik Puan Sri, Zayden masih sibuk memasang rak. Sesekali dia berhenti dan termenung, memikirkan pertemuannya dengan Kayla. Dia tahu dia telah membuat banyak kesilapan, dan dia nekad untuk memperbaikinya. Namun, dia juga sedar bahawa ini bukan perkara mudah.

Setelah hampir sejam, Zayden siap memasang rak. Dia mengelap peluh di dahinya dan keluar dari bilik, mencari mummynya untuk memberitahu bahawa rak telah siap dipasang.

"Mummy, rak dah siap dipasang," kata Zayden dengan senyuman kecil.

"Oh, bagusnya! Terima kasih, Zayn. Mummy tahu Zayn boleh diharapkan," puji Puan Sri.

Zayden hanya tersenyum dan mengangguk. Matanya mencari-cari sosok Kayla di sekitar butik. Hatinya berdegup kencang, berharap ada peluang untuk berbicara dengannya dan menjelaskan segala-galanya.

HAH DAH VOTE KE BELUM 👀

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro